MENYELAM BUNDLE : Repeat lagi

Assalamualaikum... Hai Semua...


Amboihhh.. Melampau ye.. 
Baru je ke bundle hari tu, eh lepas tu aku request nak repeat bundle lagi. 
Alasan : Hari tu xhabis pusing sebab kelam kabut balik kejarkan solat magrib di rumah. 

Hehe.. 

Makanya ON lagi kali kedua. 
Jom lihat apa yang aku berjaya selam kali ni


1. SKIRT HITAM RM5

Skirt ni sama sebijik dgn skirt grey yang aku beli last week. Aku beli 1 lg sbb nk bergilir pakai. Boleh jadikan as kain dalam jugak kalau berjubah. 




2. SELUAR HITAM BUGGY RM 3

Seluar ni besar dan loose sangat. Selesa sangat. Cuma di bahagian perut kena cerut ikatkan guna talinya. Sebab besar. Tapi sumpah selesa sangat masa pakai. Nipis so tak panas. Kalau rajin, boleh tukarkan getah di pinggang tu. Tapi rasanya aku malas. Hahaha




3. SELUAR CORDUROY RM 3

Seluar ni selesa. Boleh pakai dengan t shirt atau dress. 



4. SELUAR COKLAT RM3

Aku beli sebab belum ada seluar coklat untuk dipadankan dengan dress coklat. Skirt coklat pun aku tiada. So aku gantikan dengan seluar warna coklat. 
Boleh la buat basahan pakai di rumah. Sebab selesa dan tak ketat. Cuma terlalu labuh dengan aku.




5. CARDIGAN LABUH NIPIS RM 5

Aku beli sebab ianya nipis. So tak panas. Aku belum ada cardigan nipis berwarna hitam. Aku nak pakai bila tetamu datang. Maklumla rumah aku ada mentua, jd kerap terima tetamu onthespot. So sauk je kardigen ni, tak panas sebab kainnya nipis. 

Cumanya aku tak pasti nak potong jadi singkat atau kekalkan je ia labuh. 



6. DRESS COKLAT RM 3

Kainnya selesa tak panas. Ambik sebab ianya polos tanpa saratan bunga/ sangat ringkas. Kena pakai dengan skirt/seluar sebab di paras buku lali. 



7. DRESS COTTON BLUE RM 3

Selesa sebab kain cotton. Nak padankn dengan seluar codroy putih. Yang ni dress labuh di bahagian bawah lutut. Dress kain separas buku lali. 



8. DRESS COTTON BERBUNGA RM 3

Dress ni sangat selesa materialnya. Cotton nmpk tebal tapi alahai selesanya. Aku gi KK yang panas pun, aku selesa pakai. Paras buku lali. Aku padankan dengan seluar palazo



Dress ni 3helai RM10. Seluar pun RM 10 untuk 3helai. Then skirt dan cardigen hitam setiap satu RM5.
Total belanja RM30 sahaja kali ni, tapi sang isteri dah seronok macam suami bawak gi Parkson. Hehehe. 

So aku dah duk diam-diam tak mintak beli pakaian baru lagi. Hehehe. 
Akan puasa membeli pakaian sehingga pemberitahuan kelak. 
Aku tak rancak shopping pakaian di Tiktok atau Shoppee sebab memang kebiasaan akan ke bundle sahaja. Kecuali beli baju untuk kegunaan Hari Raya mintak mak kuih sepotong saya mahu makan kerana perut kosong. ♩  𝄞♪ ♫ 𝄞 Eh.. Ternyanyi plak.

Antara OOTDnya :





Dapatla 4 outfit dengan RM30 itu. Yeayyy..

Ok. Bye
XoXO

Kuih Frozen

Assalamualaikum... Hai Semua...


Baru je duk clearkan makanan beku dalam freezer. Tengok-tengok MIL order lagi makanan frozen dari tukang urutnya. Makan masa nak habiskan ni. Hehe. Sebab MIL makan 2 bijik pun tak habis. Tu pun tak boleh goreng tiap hari nnt boring. 

Aku dan suami makan, tapi tak kerap. Sebab dah jemu jugak. Memang kerap dibeli makanan frozen ni.



