Showing posts with label KENANGAN. Show all posts
Showing posts with label KENANGAN. Show all posts

Kenangan : kereta

Assalamualaikum... Hai Semua...



Wahhh.. Zaman-zaman 90an dulu aku naik giler kalau tengok kereta ni.
Tapi kami adik beradik takde la kereta ni.
Kami tengok je orang lain main kereta ni.
Kalau bernasib baik dapat la aku curi-curi naik masa dorang terlepas pandang.
Kena pandai gunakan peluang yang datang. 
Kalau member halau suruh turun dari kereta dorang, baru kita turun.. 


Sape yang ada kereta ni pada zaman tu dah di kira hebat sangat dah ni..
Stok-stok anak orang yang berkemampuan..
Kita kalau sekadar anak orang yang kalau seluar longgar pun ikat getah, macamana la mampu beli kereta mainan kan.. ihiks..




Korang main tak kereta macam ni? Ke korang ni geng-geng main masak-masak dan geng main kawen-kawen je ni? Hehe..



Ok. Bye
XoXO !

Kenangan : Kertas sapu minyak

Assalamualaikum... Hai Semua...


Koranggggggg..
Korang pernah tak tekap gambar guna kertas yang disapu minyak.
Nak bagi clear gambar yang nak dilukis.
Berfungsi macam kertas tracing la kononnya.

Kalau guna kertas biasa tak nampak bawah yang kita nak trace.
Bila sapu minyak, nampak clear la gambar bawah kertas yang kita nak trace.
Aku pernah la weii buat dulu masa sekolah rendah.. 😆

Dah macam kertas balut pisang goreng dah rupa dia..
Tapi nostalgia la bila ingat semula.
Ni ilmu mak-mak zaman tu. Comel kan mak-mak tu?? Bagus betul ! 
Zaman tu mana ada duit nak beli kertas tracing. 




Geng-geng sekolah zaman tu sekarang dah jadi mak-mak dah. Entah-entah dah bercucu dah. Hehe


Ok. Bye
XoXO !

Rating things I did when I was a kid

Assalamualaikum... Hai Semua...


10/10 - Ponteng mengaji

Dulu selalu malas gi mengaji. Kalau ke surau mengaji aku ok. Kalau ke rumah guru mengaji, aku cukup malas. Aku pernah la banyakkkkk kali ponteng mengaji, gi lepak kat padang atau gi duduk bawah/panjat pokok jambu kat padang tu. Sehingga la kantoi dengan mak aku. Kalau dengan adik beradik aku tak kesah pun. Sebab? Aku ponteng, dia pun ponteng. Agaknya dorang lagi kerap ponteng dari aku.


10/10 - Koyakkan baju ayah

Aku tak sedar tangan duk ralit main pisau. Sambil-sambil berbual, aku duk tikam pisau kat baju ayah. Bukan sebab marahkan ayah time tu. Tapi sebab diluar kawalan, duk ralit tangan laju pegang pisau, sambil berbual aku hunus pisau kain baju tu. Rupanya tu baju batek ayoh. Mok aku tanya kenapa baju banyak koyak. Aku kata sebab tikus gigit. Rupanya tikus berambut hitam.. Ihiksss..


7/10 - Rosakkan basikal ayoh

Jumaat ayoh cuti, so aku dengan adik beradik selalu guna basikal ayoh. Kesudahannya rantai putus la. Tayar bocor la, Rim basikal belok la, sepit udang basikal belok la.. Mana taknya. bila bergaduh time bermain tu, memang ada la adagen campak basikal, tolak basikal. hempas basikal bila tak puas hati.. Jahanammmm budak2 ni..


8/10 - Amik dompet kecil tapi tak bayar di Pasar Malam

Masa gi pasar malam ketika balik kampung mak aku, aku tengok lawa beg syiling cute-cute, comel kecik aje, dengan macam-macam corak. Aku pegang-pegang jamah dompet kecik tu, aku terlupa aku terbawak sekali lepas tinggalkan kedai tu. Mujur tak balik rumah lagi, mak aku perasan dan gi semula kedai tu bayarkan bag yang aku amik tu. Oh comel betul perangai kannnnn.. Rasa comel bag tu, kita pegang bawak balik je. Haha


1000000/10 - Jatuh paya

Masa tu aku dengan sedara aku (lelaki) main basikal.  Kami duk main tepi-tepi paya tangkap anak berudu, anak ikan sekila, duk "kenyet' (penyek-penyekkan) telur katak.. Otw balik, masa atas basikal kami tergelongsor masuk paya. Busuk kohonggggg bau, muka hitamm... Hahaha.. Balik rumah kami berdua diam-diam masuk bilik air mandi. Mak aku dah pelik kenapa kami ni diam aje balik main terus main. Rupanya kantoi bila mok tengok baju-baju yang kami tinggalkan kat bilik air kotor.. Huhuhu


1000000/10 - Langgar rumah jiran

Masa tu main basikal ramai-ramai, then dummmmmmmmmmmmmm.. terlanggar rumah jiran. Tergegar kampung. Hahahaha. Siap pernah jugak la aku terlanggar toilet luar rumah jiran aku.. Bergoyang weiii..


