nuffnang

JANA DUIT

Cerita Kawen: MR and MRS CAR WEDDING Pillow

Assalamualaikum...
Hai awok semua..


Gigih beli felt fabric kt Daiso RM5 memang niat nak decorate Car Pillow..

Step:

1. Print huruf dari interent as acuan untuk gunting felt nanti.
2. Kemudian, gunting felt ikut huruf tu dengan gigih dan tekun gituu~
3. Jahit kat bantal sesuka hati





M.R

M.R.S


Car Pillow ni beli time kerja kat sentul dulu. Masa tu baru sebulan beli kereta..
Bila tengok bantal ni teringat kat geng-geng sana. Urmm..rindu sangat suasana itu.

Sepatutnya pillow ni guna masa deko bilik pengantin.
Oleh kerana majlis kat dewan..
Tup-tup lupa nak guna bantal ni..
So, bantal ni ada jer la dalam kereta tu...






Ok.Bye
XoXO

Cerita Kawen: Homestay

Assalamualaikum Semua...
Hey Korangggg...


Kali ni nak review pasal Homestay jer...

Terengganu: 
Rumah yang kami pilih kat Jalan Sultan Zainal Abidin.... Dekat dengan rumah aku je.
Jalan kaki 3,4 minit je pun... Tak sempat nak peluh aihhhh....
Homestay Kak Dah...
(Sebelah Adidas Kuala Terengganu)

Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu




Ni rumah kedai, Bawah kedai fotostat. Atas ada homestay..
Satu Rumah kedai tu ada 5 bilik, Harga rumah semalaman RM250 untuk 5 bilik. Tapi ruang tamu dia kecik je la..dan kitchen pun tak banyak barang.
Sewa bilik RM50 semalaman (tanpa ekon).. Aircond harga lain (RM60 atau RM70)
Homestay ni akan kongsi bilik air la dengan orang lain.
Ala2 macam rumah deret yang macam cite P.Ramlee bujang lapuk tu..

Family pengantin lelaki stay sana 2 malam. Total RM500.
Keadaan rumah yang tengah bandar ni memang sempit sikit. Payah nak dapat yang teres.
Tapi mujurlah dapat rumah ni, senang famili suami nak jalan-jalan bandar Terengganu tu.
Rumah ni menghadap laut..Tepi jalan raya..

Keadaan rumah ok je.
- 5 bilik (Fully Furnished)
- Ruang Tamu
- Ruang Makan
- 3 bilik air (berasingan dengan toilet)
- Nampak view kampung & pantai ganu (laut cina selatan).
- Tengah-tengah bandar ganu.
- Dekat nak ke Pasar Payang, Stesen Bas, Pasar Malam Tanjung...


Perak: 

Kami pilih Homestay Nur Hikmah. Sewanya RM230 semalaman (with aircond).
- 3 bilik (2 bilik with aircond)
- 2 bilik air (berasingan dengan toilet)
- Ruang Tamu (TV)
- Ruang Makan (meja makan)
- Dapur (Boleh masak sebab ada barang sikit2)
- Rumah Batu di Area kampung.




Jarak ke rumah Suami lebih kurang 5km je. Homestay ni di Batu 8, Sitiawan Perak.
Kami suka rumah ni sebab lengkap dan selesa. Anak2 buah pun boleh main dalam pagar rumah je, Sebab depan dah jalan raya besar.

Famili aku dari Terengganu hanya datang semalaman sahaja sebab Ahad dah sekolah.
So, lepas kenduri Sabtu tu, pukul 1.30petang dah nak kena balik Terengganu...


Ok.Bye
XOXO

Cerita Kawen: Kasut Bertandang

Assalamualaikum...


Untuk Majlis Bertandang:

Bila dah ada baju, bunga tangan & veil..maka rasa tak lengkap set tanpa kasut.
Oleh kerana semuanya D.I.Y maka kasut pun kena D.I.Y la? ohh..NOT..kasut hanya beli je..
HARUS beli.. Kalau DIY maka tutup la semua kedai kasut nanti..Mahu macam tu?

Kasut untuk majlis bertandang aku beli kat Vincci Setia Mall.
Price hanyalah RM69.90 (Size 4). Tinggi lebih kurang 2.5" kot..
Walaupun baju warna biru tapi kasut aku choose warna pink (walaupun pilihan utama: hijau gelap). Tapi bila pikir hijau gelap xbape cun nak match dengan warna baju aku, maka aku ambik warna pink...

Aku takde DIY tambah apa2-apa lagi kat kasut tu.. Keep it simple jer..
Aku prefer wedges.




Nak tunjukkan kasut.
Ni je picture yang ada
The rest pictures still not receive yet from OP.
OP kawen bulan ni..ada ke dia nak pedulikan kite

OH..Ni kasut suami..
WARNA WARNI GITU
Macam-macam la kemahuan dia ni


ok.babai.
XoXO

Cerita Kawen: Props untuk PhotoBooth

Assalamualaikum...
Sihakkk dok???


Photo props

Aku cari sample printable props kat internet jer...
Pastu aku laminated supaya tak mudah rosak...

Total bajet utk diy project ni:
1. Paper- Free. Guna yang ada kt umah sewa
2. Print colour - Free. Sebab guna printer sendiri.
3. Lidi- Free. Amik yang ada kat rumah,
4. Balang - Free. Recycle botol sos prego.