Cucur badak, kuih kasturi, karipap ubi dan popia carbonara. Kebiasaannya aku goreng kalau MIL menerima kunjungan tetamu yang melawatnya. Cepat la habis. Kadang-kadang keras kejung dalam peti ais. Jangan ditanya kolestrol orang rumah ni weiiii. Dah pernah kena tegur dgn Dr wei. Nah diceramah panjang lebar bab makanan bergoreng. Huhu. 

Elok-elok gi KK sihat, balik kena demam kura-kura sebab terkejut diceramahi. Haha

Psst : Aku je ke rasa yang makanan yang mudah dihidangkan kalau tetamu datang is makanan bergoreng. Keropok, kentang, cekodok, makanan frozen. Dannnnnn aku tak reti sangat nak buat makanan yang berkukus macam apam beras, kuih2 lain, apam pisang. Rasa macam leceh. Kalau goreng, ianya mudah tinggal panaskan minyak dan goreng aje 2minit. 

Ok. Bye
XoXO

Minyak Masak Paket

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mudahnya aku terpedaya. 
Hehe. 
Sebelum ni aku g econsave dapat minyak paket, aku ingatkan boleh la dapat lagi. 
Rupanya Tak. 

Aku masuk straight ke tempat minyak.
Nan hado. 

Keluar bodo aku dari econsave.. Maklumla cuba nasib je kan. 

Then lepas sarapan, aku ajak suami ke NSK beli lauk basah. 

Lalu tempat minyak. Nan hado minyak. Lama dulu aku pernah dapat minyak paket kat sini. Tapi dah lama dulu la. Mungkin 3tahun lepas. Huhuhu. 

Makanya, ok lain kali amik minyak botol jela lagi. Kami menggoreng kentang setiap hari. MIL nak sarapan kentang. Dinner pun nak kentang melainkan kalau ajak dinner di kedai. Cuma lunch dia jamah nasi. Jemu dah nasi. Kami ubah ke nasi arab, nasi minyak pun dah MIL tak lalu. Melainkan dibawak makan ke kedai sepupu kami. 
Tapi bila ditanya, nak makan pe tiada jawapan. So kami penjaga pun dah buntu nak pelbagaikan menu. Makanya jika nak kentang goreng setiap hari, kami layankan aje. Janji makan. Mihun jemu. Mee goreng jemu.

Bubur? Jangan disebut.
Muntah nanti.. 

Hehehe..


Ok. Bye
XoXO

Menyelam Bundle : Bundle baju baggy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Memasuki usia remaja purba ni, makan 2 sudu pun berat mencanak naik. Makanya jomla kita gi beli baju lain. Baju kurung banyak yang dah tak muat. Seluar banyak sendat dan tak selesa pakai. Seluar pallazo office banyak yang dah ketat kat perut.

Aku plan nak cari baju bundle je. So, kami ke Pasar Malam Meru Klang sekitar 2minggu lepas. Di sana ada beberapa bundle menjual baju wanita. Agak lama aku tak ke sini. Kebiasaanya hanya singgah di Pasar Malam Rabu berhampiran rumah sahaja.

Antara yang berjaya dibawak pulang ialah:


1. PALLAZO JALUR RM3

Pallazo ni aku beli sebab getahnya selesa kat perut dan tak ketat. Kain flowy dan selesa. Warnanya mudah untuk dimatchkan. Aku boleh katakan seluar ni memang super duper selesa di perut. 





2. SKIRT GREY GELAP RM5

Skirt ni fabriknya sangat selesa dan sejuk. Namun pinggangnya sedikit besar. Nak kena adjust. Kain lembut tak panas. Tapi kalau jenis perut besar, memang selesa dipakai. 



3. DRESS BIRU BUNGA RM10

Nak padankn dengan skirt grey atas atau pallazo tadi. So aku beli baju ni. Dress ni baggy. Singkat setakat di buku lali aku walaupun aku rendah. Sebab tu aku padankan dengan skirt. Fabriknya sejuk, tak panas, nipis dan selesa.



4. BAJU JALUR KUNING RM5

Ni paling aku suka. Nampak versatile. Cotton putih dan side belakang dari fabrik lain bercorak jalur2 kuning untuk bahagian belakang baju dan lengan. 




5. KAIN SKIRT KUNING RM5

Aku beli untuk dipadankan dengan baju  blouse kuning atas tu. Sangat sesuai. Skirt ni nampak sangat sempoi. 




