nuffnang

JANA DUIT

First Trial Kek Batik

Assalamualaikum...
Hellloooooooo..


Semalam duk baca blog masakan, kemudian terliur tengok kek batik.
Aku refer blog Auntie Nani Rostam..
So buat la kek batik untuk kali pertama dalam hidup ni..


Kek Batik
Bahan-bahan:

250 gram buttercup
250 gram serbuk milo
satu tin susu pekat manis (450gm)
Satu bungkus biskut marie brand Tiger.

Cara-cara Masak;
1. Cairkan butter dalam periuk.
2. Masukkan susu pekat manis.
3. Masukkan serbuk milo, kacau sehingga adunan mendidih dan keluar gelembung gitu.
4. Tutup api dan masukkan biskut marie yang dipatah dua.
5. Kacau sehinga sebati dan masukkan kedalam loyang empat segi yang dilapikkan plastik supaya mudah nak keluarkan kek tu nanti. Tapi aku gunakan butter je sapu/oles sebagai base.
6. Ratakan adunan ke dalam loyang sambil menekan-nekan sehingga padat.
7. Aku biarkan semalaman di suhu bilik sebelum dipotong.




1. Panaskan butter

2. Masukkan susu & kemudian kena letak milo

3. Lepas dah padatkan dalam bekas

Alhamdulillah..Menjadi..
Semudah A,B,C


Psst: Tekak sakit.. perit..dugaan bulan puasa.

Ok. Bye

2 comments:

ezy.xixii said...

aku wat kek batik pon fail aritu.. haha..

Han Hanni said...

ezy ; usaha lagi... sebab aku pun pernah masak gulai tak menjadi..hihi