nuffnang

JANA DUIT

PTPTN : Pengecualian PTPTN Kelas Pertama bertindih PTPTN dan JPA

Assalamualaikum...
Hai Semua...


Masa Konvo Degree tahun 2010 aku dapat Kelas Pertama.
Masa tahun 2010 tu, aku dapat tahu PTPTN buat pengecualian PTPTN kepada pelajar Kelas Pertama..
Tup tup bila tengok syarat-syarat dia...
" TIDAK BOLEH MENERIMA TAJAAN LAIN"


Oh..
Aku pulak degree dapat Biasiswa JPA jugak..

Degree:
Sem 1 - PTPTN
Sem 2 - PTPTN
Sem 3 - PTPTN & JPA
Sem 4 - PTPTN & JPA (Aku dapat JPA tapi dia bayar lebih untuk Sem 3 yang dah terlepas)
Sem 5 - PTPTN & JPA (Aku buat penolakan PTPTN tapi duit dah pun masuk akaun)
Sem 6 - JPA

Means Sem 3 hingga 5 pinjaman aku bertindih..

Tahun 2010 aku call PTPTN lepas habis belajar tu, pegawai dia cakap aku tak layak dapat pengecualian sebab aku tak memenuhi syarat.

Sedih
Sedihh..
Keciwaa...
Keciwaaa...

2010-2015 benda ni senyap macam tu jer...
2015 bila aku nak buat pembayaran PTPTN, aku utarakan isu ni..
Pengawai tu cakap ada syarat baru..

"JIKA BERTINDIH DENGAN TAJAAN LAIN, AKU KENA BAYAR PINJAMAN YANG BERTINDIH TU BARU BOLEH DAPAT PENGECUALIAN"



So, pengawai tu terangkan semuanya...
Aku faham dan aku apply untuk pengecualian bayaran Kelas Pertama..

Permohonan aku diterima tapi aku kena bayar semula bayaran pinjaman yang bertindih

Degree:
Sem 1 - PTPTN (Dapat pengecualian RM3500)
Sem 2 - PTPTN (Dapat pengecualian RM3500)
Sem 3 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500)
Sem 4 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500)
Sem 5 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500)
Sem 6 - JPA

So, aku kena bayar RM10K untuk dapat pengecualian RM7K.
Boleh la dari takde kan...
Dalam 2 bulan jugak baru settle..

Sapa yang nak bagi diskaun kan RM7000 jugak tu..
RM 10,000 tu aku keluarkan duit ASB..

Ada yang cakap aku rugi sebab still kena bayar RM10,000 walaupun dapat Kelas Pertama..
Bagi aku, okey jer...
Sebab Biasiswa JPA aku dah cover untuk amount tu...
RM10,000 JPA bagi dulu kalau aku bayar PTPTN pun sama jer..
Aku still dapat pengecualian RM7000.


Sekarang.. Degree aku settle.
Tinggal diploma jer untuk diselesaikan.

RM15K + tunggakan..


Ok. Bye

TambahBaikDeco2016 : Wishlist untuk Deco. InsyaAllah.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Untuk tahun 2016 ni, ni antara plan dalam projek tambah baik rumah...


Antara plannya :

1. Bilik Tetamu:
  • Nak pasang wallpaper and DIY wall frame (jika mampu).
  • Alihkan katil ke tengah dan letakkan side table sebelah tingkap. SIAP
  • Touch Up dinding/ apply cat putih sekali lagi. SIAP
  • Cat frame tingkap & grill tingkap.
  • Pasang penyangkut baju ikea 
  • Air Cond. SIAP

2. Ruang Makan

3. Ruang Tamu.

4. Ruang Dapur
  • Kemas cabinet & susunatur tupperware.
  • Cat pintu kabinet dapur (Tambahbaik kabinet dapur agar dapat letak barang dalam tu)
  • Repair sink leaking
  • Pasang wallpaper/Cat pintu belakang untuk gantung penyapu.
  • Beli dapur baru (harap suami baca dan paham,..ihik3)
  • Gantung langsir/ Letak penghadang

5. Ruang depan Bilik Air
  • Touch Up dinding.
  • Cat atau pasang wallpaper
  • Kemas kabinet warna warni simpanan barang mandian, sabun, suratkhabar dan plastik sampah.