100/10 - Memanjat rumah untuk tengok TV

Dulu pakcik aku selalu ngusik tak bagi kami tengok TV. Dia selalu tunggu kat tangga & beranda taknak bagi kami naik. So, kami duk memanjat la rumah ni untuk naik tidak perlu melalui tangga. Biasanya cuma abang aku je yang  berjaya naik. Kami terkulai half way nak sampai. Hahaha


1000/10 - Panjat pokok

Sebab adik beradik lelaki ramai. Sampai 5 orang lelaki, aku sokmo la memanjat macam jantan. Ada satu hari tu, aku memanjat pokok lepas tu seluar tersangkut lalu aku terjuntai kepala ke bawah. Kaki ada luka la sikit. Pedihnyaaaa weiii.. Tapi ku tahan, sebab masalah aku cari kan. Kalau melalak, mok aku tambah lagi bagi sakit. Hahaha


Ohhh.. Banyak lagi..

Ok. Bye
XoXO

Diganggu budak lelaki

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni aku ada story pasal mok aku hantar aku g sekolah fardu ain masa darjah 3.
Masa darjah 3 jugak ada sorang budak lelaki suka kacau aku.
Kacau kat sini lebih kepada cakap-cakap, ejek-ejek, mengata itu ini.
Takde sampai fizikal abuse. 

Suka buli2 mental la kot.
Or maybe usik-usik biasa, tapi kitonya manjoooooo.
Sampai pernah la menangis.

Lama duk pendam, one day aku cite kat mok aku.
Balik kelas fardu ain tu, aku tunjuk la lelaki tu kat mok.

Mok : Bakpe suka kacau anok mokcik, nak kawen dengan anok mokcik ke? Mokcik wi kawen la eh...
Kata mok aku berseloroh sambil gelak2.

Lepas dari tu, budak tu dah tak kacau aku.
Nasib baik xberjodoh dgn dia.. 
Sebab kite suke toklaki kite skrg ni. Hahaha


Ok. Bye
XoXO

Bonding time dengan mok

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dibesarkan dalam family yang besar.
Mok aku beranak ramai.
As anak perempuan sulung, aku jadi mok ke-2 dalam rumoh.
Ada la pengalaman urus adik-adik sebab mok aku kerja buka kedai runcit.
Dan aku rasa kurangnya masa spend dengan mok aku masa tu.

Dulu masa darjah 3 di sekolah kebangsaan, aku ada kelas fardu ain (sebelah petang).
Pagi-pagi gi sekolah jalan kaki dengan abang dan adik aku.
Petang aku kena jalan kaki sendiri ke sekolah sebab abang dan adik takde kelas fardu ain. Aku takde teman. Sesekali tumpang pakcik aku ke sekolah kalau dia kebetulan nak balik ke rumah dia selepas settle kerja tembaga dia.
Ahad - Selasa kelas fardu ain. Pukul 2.00 - 5.00 pm kalau tak silap.
So, mak ambik keputusan hantar aku dan amik aku dari kelas fardu ain tu menaiki basikal. 
Dan ternyata urusan hantar sekolah dengan basikal tu jadi kenangan indah aku dengan mok yang aku ingat sampai sekarng.


We both naik 1 basikal. 
Masa tu rasa mok dengar semua cite aku.
Masa tu rasa aku dengar semua cite mok.
Chit chat itu ini.
Bergelak ketawa.

Bila berdua gini, banyak benda aku perasan :

"Ohhh.. Mok reti naik basikal ye. Tak pernah tengok mak naik basikal sebelum ni"
"Ohhh.. Mak rupanya suka aje pakai seluar, sebelum ni cuma nampak mak pakai kain batik sahaja"

Ingat lagi, Isnin petang ada pasar minggu di depan Sekolah. Happy giler bila mok bawak g pasar malam. Mok beli sikit juadah untuk anak-anak lain di rumah.
Bila dah besar baru aku paham.. Mungkin ini dinamakan me time / bonding time dengan mok.
Betul. Sampai sekarang aku ingat moment atas basikal. Suasana jalan raya kampung, suasana daun2 pokok buluh yang ditiup angin petang, rumah-rumah kecik keluarga B40 tepi jalan, rumah-rumah orang kaya yang bila both kami tengok, kami bercerita dan berangan.

