nuffnang

JANA DUIT

Cerita Kawen: DIY Corsage / Bunga Penanggah saya!

Assalamualaikum...
Hai Semua...


Corsage a.k.a bunga penanggah..

PENANGGAH bermaksud kakitangan yang gigih duk rewang dalam majlis kawen. Means orang kuat kat dapur, adegan masak-masak, adegan siapkan bunga telur dan sebagainya..

Tetapi oleh kerana majlis aku hanyalah tempah katering, maka aku sangat senang HATI...Hehe.
Aku memang lagi prefer catering sebab memudahkan... Lagipun taknak susahkan family aku.. Taknak orangtua aku pening-pening pikirkan jamuan..

BUT..walaupun takde penanggah tapi aku ada family yang tercinta.. Maka aku decide nak diy corsage. Bajetnya adalah murah..Around RM0.60 sebijik corsage..jimat!

Bahan yang perlu ada:
1. Bunga fabrik - 2 warna &2 size
2. Tag nama - laminated
3. Butang m&m comel
4. Pin bulat (untuk sematkan kat baju/tudung nanti)
5. Riben hijau pucuk (mak cakap as a daun la..oh..mak.)
6. Gam - Guna pistol Gam
7. Dawai halus

Step:
1. Susun bunga. Kecik di atas. Besar di bawah kelopak yang kecik tu
2. Masukkan dawai dan butang m&m.
3. Lekatkan tag nama
3. Masukkan riben yang dah siap digunting dan dibentukkan sempurna.
4. Letak pin dan gamkan dengan sempurna.



bahan-bahan yang perlu ada

Susun bunga macam ni. 
Hijau di atas
Pink di bawah. Size ikut kebesaran kain yang dipotong 

 masukkan butang, kemudian kelopak kecik, n then kelopak besar.
baru masuk kertas tag nama.
Tag nama tu kena buat lubang kecik sikit tepi dia. 
untuk cucuk masuk yang tadi kite amsuk kelopak bunga

 Lastly letak riben
Baru la gam pin bulat kat belakangnya.


Hasilnya.
Sebelum digunting hujung riben


Aku sediakan corsage ni hanya untuk ahli keluarga dan BFF..
This corsage family aku pakai dengan baju peach/cream gitu la warnanya. Untuk majlis resepsi aku kat dewan pada 11 Feb 2013 hari tu.




Masa kenduri aku busy dimekapkan, pastu dipakaikan songket yang cantek..
Busy dengan banyak acara, tapi bila mata tengok kat baju and tudung dorang ada corsage, wahhh..teruja..hilang semua penat..

Like me, I got a thousand positive comments from guest, relatives & friendsssss.
Really appreciated that.


Ayoh dengan corsagenya

Ada jugak sedara dan kawan mak aku tanya mana beli corsage ni...

* Selamat Mencuba*


ok.bye
XoXO

Cerita Kawen: Perjalanan sebelum 10 FEBRUARI 2013

Assalamualaikum...


Peringatan : Ini adalah Entry Panjang..


Raya AidilFitri Tahun 2012 (Bulan Ogos)

Adik lelaki aku sibuk nak tunang.. So jadik la tunang hari raya ke-5 (Bulan Ogos) ..
Jadi bila adik lelaki tunang dulu, maka ramai yang orang tanya aku bila nak kawen..
Aku hanya mampu tersengih..
Malas nak pikir...

 Rombongan bertunang adik lelaki

Birthday (Bulan September)

Sehinggalah bulan September (time besday aku), aku call mak kat kampung..
Sembang-sembang dengan mak aku, timbul isu kawen...
"ok..kawen je la dengan sape pun nanti" jawab aku..


First Time Dibawa ke butik pengantin (Bulan Oktober)

So balik kampung lagi bulan 10 tu, mak n adik lelaki aku banyak tanya pasal persiapan perkahwinan..
Dia nak wat persiapan sekaligus dengan majlis aku tapi aku ni wat dont know je..
Mak dan adik-adik bawak aku tengok baju pengantin.
Takde teruja langsung...
Masa tu hati aku masih berbelah bagi nak kawen ke tidak...


Holiday kat kampung (Bulan November)

Balik kampung bulan 11 (time awal muharam), baru la aku buat keputusan muktamad nak kawen...
Siap buat solat istikarah (google cara dalam internet bagai)
Hujung Bulan 11 tu la baru mula wat persiapan kawen..
Persiapan mental sahaja.. Duit aku tak cukup pun lagi masa ni..
Aku g rumah family bakal suami..
Bakal suami datang rumah aku..
Baru la mula test baju dan start nak beli barang untuk hantaran & kain untuk DIY..
So masa balik Shah Alam, angkut la bakul dan barang recycle untuk hantaran kawen...
Tq kat kak zura yang ada tolong sikit-sikit..
Banyak barang untuk hantaran kami recycle sebab kekangan duit..

