nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan : DIY Jam Besar di dinding

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kat dinding ni memang jadi mangsa DIY kami.
Letak frame la.
Letak board sample kain la.
Kali ni DIY jam pulak..

I means completekan DIY jam ni bagi siap sempurna gitu laaa..

Alaa.. semua bajet murah je.
Sebab ada yang guna barang terpakai, ada yang orang bagi free barang-barang tu.





Paham tak no kat dinding ni?
Ni kerja laki i la ni.

Enjin Jam tu dari kedai MR.DIY...
Tapi numbering tu dah lama kami buat.
Numbering tu memang kami cat kat dinding.

Psst : Siapa paham no ni? Pe fesyen macam tu? 


Ok. Bye
XoXO

RESEPI : APAM BERAS (NASI)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama teringin nak buat resepi ni.
Oleh kerana dah beli periuk kukusan boleh la aku try kuih ni.

Terkenang kan ada nasi lebih dalam peti ais, terus lah buat.
Resepi screenshot dari FB.






Aku buat warna asal. tak letak pewarna dan makan tanpa kelapa.
Nak cepat.. tak sabor.. Potong apam ni pun xcantek




Ni hasil peram 2 jam
Sebab tak sabar


Ni bila peram 3 jam

Hasilnya.

Sedap jugak. Secukup rasa. Manisnya pun sedang-sedang.

Ok.Bye

RESEPI : SPAGETHI BOLOGNISE GUNA NUGGET DAGING

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada satu pek nugget daging..
Yang beli itu hari tapi nugget ni tak sedap..
So tak makan dan ada tersadai dalam peti..
Aku duk pikir nak buat apa dengan nugget daging ni.. Makan saja memang tak sedap..
Samada buat bergedil daging ataupun buat spagethi bolognese daging..

Aku pilih nak buat Spagethi Bolognis, gantikan daging cincang dengan nugget daging ni...


Spagethi Bolognise cara saya..

Bahan :

Setengah pek spagethi.
Minyak Zaiton
Bawang putih 4 ulas. dicincang halus
Bawang besar sebijik dipotong dadu.
Sekeping cheese
5 ketul cendawan tin
Setin sos prego tin
Sebiji tomato - separuh kisar, separuh lagi potong dadu.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili boh
6 ketul nugget daging - kisar
2 batang sosej
Sedikit herbs (Oregano, basil,etc)
Sayur : lada benggala jer.
Garam

1. Rebus & tos kan spagethi

Untuk kuah :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar guna minyak zaiton.
2. Masukkan cili boh. Tumis sekejap
3. Masukkan daging kisar, tumis hingga daging garing sedikit.
4. Masukkan sos prego, tomato blend, tomato dadu, sayur, sosej, sos tomato & cendawan. Letak garam
5. Masakkan sekejap. Letakkan cheese. Sebatikan sehingga cheese cair.
6. Hidangkan. Letakkan herbs sikit sebelum makan.




Nak cepat. Buat pizza roti.



Aku lebih suka tumis dengan cili boh dan letak sos tomato sikit.
Lagi banyak tomato best sikit sebab nampak banyak sikit kuahnya.
Nak buat pizza pun senang, letak je kuah ni ni ats roti dan letak topping. Boleh la sambil2 makan spagethi..

Psst : Minggu ni minggu western menu je..

Ok. Bye.

RESEPI : KEK SPAN PANDAN SANTAN (RESEPI MAS COTEK)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rasanya kek ni jadi viral hari tu kat group masakan di FB.
Nasib baik dia cakap blh gunakan jus lemon.
Cream of tartar pun aku tak tahu apabenda.
Tu yang aku guna lemon je la.





First trial menjadi elok tesktur kek nya..
Walaupun aku salah masukkan bahan B ke dalam bahan A.
Sepatutnya masukkan bahan A ke dalam bahan B.


Eh, jangan terkejut.
Aku memang guna periuk nasi..
Aku takde loyang kek.

Aku guna periuk nasi kecik.
Double boiler letak dalam periuk nasi besar.
Huhuhu

Terbalikkan macam ni 

Oleh karana aku just oles planta je dalam periuk ni, makanya payah sikit nak keluarkan

kek comot sikit sebab terlekat


Namun teksturnya ok

Keknya lembut dan berspan jer.


Ok. Bye

DIY : Cover/Alas Oven & Microwave

Assalamualaikum... Hai Semua...