Masa atas basikal tu la aku rasa hidup aku berdua dengan mak tanpa ada yang ganggu.
MAK dan AKU.
So aku paham kenapa sesekali suami-isteri kena spend masa berdua, sesekali anak-ibu kena spend masa sesama, sesekali anak-ayah kena spend masa sesama, sesekali adik-abang kena spend masa sesama, sesekali kakak-adik kena spend masa sesama. Sebab kita nak moment berdua tu tanpa diganggu walaupun hanya sekadar 20minit atas basikal je masa tu.


Ok. Bye
XoXO

TV & Pakcik berkaki satu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semasa kecik, kami tinggal di rumah pusaka tokki bersama pakcik aku serta isterinya. Sesekali anak cucunya ada datang ke rumah kami. Pakcik kami berkaki satu kerana penyakit kencing manisnya menyebabkan salah satu kaki dipotong. 

Di rumah kami, ada TV pakcik. Kalau pakcik buka siaran kartun, dapatla kami tengok. Kalau tak, senyap sunyi la kami dan beralih ke permainan lain untuk mengisi masa lapang. Pakcik selalu usik abang aku yang tergila-gilakan cerita kartun.
Si kecik dah basuh kaki seperti dijanjikan. 
Tapi janji untuk buka rancangan kartun di TV tak ditunaikan. 

Sang ibu dan tentu bersedih dengan nasib anak yang teresak-esak sejam menangis meminta siaran kartun walaupun semua arahan seperti cuci kaki, mandi dah dilakukan. 

Mok mintak ayoh belikan TV lain. 
Tak cukup makan takpe. Janji anak2 dapat TV. 
Ikan kering di tangan takpe. Janji anak2 yang dia lahirkan tak bersedih. 
Ayoh mengumpul duit dan akhirnya dapat meminang TV sekecil 14inci ketika tu. 
TV paling kecik, paling murah. 

Seronok bukan kepalang kami rasakan. 
Tiada lagi kebergantungan untuk menumpang TV pakcik. Pakcik bukan jahat, tapi suka mengusik anak2 sedara. 
Mak pasang TV di tingkat bawah rumah. 
Depan tv ada katil queen. 
Kami masa tu mungkin 5,6 beradik bersusun atas katil tengok TV. 

Ultraman, Suria Baja Hitam. 
Antara rancangan kesukaan kami.
Pakcik meninggal ketika usiaku 6 tahun akibat kencing manis. Dan di saat majlis ratib di rumah tu, mok pancing kami adik beradik tengok TV di tingkat bawah rumah agar tak mengganggu majlis tahlil ratib tu. 
Masih ingat-ingat lupa moment tu. Samar-samar tapi masih teringat malam tahlil tu. Terlalu kecik untuk memahami erti kehilangan, erti meninggal dunia. Wajah pakcik pun aku tak ingat macamana rupa dia.

Ok. Bye
XoXO

Oh Ibu & Radio

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekitar tahun 90an.
Or maybe tahun 1994-1996 macam tu, lagu Oh Ibu nyanyian kumpulan Exist tengah viral di corong - corong radio. 
Rumah kami tiada radio masa tu. 
Kami adik beradik especially dengan adik kecik akan gi bawah rumah jiran (rumah kayu bertiang) untuk menumpang dengar radio. 

Mok kemudiannya mintak ayoh belikan radio. 
Ayoh beli satu radio kecik bila dia dapat gaji. 
Masa tu memang sakan la kami duk dengar lagu Oh Ibu di radio sendiri. 

"Oh Ibu.. Ko disiram bayu pagi.. Kehilangan terasa kini.." lirik lagu yang selalu kami siulkan. Lagu yang menggamitkan kasih sayang ibu & anak. 

Dan sampai sekarang, mok aku masih ingat kenangan anak-anaknya duduk menumpang dengar lagu radio di rumah jiran. 

Kadang aku rasa macamana ayoh akhirnya terbuka hati nak beli radio. Gajinya cukup-cukup makan. Tapi masih ingin beli radio untuk halwa telinga anak-anak masa tu. Eh. Tapi tak jugak, ayoh jugak suka dengar radio lagu-lagu 60an. Tumpang sekaki la tu.. 

Aku tak tahu jika radio itu masih ada sekarang. Tapi memang kelihatan ada beberapa koleksi radio ayoh yang disimpan di rumah. Sekarang, tinggal kenangan. Radio dah tak dihidupkan. Ayoh terlantar di katil pesakit di rumah. Sekarang henpon menemaninya di katil. Youtube Lagu klasik 60an.


Ok. Bye
XoXO

Kenangan Ramadan : Bermain selepas berterawih di kampung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bermain di luar rumah waktu malam bulan Ramadan?


