nuffnang

JANA DUIT

Resepi : Kek Span Marble

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week Sabtu sempat try satu resepi kek span marble. Tengok barang cukup kat dapur, aku try la. Nasib baik menjadi.

Ni resepi nyerr...
🍓3 biji telur*
🍓1/2cawan gula*
🍓1sdb ovalete*
🍓1sdk esen vanilla*
🍓1/4 cawan Susu cair*
🍓11/2 sdk baking powder*
🍓3/4 cawan tepung gandum*
🍓Secubit garam*
🍓3 sdb minyak
🍓1sdb serbuk Koko (aku ganti 2 sudu kecil minuman 3 in 1 cadbury, sebab aku takde serbuk koko)
Cara2nya....
🍰Mix semua bahan bertanda*
🍰Masukkan minyak...kaup balikkan jerr..
🍰Bahagikan 2 bahagian n warnakan ikut citarasa sendiri
🍰bakar 170 c....selamat 40 minit
Kredit Resepi : sanuja nuja

Resepi gambar dari FB. Kredit Resepi : sanuja nuja

Guna Satu Loyang MR.DIY ni.
Cukup2 untuk adunan ni


Gigih aku tekapkan jaring oven semata-mata nak dapatkan corak yg glemer ni.


Tekstur ok.
Manis dia sedang-sedang.

Ni hasil aku.
Takde serbuk koko, so warna kokonya kurang menyerlah.


Aku sejenis makhluk tak reti baking.
Bila menjadi baking kali ni, mau aku laungkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pasal kek aku yang menjadi ni. Maafla daku ni masih mencuba-cuba baking untuk tekak sendiri. Huhuhu


Ok. Bye
XoXO

Beli Kasut khas untuk Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum... Hai Semua...

Sebelum ni MIL selalu melecet tapak kakinya bila walaupun duduk kat umah takde guna kaki sangat untuk berjalan-jalan (kecuali ke bilik air, dapur). Kat rumah MIL pakai selipar biasa, selipar yang kalau kena air pun takpe tak  basah. Rupanya selipar tu keras dan maybe buatkan kaki MIL cepat melecet.


So lepas g jumpa doktor macam biasa dressing kat Klinik Walia Puchong tu, doktor syor try pakai kasut khas untuk pesakit Kencing Manis.

So kami g MEDIFEET di Subang Jaya.


Kasut ni hanya RM99. 
Pilihan kasut tak banyak masa tu. So grab mana yang ada je.
Kalau nak ukur guna kaki dan buat special ikut saiz pun boleh agaknya.
Musim PKP ni, hanya suami bawak MIL gi klinik.
Aku duduk rumah je tak join dorang g MEDIFEET, so aku tak leh nak tengok2 kasut apa lagi yang dia ada.




Aug 2020
Contoh luka melecet di tapak kaki

Feb 2020
Contoh luka melecet di tapak kaki


So far luka tunjukkan perkembangan positif, harap cepat settle urusan luka kaki ni. 

Psst : Hari ni 17hb, genap sebulan arwah FIL di sana. Semoga Allah memelihara dan memudahkan urusan FIL di sana. Doakan al fatihah untuk arwah bapak suami saya ini.

Ok. Bye
XOXO

8 YEARS HANNIBERSERY

Assalamualaikum... Hai Semua...


10 FEB lapan tahun lepas akad nikah.
So today is 8years anniversary.




Sebelum g bekerrja

Kek suami tempah dari ex-officemate dia



Makan Malam Tapau dari William Corner PJ

Antara Menu di William Corner

Antara Menu2 nya



MeeLidi Daging Wagyu RM45 (Year 2021) Photo from Google

Rib set Nasi Goreng (RM60) Photo from Google


Sambutan ala kadar kat rumah sendiri. Walaupun dah boleh makan ber"2" di 1 meja, tapi kami tapau je sebab mak mentua sorang kat rumah.

Semoga Allah sentiasa memberkati rumah tangga ni selalu.
"Terima Kasih Selalu Ada"

Ok. Bye
XoXO

Resepi : Kek Batik Cheese Indulgence Buat Orang Lapo

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami suami isteri peminat kek batik.
Rasanya sedap.

Kali ni aku nak buat kek batik biasa.
Tapi suami nak yang ada cheese bagai.
So Google Resepi di FB. Maka menjadi la...

Aku follow resepi di FB.

Resepi Kek Batik Indulgence
Bahan-Bahan
300 gram biskut marie
1 buku (250g) mentega (aku guna buttercup)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan milo
3/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair 

1 sudu besar gelatin (aku guna 6g agar2 tali. Tu je ada kat rumah - potong halus dan panaskan dlm air panas)
50 ml air panas
250 gram cream cheese (aku guna tatura)
1/2 cawan gula icing (aku ganti dgn 5 sudu susu pekat sebab takde gula icing)
1/2 cawan susu cair / whipping cream lagi sedap (aku guna whipping cream)

250 gram coklat masakan gelap (Aku guna balance coklat masakan yang aku ada, campur coklat cip yg sedia ada dlm peti - so coklat ganache kami kurang berwarna gelap hasilnya)
2 sudu besar nutella (aku tak guna)
1 sudu besar mentega
150 ml susu cair/ 
 whipping cream lagi sedap (aku guna whipping cream)
Note: Coklat ganache mudah menjadi lembek, kalau nak firm boleh masukkan serbuk agar2 sikit
Cara kerja :Tekan link dan tengok je video ni.

Hasil dalam Video Tu



Hasil kami.
Boleh la buat2 makan sendiri.
Aku dapat sebekas petak 8inci X 8inci

Notes Untuk Suami Time beli barang : 
  1. Tatura 1 pendek (250g)
  2. Whipping cream 1 (kotak ungu) size kecik 200ml
  3. Biskut Marie 1 pek (300g/270g ikut pek)
  4. Milo Pek 250g 
  5. Serbuk Coklat SpeedMart botol kecik dah cukup
  6. ButterCup Petak 250g
  7. Susu Cair 1 (kalau taknak beli pun takpe, Xpayah letak kalau dah guna whipping cream, dlm adunan biskut marie taknak letak pun takpe)
  8. Susu Pekat 1 
  9. Coklat Masakan Bar 250g
  10. Agar2 serbuk 10g (Kalau takde amik yg tali pun takpe guna 6g je)
Psst : Gigih aku tulis note kat suami senang dia nak beli lain kali. Kan PKP dia je keluar membeli. Ni pun dia gigih buat, aku bantu2 je. 

Ok. Bye