Buat jugak props BrideTo Be
Buat untuk pre-wedding sekali




Antara hasilnya

Love it

Memory



Props number 110213
Also done by diy
Ini Pre-Wedding Photo
Potong numbering kotak pastu spray color
Settled



Props kat guest corner and photobooth

Props ada banyak sangat..
Sampai melimpah-limpah


Ehem..




** Pasni boleh pinjamkan kat kawan-kawan yang nak tunang or kawen.


Ok.Bye.
XoXO

Cerita Kawen: Photo Frame and Decoration Guest Book Corner

Assalamualaikum...



Bila tengok guest book corner kat majlis orang lain, terdetik jugak nak sediakan corner ni untuk majlis aku.. Sebab aku memang dah sediakan guestbook dan photo booth + props.

Apa yang mengeHADkan aku time tu adalah bajet.
Oleh kerana decide nak kawen 4 bulan sebelum majlis, maka kewangan sangat terHAD..
Maka, apa yang dapat aku buat adalah DIY.

Jom tengok acara ini:

Scolls

*
*
*
*
*

Preparation:



Calendar Picture Frame
Sebenarnya ada front and back.
Means ada 4 frame
Front 2frames
Back 2 frames
Ni idea timbul sendiri time belek2 kalendar yang tak pakai dan hampir nak campak ke tong sampah
Calendar tu aku wrap guna kertas warna
Letak frame + Fan Flower


Next is Pre-Wedding Photo Frame for Guest Book Corner:

Aku gunakan board terpakai.
Ukur size yang dikehendaki dan potong

Aku balut guna wallpaper terpakai.
Balance yang masa buat guestbook 

Ini 3 set frames

Letak picture dalam frame
Kemudian double tape untuk securekan frame agar tak tertanggal

Kerja-kerja memasukkan picture ke dalam frame

Picture ni aku print dalam A4 paper je.
Bajet free je pun

salah satu frame yang dah menjadi

Guest book corner yang aku set pada awal pagi
Nampak tak calendar picture frame tu?


Close up sikit.

TAPIIIII..
Lepas tu family aku dah ubah meja..
Mereka kongsi guna sekali dengan meja hadiah.
Jimat Space


Meja hadiah + Guest book corner


View

Close up frame
Frame tu aku lekatkan kaki guna board terpakai jugak

Props



Tetamu



Ayahanda.
Kenapa hanya ayahanda?
Bonda busy dengan tetamu..
#Tengah peluk cium pipi kanankiri#

Mak sempat tulis ucapan time kat majlis bertandang kat perak.

Psst: Sangat berbaloi dengan usaha ini.
All DIY items ni aku recycle lagi untuk majlis bertandang di Perak. DOUBLE SAVING ko..

Ok.Bye
XoXO

Cerita Kawen: Baju Bertandang

Assalamualaikum...
Hellooooooooo....


Baju Biru Bertandang 

Mula-mula aku decide nak baju warna tortoise.. Sebab sekarang punye trend semua warna macam tu.. Warna - warna pastel kan??

Bila g Jakel warna tortoise takde.. Kaler yang cantek time tu aku berkenan kat warna biru kain sekolah menengah. So amik la warna biru kain sekolah menengah tu..
Border Lace aku order online jer..


Cost baju bertandang:

Total Kain Biru : RM 100++ (untuk 4.5 meter)
Border Lace : RM 30 untuk dua meter. (dapat jahit kat baju dan veil dan ada lebihan sikit untuk jahit di bahu baju melayu suami)
Pearl : RM 18 (dapat banyak.boleh buat baju pengantin, veil, guest book)
Upah jahit: RM70

So setiap malam tu gigih aku jahit border lace kat baju pengantin tu...


Step-Step Jahit Lace:

1. Pakai baju dulu tayang depan cermin.
2. Susun border lace kat area pinggang, pinkan dan adjust mana-mana yang senget..
3. Tanggalkan baju tadi perlahan-lahan sebab ada banyak jarum peniti di situ.
4. Start menjahit lace dengan tekun sabar dan dedikasi.
5. Mulakan dengan menjahit area pinggang. Kemudian lengan kanan dan kiri.
6. Baru la start jahitkan pearl. Campurkan pearl yang saiz berbeza-beza baru cantek..


MENJAHIT PEARL sangat menguji keimanan aku..
Ni kali pertama jahit pearl..
So ada la adegan putus asa.. adegan sedih-sedih bila tengok hasil tak bape cantek..
Adegan nak je give up dan upah je orang lain jahitkan manik..
Tapi bila makin lama jahit mudah pulak jatuh cinta dengan manik.











Jahit lace di lengan

Lepas jahit manik sikit

Still tak siap lagi masa ni

Baju yang dah siap.
Dijadikan hantaran untuk aku

In peplum


Gambar penuh masa majlis bertandang tak dapat lagi dari photographer

Tapi sayangnya...Masa mekap di Perak, pak andam cakap "kenapa tak bagitahu takde aksesori sebab semua pakaian buat sendiri, boleh saya pinjamkan aksesori..
Jawab aku "takpe la cik, takde aksesori xpe. Baju saya dah banyak manik"
Yeaa... Aku tengah pujuk hati jugak time tu sebab terkilan, boleh terlupa pulak pasal aksesori tu..






psst: Baju peplum ni ada riben kat belakang..comel nak mampus!


Ok.Bye
XoXO