Iyaaaa.
Zaman tahun 90an dulu. Sekitar tahun 1990 - 1996 zaman aku kanak-kanak. 
Zaman tu, memang budaya kampung aku selepas terawih/magrib, kanak-kanak mengambil peluang untuk bermain di luar rumah sekitar kampung. Tapi kebanyakannya lepas maghrib pun berpusu-pusu keluar bermain. Pung pang berlari tepi surau.
Bermain kejar-kejar, sembunyi-sembunyi (hantu takde bulan puasa, hahaha) 😆😆
Bermain tanglung, lilin, bunga api, mercun ringan-ringan.

Mak aku selalu sediakan air sirap satu jug dan beberapa cawan plastik kat muka pintu rumah untuk memudahkan anak-anak singgah minum masa bermain.
Mak aku memang takde marah pun zaman tu nak bermain waktu malam.
Sebab mungkin budaya kampung.
Semua anak orang lain jugak keluar malam.

Geng2 lelaki adik beradik aku ni sakan la bermain. Terpekik-pekik macam tarzan.
Terkinja-kinja berlari.
Orang kampung memang sedia maklum la..

" Ni anak si polan la ni"

Mak aku cukup paham kehendak anak-anak time tu.
Siang anak-anak melepek kat rumah bila disuruh.
Tapi malam-malam jadi tarzan.. Haha 😄😄
Orang bermain sakan malam-malam sebab nak qadar waktu siang tak dapat bermain.

Geng perempuan pulak main dengan tanglung & lilin.
Sape mak bapak berduit dapat la tanglung kertas yang lawa-lawa dan cantek designnya.
Yang mana atok nenek melayan, ada jugak la dapat tanglung biasa walaupun kecik.
Tanglung selitkan kat ranting kayu untuk dipegang
Kita anak2 b40 masa tu yang berderet adik beradik cukup dengan main lilin.
Sekotak lilin boleh main dengan 6,7 adik beradik masa tu.
Pasang lilin dalam tempurung kelapa.
Agak pandai mengampu dapat la tumpang seminit dua pegang tanglung orang lain.
Abang-abang aku buat tanglung tin milo. Gigih cari tin dalam tong sampah/kedai2 kopi (maklumla rumah kita minum milo dalam pek plastik je, sekarang je kita boikotttttt)
Lepas tu buat lubang kat tin. Gigihla menukul tu. Siap buat corak huruf la, corak bunga la, garisan la..

Dannnnnn.
Urmmm.. Mak aku pernah belikan aku tanglung kertas kecik lawa masa tu. Bila kesiankan aku kelip-kelip mata tengok tanglung orang lain.



Sources : Photo from  Ninso
Tanglung 

Sources : Photo from  Ninso
Lilin legend zaman kanak-kanak dulu bermain time bulan puasa


Sources : Photo from owner's FB
Zaman dulu kami pun macam ni la.. 


Sources : Photo from owner's FB
Tanglung Tin


Kita zaman tu kadang terawih. Kadang tak. Lebih banyak main-main.

Siap mercun masuk kain budak yang baru balik terawih.
Nostalgia sungguh. Tapiiiii kampung aku takde sangat orang pasang pelita buluh.
Pelita buluh pun tak ramai berani pasang.
Kampung ala-ala setinggan, bahaya kalau terbakar.
Tapi kalau malam 7 likur, memang meriah.

Now.. Semua tinggal kenangan.
No more bermain malam zaman sekarang. Kampung pun dah tak selamat kan.


Ok. Bye
XoXO

Kertas buku skrap

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ternampak di kat  FB.
Menggamit nostalgia sungguh.
Dulu zaman sekolah, memang bebanan /ujian berat kalau nak buat pilihan cover buku scrap, corak kertas buku scrap.. Hahaha
Berejam duduk depan rak kertas pilih kertas.
Belum bab pilih nak plastik keras warna apa yang lawa..
Hahaha..
Jangan ingat hidup budak2 tak susah dulu tau.. Haha..



Mana geng2 Tganu?
Geng seminggu sekali g Pustaka Sri Intan nak beli barang sekolah.
Hahaha.. Entah apa di beli pun aku tak tahu la..


Ok Bye
XoXO

Barangan legend 90an.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kenangan legend apa yang nak dikongsikan kali ni.. 

Jom...



Seluar Legend. 
Sekitar tahun 1998-2000 viral seluar ni. 
Zaman tu pulak aku tengah hitam legam tengah padang kena berkawad untuk hari kebangsaan.
Aku pakai lseluar ni g sekolah untuk latihan kawad. 

(butang tepi tu boleh bukak, tapi aku jahit sebab taknak nampak aurat) 



Pekena plak dengan sapu tangan key ni. 
Wat lap peluh berkawad 
Aku dulu warna hitam. Beli kat kedai atas bas stand K.Tganu
Nostalgia sungguh rasa.