Siap jugak akhirnya jahit alas oven dan microwave ni.
Ala kadar dan jahit pun bodo-bodo je..ehee..
Cincai-cincai je janji siap dan beralas.

Takde la berdebu sangat atas oven &microwave ni.
Microwave ni kalau baking pun seminggu sekali tu pun kalau tak gi merayap ke mana-mana.
Kalau microwave selalu la guna untuk defrost dan panaskan lauk.






Guna kain perca sedia ada. Mana yang tak muat cantum2 je la. Janji boleh pakai.
Dalam kain tu aku letak foam lebihan masa pasang laminate hari tu.
So takde la nampak nipis je..

Aku tutup atas dan sisi jer.
Depan tak tutup sebab pintu kan.
Belakang pulak tempat heat keluar kan..

Untuk keselamatan, time on kan oven dan microwave, aku tanggalkan alas kain ni.
Dah off, baru letakkan balik.
Letak pun sebab taknak berdebu sangat.
Kalau alas ni berdebu,senang sebab boleh basuh je.

Takde la nk upah orang sebab senang je nak buatnya,
Senang pun makan "minggu" jugak la bercinta nak cari kain perca dalam stor tu, nak ukur appliances ni, nak potong kain, nak jahit bagai tu..

Pokok pangkalnya kena paksa untuk rajinkan diri.


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Penyangkut kain muliq ikea

Assalamualaikum... Hai Semua...


Entry ni gigih ke ikea nak gunakan family card ikea, so jom tengok apa yang sempat deko?
Selain buat deko di ruang tamu.


Bilik Tetamu..

Niat nak pasang penyangkut kain muliq ikea tercapai jugak..



1PCS RM19.90 dan boleh laras.

Semestinya menjadi kesukaan setiap wanita untuk digunakan sebagai tempatan gantungan pakaian mahupun beg. kan?


Dari pandangan pintu masuk.
Pasang di betul2 dinding kat pintu masuk


Aku pasang 3 set.
2set diatas - Sangkut baju & sangkut pakaian labuh macam jubah tu.
1set dibawah - Jadi tempat gantung baju tetamu, sejadah &telekung.



Kadang2 aku sidaikan baju lepas basuh. Kalau tidur bilik tamu pasang kipas, baju cepat kering.

Aku suka bila pasang penyangkut macam ni. Compare kalau guna penyangkut baju beroda tu, Bila nak sapu lantai, kena alih-alih. Macam ni senang, sangkut kat dinding, takde attached kena lantai. Nak sapu lantai takde halangan.

Moga rajin la menyapu kelak..

Heee...Alasan akak-akak sangat!

Ok.Bye
XoxO

Rumah Kesayangan : Sarung Kerusi Makan 9 bulan 10hari.heee

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lepas 6 bulan baru dapat sarung kerusi makan ni..
Nasib baik la aku  ni sabar menunggu..
Taknak bising2 kat akak jahit tu..
Kesian kat dia kelam kabut nanti..

Tempah bulan Dec 2015. Ikut instruction dari akak tu cara nak mengukur saiz kerusi.
Dia buat sampel bulan Jan 2016. Tapi tak padan
Bulan 3 datang rumah ukur.
Hujung bulan 6/awal bulan 7 baru dapat..




Sebenarnya kerusi ni aku order seluruh kerusi menggunakan kain corak eiffel tower tu.
Memang berkenang dengan kain tu..

Tup tup masa dapat tu, tengok aik kenapa ada kain hitam sekali..
Terkejut dan frust jugakla sebab menanti lama kan..
Tapi lepas whatssap dengan akak tu, akak tu jelaskan kain tak cukup dan mintak maaf, so malas nak panjangkan isu ni so kira okey je la..
Lagipun, combinasi corak and plain cantek.

Bila sarungkan sarung ni agak besar dan tak bape fit, tapi takpe la..
Pikirkan akak ni pun baik dan sanggup datang rumah aku ukur bagai, so no hal laa..
Yelaa... Mungkin kerusi ni lain dari yang lain dan akak tu pun tak pernah jahit sarung untuk kerusi jenis macam ni.. Jahitan dia kemas, cantek..mungkin ukuran payah nak fit sebab kerusi ni macam lain sikit berbanding kerusi yang biasa akak tu jahit.
So, aku accept je.. Takde masalah sangat pun.

