Showing posts with label CAMPING. Show all posts
Showing posts with label CAMPING. Show all posts

Trip ke Bernam Nature Hut

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan Feb 2024 sebelum puasa, kami join trip 2H 1M ke Bernam Nature Hut di Perak. Dekat aje dengan UPSI rupanya. Perjalanan sejam lebih aje dari Klang. 
Kami bukan bercamping bukak khemah pun. Kami sewa chalet. 
Setakat ni, itu yang aku rasa lebih mudah sewa chalet daripada pasang khemah.
Trip kali ni ada 5 keluarga kecil yang join.

Fasiliti : 
1. Tempat parking berbayar RM5 sehari.
2. Kemudahan angkut barang guna motor berbayar. (RM6 untuk masa pergi & masa balik nanti)
3. Beberapa bijik chalet kecik (katil queen) - dengan bilik air di dalam bilik
4. Chalet besar - dengan bilik air di dalam bilik
5. Dorm
6. Bilik mandi & tandas juga ada untuk geng2 camper.
7. Kawasan terbuka untuk buka khemah. Kebanyakannya memang berdekatan gigi air.
8. Ada dapur utama & sink di ruang makan tempat ini
9. Dekat aje dengan pekan untuk membeli arang, ais & sebagainya.
10. Ada sangkar burung. Sesuatu untuk bersiar-siar dengan anak-anak. Ada suasana kampung, sebab ada ayam-ayam berkeliaran. Sana macam suasana kebun.

Kami book 5 chalet kecil. Dan in between chalet tu kami pasang flysheet dan jadikan situ dapur dan tempat melepak. Di dapur kami takde sink. So keje2 membasuh kami lakukan di dapur umum yang telah disediakan oleh pihak chalet. Masing-masing bawak keperluan alatan sendiri. 
Walaupun kawasan sungai dan banyak pokok, cuaca agak panas. Dan sungai kat kawasan kami duduk, airnya cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Yang pasti takde batu-batu besar kat situ. Cuma kawasan kami duduk bukan di tepi gigi air yang landai. Tempat dia agak curam tiap kali nak turun ke sungai. Kalau budak2, memang kena kena pimpin dan perhatikan semasa hendak menuruni ke sungai.


SABTU
11.30 am - Sampai dan setup tempat. Geng anak-anak berendam dulu dalam air. Hehe
2.00 pm - Masak
3.00 pm - Baru dapat lunch. Menu kami sayur lemak, ikan bakar & tembikai.
                Kemudian beraktiviti bebas & mandi sungai
7.00 pm - Masak dinner. Steamboat & BBQ. 
8.00 pm - Dinner & Melepak
11.00 pm - Geng2 bini & anak2 balik chalet. Manakala geng2 suami masih duk melepak.



AHAD
7.00 am - Masak Nasi Lemak
8.00 am - Breakfast dan kemudian melepak dan mandi sungai.
10.00 am - Kemas ruang masak & clearkan tempat lepak.
11.30 am - Sempat terjun mandi sungai lagi selepas panas mengemas. Bersiap untuk pulang
12.00 am - Check out & bergambar


Ilmu yang kami dapat untuk trip kami akan datang :

1. Untuk team kami, agak tak sesuai buat steamboat & BBQ sekaligus. Tak habis walaupun buat sikit. Orang akan serbu ayam bakar & lokcing bakar je malam tu. Lepas pekena ayam bakar ramai dah kenyang. Mungkin next time buat je macam trip kami sebelum ni. Iaitu Nasi goreng & Ayam bakar saja. Settled. 

2. Bila nak buat steamboat, terlalu banyak bahan sejuk beku & seafood yang diperlukan. So makan ruang untuk cooler box. Dan bila tak habis, kena simpan dalam cooler box semula sedangkan ice dah takde keesokkannya.

3. Kena jugak bawak plastik untuk bungkus makanan yang tak habis. Aku ada bawak tipuware, tapi plastik jugak boleh disediakan untuk standby.

4. Kami kena lebih kerap bercamping, sebab nak buka flysheet pun masih terkial-kial bila cuma setahun sekali je buka.. hahahaha 😁😄 Berejam weh nak siapkan setup tempat dan menyebabkan lunch kami lewat. Dah la lunch tu menu berat dan perlu dimasak di sana. Berbanding dulu masa di Teratak Malaya, Janda Baik kami bawak makanan lunch dari rumah. So takde buang masa memasak setibanya di camp site (setelah lelah setup flysheet dan setting barang....hahahahaha)

5. InshaAllah akan datang kami akan cuba setting dengan lebih baik. Harap "camp planner" kami ni ade next plan untuk aktiviti healing macam ni lagi dan lagi dan lagi.....hahahaha

