Resepi : Kuih Tokyo Sekaya / Kuih Manja

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku suka kuih tokyo ni sejak kecik lagi.. Selalu beli kat pasar malam time kat Terengganu dulu. Suka yang sekaya berbanding kelapa..

Mungkin oranglain panggil kuih ni dengan nama lain kot.
Sebab ada yang panggil kuih manja, kuih telinga...



Credit to owner asal.
Ni screenshot from FB

Terjumpa resepi ni kat FB terus buat satu adunan.

Bahan :
1 biji telur
1/2 cawan air.
1 cawan tepung kek. (Aku guna tepung gandum secawan dan letak 1 sudu kecik baking powder (semuanya diayak).Untuk gantikan tepung kek.)
1/2 cawan susu cair (Aku letak susu pekat 2 sudu dan 1/2 cawan air untuk gantikan 1/2 cawan susu cair.)
1/2 cawan gula halus/perang. (Kalau takde, guna gula biasa pun boleh)
1 sudu besar minyak/butter cair.
secubit garam.

Cara Pemalas macam aku  ni :
1. Blend telur + gula.
2. Masukkan semua bahan lain dan blend lagi sampai rata. Aku blend sekejap je.
3. Sendukkan dan biarkan ianya masak.
4. Sudukan sekaya yoes sesudu kecik.
5. Masa angkat, kepitkan bagaian atas bagi lekat.
6. Siap..





Guna Pan dan senduk ikea.
Bagus tak lekat.
Murah weii



Dapat 12 keping.
6 keping makan malam tadi. 6 keping makan pagi.
lebihan bancuhan ni aku simpan dalam peti.
Oke je. tak rosak.


Suami tolong masak atas dapur.
Aku tolong sudukan sekaya je.
Tu yang tv pun aku sengetkan ke dapur, bagi can suami tengok badminton kat TV tu.





Tahniah Malaysia ke Final.
Eh. nak kena letak TV kat dapur ke?

Bye!
XoXO

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak cuba lah Cik Hani..
Macam best jer :)

ezy.fia said...

aku pgl kuih telinga.. haha
sedap kuih ni..