Bonding time dengan mok

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dibesarkan dalam family yang besar.
Mok aku beranak ramai.
As anak perempuan sulung, aku jadi mok ke-2 dalam rumoh.
Ada la pengalaman urus adik-adik sebab mok aku kerja buka kedai runcit.
Dan aku rasa kurangnya masa spend dengan mok aku masa tu.

Dulu masa darjah 3 di sekolah kebangsaan, aku ada kelas fardu ain (sebelah petang).
Pagi-pagi gi sekolah jalan kaki dengan abang dan adik aku.
Petang aku kena jalan kaki sendiri ke sekolah sebab abang dan adik takde kelas fardu ain. Aku takde teman. Sesekali tumpang pakcik aku ke sekolah kalau dia kebetulan nak balik ke rumah dia selepas settle kerja tembaga dia.
Ahad - Selasa kelas fardu ain. Pukul 2.00 - 5.00 pm kalau tak silap.
So, mak ambik keputusan hantar aku dan amik aku dari kelas fardu ain tu menaiki basikal. 
Dan ternyata urusan hantar sekolah dengan basikal tu jadi kenangan indah aku dengan mok yang aku ingat sampai sekarng.


We both naik 1 basikal. 
Masa tu rasa mok dengar semua cite aku.
Masa tu rasa aku dengar semua cite mok.
Chit chat itu ini.
Bergelak ketawa.

Bila berdua gini, banyak benda aku perasan :

"Ohhh.. Mok reti naik basikal ye. Tak pernah tengok mak naik basikal sebelum ni"
"Ohhh.. Mak rupanya suka aje pakai seluar, sebelum ni cuma nampak mak pakai kain batik sahaja"

Ingat lagi, Isnin petang ada pasar minggu di depan Sekolah. Happy giler bila mok bawak g pasar malam. Mok beli sikit juadah untuk anak-anak lain di rumah.
Bila dah besar baru aku paham.. Mungkin ini dinamakan me time / bonding time dengan mok.
Betul. Sampai sekarang aku ingat moment atas basikal. Suasana jalan raya kampung, suasana daun2 pokok buluh yang ditiup angin petang, rumah-rumah kecik keluarga B40 tepi jalan, rumah-rumah orang kaya yang bila both kami tengok, kami bercerita dan berangan.

Masa atas basikal tu la aku rasa hidup aku berdua dengan mak tanpa ada yang ganggu.
MAK dan AKU.
So aku paham kenapa sesekali suami-isteri kena spend masa berdua, sesekali anak-ibu kena spend masa sesama, sesekali anak-ayah kena spend masa sesama, sesekali adik-abang kena spend masa sesama, sesekali kakak-adik kena spend masa sesama. Sebab kita nak moment berdua tu tanpa diganggu walaupun hanya sekadar 20minit atas basikal je masa tu.


Ok. Bye
XoXO

5 comments:

Afzan said...

sy selalu pesan pada diri sndr sementara semua yang kita sayang ni ada depan mata,sama2 la kita create moment berdua banyak2..esok-esok kenangan ini lah untuk dikenang sebab xtau sape yang akan pergi dulu kita ataupun dia

Suria Amanda said...

SA pun sama..sygnya SA x banyak simpan memori dengan arwah Mak Pah, kami dua berlaga angin masa kecik2 dimana SA lebih rapat dengan PZ...cuma 15 tahun kebelakangan ni je kami dua boleh rapat..itupun sejak dia dah mula sakit...gambar dengan arwah pun tak banyak..kadang menyesal sebab x rakam kenangan banyak ngan arwah...

Ammi said...

ehhhh kenapa ammi sebak baca posting han ni...
ammi rindu arwah mama :(

Mama Zharfan said...

Touching la plak bila i baca entry ni🥹🥹🥹

fanny_dcatqueen said...

Bagi yg masih punya orangtua, memang sebaiknya spend banyak waktu bersama. Create bonding time. Kita tak tahu seberapa Banyan pagi masa kita bersama dengan mereka. Begitu juga dengan anak2 kan.

Kalo dengan suami, kami memang selalu sisihkan waktu dating berdua saja. Terkadang setahun sekali vacation berdua, honeymoon yg kesekian kali. Anak2 dengan babysitter mereka. Itu penting utk refresh hubungan bersama 😊