Mohla jalan photo :

Sarapan sebelum bergerak. Port rahsia taknak bertambah jammed kat sana.. 😆


Tempat parking & kedai di kawasan parking

Chalet RM 150-180 sehari. Bilik air di dalam chalet tetapi kena turun tangga.
Depan chalet menuruni cerun sikit kalau nak ke sungai. Kawasan landai semua dah dipenuhi dengan geng berkhemah

Lunch Menu


Suasana malam

BBQ & Steamboat time

Suasana malam


Sarapan nasi lemak 

Kawasan sungai di depan chalet kami & jambatan pintu masuk ada 2 bendera (sempadan Perak & Selangor)

Fasiliti yang disediakan & persekitaran 

Fasiliti yang disediakan & persekitaran 


Menyambut kedatangan pelancong

Bergambar sebelum pulang. Panas lit lit



Trip yang sangat santai & best..

Ok. Bye
XoXO

Camping di Genting Highland 3jam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kawan suami ajak camping di Genting.
Dorang pernah tengok ramai camping kat sini beberapa minggu lepas.
Meriah katanya.
So, dorang nak try camping kat sana dan ajak kami g sekali.
Suami setuju nak pergi. Kami pergi lepas meminjam beberapa barang camping yang kami takde. hehehe

Pasal MIL plak, kami dah ke klinik dressing luka kencing manis pagi tu. Aku jugak dah kemas bilik dan basuh pakaian MIL. Pastu siapkan makan malam dalam pek bekal untuk MIL makan.


Dan kami plan akan balik tengah malam/balik awal pagi esok untuk sediakan sarapan untuk MIL.
Itu la perancangan kami.
Gigih kan seketul perempuan ni nak g camping dalam keadaan duk menjaga MIL uzur selama 5tahun ni. Huhuhu

Tapi macam biasa la, Allah merancangkan benda lain. Hehehe..
Kenapa?
Lek lu ye..

Kami sampai Genting Highland, sekitar 4.30 petang.
Pastu setup2 buka flysheet dan kemas barang2 masak.
Kat situ ada group lain jugak yang buka khemah dah pun.
Kami sempat masak maggi 2bungkus.







Lepas makan, duk rileks kat kerusi.
Eh polis datang.
Dan mintak semua orang kat situ kemaskan dan tinggalkan tempat tu.
Rasanya situ takleh camping. 
Selama ni orang camping kat situ tanpa kebenaran la kot.
Patut la awal2 tu, kami rasa pelik boleh ke main pacak je kat situ.
Ingatkan ada lot camping berbayar. hehe. Kami pulak main ikut aje. Hehehe

So sempatla camping 3hours kat situ. Hahaha
7.30 petang kami turun dari Genting dan balik rumah.
Rupanya perancangan Allah, nak kami teman MIL kat rumah.
Hehhehe..

Tempat camping tu sejuk sangat ye.. No wonder la ramai buka khemah kat situ. 

Kawan suami naik ke Fraser Hill camping kat sana lepas tak jadi camping di Genting.
Kami tak ikut, kami balik temankan MIL.
Dalam kereta kami berdua berdekah gelak sebab kiranya kami naik genting masak maggi je la, pastu turun. hahaha.
Pastu duk bercerita ni la bahana nak bercamping jugak walaupun ada org tua kat rumah. hahaha


Lawak 2ketui manusia ni. kena halau dek polis



Psssst : Ni kat area Petron berhadapan stesen bas Genting Highland. Sebelum ni memang port orang pacak khemah, sekarang polis dah pantau rasanya. Or maybe masa tu ada org report . Memang salah kami pun sebab sebarang aje duk pacak kereta. hehe


Ok. Bye
XoXO

Chalet Dusun Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami plan nak camping di  Chalet Dusun Pos Kuala Mu, Sg Siput di Perak.

Pukul 5.30 pagi bergerak dari KL ke Sg. Siput 
Sampai di Pekan Sg Siput sekitar jam 9.00 pagi.
Untuk ke Pos Kuala Muda (Chalet kami) perlukan sekitar 2jam lagi sebab lalu sempit, berliku & berbukit. 

Minyak kereta kami isi penuh2 sebelum naik ke Pos Kuala Mu. Sebab otw ke Pos Kuala Mu, dah takde stesen minyak. 
Pos Kuala Mu ni terkenal kerana pelancongan dan keindahan alam/sungai  yang menempatkan Chalet Kg. Bersah, Chalet Kg. Dusun dan Chalet dan Campsite Kg. Gapeh yang dibuka sekitar tahun 2017.