Naik pulak bas g sekolah.
Bas no 26. Sape ingat wahai geng2 sekolah? 
Bayar 40sen kalau pakai baju sekolah. 
Kadang2 brader driver tu bagi naik free aje.

"Nok turun bandor bang" kabo ke drebar bas. 
Jangan risoooo kita dok " galok" dengan drebar. HAHAHA 😀

Kuaci legend. 
Sepuluh sen je masa tu seplastik

Ni dulu bapak aku jual kat kedai bawah rumah aku. Siap ada yang berhutang...

Paling lucky kalau dapat RM1 bila nasib baik. 

Korang tahu macamana peniaga tebus kad-kad ni lepas bagi duit yang pembeli menang?
Pekedai macam kami, akan kumpul semua kertas2 ni, pastu kira berapa dan hantar kat kedai cina yang kami beli stock kuaci. Cina tu akan bayar bape kos kita dah bayar kat pembeli yang menang. 


OK. Bye
XoXO

KENANGAN : Basikal Tua

Assalamualaikum... Hai Semua...



Ayoh aku hanya ada basikal tua sebagai kenderaan dia untuk ke mana-mana.
"Takut untuk mengendalikan kenderaan berenjin" 
Tu antara apa yang aku rasa ayah aku takde kenderaan lain.

Basikal ayoh dah dijual sejok ayoh aku uzur dan takde tempat nak simpan.
No more kenangan basikal tua.
Takde gambar basikal tua yang lasttttt ayoh aku guna. (Rugi pulak rasa kan)

Banyak kenangan aku dan famili dengan basikal tua ayoh.
Hari Jumaat bila ayoh dok keje, kami rembat guna basikal ayoh sampai kena marah.
Sebab?
Akan ada kes rantai putus la, rantai terlucut la, tayar bengkok langgar pagar jiran la, basikal masuk semak la..

Ayoh aku ada buka kedai runcit kecil bawah rumah aku, so setiap kali balik dari beli barang kedai, ayoh sandar basikal dia tepi dinding, dan aku datang bantu angkat semua barang jualan/ barang dapur untuk mok aku masok.
Sources : Photo from Google/others pages


Yang paling aku ingat..
Masa sekolah rendah, aku dan adik lelaki aku g sekolah dengan membonceng basikal ayoh aku.
Seat tempat duduk belakang tu aku share duduk berdua dengan adik lelaki aku.
Seat tu rasa sejuk bila kena peha pagi-pagi masa hendak ke sekolah. 



Sources : Google
Seat tempat duduk belakang yang legend boleh sepit barang kat sini.



Dulu setiap kali lalu di tempat kerja ayoh, akan nampak basikal tua di bawah tangki air. 

Sekarang ayoh aku dah xsihat. 
Eh.. Salam dari Terengganu. 

Hehehe.. Sakan noh balik kampung kali ni.. 
Nanti kita story2.. 


Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Rumah Beratap Bata Singgora.

Assalamualaikum... Hai Semua...



Dulu rumah aku beratapkan bata singgora. Kami panggil "Atap bata" je. Sehinggalah sekitar tahun 2001, barulah kami tukar ke atap asbestos/zink. Masa tu aku dah sekolah menengah. Punca utama tukar adalah atap bata memerlukan maintenance yang tinggi ialah kerap perlu mengganti kepingan yang rosak & selalu berlaku kebocoran (tiris) kalau tak dipasang dengan betul. Lebih-lebih lagi kalau ada binatang lompat atas bumbung, memang kepingan atap bata tu cepat pecah dan bocor.

Ketika rumah beratap bata singgora, suhu rumah tak terlampau panas. 
Tapi bila bertukar ke atap asbestos/zink, masa tu memang aku rasa ketara perubahan suhu dalam rumah. Panas.
Memang terasa bahang berbanding ketika guna atap bata dulu.


Bumbung rumah
Kalau baring kat katil, ini la pandangan mata aku dari bilik tidur aku dulu. hehehe.
Rumah takde siling, memang direct nampak bumbung bata
Rindunya memori tu..

Zaman sekarang payah nak jumpa rumah beratapkan bata singgora dulu melainkan kalau di rumah lama. Dulu musim hujan/malam, rumah terasa sejuk sangat. Kat bawah rumah, banyak la stok bata singgora ni kami susun. Sebelum musim tengkujuh di Pantai Timur, kami bersiap-siap tukar mana-mana kepingan atap bata yang rosak. 

Keluarkan tangga, panjat dan tukar kepingan atap yang rosak, Keje baiki ni dilakukan dari dalam rumah. Cabut dan selitkan kepingan atap bata yang baru. 

Rumah korang pernah tak pakai atap macam ni?


Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Gelang Kain Perca

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada ternampak kat FB pasal gelang kain perca.
Ya Allahhh.. Nostalgia sungguh.
Hampir terlupa pasal ni walaupun dulu sakan meriah dengan gelang viral ni

Bila ternampak, baru la terimbau semula kenangan ni.
Seingat aku sekitar tahun 1995-1997 macam tu aku gilakan gelang ni.
Zaman sekolah rendah masa tu. Tengok kawan-kawan ada, aku pun mintak dengan mak aku.

Mak aku ajak aku buat gelang ni sama-sama. 
Entah macam mana mak aku usahakan cari getah piping tu.
Zaman tu bukan ada internet, ntah mana la mak aku tahu cara-cara buat gelang ni..
Mak aku mintak kain perca dari jiran aku di tukang jahit kampung.
Gigih la aku potong perca kain, masuk minyakkan kain dan masukkan perca ke dalam getah piping tu.
Terherot-herot mulut aku duk tolak masuk kain ke dalam tu menggunakan besi/dawai keras.
Kemudian layurkan piping tu guna api lilin untuk tutupkan piping menjadi gelang.

Kalau ada bajet lebih, letak manik dalam gelang. Haha
Nostalgia sungguh wei aku rasa.
Seronok bila buat sendiri. Nak warna pe. Nak corak batek ke..
Nak susun warna jadi pelangi ke.
Semua boleh DIY sendiri ikut citarasa




Sources : Google


Sources : Google



Sampai satu tahap, cikgu haramkan gelang dipakai di sekolah.
Tapi ramai je yang aktif meninga gelang ni di sekolah

Korang pun mesti ada kan gelang gini kan??
Mana geng2 90an wei... komen sikit..

Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Gula-gula dalam tin childhood legend

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kembali lagi dalam cerite dan kenangan. Hehe
Gula-gula dalam ni ada kenangan pahit dan manisnya dalam hidup aku dulu. Hehe.
Yang manisnya dah tentu la dapat makan gula-gula ni. Haha
Entah apa yang sedap sama aje kan warna aje yang lain.
Dulu masa kecik ingatkan putih-putih tu tepung. Rupanya aising gula.

Kenangan pahit gula-gula ni.
Kes tu jadi masa tahun 1999, aku sekolah menengah.
Aku kena jaga adik aku umur 2tahun sebab mak aku nak mandi.

Aku terleka sekejap. 
Entah apa yang aku lekakan pun tak tahu la. Zaman tu bukan ada phone pun. Hehehe
Adik aku pergi makan gula-gula ni pastu dia terlekat gula-gula ni dalam tekak.
Dia batuk2 dan takleh bernapas dengan elok.
Mak aku kluar dari bilik air dengan berkemban wei nak selamatkan adik aku.
Jiran aku yang lelaki umur 18 masa tu pun datang tolong tepuk-tepuk adik aku sebab nak keluarkan gula-gula tu.
Mak aku tepuk-tepuk, tonggeng adik aku.

Tak lama lepas tu gula-gula keluar.
Baru dengar suara adik aku melalak.

Sekarang adik aku yang tu dah kawen dah pun. Huhuhu

Aku masa tu takut gila..
Takut mak aku marah.


Sources : Google



Sources : Google


Mak aku marah gilaa weii..
Sebakul kena berleter.. Org Tganu sebut "bleberrrrr"

Sejak tu, mak aku haramkan gula-gula ni.
Kalau perasan gula-gula ni kan bentuk agak bulat. So sangat bahaya untuk budak.
Bukan tu je, segala benda macam guli, manik2, benda2 bulat mak aku haramkan masuk rumah sejak tu.
Huhuhu..
Zaman tu, guli la yang paling mak aku tak bagi nampak.
So, abang2 kakak2 yang sayang guli kena la simpan dulu guli..

Boleh main bila adik dah besar, reti dan paham bahasa pasal benda bahaya ni.
Masalahnya bila adik tu besar, eh keluar pulak adik lain. Huhuhu


Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : Bag Garfield ke Sekolah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekitar tahun 1998-2000 dulu glemer bag ni budak2 perempuan sekolah menengah guna. Masa aku sekolah menengah dulu, ada la senior-senior aku dulu guna bag macam ni gi sekolah naik bas. Apetah lagi kalau geng-geng asrama, mesti sakan legend ye bag ni. Sedangkan budak sekolah harian macam kami pun ada yang bawak bag ni g sekolah setiap pagi.

Legend teruk wei zaman tu bawak bag gini bergaya ke sekolah.
TAPI AKU TAKDE PUN BAG NI.
Cuma Bag ni glemer la kat sekolah aku. Senior ada pakai letak buku2 bawak g sekolah. Kalau duk asrama, aku boleh la relate sbb boleh bawak baju guna bag ni.. Hehehe


Sources : Google




Mesti geng2 yang pakai bag ni anak 4-5 orang dah ni.
Kalau jenis yg nikah awal, mau dah bermenantu dah. Haha

Korang ada ke yang bawak bag gini??? Angkat tangan weiii...



