nuffnang

JANA DUIT

Selangor banjir.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jumaat 17 DEC hujan je memanjang sehari suntuk. Kejap lebat, kejap slow. Tapi seharian hujan turun je..
Sedangkan khamis tu pun hujan hampir satu hari.
Oleh kerana jumaat aku tak keje, so aku memang lega sangat sebab tak perlu redah hujan.
Suami pulak pegi keje naik moto sebab mudah nak g site. 

Sabtu start banjir merata-rata tempat. Dan heboh sana sini pasal banjir.
Oleh kerana aku duduk Kapar, dan sini bukanlah tempat yang ada penempatan perancangan yang teratur, aku rasa memang tinggi risiko untuk banjir.

2malam aku tido tak lena, tengah2 malam bangun sejam sekali intai longkang depan dan belakang rumah takut air melimpah. Sebab 2 hari dah hujan.
Al maklumla kami rumah setingkat aje. Kalau banjir, memang takde tempat nak alih perabot.
Terus teringat dokumen2 penting kat mana, nak bawak lari ape je kalau banjir

Sources : Di sini
Banjir di Meru, Klang

Sabtu pagi tu, suami dan MIL bersiap nak g Puchong untuk cuci kaki (dressing kencing manis), tapi jiran india tegur dan bagitahu banyak jalan tutup. Hatta dia sendiri pun terkandas, tinggal kereta di tepi jalan di Meru. So, kami tak jadi keluar.

Rupanya Allah pelihara, rupanya ramai yang stranded tak boleh balik rumah lepas kerja sabtu tu.
Andaikata suami dan MIL keluar, maunya depa kena bermalam di pusat banjir kat mana2/bermalam dalam kereta tepi jalan.

Banyak rumah kawan2, kenalan, budak opis, sedara yang kena banjir. 

Isnin aku dan suami cuti sebab takde laluan keluar. Kami tak berani nak redah banjir takut rosak kereta. 
Isnin aku keluar tengok jalan mana yang boleh lalu.. 
Selasa selepas 2 hari tak hujan, aku dan suami baru masuk opis.

Meru dah biasa banjir kalau hari biasa, walaupun kami biasa redah banjir g keje. Tapi kali ni teruk, sampai takut nak lalu.

Semoga kuat semangat dan dipermudahkan urusan semua yang terlibat dengan banjir.
Semoga baik2 semua nya..
Terima kasih kat geng2 yang tak putus2 tanya keadaan aku kat sini.

Ok. Bye
XoXO

Try Celup Tepung di MYE Warung, Jeram Kuala Selangor

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada nampak orang share kedai celup tepung di Jeram.
Oleh kerana dekat dekat rumah aku (dalam 20minit), so aku try la pekena celup tepung menu kat sini. Takde plan nak ke sana pun. dalam kereta baru decide nak try ke sini.
Gigih ikut waze, lalu jalan yang belum turap, berbatu2.. 
Otw balik, memang aku lalu jalan lain, keluar kat simpang port2 ikan bakar jeram.

Kedai Makan MyeWarung

  • Nama : MYE Warung (Celup Celup Tepung)
  • Alamat : 474, Jalan Parit Omar, Kg Bukit Kuching Tengah, 45800 Jeram, Selangor.
  • Peta Lokasi : https://maps.google.com/maps?ll=3.259239,101.357032&z=14&t=m&hl=en&gl=MY&mapclient=embed&cid=1035523398067812061

kedai viral memang beratur jugak orang.
Tapiiiii,, sekejap je pun beraturnya. Sebab kena order kat depan




Antara menu yang aku search ada kat google


View kedai



banyak seat dan cepat dorang serve



Makan berdua memang kenyang



Udang celup tepung

Suami makan soto. Ada biasa dan special. Yang special hanyalah beza saiz mangkuk katanya. Aku opkos la order sotong, udang dan keropok celup tepung.

Air dorang sediakan 3jenis je masa aku pergi (Teh O ais, limau ais & sunquic) Air panas takde. Memang dorang nak cepat, memang mudah.

Sedap?
Sedap... Puas hati makan. Sebab harga pun takde la mahal sangat. Berpatutan.

Tapi memang serve dorang laju la walaupun masa tu aku g weekend (school holiday baru start)

Boleh la buat lepas kempunan teringin kat makan celup tepung kat Tganu.
Tunggu suami cuti baru nak balik Terengganu insyaAllah.

Note : Ada photo from google.

Ok. Bye
XoXo

Besday Hubby dan makan-makan je

Assalamualaikum... Hai Semua...


26 NOV setiap tahun.
Happy Besday Encik Suami..
Aktiviti tetap sama.
Makan-makan. 
Nak lagi sedap makan kek depan TV layan neflix.

Malam besday suami ajak tengok wayang cite James Bond di Setia City Mall.




Esoknya jalan2 cari makan.
Ke Port baru "LAPAR BETUL.CO" di Meru.
Aku suka kedai macam ni sebab banyak pilihan









Menu masa hari pertama pergi (siang)

Menu masa hari kedua pergi (malam)
Malam time sabtu ahad beratur ramai orang.
Mujur kami pergi lepas magrib. So dapat meja.

Untuk sambutan sendiri
Aku beli kek balik makan kat rumah dalam bilik sambil tengok Neflix.


28 NOV 2021
Kawan sekolah Encik Suami ajak makan..
Aku hulur duit kat suami, katanya kawan dia nak belanja sempena besday.
Boleh pulak dia arrange order kek & lagu besday dari staff kedai.
Encik Suami dah tentu segan.. hahaha..
Both of us memang jenis besday je sambut senyap2 kat rumah berdua. hehe
Melepak di Kedai One Serambi Cafe, Bukit Jelutong
(InsyaAllah, next time kami nak belanja dorang plak)


Lawaknya, masa staff kedai dtg bawak kek dan nyanyi suami aku bangun sebab mak dia call. Dia keluar kedai utk jawab call mak.so xjadi nk surprisekan dia. Kelam kabut tiup lilin matikan api dan buat surprise semula lepas suami aku masuk kedai. Apa lagi, kali kedua tu, memang satu kedai la nyanyi. Suami tak perasan pun masa dia bangun jawab call, org kedai datang ke meja kami siap nyanyi lagu. Bila balik rumah, aku ceritakan dia terkejut. 

Laaa.. Yeke.?? Tanya dia. 



Lamb Burger



Fizzy Mango & Long Black Hot


Spagheti Seafood



Kek comel dak besday

Photo kenangan


Tahun ni tak tahu nak beli apa.
Beli dompet je.

E.P.I  B.E.S.D.A.Y

Ok.Bye
XoXO