Chalet Dusun Pos Kuala Mu ni, ada sekitar 25 buah chalet disediakan. Binaan yang sangat ringkas menggunakan bahan-bahan kayu pokok, buluh menjadikan chalet unik dan menarik perhatian pengunjung.



Kami pilih bilik paling hujung no bilik 24 & 25 (Kedua-duanya bilik kecik RM60)
Sewa bilik sehari RM60 (2 single mattress) satu malam.
Kalau nak chalet besar RM80 (3 single mattress) satu malam



Chalet2 berhampiran pintu masuk Chalet Dusun



Sungai di kawasan chalet dusun. Air sangat sejuk ye.


Chalet kami . No wonder namanya dusun, sebab dikelilingi pokok. 


Bilik air baru berhampiran pintu masuk.

Bilik air lama. Berhampiran bilik last (bilik no 25)



Chalet bilik kami no 24 &25 (paling hujung)

Bilik RM60 semalaman (2 single tilam + 2 bantal + selimut)
Bilik ada lampu dan plug (Kena bawak extention sebab plug jugak digunakan  looping lampu dari bilik ke bilik. Hehehe.)


Depan bilik kami ada ruang dapur yang kami sewa & sebelah dapur kami dirikan flysheet dan letak kerusi untuk port melepak.


Kereta boleh masuk betul2 depan chalet untuk chalet berhampiran pintu masuk/parking.
Kalau chalet room korang jauh ke belakang, kena mengangkut la barang dari kenderaan.



Sink ada 2 sahaja iaitu di dapur depan & dapur belakang (yang kami sewa). 
Selebihnya ada gazebo tanpa sink
Dapur perlu dikemas sebelum tidor, mengelakkan binatang datang selongkar makanan. 
So far takde isu lalat. Anjing & kucing ada cuma tak la berkeliaran.



Gazebo takde sink (sewa RM30)
Tanah tak rata dan berbukit, sukar nak buat port melepak letak kerusi
Keadaan yang sedikit berbukit, berlereng agak tak sesuai untuk pasang khemah. Kebanyakan pengunjung di sini duduk di chalet aje. 



Sekitar kawasan kami camping, ada beberapa kawasan camping lain. Dipanggil Bersah Chalet, Chalet Dusun dan Tapak Perkhemahan Kampung Gapeh. 


Sources : Google/Blog orang
Campsite Kg Bersah
Ni sangat glemer ye kalau di Pos Kuala Mu
Otw ke Chalet Dusun, memang akan jumpa Campsite Kg Bersah di tepi jalan.



Campsite Kg Gapeh Hilir.
Dekat dengan Chalet Dusun. Boleh jalan kaki ke sini.



Kedai Kopi bersebelahan dengan Pondok Registration Owner Chalet di pintu masuk.
Kedai pun sama seperti chalet dibina sepenuhnya daripada sumber hutan seperti buluh dan kayu getah. Kedai menyediakan  masakan panas. Biasa jadi port mat motor makan. 
Kebanyakan pengunjung memilih untuk memasak sendiri.
Kedai runcit ada di sekitar perkampungan sini (tak banyak barang)



Line internet masa kami pergi cuma okey untuk pengguna Celcom. 
Kami yang pakai Digi ni, melanguk aje la. 
Healing aje tepi sungai tenangkan jiwa tanpa pikirkan phone.



Tengok orang asli petik petai di sebelah port melepak kitorang.


Aktiviti makan-makan aje


Makan berviewkan sungai




Cekodok bilis rangup diluar lembut di dalam

Nasi Lemak


Daging Masak Hitam & Sambal Belado Bilis Petai
Kami bawak pes beli di shoppee pastu bawak bahan mentah macam ayam, daging, ikan



Mandi Sungai sebelum pulang
Sejuk yang amat

Bergambar dengan Geng Camping


Di depan campsite Kg Gapeh









Till We Met again Pos Kuala Mu...

Percutian 3H 2M rasa tak cukup dan rasa nak lagi, nak lagi..

Sape2 nak ke Pos Kuala Mu. boleh pilih la nak pergi yang mana.

Chalet Kampung Bersah 
Hubungi: +6 019 411 7281 (Encik Saidin)

Chalet dusun kg kuala mu 
Hubungi: Emma 60 17-403 8506

Kawasan Perkhemahan Kg. Gapeh
Hubungi 3: + 6 011 15117527 (Encik Johari)

Koordinat GPS: 4.847101, 101.326469

Berbaloi untuk datang walaupun perjalanan agak jauh dan mencabar. Sangat terpegun dengan suasana, keadaan, alam sekitar di sana. Cuaca sangat nyaman. Balik KL pun, terasa takleh move on lagi dengan kenangan camping kat sini.



Ok. Bye
XoXO