nuffnang

JANA DUIT

Result SWAB Test Covid aku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Entry sebelum ni ada cerita hal aku buat swab test.
https://puapoo.blogspot.com/2020/05/kena-buat-swab-test-screening-covid-19.html

Lepas 10 hari, HR aku emelkan keputusannya.
Alhamdulillah keputusannya Negetif.
Kalau nak tahu, aku kena buat test bukan sebab aku balik dari oversea, bukan sebab ada contact dengan pesakit Covid, dan bukan jugak sebab ada sympton.

Tapi sebab aku akan masuk site untuk ID works yang sepatutnya start bulan April, ni kena start June la jawabnya lepas settle raya ni kan...
Orang suruh buat, nama terpilih, aku buat je la. Malas nak bising.
Kita yang menurut perintah ni, jalankan je la..




Result Negetif pun jangan nak merayap-rayap je.
Duk rumah je habiskan kueh raya dalam balang tu..
Cukup bulan kita timbang!

Ok. Bye
XOXo

Cerita Raya 2020 - Zaman PKPB Covid19

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah..
Raya tetap menjelma meriah cara kita di zaman PKPB, zaman Covid ni..

1 day before Raya - Sabtu 30 Ramadan 23May2020

Tengahari tu, gigih la aku buat pes rendang.
Jangan tanya mana pagi aku?
Pagi aku masih bermalasan di dalam bilik, ni rumah sendiri kan.
Sambil buat pes rendang sambil kemas dapur sikit-sikit.


Rendang in the making


Pukul 3.30 petang keluar kononnya nak g Cheras amik lemang yang suami tempah dari kawan dia.
Tup tup, masa dalam kereta kawan dia whatssap bagitahu tiada lemang untuk kami sebab ada masalah tak dapat dielakkan. TITIK. (Emo kalau sembang lama hal ni)
So, takpe. Aku balik nanti aku rebus nasi impit je la ye.
Aku singgah beli kacang, kerepek raya kat Kedai Borong Meru.
Biskut raya aku beli sejenis je di SpeedMart.
Saja memeriahkan acara makan jajan di depan TV nanti. Hahaha


Jajan Raya Zaman 2020 Kuarantin Diri


So petang tu, just g kedai beli Jajan raya, then singgah Tesco cari telekung sembahyang untuk raya.
Then g tapau makanan berbuka kemudian balik.
Balik rumah, aku rebus Nasi Impit 30pek kecik & buat kek gula hangus versi rice cooker.

Nasib baik menjadi jugak sarangnya.. Hehe!

Biasanya kalau family aku kat Terengganu, dorang buat nasi dagang masak pagi raya.
Tapi side mertua aku Perak, dorang buat rendang, nasi impit & ayam masak kicap one day before raya, so kadang-kadang berbuka hari last dah start makan nasi impit dan rendang.
Tapi kali ni berbuka last day ni aku pilih untuk tapau nasi arab kambing di Meru Klang.
RM15 untuk lauk kambing. Murah ye!..
Suami tapau jugak peha ayam seketul.
Kat Tesco beli jugak seketul roti John di kedai roti ye..
Diulangi Kedai Roti.
Tapi Roti John dia maha keras roti nya.
Maha Keras..Diulangi..Maha Keras.
Kerasnya roti dia. Waluapun inti dia ok, tapi tak habis kami makan.

Menu Berbuka. Nasi Arab Kambing, Peha ayam bakar, kek gula hangus untuk raya. Roti John

Malamnya g Seksyen 7 Shah Alam. beli baju raya last minit kat Butik kawan suami aku ni..
Sebelum ni hanya baju suami je beli kat sana sebab baju aku memang adik aku kat kampung jahitkan, ataupun dah beli siap-siap sebelum puasa.
So tahun 2020 ni cipta sejarah la beli baju raya last minit.
Padahal aku pikir nak guna baju lama je. Suami cakap tahun ni beli la baju raya, buat meriahkan raya dahla x dapat balik raya Terengganu kata nya.
So, swap la kad kredit dia malam tu untuk baju raya. Hahaha!
Raya harusla sakan..

Balik shopping, masak Rendang Ayam & Rendang kerang.
Just tinggal letak ayam & santan je. Guna pes yang aku dah siapkan awal-awal tu.