6. Bilik Kedua/Bilik Pakaian
  • Touch Up dinding.
  • Kemas cabinet dan wardrobe. Sisihkan barang yang tak nak lagi.
  • Nak makeover meja solek.
  • Wall frame. SIAP

7. Bilik ketiga a.k.a bilik storage.
  • Susunatur : Kemas storan. Buang apa yang tak guna. Cabinet storage kena pikir nak alih atau tak.
  • Touch Up Paint katil single.
  • Workstation : Kemas Meja + Pasang DIY Para
  • Touch Up wall. Apply cat putih sekali lagi.
  • Rak kecik & rak plastik samada jual atau guna balik.

8. Ruang Luar Rumah.

Psst : Wishlist ni termasuk la wishlist jangkamasa panjang


Ok. Bye
XoXO

RESEPI : Roti Naan Cheese FB

Assalamualaikum... Hai Semua...


Parking sini.
Resepi ni menjadi..


Tapi kami buat guna 2 cawan tepung jer..
Pandai-pandai la adjust kurangkan bahan 

Siap masak, terus makan.. 

Psst : Sebenarnya suami aku yang try masak guna resepi ni.. Aku tahu makan jer.. 

Ok. Bye

Laman Kebun Cinta : Tanaman 2016

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sejak pindah sini dulu, laman memang takde terurus sangat..
Main tanam pokok jer. Pastu siram.. Jarang peduli pasal lain..
Pagar pun takde apply cat baru.

Lepas cuti hampir seminggu..
Pokok kunyit memang kering daun.



Alhamdulillah..
Daun kesum menjadi.
Subur hidup..
Sebelum ni asyik mati jer..


Daun pandan campak mana pun hidup je..


Belum ada tanah nak pindahkan pokok ni..
Banyak anak baru yang tumbuh.


2 ketui barang tukang untuk tanaman.
Gunting dan skop kecik untuk tanah.

Rumah fully tiles ni kalau tanam pokok dalam pasu je la...
Lepas siram pokok, lantai kotor sikit..
Macamana nak buat ye?


Ok. Bye

Besday September 2016

Assalamualaikum... Hai Semua...

ThrowBack..

Tahun ni suami gigih nak buat kek.
Aku nak kek coklat leleh.
Dia nak rainbow kek..
Oleh sebab besday aku, so aku la kena menang ohsom..


Alhamdululillah..
Comot pun sangat deep kesannya dalam hati..




Lagu Yuna..
"Andai kau mintak intan permata tak mungkin ku mampu"


Ok Bye
XoXO

ANOK WEKS

Assalamualaikum... Hai Semua...



Singgah makan meehoon lepas balik dari kampung
Datang anak weksss ni kongkel TV
TV ni memang sambung dengan internet.
So puas hati anok wekss ni nak pilih siaran upin ipin dia


Anak weksss di rumah nenek


Psst : Anok wek merupakan istilah terengganu untuk budak2 kecik..

Ok. Bye
XoXO

HANGER UNTUK TUDUNG

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni ada pernah nampak bermacam-macam jenis hanger untuk tudung kat GM mahupun kat Ikea.
Tapi time tu hati batu taknak berpengaruhi beli..eheee..

Tapi since Dak Ezy si member aku tu mintak kirim belikan benda alah ni, aku pun amik peluang untuk beli sekali la.. Aku beli 2 set je. Dia beli 4set.(kemain diaaaaa!)

RM3 untuk 10pcs
Murah kan.
Tu yang aku beli je walaupun time tu duit tak banyak dalam purse.

Aku tak banyak shawl. 
Aku lagi banyak ada tudung bawal..


Ok. Bye
XoXO

LADIES SAFETY SHOES DI CAMPBELL KOMPLEKS

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu nak beli kasut konvo pun susah (Sebelum ada Vincci di bandar area rumah aku).
Ni kan pulak nak safety shoes

Company aku nak belikan aku size 5 (paling kecik - lelaki).
Bila try..
Eh...kasut tertinggal bila aku berjalan.
Sedih bukan?