Memang la pelanggan is always right, tapi atas rasa timbang rasa dan hati perut kena la pikir jugak pasal si tukang jahit kan..







Kos RM150 untuk 4 kerusi. (Kain + Upah)
3 kerusi letak kat meja makan.
1 kerusi letak dalam bilik tetamu.

Aku buat sarung kerusi ni sebab kerusi ni not washable. Kalau kotor kena buka skru bagai untuk cuci. So renyeh kan??

Meja makan aku tampal wallpaper dari KAISON..
Wallpaper ni tampal sekali dalam bilik tetamu..

Tenkiu ye kak. Next time kami nak upah jahit sarung untuk sofa putih plak.
Jangan ditanya kenapa aku ada mesin jahit tapi taknak jahit sendiri..
Jangan tanya.
Kang nanti karangan panjang bermodalkan perkataan "isu malas" ni keluar,

Ok.Bye

XoXO

Resepi : Kuih Tokyo Sekaya / Kuih Manja

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku suka kuih tokyo ni sejak kecik lagi.. Selalu beli kat pasar malam time kat Terengganu dulu. Suka yang sekaya berbanding kelapa..

Mungkin oranglain panggil kuih ni dengan nama lain kot.
Sebab ada yang panggil kuih manja, kuih telinga...



Credit to owner asal.
Ni screenshot from FB

Terjumpa resepi ni kat FB terus buat satu adunan.

Bahan :
1 biji telur
1/2 cawan air.
1 cawan tepung kek. (Aku guna tepung gandum secawan dan letak 1 sudu kecik baking powder (semuanya diayak).Untuk gantikan tepung kek.)
1/2 cawan susu cair (Aku letak susu pekat 2 sudu dan 1/2 cawan air untuk gantikan 1/2 cawan susu cair.)
1/2 cawan gula halus/perang. (Kalau takde, guna gula biasa pun boleh)
1 sudu besar minyak/butter cair.
secubit garam.

Cara Pemalas macam aku  ni :
1. Blend telur + gula.
2. Masukkan semua bahan lain dan blend lagi sampai rata. Aku blend sekejap je.
3. Sendukkan dan biarkan ianya masak.
4. Sudukan sekaya yoes sesudu kecik.
5. Masa angkat, kepitkan bagaian atas bagi lekat.
6. Siap..





Guna Pan dan senduk ikea.
Bagus tak lekat.
Murah weii



Dapat 12 keping.
6 keping makan malam tadi. 6 keping makan pagi.
lebihan bancuhan ni aku simpan dalam peti.
Oke je. tak rosak.


Suami tolong masak atas dapur.
Aku tolong sudukan sekaya je.
Tu yang tv pun aku sengetkan ke dapur, bagi can suami tengok badminton kat TV tu.





Tahniah Malaysia ke Final.
Eh. nak kena letak TV kat dapur ke?

Bye!
XoXO

Rumah Kesayangan : Kos Pasang Aircond

Assalamualaikum... Hai Semua...


Since January 2016 nak pasang aircond..
Alhamdulillah bulan April 2016 dah boleh pasang..
Kumpul duit 3 bulan jugak la..
Plusss perasaan malas nak berdebu tu pun satu hal

Kami pasang 2 aircond baru (1.0HP).
1 aircond lama 2.0HP yang sedia ada (orang bagi) hanyalah upah pasang sahaja.

Aircond DAIKIN 1.0 HP = RM 1150 include kos pemasangan.
Upah pasang aircond sedia ada = RM400 (termasuk major servis & top up gas)
Kos : RM 2700
Ini adalah kos aircond dan kos pasang sahaja. Sebab plug dan switch memang sedia ada owner lama buatkan.

Bilik Tetamu


Semua aircond pasang kat dinding yang ada tingkap.
So langsir tak boleh pasang tinggi ke ceiling (kecewaaaa....)
Rumah ni rumah sub-sale, so owner lama dah pasang aircond sebelum ni. so plug dah ada, tinggal install je la kat situ. Tak perlu keluarkan modal nak pasang plug lagi.

Bilik Tidur Kedua (Bilik Tengah)

Bilik ni ceiling tinggi.
Take time sikit kalau nak sejukkan bilik
Guna 1.0HP

Bilik tidur tengah ni merangkap bilik pakaian sekali. Time tidur memang take time kalau nak sejukkan bilik. Pastu tingkap tu pulak tinggi &bukaannya fixed (means tak boleh tutup buka cermin tu), so kemungkinan angin sejuk pun cepat keluar.

