nuffnang

JANA DUIT

Kesah kejar bas cuti CNY punya pasal

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum CNY hari tu, company aku bagi cuti 4 hari, so aku nekad nak balik kampung walaupun suami tak boleh ikut.
Aku survey tiket Transnasional ke Pantai Timur.
Biasanya Transnasional pukul 9.30malam dari Klang.
Tapi tiket takde.
So aku survey Sani Express. Ada tiket.
Tu pun double seat

So aku beli la tiket pergi & balik guna bas Sani Express.
Sampai hari kejadian tu, aku memang set dalam kepala bas Sani pukul 9.30malam di Klang Sentral.
Kemas beg pastu makan malam, duk berkira-kira nak solat Isyak kat rumah atau kat stesen bas je.
Suami kata sempat solat kat rumah, kan naik bas 9.30malam.
So aku solat la kat rumah.. Nak keluar tu, siap- siap la salam FIL & MIL.
Pastu gerak keluar dari kawasan rumah. Sejak ada WCE Highway ni, susah sikit nak keluar dari perumahan aku sebab banyak kenderaan lately.
Otw tu, aku duk la belek2 tiket (print booking pass), eh tengok-tengok tiket pukul 9.00 malam bukan 9.30malam kalau bas Sani.

Panik aku time tu (jam dashboard pukul 9.08 minit masa tu). aku bagithu suami.
Suami start bunyi la.
Nasihatkan aku kenapa boleh jadi tak amik tahu pasal waktu tiket.
Sedangkan aku particular about tu sebelum ni.
Suami tak bising bingit (tak macam ayah aku.. huhuhu)
Suami aku cepat cool/positif/sabar/rasional.
"Cepat call kaunter Sani"
Aku call no kat tiket (no hotline), xde jawapan.
"Internet ada, google no Sani, gunakan internet cari sumber no phone"
Aku pun terhegeh-hegeh la call, tak dapat.
Tup tup sampai stesen bas Klang
Aku keluar tanya dorang kata bas dah gerak g Shah Alam, kalau nak naik boleh kejar bas Sani yang dah gerak ke Shah Alam tu.

Kami start kereta gerak gi Shah Alam.
Dalam kereta suami tanya
"Bas g Stesen Seksyen 17 atau kat Stadium?"
Aku blur.
Aku lupa langsung tadi.
Suami cool terus cakap "Google cari no Sani kat Shah Alam"
Aku cari dan call, nasib baik dapat.
Aku tanya bas Sani stop kat mana dan dapatkan no plat bas, no tepon driver.
Masa otw ke Shah Alam, aku nampak bas tu dan follow bas sampai ke Stesen Seksyen 17.
Lepas tukar Boarding Pass Print kepada tiket, selamat la aku naik bas balik Pantai Timur..

Balik kampung duk memerap kat rumah, bantu persiapan kawen adik, kemas rumah & beramas mesra dengan adik2 selain bantu adik aku jahit sembat tempahan baju customer dia.
Suami tak balik, jadi aku takde transport nak ke mana-mana (umpama patah kaki orang kata)

So, masa otw balik Klang aku pastikan aku tengok betul-betul tiket sebab kalau tertinggal bas masa kat kampung, maka ketahuilah ayah aku la paling ditakuti masa tu.

Pssst :Aku rasa time-time macam ni kalau suami tak cool/marah2 je mesti jadi gaduh, sedangkan dalam kepala time tu pikir kalau tertinggal bas takpe anggap je takde rezeki nak balik kampung.

Nah aku letak sini link no phone Sani, biar mudah orang mencari :
https://saniexpress.com.my/terminal/

Ok. Bye

9 comments:

dear anies said...

pernah jg kena mcm ni dulu. mmg cuak habis. berpeluh2 satu badan mcm kena tinggal kapal terbang hehehe

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. kak faham perasaan tu, berdebar2 tu boleh buat jantung sakit. huhuhu

Sunah Sakura said...

Allahu...mesti da serabut gila kan time tu...alhamdulillah masih boleh kejar lagi...

kita pernah tersilap tengok waktu tiket flight...nak kejar pun dah tak guna.........😂

nohas said...

bila jadi kes mcm ni, yg penting cool & cuba selesaikan masalah..tapi mmg rasa nak membebel jg, nak release stress..hehe..

NA said...

Main kejar-kejar. Nasib baik jumpa bas.
Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.

ezy.fia said...

ok la suami awk tenang2 je..
kalo dua2 serabut mmg xleh fikir nape dh.. haha..

mcm aku, aku yg bising kalo jd gni..
suami aku rilex je.. huhu

alhamdulillah.. masih ade rezeki nk blk kg.. =)

ray said...

reminds me of my own experience

Zaza Abdul Latif said...

Uiii baca pun dah kecut2 perut. Siap kejar bas sampai Shah Alam.. Alhamdulillah nasib baik sempat. Pengajaran sangat pengalaman ni hehehe

Tinggal Meru ke sis?

SalbiahM said...

Baca pun saspen ni. Hehe. Xpe, pengajaran untuk masa depan