Shopping malam raya di Seksyen 7 Shah Alam

Baju Kurta suami & Baju kurung poket depan untuk isteri
Telekung Solat beli di kedai dalam bangunan Tesco Setia Alam

1 Syawal - Ahad 24 May 2020

Selamat Hari Raya korang.
Bangun pagi, panaskan rendang.
Mandi, bersiap kelam kabut.
Solat Raya berdua dengan suami with no khutbah.
Suami sempat makan, aku sibuk pek kan rendang untuk jiran


View meja makan pagi raya dengan suami masih buat kerja buka laptop dia tu.
Pek kan rendang dan nasi impit untuk jiran kanan kiri
Pek kan jugak untuk kak ipar (mertua) & abang aku di Puncak Alam.
Lawaknya, lepas pek kan semua untuk bagi jiran tinggal 3ketui je rendang balance untuk kami. Hahaha!

Jemaah solat Raya 



Pukul 10 g umah abang suami (abang ipar + biras), melawat dan beraya dengan mereka.
Lepak makan sana sampai Jam 1 tengahari.

Lepas kami jaga 2 tahun, start Feb 2020 abang kepada suami aku plak jaga MIL FIL.
Updated : Dorang jaga sampai June 2020 je (4months). Kemudian kami jaga semula. Plan nak gilir2 tak kesampaian.

Then 1.00pm gerak ke rumah kedua.
Abang Kedua aku di Puncak Alam.
Tak sempat nak berfoto bagai kalau tengah sedap makan pizza yang dihidangkan.


Bergambar sebelum gerak g Rumah abang sulung

4.00 petang gerak g rumah abang sulung di PutraJaya.
Berkumpul kat sini la 3 beradik.
(Abang sulung, abang kedua & aku)
Lepak makan nasi dagang.

Riuh berbual lepas lama tak berkumpul. 

3 beradik di Selangor.

6.00 petang singgah Rumah BFF suami di Subang.
Lepak lama sini sambil berbual hal kawan-kawan.


Mana BFF suami?
Ada taknak bergambar, tak pakai baju raya katanya

Sekeping OOTD sebelum mandi dan tidur.
Tamatla Episod Raya Pertama di musim PKPB Covid 19 ni


 Selingan

Team Raya Terengganu Solat Jemaah Raya
All Photo : Sumber From Whatsap Family

Family Abang No 1@ PutraJaya

Family Abang No 2@ Puncak Alam

Anak No 4, Kami @ Kapar Klang

Anak No 5, Family Adik Lelaki @ Dungun Terengganu


Anak No 6, Family Adik Lelaki @ Seremban N9

Anak No 7, Adik perempuan aku di rumah mertua @ Marang Terengganu

Mak Ayah, Abang No 3, Adik No 8 & Adik No9 sibongsu.
Nasib baik masih ada geng single dan available kat rumah ni @ Terengganu


Sesi Salam Raya di kampung


9 beradik berhari raya di musim Kuarantin ni



2 Syawal, Isnin 25 May 2020

No jalan-jalan raya.
Stay Safe at Home
Patuhi Arahan
Kita Jaga Kita

Patutnya plan nak masak Mee Kari untuk panggil adik beradik makan.
So cancelkan sebab arahan hanya raya pertama boleh keluar beraya

Mee Kari enak di makan dengan sambal bilis Deli Mas.
Beli di NSK 



3 Syawal, Selasa 26 May 2020

Plan nak masak nasi minyak raya ke3.
Tapi bangun pagi suami mintak Nasi Lemak.
Maka jadilah Nasi Lemak sampai makan petang.

Nasi Lemak Halba with Sambal Bilis & Ayam Goreng

Kuih Raya hidang dan makan sendiri

Raya tetap Raya

Layan la Neflix sampai lebam.
Remaja Purba layan Neflix. Tidonya lagi banyak dari tengok movie kat screen TV.
Habis bulan bayar bil letrik!