Plan nak beli roller blind dengan supplier opis aku.. Pastu kenyit2 mata nak jimat sikit.. Hehe..


Ruang Tamu.

Ruang tamu guna aircond sedia ada 2.0HP. Pasang di plug sedia ada yang owner sebelum ni guna.
So kena pasang atas sliding door jugak..




Langsir baru eh?
Eh.. Takde la..
Company suami yang dah tutup tu bagi free..

Jimat wang aku!
Huhuhu

Pssst : Nawaitu nak pasang aircond pun lebih kepada nak bagi tetamu selesa.


Ok. Bye

RUMAH KESAYANGAN : DEKO DI RUANG MENONTON / RUANG TAMU

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni gigih ke ikea nak gunakan family card ikea, so jom tengok apa yang sempat deko?

MOSSLANDA
Belebas gambar, putih
RM34.90
115 cm
Yang 55cm hanyalah RM19.90

Tapi aku beli yang 115cm. Lebih berbaloi. Untuk projek ni perlukan 2 unit benda alah ni.

FISKBO
Rangka, putih
RM35.90
50 X 70cm

FISKBO
Rangka, hitam
RM22.90
40 X 50cm




Selebihnya frame aku beli kat KAISON.
Sebab di KAISON, size A3 &A4 lagi murah dari Ikea.
Aluminium tu pulak hanyalah rangka jer. Bukan frame. Kaki meja sebenarnya.
Nampak panjang shelf ni sebab letak 2 unit..
115cm + 115cm.

Gambar dalam frame tu kami DIY sendiri guna sample paint chip &sample kain.
Termasuk yang khat Allah Muhammad tu.


Ok. Bye
XoXO

RESEPI : TAUHU KUKUS

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama nak cuba menu ni.
So, berjaya jugak buat...  Sedap jugak ye..


Ni resepi aku screenshot dari facebook.
Credit to Tuan Punya Resepi la yer
Aku guna isi ayam & daun sup sebab daun ketumbar takde

CARA - CARA :

1. Campur semua bahan termasuk telur kemudian blender.
2. Nak goreng, celupkan dalam telur (letak garam sikit) dan goreng sahaja. 



Selepas dikukus

Untuk di"NGAP"

Aku buat banyak, makan sikit the rest aku simpan dalam tempat beku. Nak simpan kat freezer biasa takut masam pulak sebab guna tauhu kan.

Kalau nak makan lagi, aku keluarkan dan defrost guna microwave, pastu goreng cam biasa.


Ok. Bye

FAMILY DAY 2016 : GAMBANG WATER PARK

Assalamualaikum... Hai Semua...


Banyak betul undangan majlis kawen, rumah terbuka pada 30-31 July hari tu..
Tapi oleh kerana dah booking awal nak ke Company Family Day maka tak boleh la nak cancel...
Kang kena denda RM300 kang.. leleh ayer mata wei..

Treasure hunt company suami pun tarikh ni jugak..
Tapi aku dah tanya suami awal2, nak g tresure hunt atau family day aku?
Dia pilih nak g family day. So jangan banyak songeh lagi lepas dah booking yer..

Kami pilih untuk naik bas yang company sediakan sebab malas nak drive..



Sumber : Disini




30 JULY 2016 (SABTU)

8.30am - Gerak dari KL
12.00noon - Tiba di Gambang Resort.
1.00pm - Makan tengahari.
2.00 - 4.30pm - Mandi di Waterpark
4.30pm - Check in & Rest.
6.30pm - Makan Malam.
9.00pm - Aktiviti bebas

31 JULY 2016 (AHAD)

8.30am - Breakfast
10.00am - Supposedly trip to Safari. Aku tak pergi. Melepak kat bilik packing untuk balik.
12.00noon - Check Out & Lunch
1.00pm - Balik KL
5.00pm - Sampai KL dan balik HOMEMANISHOME..

Rindu rumah sendiri walaupun kemana kite pergi kan..

Nak compare family day yang last year di Bukit Tinggi, Pahang..
Makan kat Bukit Tinggi lagi heaveennnnn.. Heheh..Bab makan No 1.
Dari breakfast, lunch & Dinner memang kat Bukit Tinggi lagi terbaik dan banyak pilihan.

