nuffnang

JANA DUIT

Baju Peplum & Jersi untuk adik-adik

Assalamualaikum...



Mak tegur cantek baju peplum, so mak suruh beli untuk adik perempuan aku tu..

So, dua hari lepas tu terus ke Selayang Mall belikan 2 pasang baju peplum baru untuk mereka. Dan dua pasang skirt hitam untuk mereka. Aku amik hitam sebab senang nak match..


Untuk Aina..
Dia request nak purple dan nak peplum labuh..
Sepasang kain hitam
baju RM25
kain RM 25

Untuk Aima
Die request nak peplum kuning.
Dan sepasang kain
baju RM25
kain RM 25

Tak lupa jugak dua pasang baju untuk adik bongsu tersayang!
Jersi dan t-shirt


Ok. Bye

Kawan baik cik Suami kite dah kawen dengan pilihan hati..Kemain tajuk..

Assalamualaikum...


Tanggal 13hb dan 14.04.2013 kawan baik Encik Suami, Si Suhai dah selamat di nikahkan..
Mujurlah 13hb dan 14hb tu aku aku tak kerja...
Boleh la pergi kendurinya di Hulu Langat...

Majlis akad nikah 13.04.13:


Majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan, 11 pagi










Majlis resepsi 14.04.13:

Pukul 9 dah bersiap nak gerak ke dewan di Hulu Langat..




Suami dengan ex-housemate nya.
Baju suami adalah baju nikah kami.
Suami TERPILIH jadi pengapit Suhai.. So mengapit la dia kat atas pelamin tu..




Oleh kerana kami ni jarang bergambar bersama, Maka kami tak lepaskan peluang bergambar di photobooth yang disediakan..Photobooth mereka sangat cantek..



Pekjan dan Chah
Mereka akan kawen bulan Jun tahun ni


Bergambar kenangan bersama pengantin


Pssst: Tahniah untuk pengantin Suhai dan Azma, 


Ok.Bye.
XoXO

Cerita Kawen: Baju Bertandang (Suami)

Assalamualaikum...


Baju bertandang Pengantin Perempaun di Entry Ni..

Sekarang nak review baju bertandang untuk lelaki pulak.
Baju ni baju Melayu moden. Tiada pesak kat tepi.

Lepas siap jahit, tengok baju ni siap jahit agak besar walaupun dah ukur badan....
Tapi takpe lah jahit free kan (ayoh member tolong jahitkan)..kihkih..
Bila try, baju area bahu agak jatuh sebab kain ni lembut dan flowy sangat.

So, aku letakkan span kat bahu.. Baru la cantek dan tegap sikit bahu tu.
Kemudian oleh kerana bahu tu nampak sangat span, maka aku add on manik dan lace atas bahu sebab nak matching dengan lace kat pinggang peplum aku.


Hasilnya.

So dapat match dengan manik kat pinggan peplum aku.

Dan match dengan veil jugak

Close up review

View atas


Psst: Sekarang baju ni kami pakai time kenduri kawan-kawan plak.


Ok.Bye
XoXO

Cerita Kawen: DIY Fabric Hand Bouquet

Assalamualaikum...
Hi...


DIY Fabric Hand Bouquet

Bila dah decide baju bertandang ke Perak nak tempah jahit.
So mula aku pikirkan nak bunga tangan warna pe.. Nak veil warna ape..
Sebab untuk majlis bertandang, semua aku buat sendiri (baju + veil)..
Takde sewa dari butikk... Maka kena sediakan bunga tangan sendiri..


Mujurlah otak aku ni ligat jugak pikir nak sediakan bunga tangan ni..
Bunga tangan aku memang gabung 3 warna (Biru+pink+purple)...
Ini lebih kain untuk hantaran..
So aku decide nak DIY hand bouquet la.. Dapat idea bila google.ramai blogger yang buat hand bouquet jenis macam ni..
Especially idea i get from blogger Intan Norazam.

GIGIH tau..Lagipun ni untuk kenang-kenangan.

Step:

1. Potong 3 size kain..

 1.5 inchi X 8 inchi
 2 inchi X 9 inchi
 3 inchi X 10 inchi

** Jangan pendek sangat..nanti bunga tak cantek.. Percaya la.. Nanti meroyan sekampung dengan pekikan bakal pangantin yang bengang bunga tak lawa...

2. Jahit tepi untuk cantumkan hujung kain..kemudian terbalikkan kain dan jait jelujur plak.. lepas jahit jelujur, tarik benang untuk membentuk kelompak bunga yang indah.

3. So, akan dapat 3 warna bunga comel ni..susun la kat dawai yang sudah dicucuk butang m&m..
Boleh refer blog ni.


Nak review price:

1. Kain utk bunga - Aku beli RM5 untuk 1 meter/each kaler. Aku guna lebihan kain time buat hantaran dulu..
2. Butang m&m- satu bijik hanyalah 20sen. Beli banyak adalah lagik murah...
3. Dawai - free
4. Kain hitam kilat/kain renda - RM3/ meter.  Guna 0.5 meter je untuk dapat yang cantek punye hiasan dan kelompak.
5. Kain satin putih - guna sikit je. lebihan untuk wat poddle flower di baju bertandang and hantaran.
6. Gabus untuk pemegang - free.ni bahan terbuang. Recycle je.
6. Riben - RM6 segulung (beli masa buat hantaran). So, guna yang lebihan untuk hantaran and corsage je..