6. DRESS UNGU KELADI RM10

Baggy dress yang selesa. 
Dipadankan dengan skirt grey yang aku beli. Pun agak singkat kat area buku lali. Agaknya kalau org tinggi pakai, tingginya hingga paras lutut. 

 

OOTD ; 

Sangat selesa
Baju yang buggy dan skirt yang sangat style

Baju ungu keladi & skirt grey
Baju dress kembang buggy
Kalau mengandung pun blh pakai sebab besar. 

Baju bunga2 biru & seluar pallazo
Nak dijadikan outer wear pun cantek sbb berbutang hingga ke bawah. 


Puas hati. Murah dan dapat banyak. Habis sekitar RM 38.  

InsyaAllah akan repeat lagi. Sbb ni pergi sekejap sahaja dah kelam kabut nak pulang solat magrib di rumah. 

Ok. Bye
XoXO

Jalan jalan JBR Bundle Shah Alam

Assalamualaikum... Hai Semua...


Plan utama nak g cari seluar basahan rumah kat JBR Bundle Shah Alam. Eh rupanya JBR bundle Shah Alam yang lama tu dah pindah tak jauh dari situ ke lokasi baru. Dan baru 2minggu ada pembukaan. So ramai giler orang. Menyebabkan ruang nak cari pakaian kat situ jadi crowded. 

Aku tak lama kat bahagian pakaian, sebab x selesa nak memilih. Makanya banyak habiskan masa kat barang rumah dan permainan. Lagipun seluar nya banyak dari material tebal dan tak selesa nak pakai.



Hasil rembatan aku cuma 2 barang. Iaitu dulang kecik ukiran kayu & frame kayu aesthetic. Suami pulak amik glass chess. 


Buat sementara waktu, aku letak dulang kayu ni kat ruang tamu. Untuk letak remote TV dan barang kecil lain. 
Plan utama masa beli nak letak kat ruang dining table masa raya. Dan letak tisu dan bekas sudu. Kos dulang ni cuma RM3


Frame kayu tambah koleksi kat sini. 
Plan asal beli utk letak photo dan aksesori. 
Tapi dah malas nk buat. Makanya park je kat sini. Kos RM10

Aku pun tak tahu la tujuan suami aku beli chess. Dia nak main partner dengan sape. Aku tak reti main. Ke nak main chess dengan maknya. Mana tahu maknya juara chess Kampung Koh Sitiawan dulu. Hehehe

Ok. Bye
XoXO


RUMAH KESAYANGAN : Kemas stok tudung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila nak cari tudung, main tarik aje. Bila tak muat, paksa sumbat aje. Hujungnya berantakan loker tudung aku. Sblm ni tudung aku gantungkan di hanger kecik. So takde masalah. Sekarang tudung dilipat, so agak mudah berterabur. Tudung tak boleh digantung sebab kekangan ruang dlm wardrobe. 

Dari sebulan ke sebulan, duk tangguh. Aku berlawan dengan kemalasan. Pung pang pung pang berkungfu, so kemalasan kalah. Maka kerajinan yang menang. 


Bergaya la aku masuk bilik memulai aktiviti melipat. Tu pun sebelum melipat, ada gangguan wei. Encik suami suruh mengurut leher dia. Katanya sakit nk pusing. Lelaki sakit sikit pun, dah macam separuh nyawa. 


Sebelum

Selepas

Bolehla sekadar tidy up kan aje. Bagi mudah nak pilih dan grab tudung. 
Takde lagi la adegan, tak muat ruang aku paksa sumbat-sumbat lagi. Hahaha

Dapatla 2 ketul kerongsang masa melipat. Jumpa ia terklip kat tudung. Patutla kerongsang asyik menyusut aje bilangannya kan. 

Sambil melipat tadi aku duk plan nak beli kerongsang baru untuk raya nanti. See.. Perempuan kan.. Hahaha.. 


Psst : Tudung banyak bukannya aku beli. Semuanya tudung lama zaman bujang. Dan tudung recycle yg orang taknak bagi kt family aku. Dan jugak tudung yang kawan2 bagi. 