Bab bilik okey la. Not bad.
Bilik Deluxe Studio ni agak besar, so take time nak sejukkan bilik dengan aircond.
Ada balkoni so ada la tempat nak ampaikan pakaian mandi waterpark tu.
Kami dapat bilik di Block 3.

Kad bilik tak boleh flash malam lepas dinner tu, call reception tak berjawab busy kot.
Bila turun ke reception, technisen terus ikut ke bilik dan check.
Rupanya bateri flash kad di pintu tu dah low. Tukar sekejap dah setel.
Maintenance dia OK dan bertindak pantas.




Peraturan masuk Water Park.

1. Tak boleh bawak masuk makanan dan minuman luar kecuali mineral water. Dorang akan check beg & beg tangan. Makanan yang diambil akan disimpan dan boleh tuntut masa keluar nanti.

2. Semua benda yang disewa macam pelampung, pondok, loker ada deposit. Deposit akan dapat semula kalau semua benda tu dipulangkan dengan keadaan baik.

3. Tempoh sah tag nama satu hari, kalau nak keluar boleh masuk semula. janji tag tak rosak dan boleh discan. Sama jugak dengan Safari Park.

4. Dalam waterpark area, semua tak guna duit. Kalau nak belanja sila top up tag anda. balance duit boleh refund semula. Tapi dalam sana makanan dan minuman mahal la. Standard la tempat macam tu.

5. Tempat salin baju banyak, jangan risau.. Tapi kalau orang melimpah2, memang kena tunggu turn jugak la untuk salin baju..

6. Dalam Safari aku tak boleh komen sebab tak masuk.

7. Kalau korang datang ramai2. sewa pelampung satu pun dah okey.. Gilir2 guna.. Sebab nak menjaga pelampung sehari suntuk penat jugak wei.. Kalau tinggal merata nanti hilang dan deposit burn. Lagipun semua mainan kalau nak main guna pelampung, korang nak kena angkat pelampung panjat tangga.. Berurat keting wei!

8. Kalau datang time peak season macam weekend mahupun cuti sekolah, kena beratur untuk main certain2 mainan. Memang beratur lama.. Hanya 1-2 mainan la yang akan kena beratur lama.. Aku beratur 45 minit untuk main benda alah tu. Ntah apa namanya.

Aku tak komen pasal tiket dan pakej sebab tiket yang kami dapat ni memang under company..

ANTARA PERMAINAN DI WATER PARK


Slide untuk kanak-kanak.
Sources : Google

Cabana yang kena sewa kalau nak duduk tu.


Aqua Play

Aqua Play


Wave Pool

Glacier River
Mula-mula santai, pastu ada ombak..
Best jugak

Lane Racer

Slide kanak-kanak.
Tapi orang dewasa pun boleh naik kalau main dengan anak2 kat situ..
yang ni kena naik pelampung.

Ni antara mainan yang ada kat bawah2 sana dengan dengan area kanak-kanak.
Untuk lebih extreme kena naik atas sikit la..
Sana kebanyakannya dewasa la yang naik gelongsor panjang2 tu..
Seriau aku..
Naik benda alah tu, jantung terasa tercampak keluar.



Kami menginap di Deluxe Suite di Cannabean.
Ni antara view bilik.
Untuk couple dapat bilik ni,











Opsss... 
Dah letak barang baru ingat nak snap photo


Dalam bilik ni dah ada iron and board.
Tapi bilik untuk geng2 single takde pulak iron. Terpaksa dorang g bilik iron.




NI antara yang sempat aku tengok di websitenya :

Facilities / Services

  • Wooden cabanas for rental
  • Multiple entry lockers for rental
  • Single, double and family tubes for rental
  • F&B Outlets
  • Kiosk
  • Prayer room
  • First aid room
  • Gift Shop
  • Top Up Counter
  • Washroom
  • Shower Room


Operation Hours

  • Wednesday & Thursday 
  • From 11:00 AM - 6:00 PM
  • Friday, Saturday, Sunday, Malaysia School & Public Holidays 
  • From 9:30 AM - 6:30 PM 
  • Park is CLOSED every Monday & Tuesday EXCEPT during Malaysia School & Public Holidays

Tickets 
  • Adult: RM 32.00. 13 years and above
  • Child: RM 22.00. Child above 90cm until 12 years old
  • Child below 90cm entrance is FREE

Habislah 2 hari 1 malam ktorang kat sana..

Psst : Kebanyakan gambar dari sumber google &website gambang sendiri.

Ok.Bye