nuffnang

JANA DUIT

Buat apa kat kampung hari ni...

Assalamualaikum...
Hi..


Aku bersiaran dari kampung...
Again...
Balik kampung suka tak terkira..

Hari ni nak buat apa??
1. Nak g cari butang untuk handbouquet.
2. Cari sejadah dan towel
3. Amik baju kat tukang jahit
4. Cari kelengkapan mandian



Orang kaya belanja makan malam ni..


p.s: ujan je hari ni seharian..bila nak salji..


Ok. Babai-Babai

kereta mintak gaji

Assalamualaikum...


Bulan 11 dan 12 tahun 2012..
Banyak duit habis untuk kereta..

2 minggu sebelum bulan Dec..
Gigih settlekan urusan roadtax... Habis RM1200.00..
Lepast tu g servis kereta..
Tukar minyak hitam and tampal tayar yang terkena paku..
Terbang RM160

One week lepas tu tukar minyak gear and tukar brek tayar belakang.. Habis RM250 gak laa..

N then yang terakhir (harapnya laa) ialah semalam tukar bearing tayar belakang side kanan..
Melayang RM90. Alignment baru je buat 2 minggu lepas..






Ok. Bye

DIY : Repair hadiah gelang dari Sabah

Assalamualaikum...
Hye uollsss...



Aku nak gebang kat sini pasal gelang tangan yang dah punah ranah dilanda badai..





Pemberian teman sekerja kat ex-company dulu..
Bila pakai dan gigih drive ganas-ganas, maka adalah orang tu yang sentap bila gelang ni putus berkecai tersangkut masa dalam kereta..

Gigih plak tunduk mengutip manik manik mutiara bagai tu..
Ohhhh..kerana dirimu begitu berharga~
Sebenarnya lebih kepada kenang-kenangan, Tu yang gigih jahitkan semula..


Ok. Bye

Si Bongsu

Assalamualaikum...


Adik..
Dia adik tercomel dalam hati ini..
Terasa dia masih kecil seperti dulu..
Layanan seperti kanak-kanak kecil..
Walhal sudah berusia 11 tahun..



Miss him..

Kuyu...Saat dia demam ketika raya ke-3..
Dua hari sebelum abangnya bertunang..

Semoga dia berjaya dalam pelajaran dia..
Teringin nak kerja kat kampung untuk selalu dengan dia.. dengan family..
Tapi rezekiku di bumi KL..



Dengar gowsip katanya budak ni nak masuk jawi bulan 11 nanti..
Debar kot..


at uncle's house



Ok.Bye

Hadiah Besday : Beg & Weight Scale Hello Kitty

Assalamualaikum..
Hai geng !!


Thanks to all yang berperangai baik-baik sahaja terhadap saya..
Really appreciated that!
And...Really appreciated every single moment with all of you..


Birthday Present from my superior..
:)



Tadaa..
My dream outing bag!
Really cannot wait to use it...
Thanksss


Also birhday present from someone



Tadaa..


Ohh..by the way.. also got RM80 voucher MPH from my company.
Somemore, got dinner ticket for comedy charity with Dougles Lim this Friday..
Enjoy peepssssss!

Mum.. Can u deliver 365 copies of me again? So everyday will be my birthday lorrr..
#Saya suka besday saya walaupun hari tu angka umur saya bertambah#


Thanks ya!
Ok.bye

12 September yg bahagia

Assalamualaikum...

Hari yg spesel hari ni..
Untuk si blogger ezy comel tu..
Selamat hari lahir yang ke-tutttt
Biarlah jadi rahsia si ezy..

Semoga panjang umur murah rezeki.
Doaku semoga kamu cepatt kawen
dan sentiasa dalam rahmat Allah..
Amin..



Pssst : Happy Besday Yunk..

Ok.bye
XoXO

Surat Cinta dari Abang JPJ

Assalamualaikum...


Last months time balik raya, ayah aku bising sebab aku dapat surat cinta..
Ye..ada lelaki bagi surat cinta..
Penolong Pengawai..

Dari mane?
Dari JPJ...
Walaupun tu bukan surat wangi..
Bukan surat taruk bedak..
Bukan surat curi-curi letak dalam peti surat aku...
Tapi kedatangannya mengundang marah ayoh aku..

So hari ni aku mintak member aku Mat g JPJ..
Sebab aku busy dengan audit kat opis ni..
So tadi masa dalam audit discussion session si Mat ni call..
Katanya kena buang semua tinted kat kereta aku ni...
No plat kereta pun kena warning tadi sebab terlalu kecik...
Before ni aku memang tak amik tahu hal kete..