Preparation hantaran


Berjinak-jinak dengan persiapan kawen (Bulan December)

Continue buat hantaran..penat jangan cite laa..hikhik..
Malam-malam wat hantaran.   Siang-siang kerja kat office yang super duper bizi tak ingat dunia tu..
Tiap malam tido dengan pinggang penat..sebab duduk buat hantaran setiap malam..

Bulan 11 duit gaji sepenuhnya untuk kereta sahaja..roadtax, servis & tukar spare parts..
Kami hold beberapa minggu untuk beli barang untuk diletakkan dalam bakul..
Sedangkan bakul hantaran sudah lama siap..tinggal masukkan barang n final touch up je..
See..sabar aku menunggu duit gaji bulan December.

Pertengahan bulan 12,company bakal suami baru je dapat cheque. so dapat payment sikit.
Dengan duit tu, kami survive belikan barang hantaran (baju,seluar,kasut) sebab gaji aku hujung bulan 12.
Kami shopping di Jusco lepas balik kerja dan esoknya di setia mall. (waktu dah suntuk sangat!)..
Kami beli jugak kain untuk tempahan baju bertandang di Perak nanti. Aku pos ke kg untuk tempah jahit.

Tanggal 22.12.12 sebelum krismas balik kampung sekali lagi.
Sebelum balik kampung tu belikan towel kecik-kecik untuk doorgift (beli kat GM KL) and belikan gula-gula, snek bagai tuh (di Rawang)..
Mana hantaran yang dah siap, kami angkut bawak balik kampung sekali..
Hari tu kami balik Terengganu pukul 1.30 ptg. Sampai dalam kul 11 malam


 Kereta dah penuh dengan barang


23.12.12 - Sepatutnya amik baju tempahan hari ni tapi kedai plak tutup...
So kami ke kedai kain depan Pasar Kedai Payang. beli kain pelikat (RM25) and sejadah (RM30) untuk hantaran.
Rembat jugak lebihan renda kain (RM10/1.5meter) untuk veil.
Beli kain warna cream untuk tabir photoboooth 5meter/Rm15.
Kemudian ke Kedai Kain Desa Murni, beli kain batik Terengganu (RM16) dan kopiah untuk hantaran bakal suami (RM3).


24.12.12 - G amik baju tempahan kat kedai jahit... Kemuadian ke Bus Stand Kuala Terengganu beli tudung untuk mak dan adik-adik (warna peach & purple).
Sempat singgah Mydin Mall untuk amik gambar untuk kad kawen (IC kawen).
Beli sekali barangan mandian untuk hantaran.
Total Barang hantaran RM103. dapat untuk 2 hantaran (pihak aku & suami)
Pastu masa dihabiskan di kampung dengan ke kedai emas beli gelang kawen and ke pasar malam cari tudung kawen..

Baju bertandang before beading

Membeli gelang tangan untuk hantaran


Adik bongsu sibukkan diri untuk hantaran


Dengan adik bongsu teman memilih tudung

Memilih tudung di pasar minggu Taman Shah Bandar, KT


25.12.12 - Balik KL. Stuck in Banjir.. Drive 10 jam baru sampai KL.
Pergi KL bawa baju biru bertandang tu untuk sambung jahit manik dan lace tampal.
Sambung buat fan flower and touch up props.

26.12.12 - Bakal suami work out kad kawen untuk pihak lelaki pulak. The rest menghabiskan sisa-sisa tahun 2012 dengan menjahit manik dan touch up baju biru bertandang.


Cuti tahun Baru (Selamat Datang 2013)

1.1.13 - Permulaan tahun baru dimulakan dengan pergi view rumah sewa Flat tingkat 4 (RM400) di Sri Damansara.. Persekitaran kejiranan okey, tapi rumah tak okey... So kami cancel...


3.1.13 - Aku dah jumpa penyewa baru untuk ganti aku di bilik sewa aku di Shah Alam... So kelam kabut la aku sebab barang belum kemas lagi..  Balik kerja sampai rumah pukul 6.30 terus packing barang bawak keluar rumah. Tinggalkan sikit jer barang untuk aku guna sementara duduk sebulan sebelum kawen ni...
Pukul 8.30 g rumah kawan bakal suami kat Jalan Kebun. tumpangkan barang aku kat sana...

5-6 Jan 13 = G Rawang beli barang doorgift untuk kenduri majlis bertandang nanti. Then balik rumah parents bakal suami untuk hantar barang doorgift dan hantaran untuk pihak suami sediakan.
Kat Perak ni, kami survey homestay yang kami nak stay. Harga rumah semalaman RM230 (aircond). Bila g tengok keadaan homestay harga RM230 tu adalah sangat okey. keadaan rumah yang selesa!


