Raya rumah abang ngah kita

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semalam gi beraya rumah abang kedua aku.
Nak g time weekend takut masing-masing busy jadualnya.
Ko dengan anak isteri nak kemana2 rumah terbuka.
Aku pulak dengan encik suami nak kemana2 rumah terbuka.

Sudahnya aku set masa dengan abang aku nak g rumah dia masa cuti 1 May Hari Pekerja.
Nak g sarapan sambil beraya di rumah nya.

Aku beli sarapan gi makan kat rumah abang.
Settle.
Tak perlu susah2 dorang nak masak.
Budak2 bukan nak makan pun kalau pagi-pagi.
Eh, rupanya kak ipar aku masak jugak spegheti untuk bebudak ni. 2x makan la aku. hehehe.. Lagi mau tanya kenapa membesar dengan jayanya aku ni.. 😆😆
Mana dengan roti canai aku pilih gearbox. Hahaha.. Pastu makan spagheti pulak.
Aku yang nak makan sedap, tu yang pilih nak gearbox. Haha. Makan taknak kalah you








Di sudahi dengan aktiviti mewarna dengan anak buah si Ereen ni.
Dulu dia taknak pun dengan aku ni.
Maklum la anak lahir musim covid.
Nak mommy dia aje.
Sekarang dah kenal kita dan boleh diajak bermain bersama.
Gigih la mewarna lukisan aiskrim dia tu.







Sebelum pulang haruslah bergambar kenang-kenangan dulu. 2 orang abang saja yang aku ada duduk di Selangor ini. Aku susah, ko tolong. Ko susah, aku tolong. Harap biarla hubungan adik beradik berkekalan mesra dan baik hingga akhir hayat. Terima kasih kat pasangan masing-masing yang selalu menolong/bagi & create peluang untuk berhimpun, berjumpa.





So weekend ni mana eh ada rumah terbuka.
Tahun ni tak banyak rumah terbuka kami dapat masa weekend. Kalau tahun lepas, sampai ada rumah yang tak sempat kami singgah. Tahun ni agak perit bagi family2 lain. Dengan anak sekolah lagi sebulan sebelum raya. Kami yang takde anak pun terasa perit tahun ni, sebab dah kering dengan urusan IVF. 💆😔


Ok. Bye
XoXO

2 comments:

Mama Zharfan said...

best tu hani masih ada abg. MZ dh tak de abg :(
anyway, weekend ni MZ masih dpt jemputan open house alhamdulillah :)

fanny_dcatqueen said...

Adik beradik, harus lah rukun kan. Bersyukur sangat kalau ada yg tinggal 1 kota macam nih. Saya berempat saudara, tapi yg di Jakarta hanya saya dan adik kedua. Adik ketiga dan keempat semuanya di luar pulau. Setahun sekali pun kami belum tentu ketemu. Makanya happy sangat kalau ada kesempatan bisa kumpul bersama