See..jimat kan.. Aku survey kalau order online yang paling murah aku tengok RM90.
Ada yang cecah RM100-150...


Tadaa..the hasil..







Kenangan masa majlis bertandang.


Now..bunga tu aku jadikan bunga perhiasan kat bilik tidur aku.



Bunga ni jugak aku gunakan untuk kawan nak tunang.


Ni antara tips berkaitan Hand Bouquet :-

1) Make sure bunga tangan kita tu jangan terlalu kecik/terlalu besar. Nanti tak balance dengan saiz tubuh pengantin. Macam aku kecik, aku elakkan bunga tangan besar/terlalu panjang...

2) Pemilihan warna... Pastikan bunga tangan kontra dengan pakaian pengantin. Elakkan baju merah pastu bunga tangan pun merah. Nanti tak nampak.

3) Gubahan/ Design bunga tangan bersesuaian.

4) Ambil kira faktor kesegaran kalau guna bunga segar. Samada letakkan span lembap, renjiskan air ataupun letak dalam bekas berisi air.



Selamat mencuba!

Ok.bye
XoXO

Cerita Kawen: Pomander Ball

Assalamualaikum...


Hi Semua..
Masih dalam mood review berkaitan kawen.
Nak share pasal pomander ball..
Aku tak guna gabus ataupun bola.
Aku gumpal kertas jer jadikan bulat.


Bahan nak buat pomander ball.
1. Amik paper, gumpal dan jadikan bulat..
2. Fabrik Flower - Guna balance kain yang beli dulu. untuk hantaran dan bunga tangan.
3. Map pin - Guna yang zaman belajar.
4. Gam - pistol gun
5. Riben size kecik - Guna yang dah ada. dapat masa kenduri la and etc.

Step:
1. Ikat riben saiz kecik sekeliling pomander ball as a tali... ikat ketat2. kemudian secure it guna gam pistol tu.
2. Susun fabrik flower sekeliling bola kertas. Lekatkan guna map pin. senang nak cabut kalu silap buat/susun.
3. Lepas siap dan puas hati barulah lekat guna gam, boleh tanggalkan map pin tu.
4. Siap

Hasilnya.

Aku buat macam2 size bunga sebab susun secara urutan size masa hias bilik pengantin.


Ok..Selamat mencuba.


Bye
XoXO

Cerita Kawen: Kad Kawen

Assalamualaikum...



Kad kawin untuk sebelah perempuan.

Oleh kerana kami kawen dua pasang pengantin di Terengganu (aku dan adik lelaki), maka kad kawen kami adalah satu.
Kami kongsi duit la untuk tempah kad kawen tu.
Mula-mula aku dan bakal suami ingat nak design sendiri, tapi adik lelaki dan tunang dia nak tempah kat tempat abang tunang dia. Murah katanya. So aku ikut je la.

Kos:
Kad Kawen = RM0.80 X 600 = RM480
Sorang hanyalah RM240. Tapi sebenarnya sorang tak sampai RM200 sebab ada lagi orang yang sponsor sikit sebab kenal dengan tauke kedai tu.. Means kad tu tak sampai RM 0.80 pun..
Tapi kalau dorang tak order, aku design sendiri je la..

Contoh kad:

*******

 Kad kawen sebelah perempuan



Kad kawen untuk sebelah lelaki.

Untuk majlis di Perak, suami aku yang design kad ni.
Kami guna 1 A4 paper lipat 3. Kami gabung sekali pelan rumah pengantin perempuan dan pelan pengantin lelaki.
Kiranya sekaligus la.. Mana tahu sebelah saudara pengantin lelaki nak datang majlis di Terengganu jugak, maka mudahlah mereka nak ke sana.


Kos:
200 kertas A4 = RM 10.00 ringgit kot
Kos printing = Free. Sebab buat sendiri. Kalau kira kos ink dalam RM30 je la kot. Tapi free je pun..

kertas biru

Contoh kad:

*********************

Kad kawen sebelah lelaki


Kawan-kawan aku kalau nak datang Majlis Terengganu, aku bagi kad ungu.
Kalau nak datang Majlis Perak, aku bagi kad biru..
Tak isu pilih kasih pun..



Ok.Bye
XoXO

Cerita Kawen: Doorgift

Assalamualaikum...


Kali ni nak gebang pasal doorgift plak kat sini..

Mula-mula perancangan nak bagi towel kecik harga RM0.20 sehelai dan gula-gula, jelly, jajan dan bunga telur.

Kemudian oleh kerana towel kecik tu dah out of stock maka last-last kami ke GM KL .
Kami jumpa towel semurah RM0.40 sehelai yang lagi ok kualitinya. Kami beli 600 pcs towel.

Kos: RM0.40 X 600 = RM240
Kos Coklat + Lain2 = RM250
So total dekat RM500. So sorang bayar RM250.(aku dan adik lelaki) sebab kawen 2 beradik sekaligus!
Paper Bag Kertas = Orang sponsor.
Plastik = RM11.00


SayangMee.



Jelly
Source: Google

Gula-gula susu
Source: Google


Gula-gula 
Source: Google

Sekitar memori persiapan kawen dulu:










Psst : Doorgift kami semua sama untuk semua tetamu.. Family suami jer dapat yang ada bunga telur..


Ok.Bye
XoXO