7 Jan 2013- Kad kawen Majlis di Terengganu dah sampai.. Perasaan masa bukak kad kawen tu memang debar-debar sebab aku tak pernah tengok kad kawen majlis aku ni (I means draft).. Sebab adik aku yang uruskan semua persiapan kat kampung.
Masa baca kad kawen tu.first aku check ejaan nama kami then check nama dewan, date dan no phone. Itu aku rasa sangat penting.
Malam tu masukkan kad dalam sampul.. So mulalah agihkan kad...

8 Jan 13 = Alhamdulillah bakal suami dah jumpa rumah untuk disewa (RM450/monthly). Di Selayang. Aku setuju amik rumah tu lepas bakal suami share gambar lepas dia pergi view rumah sewa tu...  Bayar deposit rumah..

9-10.1.13 = Survey perabot rumah terpakai.. Kami discuss nak beli peti ais 2 pintu yang belum guna lagi hanya RM500. Peti tu besar dan tak digunakan sanagt pun.. Sebab hadiah kawen katanya. katil queen 2 bijik hanya RM200.

10.1.13 = Bakal suami create/post event wedding kami kat FB. Ramai yang terKEJUT.. ramai yang TERtanya...

12.1.13 = Pergi bachelor party a.k.a piknik dengan teman-teman yang bakal berkahwin jugak seangkatan dengan kami tahun tu... Petang tu ke kedai untuk beli paper nak print kad kawen untuk majlis Perak. Total (RM40= 200 kad kawen including envelope)

14.01.13 = Balik kerja malam tu kami g setelkan hal pembayaran perabot second hand tu. RM700. kongsi2 duit antara kami....  Baru la sweet.kannsssssssssss..

16-18.1.13 = All about kad kawen processing and posting. And also start deko guest book.


Pertengahan bulan Januari tu kami balik kampung sekali lagi untuk hantar barang kawen yang lain.. dan fitting baju lagi. Siapkan fan flower dan naikkan tabir photobooth kat rumah sementara sebelum angkat ke dewan kelak.


Fan Flower


Fan Flower in the making




Kami buat tirai photobooth dekat rumah dulu, nanti masa hari majlis kami angkat tirai photobooth ni bawak ke dewan plak..
Senang siapkan awal-awal sebab nanti takut tak sempat..







Makan bersama keluarga tersayang

 Doorgift

 Gula-gula for the doorgift


Ontheway balik KL dari Terengganu, kami singgah Pantai Rantau Abang buat pre-wedding sendiri..
Buat sendiri jer tanpa photographer.
Guna self timer and tripod jer.
Tahu tak apa itu GIGIH???





February bulan cinta kami.

01 & 02 Feb 2013 = Kami pindah barang masuk rumah sewa.. Aku bawak housemate aku, Si Ana yang sanggup tolong cuci rumah kami ni..
Malam tu bakal suami dengan 5 lagi kawan dia datang angkat semua barang dengan lori (aku tak join). Cuma TV dan dapur kami bawak masuk 7hb pagi sebelum balik Tganu.

Pindah masuk barang


di Mr.DIY beli peralatan rumah





Ke rumah kakak ipar di Putrajaya tolong siapkan doorgift kami

03-06.02.13 = Menghabiskan sisa masa dengan touch up manik pada baju bertandang kami.. dan siapkan props untuk Photobooth.



07.02.13 = Balik kampung yeay... Malam tu kat rumah diadakan kenduri doa selamat + solat hajat.

08.02.13 = Tiada lain selain  preparation. Stressssss

09.02.13 = Majlis kawen adik lelaki aku di Dungun Terengganu




10.02.13 = Akad nikah kami dimulakan dengan sessi pertunangan kami.kemudian dikahwinkan.



Tunang 2 minit sebelum akad nikah.. Takde yang nak tanya ke dugaan bertunang??


Lepas akad nikah


11.02.13 = Majlis persandingan kami.




12-13.02.13 = Kemas dewan + rumah. Penat.. Nasib baik takde kuali besar sebab kami guna catering kan... Tinggal kemas pinggan mangkuk makan beradap je..

 

13.02.13 = Suami balik Perak sendirian. Aku akan dibawa family aku ke Perak untuk bertandang ke sana hari sabtu nanti..

15.02.13 = Rombongan kami ke Perak. Seharian dalam van persiaran (8 pagi hingga 6 petang). Siap berhenti rehat kat Tasik Kenyir sekejap. Bergambar. Kemudian berhenti di Santuari Gajah, Kenyir jugak sebab nak tengok gajah... Gigih ko!.. Kami berhenti makan di Gua Musang sebelum berhenti di Cameroon Highland cuci mata dengan strawberi. Sampai di homestay Batu 10, Perak jam 6.00 petang. Makan malam tu di rumah mertua.