Ok. Bye
XoXo

KENANGAN : Bag Shoei

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada 3 abang, dah tentu benda2 legend geng2 lelaki aku tahu jugak.
Sedikit sebanyak mesti terjebak jugak.
Masa zaman diploma di Dungun dulu, Abang aku yang no 3 bagi aku bag ni.
Katanya boleh aku pakai bila g kelas. 

Aku pada mulanya tak suka. Sebab bag ni jenis lembik. Meleweh gitu.
Maklumlah ni bag untuk letak helmet.
Tapi pakai je la sebab aku jenis takde bag sangat nak ke kelas.
Kalau ingat semula zaman diploma, aku masuk belajar dengan keadaan byk bawak baju2 yang org bagi je. Siap ada bawak kasut abang aku yang dah tak padan (bapak besar). 

Hari Sabtu petang sampai politeknik lepas turun bas Himda, aku jalan kaki masuk asrama.
Ada geng lelaki tegur bag ni masa tu.
Tapi aku senaif manusia memang tak tahu sangat hal2 moto.

Esoknya dan seterusnya ramai tegur pasal bag ni di fakulti especially geng2 lelaki.
Aku antara yang terawal pakai dulu di Politeknik sebelum ianya jadi fenomena dan ramai yang pakai lepas tu.


Sources : Google


Ada yang ingat aku minah motor hanya sebab pakai bag ni.
No. Im not.
Aku pakai hanya sebab abang2 aku bagi bag dia kat aku. Hahaha

Aku ni makhluk yang tak bercampur dengan orang ramai.
Cuma tahu pergi dan balik kelas. Hujung minggu tahan bas tepi jalan, balik bandar K. Tganu.
Maklumla mak aku beranak acapkali, so ramai adik2 aku kat rumah yang aku rindu. Hehe


Dikelilingi 6 lelaki dalam adik beradik aku, dah tentu apa yang abang2 aku terjebak, aku pun terjebak sekali.. Huhuhu

Ok. Bye
XoXO

3X mak, baru ayah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku typical anak yang dibesarkan dengan situasi :

Ayah cari duit
Mak surirumah menjaga anak 9 orang disamping kedai yang ayah setup untuk mak aku niaga kecil2an dari aku kecik sehingga tahun 2013 macam tu.

So, boleh bayang tak bonding anak-anak akan lebih dengan mak.
Tambahan pulak dari baby semua menyusu dengan mak, bertambahla bonding anak raya sejak baby sehingga sekarang.
Sikit-sikit nak mak.
Sikit-sikit cari mak.
Sikit-sikit tanyakan mak.

Ayah?
Ayah ni typical orang tegas, garang & kurang rapat dengan anak.
Cari duit untuk anak 
Kurang tunjuk kasih sayangnya pada anak


Ada masalah cari mak.
Ada cerita cari mak.
Call rumah nak cakap dengan mak.
Kalau ayah jawab phone rumah, masing-masing krik-krik di talian sebelah sini.
"Ayoh, panggil mok.. Nok cakap dgn mok"

Sama je susunatur ayat semua anak- anak bila ayah jawab phone rumah sedangkan kita mengharapkan mak akan angkat phone yang  berdering.

Bukan benci.
Tapi tiada modal nak bersembang bila dengan ayah.

Tapi bila ayoh beransur tak sihat, masing2 dah okay dengan ayoh.
Boleh duduk menemani ayoh di tepi katil.
Tahu nak borak itu ini.
Tahu nak buat itu ini.


Ok. Bye
XoXO

KENANGAN : TATU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) di TERENGGANU

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nostalgia sungguh bila dengar orang sebut ada "TATU" main kat stadium.
Persembahan acara TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu akan diadakan pada 6 Oktober 2023 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, bandar Kuala Terengganu.

Tapi raptai berlangsung pada 4 Oktober 2023 memang sangat meriah. Mak aku cakap orang penuh stadium bila tengok gambar2 yang orang share dalam group wassap dia.
Aku rasa kalau pada hari 6 Oktober memang lagi sakan la kemeriahannya.


Aku di Selangor kini.
Bekerja dan menetap di sini selepas berkahwin.
So, banyak ketinggalan dan tak boleh join event di Tganu.
Terengganu sekarang banyak sangat event2 yang berlangsung.
Semoga murah rezeki untuk semua warga Terengganu.

Kenangan masa kecik.
Rumah aku di Kampung Tanjung. Dekat sangat dengan stadium.
Bila ada "TATU", ayah akan bagitahu kat mak.
Oh ye. Ayoh aku dulu pernah kerja di Stadium. Sebelum dia  dapat kerja kerajaan.