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI 

Stay Safe
Jaga Diri
Kita Jaga Kita
Kita Pasti Menang

4 Syawal, Rabu 27 May 2020
Kerja Dah & Ganti Poser la wei...

Psst : Untuk geng generasi akan datang, ketahui la kami di zaman 2020 ni pernah beraya di zaman kena kuarantin, zaman ada virus, zaman kena betul2 jaga diri, zaman tak boleh balik kampung rentas negeri, zaman tak boleh berkumpul lebih 20 orang beraya, zaman ber'Mask' datang beraya, zaman sempadan negeri dipagar, zaman anak lama tak sekolah, zaman kerja lama cuti, zaman banyak orang kematian ahli keluarga, zaman beraya melalui VC, zaman berbeli belah kena penjarakan sosial..Zaman kami tahu semua bersatu, zaman kami ada frontliner yang sangat kuat dan tabah, zaman semua tolong menolong musim PKP.. Zaman PM kami sendiri bacakan doa & ketuai takbir raya. Kami bangga jadi Anak Malaysia!


Ok. Bye
XoXO

Persiapan Raya di Musim PKP

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada persiapan ke raya tahun ni?

Tahun ni tak buat kuih raya sebab oven rosak. Sadisss bukan??
Dari bulan Jan tahun ni rasanya oven rosak.
Eh masa PKP ni la baru sibuk nak cari oven, memang takde la nak jumpa kan.
Nak cari online, tahu pasti sampai lambat sebab lambakan barang kat semua tempat pos laju.


Plannya cuma nak buat mini popia je. 2minggu puasa ada buat hari tu.
800gram aku buat habis kami bertiga makan (masa tu adik aku ada).
So, ingat nak buat popia la lagi (last minit plan kalau jadi la, hehehe)..
Pastu nak beli biskut raya satu dua jenis kat SpeedMart je. Then nak beli biskut timbang kilo.
Biskut timbang kilo aku selalu beli time raya sebab murah la berbanding biskut raya..
Sedap pun sedap wei..
Alaa.. Kan 4 hari cuti. Buleh la buat-buat kudap makan depan TV sambil-sambil Video Call adik beradik yang jauh.

Pagi raya plan nak buat rendang ayam.
Suami aku dah order lemang dari Cheras..
(Bapakkkkkk jauh dari rumah aku, alasan : support member niaga).
Aku ok kan aje la.. Janji dia rajin nak g collect lemang tu.
Jangan la mintak nasi dagang, aku tak reti. Walaupun mak aku selalu buat nasi dagang juadah raya, tapi aku tak reti.
Umpama iman takdapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, macam tu la kepandaian memasak pun tak dapat diwarisi.. Hahahaha.. Sebab aku malas nak mencuba/belajar masak nasi dagang. kohkohkoh!!

Sejarah Lemang: Asal-Usul Hidangan Enak Raya - Butterkicap

Tetiba pagi khamis yang indah tu, suami whatssap tanya pasal juadah raya. Hehe
Adakah aku nak masak???


Walaupun berdua je kat rumah sambut raya, aku masak la jugak. Buat-buat makan sambil tengok TV pakai baju raya, makan lemang & rendang, disulami tegukan air oren mahupun air sarsi. Sambil - sambil kunyah kuih raya. Boleh la tengok TV tengok baju raya pengacara MHI, WHI.. Tengok baju raya si pengalun takbir raya dalam TV.

Psst : Korang yang raya berdua, korang masak banyak ke? Ada masak extra incase ada adik beradik datang ke? Aku conpiussss ni.. Kang masak nanti xde orang makan, membazir. Kang makan sikit, terkial-kial plak nak hidangkan apa..

Incase kalau esok takde entry baru, so aku ucap kat sini dulu la..

CAMATTTTT ARI RAYEEEEEEE korang!

MAAAPPPPP JAHIRRRRR BATINNNNNN ye!

Ok. Bye
XOXo

Kena buat SWAB Test Screening Covid 19 untuk masuk site

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sepatutnya aku kena masuk site bulan 4 untuk new project ID works. Tu rancangan awalnya. Tapi oleh kerana PKP, so bila start kerja bulan 5 baru la start semula mana-mana yang stop kat site.
Oleh kerana site ni dekat dengan office aku, so bos-bos sepakat la setuju aku pun kena masuk site untuk verify works done untuk submit claim/ verify claim kontraktor nanti. Sebelum ni site jauh aku tak perlu pergi sangat. Kali ni tak terlepas. 