16.02.13 =  Di persiapkan awal sebab majlis bertanding pukul 12. Family aku balik Terengganu pukul 1.30pm. Eh.. jangan ditanya ada adegan airmata atau tak..


Sangat puas hati.
Pakai baju yang design sendiri.
jahit manik sendiri
bunga tangan sendiri
veil sendiri.





17.02.13 = Balik KL sebab esok dah start kerja...
Tak suka..

Psssttt : Gigih kan seketui budak ni buat persiapan kawen.. Dah settle kawen dah pun...

Ok.bye

Cerita Kawen: Borang Kawen

Assalamualaikum... Guten Tag



Pagi ni ada mood nak review pasal borang kawen.

Hujung bulan DEC 2012 hari tu baru lah selesai isi borang kawen.
Isi semua dan dapatkan tanda tangan orang yang terlibat.

Borang bagi perempuan:
1. Akuan bujang
2. IC bakal suami
3. IC Perempuan
4. Borang permohonan berkahwin
5. Salinan IC wali dan 2 saksi dokumen
6. Gambar
7. Borang Bukti ujian HIV
**Duit untuk kadi RM113 tapi bayar time akad nikah.
Borang bagi lelaki
1. Borang kebenaran berkahwin luar daerah.
2. Borang permohonan berkahwin.
3. Gambar
4.Borang Bukti ujian HIV
** borang dan prosedur mungkin berbeza mengikut daerah atau negeri masing-masing.. Aku punya negeri TERENGGANU
Mungkin ada lagi borang-borang lain yang distapler sekali yang aku tak detailkan.
Sebaiknya sebulan sebelum kawen kena hantar borang kawen ni ke pejabat agama tempat masing-masing.
Untuk aku dan bakal suami memang hantar ke Pejabat agama sebulan sebelum kawen.
Means Januari 2013 hari tu.

CABARAN :

1. Kena timing betul-betul nak jumpa imam dan pegawai pejabat agama ketika nak dapatkan tandatangan.

2. Sediakan semua dengan lengkap. Baca beberapa kali agar tak silap.



TIPS :

1. Buat persiapan awal. Especially yang nak kawen luar daerah. Sebab mungkin proses nak jumpa imam dan pengawai kena buat banyak kali kalau mereka tak free.
Untuk Selangor, Suami pergi dengan housemate dia. Alhamdulillah,sekali appointment dah settle semuanya. Kecuali appointment dengan imam Masjid (untuk status bermastautin) suami kena jumpa imam tu 2 kali sebab imam asyik tak free je.

2. Cari gambar yang paling bajet cantek dan hensem untuk hantar bersama borang. Gambar ni adalah untuk kad kawen yang akan dikeluarkan oleh pejabat agama.
(Kad bukti kamu itu adalah suami isteri)

3. Sediakan salinan dengan betul dan lengkap. Elak masalah lain last minit nak kena submit baru.

4. Sediakan sedikit duit in case kena bayar masjid, duit kadi, duit borang and etc.


Alhamdulillah, urusan kami settle dengan mudah... Terima Kasih kat family yang banyak membantu...




Borang dari Pejabat Agama Negeri Terengganu.




Ok.Bye

Cerita Kawen: Alhamdulillah..Kami dah kawen

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..Now I am a wife to someone.
Alhamdulillah semuanya SETTLE dengan izin ALLAH..

Aturcara:
1. 9 Feb 2013   = Majlis Nikah adik aku di Dungun Terengganu
2. 10 Feb 2013 = Majlis Akad Nikah aku, di Masjid Al-Muthafi Billah Shah, Kuala Terengganu.
3. 11 Feb 2013 = Majlis Bersanding Aku + Majlis Bertandang adik aku
4. 16 Feb 2013 = Majlis Bertandang Aku di Perak.


Sangat berbaloi sebab semua DIY aku menjadi.
Thanks kat sesiapa yang banyak tolong untuk DIY




“Allahumma Inni As-Aluka Min Khairiha, Wa A-’Uzubika Min Syarriha…”
(Ya Allah, Sesungguhnya Aku Memohon Dari Kebaikannya, Dan Lindungilah Aku Dari Kejahatannya…)


Time: Petang Majlis Bersanding
Pic taken by our photographer, Taqie
Location: Masjid Raja, Chendering Kuala Terengganu
Theme kami " Merah Hitam sebab aku nak songket..
Tapi kaler ni je yang available untuk size pakaian suami


 Majlis Bertandang di Perak

Gambar dari Photographer John belum dapat lagi
Theme kami: Biru kain sekolah menengah


Ok. sampai di sini sahaja.


Ok.Bye-Bye