Projek gutter

Assalamualaikum... Hai Semua...


Al kisah... Aeeeee..
Al kisah maka tersebutla kisah...
Seorang perempuan sibuk nak buang gutter rumah dia.
Alasan : Gutter rosak dan menyebabkan kemudaratan kepada rumah jiran jika tak dibuang.
Makanya kami tanggalkan gutter. Masalah sekarang bila gutter ditanggal, nak dibuang kat mana.
Tong sampah terima ke benda besar dan panjang gini?
Makanya kami suami isteri DIY la gutter tu buat tempat tanam pokok.

Encik suami tebuk lubang.
Aku isi tanah dan tanam pokok-pokok yang ada.


Gutter yang nak dibuang.


Gutter pendek buat tanam kaktus.



Gutter pendek buat semai biji sawi.
Rupanyaaaaaaa.. Bijik sawi halussssssssssssss aje yang keluar.
Tak mahu hidup di tangan aku.
Stress. 
Makanya sekarang gutter panjang ni aku tanam kaktus jugak.
Puas hati aku. Geram benor aku tanam apa-apa sayuran takde nak hidup. Bencikkkkkkkkkk..


Ok. Bye
XoXO