Jadi bila ada aktiviti apa2 di stadium, ayah akan tahu awal.
Bila ada "TATU", mok aku akan bersiap awal-awal sebab nak bawak anak-anak ke Stadium.

Siang tu mak akan kerah anak-anak untuk tidur petang, sebab malam nak tengok pertunjukan.
Lepas magrib, mak pimpin anak2 segerombolan gi Stadium dengan berjalan kaki.
Kami mungkin 6-7 beradik masa tu sebab adik-adik kecik belum lahir masa tu.
Mana abang-abang yang besar pimpin adik2.
Mok pulak pimpin adik yang paling kecik.
Bawak tikar & food sekali.
Kami tak pernah beli makanan kat sana, cukup bawak air sejuk dari rumah & sedikit jajan.
Ayoh dah tentu berada kat Stadium masa tu sebab bekerja.

So, mak sorang2 urus kami beramai-ramai ni.
Riuh rendah.
Jalan raya jem. Kereta banyak. Cerah. Meriah. Ramai orang walaupun belum sampai di Stadium.
Masuk stadium free aje untuk acara TATU ni.

" Kita yang duduk dekat dengan stadium ni, semayang magrib je kat rumoh, orang2 yang jauh dah tentu dari petang tadi dah berkampung dalam stadium, kalau lambat takdok tempat nak duduk"

Ingat lagi pesan mok.
"Pimpin tangan, jangan lepas"
Takut hilang.
Lebih2 lagi masa berebut-rebut ketika masuk/keluar stadium.
Sebab masa TATU tu ramai sangat budak2.

Kalau terjumpa ayoh, alhamdulillah.
Kalau tak, kami pandai2 duduk sendiri.
Mok akan cari port sesuai untuk kami.
Mok tak lupa bawak payung/baju sejuk sebab malam takut sejuk.

Ayoh selalu kata "nanti tengok la, ada lampu2 kat baju askar/peserta. bila tutup lampu lawa"
Benda tu sampai sekarang aku ingat.

Masa tu :
Ada persembahan kawad berhias dengan lampu-lampu di baju
Ada persembahan anjing lompatan bulatan berapi
Ada persembahan tentera 
Ada persembahan banyak sangat yang menarik.

Sape yang matanya tahan, boleh tengok sampai tamat.
Sape yang matanya tak tahan, dah terkulai di riba mok.
Mok aku taknak anak terlepas persembahan, usaha dia nak cerahkan mata anak sebab nak anak rasa pengalaman ni.

Eksaited sangat bila lampu stadium dipadamkan untuk persembahan. kemudian lampu-lampu cantek terserlah. Dalam keadaaan gelap. lampu pada pakaian je kita nampak, Ianya bergerak-gerak. Kita budak masa tu memang eksaited betul.



















Notes : All photo credit to TranungKini & others FB pages.

Stadium meriah. Penonton penuh. Suara kanak-kanak ceria bergelak ketawa.
Tak kurang hebat mak ayah yang melayan kerenah anak masing-masing.
Mana yang berduit, maka anaknya dapat la habuan belon.
Mana yang berbelanja, maka ada la habuan burger, popcorn, aiskrim kon di tangan.
Tapi itu semua tak boleh menandingi sedapnya air milo cawan kertas hijau. 
Keluarga kami yang berpendapatan rendah cukup la dengan offer mok
"Nok air sejuk dop ni?" pelawaan mok aku sampai air botol air sejuk dari bekalan kami.
Seingat kami, kami tak pernah meminta mak beli sebarang makanan bila keluar.

Tak kurang hebat dengan suasana diluar. Banyak gerai.
Skrin-skrin besar di luar pun da ramai penonton di depan skrin.

Bila acara beransur tamat, mok amik kesempatan untuk bawak kami ramai2 keluar awal, sebab taknak berasak-asak nanti.
Pesan ayoh "bawak anok-anok keluar awal, jangan tunggu acara penamat habis, nanti ramai keluar sekaligus"

Anak2 mengeluh, sebab masa acara penamat belum habis, tapi kami dah kena beransur-ansur jalan ke pintu keluar. Mata tak kalih tengok persembahan, hinggalah habis dan masa tu kami terus keluar.
Ayoh tak galakkan keluar lambat sebab nanti berasak-asak teruk. Kami pulak adik bradik ramai, takut hilang. 
Balikla kami ke rumah dengan jalan kaki semula, sambil2 tengok kemeriahan jalan raya dengan kereta yang nak pulang ke destinasi masing-masing.

Sungguh rindu.
Kenangan yang mok ayoh ciptakan masa kami kecik, sampai sekarang kami ingat.
Bukan guna wang ringgit pun.
Tapi kenangan tu lebih mahal daripada itu.



Ok. Bye
XoXO