Siang atau malam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jumaat yang tenang dan redup... 
MIL datang duduk di sofa. 
Aku menonton TV sambil2 online QR item yang aku beli di TikTok semalam. 
Si kecik bermain bersepah-sepah di depan TV. Mulutnya bermacam-macam bunyi seronok bermain. 

MIL : Kenapa Rahmat tak balik lagi ni? 

Aku diam. Aku tahu MIL mesti ingat sekarang dah malam. 

MIL : Sekarang siang ke malam ni?
Aku : Siang
MIL : Aku dah tak tahu siang malam dah sekarang. 
Aku : Baru pukul 2petang mak. Orang solat jumaat entah2 belum selesai lipat sejadah ni.
Aku berseloroh dalam serius.

MIL : Aku ingatkan dah malam.

Meniti usia 77tahun, sedikit demi sedikit kadang2 dia mula bingung malam ke siang, subuh ke magrib.

Ada org direzekikan, di saat tuanya anak2 bergilir-gilir menjaganya. 
Ada orang direzekikan, tak semua anak hendak bergilir menjaga ketika tua.
Ada orang direzekikan anak lelaki ramai. 
Ada orang direzekikan anak perempuan ramai. 
Ada orang direzekikan anak lelaki yang masih berbakti pada mak walaupun dah beristeri. 
Ada orang direzekikan anak lelaki tidak lagi menjaga mak selepas beristeri. 
Ada orang direzekikan anak perempuan yang berlumba-lumba hendak berbakti pada ibunya walaupun bersuami. 
Ada orang direzekikan anak perempuan tidak mahu berlumba lumba berbakti menjaga ibunya walaupun dah bersuami. 
Ada orang direzekikan, setiap hari anak2 menjenguknya. 
Ada orang direzekikan, anaknya datang sebulan sekali bawak seplastik buah. Ada yang hanya datang bila dipanggil. Ada yang datang masa raya sahaja.

Rezeki dan bahagian masing-masing.


Ok. Bye
XoXO