Ok. Bye
XoXO

Musim menghabiskan stok makanan dalam peti

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lelaki jarang reti nak merancang plan menu. Tak reti nak clearkan peti ais. Main sumbat aje makanan yang tak habis makan. Berbekas-bekas. Stok ubi dan sambal bilis ada balance lepas kali kedua aku repear buat. Tak habis  di makan sebab sedikit pedas bahana beli ciliboh yang bukan kebiasaan. Ramai orang rumah ni demam lepas masuk je tahun baru 2025, so xlalu makan benda bminyak dan pedas. Dah difrozenkan ubi dan sambal. Roti ada balance 4 keping tersadai kt luar. Tak dihabiskan belum expired. Kuih teow masak semalam ada balance utk sorang lagi makan. Main taruh semua dalam peti ais. Bangun pagi duk suami masih boleh pikir nak makan pe. Hehe.. 

Akhirnya si bini la plan habiskan semua makanan dalam peti. Ubi kayu yang sebanyak 5 ketul, aku potong kecik dan goreng. Wat cicah balance sambal bilis. Roti 4 keping aku sapu butter, kaya dan coklat. Kapit dan potong dua. Aku bancuh teh panas.  Kueteo goreng balance yang cukup sorang makan, aku panaskan. 

Cukupla 3 menu serba sikit makan bertiga dengan MIL. 
Ubi kayu + Sambal bilis = Habis
Roti yang tersadai = Habis
Kueteo goreng = Habis

So kosongla satu rak di peti ais. 
Luas sikit mata memandang. 
Buah yang tetamu bawak masa datang melawat MIL sebelum ni pun, aku dah habiskan sebijik demi sebijik setiap hari. MIL taknak oren, risau perut meragam. Suami tak suka oren melainkan buat jus. 
Jusnya pulak nak gula. Baru sedap katanya. Hehehe.

Peti dah kosong, baru la seronok nak g shopping barang dapur. 

Psst : Lg 2 bulan nak puasa. Peti dah menunggu untuk di cuci sebelum puasa nanti. Plan nak cuci peti ais sebelum ramadan. Kita tengok la rajin ke tak. Korang dah habis ganti puasa belum? 

Ok. Bye
XoXO

Minyak masak paket

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama xnampak rupa minyak paket kat kedai di area rumah aku. Asyik tinggal rak kosong aje dengan bekas tompokan kesan berminyak. Lama betul tak beli minyak paket.

Ahad yang damai, lepas sarapan di rumah kami ke pasar basah di area rumah. Biasanya beli sayur kat penjaja, kali ni masuk beli di econsave sambil nak cuci mata produk apa yang ada utk CNY. Hehe. 

Nampak ada lelaki bersama beberapa paket minyak.

"kat mana amik minyak ni?" 

Dia memuncungkan mulut menunjukkan arah. 

"kat sana" 

Aku ke belakang, nampak rak-rak minyak. Kat lantai ada kotak terisi 4 paket minyak. Aku grab 2 paket. Lama nak pegang paket minyak. Lain rasanya. Paket nya kan lembik2.. Hehehe.. 

Tengah beratur untuk timbang sayur, akak belakang aku tanya, mana aku amik minyak. Aku bagitahu dia. 

Masa membayar, semua org ada 2 minyak paket masing2. Tak kira bangsa. 

Wahh.. Ternyata rakyat sangat memerlukan subsidi minyak. Banyak jimat. Tapi aku xde la berlakon tak kenal suami. Cukup la 2 kilo ni untuk stok menggoreng kentang MIL aku.


Sambil aku tuang 2 paket minyak ni ke dalam botol, aku tengok la harga minyak botol aku. RM15 you.. 

2minyak paket yang aku dapat ni kos RM5. No wonder la org berebut. Boleh jimat banyak. 


OK. bYE
XOxo

Melawat sedara suami dan buah tangan kampung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hujung tahun di kejutkan dgn berita kematian sedara suami di kampung di Sekinchan. Aku tengah tido hari cuti tu, kemudian suami kejutkan dan bagitahu ibu saudaranya meninggal. Isteri kepada pakciknya meninggal. 

Pakciknya terlantar selama ni. Dijaga isteri. Dan baru baru ni isteri ni jatuh bilik dan memudaratkan. Habis rezekinya di dunia, meninggalkan dunia, meninggalkan suami yang bergantung kepadanya selama ini. 