Nahhh.. Sedebikk surat cinta dr JPJ.
Aku kena time balik kerja..
PJJ nampak pastu terus buat surat hantar surat cinta kat rumah

Pasni tinted baru la wei....
Biar panas dan silau masuk kereta..
Tembus bijik mata ni tengok depan yang bermatahari tu.


Ok. Babai

Bakat terpendam seorang General worker & tudung dari General Worker

Assalamualaikum...
Hai awok semuaaa...


Bercerita pasal bakat terpendam ni, apa bakat terpendam kamu wahai kawan-kawan?
Punyai bakat kah kamu?

Bakat terpendam aku tentulah "bakat menipu orang".. hikhik..
Mujur tak makan penampar je..


Bakat terpendam seorang general worker


Bambang nama pekerja ni.. Indonesia mariii..
Banyak bakat dia..
Menyanyi, bermain alat muzik, melukis, kraf tangan..

Dengar lagu yang dia nyanyi pun kami sebak..
Lagu pasal Penghargaan dia untuk management yang banyak membantu General worker ni..
Aku akui syarikat cina yang aku keje ni memang banyak ambik tahu kebajikan pekerja site..






Terharu sebab dapat tudung dari seorang General Worker.
Wati namanya..
Kamu sangat baik..
Dia sudah seperti adik beradik sendiri.. Dah macam kakak-kakak sangat..


Psst : Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki kita semua.. 

Ok. Bye

Untuk terangkan bilik

Assalamualaikum...
Hai korang...


Weekend lepas yang sangat heaven..

Satu - Sebab telah ke kursus kawen.
Dua - Telah terlajak ke Kedai Best Buy Shop di Hulu Langat.

Sebenarnya hanyalah pergi menghantar salah sorang kenalan ke sana untuk ambil kereta tunangnya..Tunangnya sudah balik Sarawak.

So, kebetulan g sana maka telah berjaya merembat satu lampu comel.
Sebab awal pagi tak nak buka lampu kalimantang kat bilik tu.
Taknak mengganggu roomate pepagi buta..

Biasanya dia akan sambung tidor balik lepas solat subuh.



Hi cutiest friend..


Ok.Bai
XoXO

Tips aku membersihkan/kemas bilik umah sewa

Assalamualaikum...
Helloo awok mung!!


Tips bersihkan bilik:

1. Mulakan dengan mengemas satu bahagian dari bilik itu. 
Contohnya: kemas sudut penjuru bilik, kemudian diikuti dengan area lain.
Tujuan: Untuk elakkan rasa serabut dan boleh fokus sesuatu di sesuatu area..


Example: letakkan barang satu tempat, so boleh kemas penjuru lain yang kosong dulu.

2. Kemas bahagian atas terlebih dahulu kemudian diikuti dengan bahagian bawah. 
Contohnya: Mulakan mengemas bahagian loker atas, barulah mengemas loker bawah.
Ataupaun mulakan mengemas bahagian atas meja solek, kemudian baru mengemas bawah meja dan lantai.
Tujuan : Nak siapkan sekaligus sapu lantai... Sebab bila kemas atas, habuk terus jatuh bawah... Terus boleh sapu lantai dan siap...


Example: kemas bahagian atas loker dulu sebelum sapu lantai


3. Barang-barang kecik disusun dalam compartment atau kotak comel. 
Barulah mudah dikemaskan sebab tak bersepah-sepah. Barang kecik-kecik ni lah yang mudah bersepah dan payah nak kemas dari habuk.

Example: Guna compartment box


4. Asingkan barang-barang yang selalu guna dengan barang yang jarang digunakan.
Contohnya: Pencuci muka setiap hari guna, letak ditempat yang mudah kita capai berbanding barang lain yang mungkin kita guna 2minggu sekali or sebulan sekali. Baru la tak sepah-sepah bila nak capai.
Tujuan : Mudah untuk kita capai barang yang daily use. Compared to barang yang jarang kita guna

Example: letak barang daily use kat luar. dan barang yang jarang guna letak dalam loker/box.


5. Gantung barang yang berwayar dan selalu digunakan. 
Contohnya : Charger handphone, mouse laptop, kunci akan digantung di dinding.
Tujuan : Mudah untuk dicapai. Tak perlu nak godek beg laptop/box.. Biasanya terus capai, bila siap guna terus ikat dan gantung balik.
#kenangandenganlaptopyangtelahdicuri#


 
Example: tempat gantungan kunci, pad lock and charger.


