nuffnang

JANA DUIT

Resepi : Kek Batik Cheese Indulgence Buat Orang Lapo

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami suami isteri peminat kek batik.
Rasanya sedap.

Kali ni aku nak buat kek batik biasa.
Tapi suami nak yang ada cheese bagai.
So Google Resepi di FB. Maka menjadi la...

Aku follow resepi di FB.

Resepi Kek Batik Indulgence
Bahan-Bahan
300 gram biskut marie
1 buku (250g) mentega (aku guna buttercup)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan milo
3/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair 

1 sudu besar gelatin (aku guna 6g agar2 tali. Tu je ada kat rumah - potong halus dan panaskan dlm air panas)
50 ml air panas
250 gram cream cheese (aku guna tatura)
1/2 cawan gula icing (aku ganti dgn 5 sudu susu pekat sebab takde gula icing)
1/2 cawan susu cair / whipping cream lagi sedap (aku guna whipping cream)

250 gram coklat masakan gelap (Aku guna balance coklat masakan yang aku ada, campur coklat cip yg sedia ada dlm peti - so coklat ganache kami kurang berwarna gelap hasilnya)
2 sudu besar nutella (aku tak guna)
1 sudu besar mentega
150 ml susu cair/ 
 whipping cream lagi sedap (aku guna whipping cream)
Note: Coklat ganache mudah menjadi lembek, kalau nak firm boleh masukkan serbuk agar2 sikit
Cara kerja :Tekan link dan tengok je video ni.

Hasil dalam Video Tu



Hasil kami.
Boleh la buat2 makan sendiri.
Aku dapat sebekas petak 8inci X 8inci

Notes Untuk Suami Time beli barang : 
  1. Tatura 1 pendek (250g)
  2. Whipping cream 1 (kotak ungu) size kecik 200ml
  3. Biskut Marie 1 pek (300g/270g ikut pek)
  4. Milo Pek 250g 
  5. Serbuk Coklat SpeedMart botol kecik dah cukup
  6. ButterCup Petak 250g
  7. Susu Cair 1 (kalau taknak beli pun takpe, Xpayah letak kalau dah guna whipping cream, dlm adunan biskut marie taknak letak pun takpe)
  8. Susu Pekat 1 
  9. Coklat Masakan Bar 250g
  10. Agar2 serbuk 10g (Kalau takde amik yg tali pun takpe guna 6g je)
Psst : Gigih aku tulis note kat suami senang dia nak beli lain kali. Kan PKP dia je keluar membeli. Ni pun dia gigih buat, aku bantu2 je. 

Ok. Bye

7 comments:

Ana Jingga said...

indulgence sungguh resepi dari BOL ni kan :)

AzianKhalil said...

sedapnya...tapi tak rajin nak buat

norhidana said...

wahhhh sedapnya... terliur menengoknya

Beeha Azman said...

Wahh nak try lah lepas ni. ^^ Tapi, ada beza tak kalau guna gelatin dengan agar agar tu? Risau texture untuk layer cream cheese tu rasa macam agar agar.

Han Hanni said...

Ana Jingga : Sebab berindulgence la remeh sikit nak buat. Kalau kek batik biasa memang rajin kami nak buat. Heehe

AzianKhalil : Hehehe.. Kami pun tak rajin, Oleh kerana suami nak buat sama2, seronok la rasa nak buat.

Norhidana : Sebab terliur tengok la, kami pun buat sendiri.. Hehe..

Beeha : Sama je, texture dia firm dan tak lembik,cair.. memang takjadi mcm agar2 pun. ianya just jadikan creamcheese kita pun tak lembik. lagipun letak 1sudu kecik/5gm gelatin/6gm agar2 tali je. xbanyak pun, tu yg xjadi agar2, just texture dia jadi tak lembik/cair

anamizu said...

aiseh sedapnya kek batik. buat sendiri puas hati makan ha hehe

michelle said...

ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000 :d
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)