So aku kena beli separate la..
Beli sendiri nanti claim dengan company jer.

Suami bawak aku cari kat Campbell Kompleks &Pertama Kompleks KL...
Banyak kedai kasut..
Kena tanya jugak sebab kasut untuk perempuan tak banyak.
So dia akan tunjuk apa size yang dia ada dan design mana yang ada..

Jalan punya jalan..
Aku berkenang kasut ni..
Dan telah pun ku pinangnya dengan bismilah dan dengan duit pastinya..


Seketui SAFETY SHOES untuk si perempuan ini




SIZE 3
Paling kecik




Google : Pertama Kompleks

Google : Campbell Kompleks


Google

Kasut ni ada besi kat depan dan oil resistant.
Selesa sebab tak keras sangat (banyak span)
Tapi bukanlah kulit sepenuhnya..
Nak lawa amik Red Wing laa..
Bos pun nangis bawah meja kalau tengok..

Sambil-sambil tu merayap ke SOGO.
Dah lama rasanya tak jejak sini
Survey beg laptop untuk suami..







Sepanjang weekend tu, di rumah tu ada la sorang makhluk Allah tu..
Kejap2 pakai safety shoes dia...
Berjalan ke hulur ke hilir..


Psst : Eh.. Sekali tengok dah macam kasut SPARX zaman sekolah dulu. Rindu betul..


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : DIY frame deco from sample chip

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama tersadai sample catalogue fabric dan sample laminate/formica kat rumah ni..
Buat penuh stor je.
Setahun lepas tu baru merealisasikan impian ni.


Aku guna frame dari IKEA dan ada juga dari KAISON.
Mana frame yang besar gedabak semua aku beli dari IKEA.
Dah lama dapat idea nak diy guna sample kain/formica chip mahupun paint chip yang biasa kita dapat dari kedai tu kalau cari kod kaler.

Ni antara yang aku DIY :

Ni dari sample laminate chip.
Tanggalkan satu-satu dari katalog pastu susun atas kertas putih frame,
Lekatkan guna dabel tape jer.
Siap, barulah masukkan dalam frame.

Ni dari sample kain untuk kerusi.
Ni paling sempoi.. Takde gigih nak gunting satu-satu.
(Logo hitam kecik2 tu lupa nak tanggalkan dari frame..ehehe)
Hasil paling malas sekali.
(Akan buat rombakan semula lepas ni untuk frame ni)

DIY dari sample laminate/formica chip.
Kaler2 pun warna kayu, natural, gelap..
ALLAH MUHAMMAD ni hasil kerja suami.
Eksaited dia nak buat benda ni dari dulu lagi.


Ni dari sample kain untuk kerusi.
Cuma kali ni, aku rajin nak gunting satu - satu.
Pastu susun2 je dalam frame.
Dan lekatkan guna dabel tape. Senang!


Ni dari sample laminate/formica chip.
Kaler2 kayu, natural, gelap..
Saje susun-susun bagi corak macam ni..
Sebenarnya ada tulisan bawah tu..
Tak berapa nampak.

Letak kat TV nak matchkan dengan kaler kayu belakang rak tv tu.

Jadilah kan..
Barang free.
Dah 4 bulan ruang TV ni semua down light terbakar, kami asyik busy/lupa nak tukarkan. 
Dahsyat betul, sebenarnya sifat Malas tu yang tertangguh tu
Malas nak ke kedai beli.


Sources : Google

Sources : Google






Ni antara yang terpikir nak buat/DIY dari sampel ni.
Ni la kot yang paling senang dan boleh adapt dengan deko rumah ni.


Banyak je tutorial apa yang boleh kita DIY guna sampel2 ni.. Korang google je.
Ada yang buat craft, ada yang jadikan wallpaper kat dinding. Macam2 ada..


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : DIY Jam Besar di dinding

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kat dinding ni memang jadi mangsa DIY kami.
Letak frame la.
Letak board sample kain la.
Kali ni DIY jam pulak..