Kami ada melawat pakcik sebelum ini. Ketika tu makcik suami masih boleh berjalan. 

Sebak jugak aku bila tengok pakcik suami menyambut ketibaan mentua aku. Di atas katil dia bersalaman dgn adiknya (mentua aku) dan meluahkan pasal kematian pasangan hidupnya. 

Pakcik suami kelihatan mcm ayahku cuma lg berusia. Tubuhnya kering, terlantar di katil. Macam ayahku. Kehidupan bergantung serba serbi pada isteri walaupun ada anak yang bantu. Dan kini dia kehilangan. 

Pakcik diberi peluang yg terakhir melihat jenazah isterinya, dipegangkan tangan. Kemudian jenazah di bawak ke kubur. 

Balik melawat, kami ke rumah seorang lagi pakcik (adik mentua) melawat isterinya baru baru keluar wad. Masing sudah di usia keuzuran. 




Pakcik beri sedikit buah tangan. Betik yang manis masak ranum di pokok. Seminggu jugak duk mengulang habiskan betik. Betik sejuk di dalam chiller, memang syok. Kebiasaanya memang tak pulang tangan kosong. Akan ada buah tangan dari pakcik ni. 


Semoga barakah untuk kita semua. Diberikan kesihatan yang baik. Diberikan peluang anak anak berbakti kat mak ayah yang sudah lanjut usia sekarang. 
Semua diberi peluang, tapi sape yang nak grab. 

Ok. Bye

Kesah jeput pisang dan Ubi Kayu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bahana tengok Tiktok, orang tu makan ubi kayu musim hujan di pantai timur. Eh orang ni plak makan jeput pisang guna pisang yang mak dia bawak dari kampung. Makanya seketui budak ni pun terliur nak makan jugak. 

Gigih la aku start kereta ke simpang masjid cari pisang. Hari-hari lalu memang dah nampak gerai jual pisang yang terjuntai2 diikat, dan berlonggok ubi kayu atas meja kayu dia. 

"Mintak pisang yang nak buat cekodok. 
Pastu saya nak ubi kayu 2 ketul yang sederhana kecik" 

Aku tak reti bab pisang, bab ubi. 
Amik je mana yang nampak. 


Balik dari beli pisang, aku singgah tapau nasi arab. 
Tak sedap. Tapi bersyukur. 
Natijahnya, taknak dah repeat kedai tu. 



RM6 untuk kedua nya. 
Ni kalau duk kampung suami, dapat free je benda alah 2 ni. 






Dapat la 2kali goreng untuk setengah pisang yang aku beli. 1pinggan untuk MIL. 1pinggan kami laki bini makan. 

Kenapa aku cari ubi kayu jugak? 
Sebab nak rebus dan keneng kan dengan sambal bilis leftover masa buat nasi lemak sebelum ini. Aku bekukan. So tak la renyah. Lepas rebus ubi, defrost aje sambal bilis. 
Sakanla MIL aku makan. Konon rajin menantu dia. Padahal benda dah ada, tu yg gigih gi rebus ubi. Hehehe
Kalau semata2 nak buat sambal bilis untuk ubi rebus, memang assalamualaikum jela jawabnya. Hehe. 




Nak letak kelapa parut, kelapa parut memang takde stok dalam freezer. 
Ubi ni aku buat sarapan. Pastu ada balance 2 ketul dan saki baki kuah sambal, tapi bilis dah habis. Plan nanti,bolehla habiskan balance ubi tu ms makan petang. Petang tu, ke dapur tengok - tengok ubi dah takde. Aku intai dalam plastik sampah kot kot la suami buang. Sampai hati tau kalau dia buang. 

Rupanya MIL yang makan. Wahhh.. Sanggup MIL bangun cari sendiri kat dapur. 
"Mak dah ambik" 
"Tapi sambal bilis tinggal kuah aje, bilis dah habis" 
"Mak cakap kuah sambal sedap, sebab tak pedas" 

Tak sia sia aku bangun awal weekend hari tu duk bersin menumis kuah sambal bilis nasi lemak. Hehe

Pssst : Natijahnya suami gi beli lagi second round pisang dan ubi. 
"Bilis ada lagi tak?" tanya suami. 


Ok. Bye
XoXO