6. Loker simpanan sebagai meja laptop.
Oleh kerana aku guna laptop sambil duduk di lantai, makanya aku guna loker simpanan as a meja laptop..
Jimatkan space kerana ada tempat simpanan dan juga berfungsi sebagai meja laptop. 
Boleh simpan stok makanan kalu hagak nak menggemukkan diri ngadap laptop tu kan.


Kenangan sebelum rumah dimasuki pencuri yang tak reti malu

Ok. dah tak boleh taip lagi. emo sangat ni.

Ok.bai
XoXO

TV dari abangku

Assalamualaikum...
Hai genggg!!!


Tenkiu kat abang tersayang sebab bagi TV...
So bolehlah sahur dengan bertemankan TV...
Waktu terluang pun dapat tengok TV..

Oh..ni bukan TV



TV lama dah rosak, tinggal nak campak je ke luar.. huhuhu~

Tadaa..
Menu berbuka hari pertama


Pencuci mulut:
Sengkuang

Jambu sejuk enak

Takde la sunyi sangat bangun sahur..

Ok.Bai
XoXO

Hello Kitty Origami

Assalamualaikum...


Aku ada save satu link ni untuk print origami Hello Kitty.
Aku mintak member aku printkan, sebab aku tak dapat print ye la buka pun guna hp samsung ni..

Malam tu aku dengan Kak Zura (housemate) g kedai pak teh..gigih nak masak pengat ubi.
Malam tu member aku datang kawasan flat aku, skodeng kete aku yang calar kat sport rim.
Balik kedai pakteh tengok member aku dah ada bawah flat..
Padahal calar tak banyak pun..

Tup tup masa sembang dengan dia, dia bagi origami hello kitty yang dia print..
Tak sangka dia hantarkan malam tu jugak..gigih dia mengalahkan aku..

Malam tu jugak gigih aku gunting + cantum = meraung sebab ngantuk..
Esok malam baru aku sambung siapkan.














Tadaaaa..
Hasil nukilan?
Hasil titik peluh betina..
hahaha..

Hello kitty ni tanpa kaki...
Bukan sebab diabetis
Tapi sebab aku yang malas nak letak kaki..





Ok. Bye

Kecurian di Rumah Sewa

Assalamualaikum...


Sudah ada keberanian untuk bercerita mengenai kes kecurian itu..
Hampir sebulan berlalu..Terlalu rindukan laptop tu.
Semua pencuri amik termasuk external..
Memang takde rezeki aku..
Yang paling terkilan, takde lagi semua gambar family, gambar zaman belajor dalam laptop
Alahai..





POLIS MALAYSIA membuat siasatan


Keadaan bilik aku selepas kejadian: 



Loker kesayangan digeladahi tanpa rela..
Mujur pencuri tak angkut loker tu sekali


Almari pakaian dinodai tanpa rela..
Terdedah aurat dia..
Pakaian aku takde pun yang hilang..
Aku rasa la..hihikk


Kunci di pintu dikopak..
Terluka dia

Mangga di pintu tercampak sampai dalam bilik..
Kuat sangat ke pencuri ni..
Ke superman yang mencuri  ni?





Alahai.. duit-duit dalam poket suar pun dia amik..
#melampau
Tinggal lah duit sikit untuk mangsa ni survive..


Tempat gantungan mouse
Mouse pun tak takde..
Dikebasnya tanpa rela


Kotak sesuci hati ini digeladahi dengan paksa..
Laptop atas rak ni hilang


Tukul yang digunakan untuk memecahkan kunci bilik


Pisau yang digunakan untuk pecah masuk bilik Izzah and Aini
Hitam-hitam tu serbuk yang polis gunakan untuk kenalpasti cop jari..


Sobb..Sobb.. Kenangan dengan laptopku

Apa - apa yang hilang di kalangan student di kawasan rumah sewa di sekitar ni, memang takde dapat balik. Takde jumpa pencuri..
Paham-paham je laa..

Telan dan Hadam..

Ok. Bye

Terima medal yang berat tapi tak dapat gadai~

Assalamualaikum...


Hi kalian semua.. Pagi yang dingin..
KL hujan.. Kamu sangat dingin hari ni KL
Dah macam NewYorkSiti





Semalam ada majlis monthly gathering kat opis..
Aku dah dapat Medal Green Cheetah Champion untuk carom dan hadiah untuk Pertandingan Layang-Layang baru-baru ni..








Ok.Tata