Lepas 6 bulan baru dapat sarung kerusi makan ni..
Nasib baik la aku ni sabar menunggu..
Taknak bising2 kat akak jahit tu..
Kesian kat dia kelam kabut nanti..
Tempah bulan Dec 2015. Ikut instruction dari akak tu cara nak mengukur saiz kerusi.
Dia buat sampel bulan Jan 2016. Tapi tak padan
Bulan 3 datang rumah ukur.
Hujung bulan 6/awal bulan 7 baru dapat..
Memang berkenang dengan kain tu..
Tup tup masa dapat tu, tengok aik kenapa ada kain hitam sekali..
Terkejut dan frust jugakla sebab menanti lama kan..
Tapi lepas whatssap dengan akak tu, akak tu jelaskan kain tak cukup dan mintak maaf, so malas nak panjangkan isu ni so kira okey je la..
Lagipun, combinasi corak and plain cantek.
Bila sarungkan sarung ni agak besar dan tak bape fit, tapi takpe la..
Pikirkan akak ni pun baik dan sanggup datang rumah aku ukur bagai, so no hal laa..
Yelaa... Mungkin kerusi ni lain dari yang lain dan akak tu pun tak pernah jahit sarung untuk kerusi jenis macam ni.. Jahitan dia kemas, cantek..mungkin ukuran payah nak fit sebab kerusi ni macam lain sikit berbanding kerusi yang biasa akak tu jahit.
So, aku accept je.. Takde masalah sangat pun.
Memang la pelanggan is always right, tapi atas rasa timbang rasa dan hati perut kena la pikir jugak pasal si tukang jahit kan..
Kos RM150 untuk 4 kerusi. (Kain + Upah)
3 kerusi letak kat meja makan.
1 kerusi letak dalam bilik tetamu.
Aku buat sarung kerusi ni sebab kerusi ni not washable. Kalau kotor kena buka skru bagai untuk cuci. So renyeh kan??
Meja makan aku tampal wallpaper dari KAISON..
Wallpaper ni tampal sekali dalam bilik tetamu..
Tenkiu ye kak. Next time kami nak upah jahit sarung untuk sofa putih plak.
Jangan ditanya kenapa aku ada mesin jahit tapi taknak jahit sendiri..
Jangan tanya.
Kang nanti karangan panjang bermodalkan perkataan "isu malas" ni keluar,
Ok.Bye
XoXO
7 comments:
Cantik dan kemas dia jahit tu Cik Hani..
Kira oklah tu kain + jahit RM150 tu..
still not bad.. murah sangat pulak tu.. :)
Wah cantik! nampak Rare sgt dr kebanyakn kerusi bersarung yg pernah jumpa. Cantik &Kreatif
Amboi comelnye.. kerusi pon pkai baju cntik2 kan.. hihi
nak jugak mintak tolong upahkan..hahah
stylo jugak tailor tu combinekan plain ngan corak ni cik hani. kalo semua yg corak tu mcm crowded sgt kot.. ok sgt dgn harga dia tu.. terbaek lah! smart pulak buat sarung kosi cenggini
Tgh cari tailor jahit alas kerusi jgk ni,di mana ya ni? Blh dptkn details tailor tu?
Post a Comment