I means completekan DIY jam ni bagi siap sempurna gitu laaa..

Alaa.. semua bajet murah je.
Sebab ada yang guna barang terpakai, ada yang orang bagi free barang-barang tu.





Paham tak no kat dinding ni?
Ni kerja laki i la ni.

Enjin Jam tu dari kedai MR.DIY...
Tapi numbering tu dah lama kami buat.
Numbering tu memang kami cat kat dinding.

Psst : Siapa paham no ni? Pe fesyen macam tu? 


Ok. Bye
XoXO

RESEPI : APAM BERAS (NASI)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama teringin nak buat resepi ni.
Oleh kerana dah beli periuk kukusan boleh la aku try kuih ni.

Terkenang kan ada nasi lebih dalam peti ais, terus lah buat.
Resepi screenshot dari FB.






Aku buat warna asal. tak letak pewarna dan makan tanpa kelapa.
Nak cepat.. tak sabor.. Potong apam ni pun xcantek




Ni hasil peram 2 jam
Sebab tak sabar


Ni bila peram 3 jam

Hasilnya.

Sedap jugak. Secukup rasa. Manisnya pun sedang-sedang.

Ok.Bye

RESEPI : SPAGETHI BOLOGNISE GUNA NUGGET DAGING

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada satu pek nugget daging..
Yang beli itu hari tapi nugget ni tak sedap..
So tak makan dan ada tersadai dalam peti..
Aku duk pikir nak buat apa dengan nugget daging ni.. Makan saja memang tak sedap..
Samada buat bergedil daging ataupun buat spagethi bolognese daging..

Aku pilih nak buat Spagethi Bolognis, gantikan daging cincang dengan nugget daging ni...


Spagethi Bolognise cara saya..

Bahan :

Setengah pek spagethi.
Minyak Zaiton
Bawang putih 4 ulas. dicincang halus
Bawang besar sebijik dipotong dadu.
Sekeping cheese
5 ketul cendawan tin
Setin sos prego tin
Sebiji tomato - separuh kisar, separuh lagi potong dadu.
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili boh
6 ketul nugget daging - kisar
2 batang sosej
Sedikit herbs (Oregano, basil,etc)
Sayur : lada benggala jer.
Garam

1. Rebus & tos kan spagethi

Untuk kuah :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar guna minyak zaiton.
2. Masukkan cili boh. Tumis sekejap
3. Masukkan daging kisar, tumis hingga daging garing sedikit.
4. Masukkan sos prego, tomato blend, tomato dadu, sayur, sosej, sos tomato & cendawan. Letak garam
5. Masakkan sekejap. Letakkan cheese. Sebatikan sehingga cheese cair.
6. Hidangkan. Letakkan herbs sikit sebelum makan.




Nak cepat. Buat pizza roti.



Aku lebih suka tumis dengan cili boh dan letak sos tomato sikit.
Lagi banyak tomato best sikit sebab nampak banyak sikit kuahnya.
Nak buat pizza pun senang, letak je kuah ni ni ats roti dan letak topping. Boleh la sambil2 makan spagethi..

Psst : Minggu ni minggu western menu je..

Ok. Bye.

RESEPI : KEK SPAN PANDAN SANTAN (RESEPI MAS COTEK)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rasanya kek ni jadi viral hari tu kat group masakan di FB.
Nasib baik dia cakap blh gunakan jus lemon.
Cream of tartar pun aku tak tahu apabenda.
Tu yang aku guna lemon je la.





First trial menjadi elok tesktur kek nya..
Walaupun aku salah masukkan bahan B ke dalam bahan A.
Sepatutnya masukkan bahan A ke dalam bahan B.


Eh, jangan terkejut.
Aku memang guna periuk nasi..
Aku takde loyang kek.

Aku guna periuk nasi kecik.
Double boiler letak dalam periuk nasi besar.
Huhuhu

Terbalikkan macam ni 

Oleh karana aku just oles planta je dalam periuk ni, makanya payah sikit nak keluarkan

kek comot sikit sebab terlekat


Namun teksturnya ok

Keknya lembut dan berspan jer.


Ok. Bye