nuffnang

JANA DUIT

RESEPI : SPAGETHI BOLOGNISE GUNA NUGGET DAGING

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada beli satu pek nugget daging tapi tak sedap..
So aku tak makan dan ada la nugget tu tersadai dalam peti.
Puas aku pikir nak buat apa dengan nugget daging ni.. 
Sebab kalau goreng dan makan saja, memang tak sedap rasa dia..
Samada buat bergedil daging ataupun buat spagethi bolognese daging..

Aku pilih nak buat Spagethi Bolognis, gantikan daging cincang dengan nugget daging ni...


Spagethi Bolognise cara saya..

Bahan :

Setengah pek spagethi.
Minyak Zaiton
Bawang putih 4 ulas. dicincang halus
Bawang besar sebijik dipotong dadu.
Sekeping cheese
5 ketul cendawan tin
Setin sos prego tin
Sebiji tomato - separuh kisar, separuh lagi potong dadu.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili boh
6 ketul nugget daging - kisar
2 batang sosej
Sedikit herbs (Oregano, basil,etc)
Sayur : lada benggala jer.
Garam

1. Rebus & tos kan spagethi

Untuk kuah :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar guna minyak zaiton.
2. Masukkan cili boh. Tumis sekejap
3. Masukkan nuget daging kisar, tumis hingga daging garing sedikit.
4. Masukkan sos prego, tomato blend, tomato dadu, sayur, sosej, sos tomato & cendawan. Letak garam
5. Masakkan sekejap. Letakkan cheese. Sebatikan sehingga cheese cair.
6. Hidangkan. Letakkan herbs sikit sebelum makan.




Nak cepat. Buat pizza roti.



Aku lebih suka tumis dengan cili boh dan letak sos tomato sikit.
Lagi banyak tomato best sikit sebab nampak banyak sikit kuahnya.
Nak buat pizza pun senang, letak je kuah ni ni ats roti dan letak topping. Boleh la sambil2 makan spagethi..

Psst : Minggu ni minggu western menu je..

Ok. Bye.

1 comment:

Malinda said...

wah! sedapnyeeee...nasib baik hari ni tak pose kalau tak nangis tengok gambo makanan...hahaha :p