So, HQ arahkan semua frontliner staff (penyambut tetamu/secretary/penjaga kaunter/jaga parking/tea lady/yang berkaitan), Staff Warga Emas & staff yang akan masuk site (project team/ID Team/QS bagai) untuk buat SWAB Test Screening Covid 19.

Masa nama aku naik, aku bengang la jugak awalnya. Sebab ingatkan terlepas kali ni.. Hehehe..
So redha je la bila kena. Semalam 19 May kena buat test tu. Beberapa hari sebelum tu dah duk mikir aje, sakit ke buat test tu? 

Pagi2 semalam tenangkan diri je la.. Buat-buat Cool.
Bytheway, kalau nak tahu aku ni sejenis manusia yang agak GEMURUH kalau bab sesuatu yang akan menyakitkan kita. Macam kena suntik. cabut gigi, tampal gigi. Dah tahu sakit,pastilah kita serun/takut kan. Mindset kita tu pikir2 pasal sakit.


Beratur Time. Dup Dap Dup Dap

Saringan dibuat kat atas tu.

2 staff je from Sunway HealthCare datang handle ni..


SOP macam biasa la, kena pakai mask & hand sanitiser, cek dokumen bagai.. Staff HR bagi support cakap " Rileksss, Jangan keraskan badan, Just Rilekss.."

Aku tak tengok sepanjang proses SWAB Test tu masa staff2 yang beratur depan aku buat test tu.. Takut berdebar.. Hehehe..

Sampai giliran aku, Nurse suruh buka mask.

Cucuk Hidung - 

Cucuk Dalam Mulut -

Settle. Kejap je

Macamana rasa?

Tak la sakit sangat pun. Penakut je lebih aku ni.
Mula-mula rasa geli kat hidung, pastu sakit sikit. Mata kanan start keluarkan air mata (tindakan refleks bila hidung dimasukkan benda alah tu). Budak opis aku kata mata Kiri dia kuarkan air mata. 
Tang mulut, takde rasa sakit pun. Geli-geli sikit, tapi takde la tahap nak muntah.

Kalau kena ulang buat lagi nak tak? TAKKKKKK NAKKKKKK dah eh!

Psst : Result kalau negetif pun memang takde makna nya aku nak berjalan raya sewenang-wenangnya. 

Ok. Bye
XoXO

RAMADAN musim PKP

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu ingatkan PKP hanya 2 minggu sehingga 31 March, masa tu dah terpikir kalau puasa musim bukan PKP, kena kerja, so kena ulang rutin kelam kabut setiap kali puasa la macam sebelum-sebelum ni.

Oleh kerana adik aku ada sekali stay dengan kami, makanya aku masak la best2 sikit sebab kesian kan dia, dia mesti winduuuuuuuuuuuu masakan mak aku kan??? Eh, bukan kata kalau dengan laki, aku masak xbestttttttttt.. Best jugak.. Tapi Best nya tahap maximummmm dah untuk geng2 bini bekerja macam aku, yang janji ada satu lauk dan satu sayur. enough.

Rupanya PKP dilanjutkan sampai 12 May, tapi company aku dah start beroperasi 4 Mei. Tak sabar company kan?? Hehehe..
So sepanjang 24 April hingga 04 Mei sempat la berpuasa tanpa perlu datang kerja. Walaupun puasa dalam keadaan PKP tak boleh ke masjid, takde bazar, takde peluang buka puasa dengan family tapi aku bersyukur sebab boleh puasa tanpa perlu pergi kerja. Sebab kalau g kerja biasanya pukul 7 baru sampai rumah sebab jem. Kelam kabut setiap hari samada pergi kerja ataupun balik kerja. Sebab kena drive jauh dan lama. Ye la rumah dekat 45km dari opis. Tambah jem dekat 2jam drive baru sampai opis kalau tinggal di lembah klang ni mesti faham dan hadammmmm sangat.

Rutin Puasa di musim PKP

So lepas sahur tunggu solat subuh pastu sampai tidur sampai lebam. On ekon nyaman weiii melengkor sampai cerah. Hehehe.. Kalau nak masak kuih yang memerlukan tempoh beku contohnya jeli & agar2, aku akan masak awal la. Macam pukul 10 sebab nak sejukkan dalam peti sejuk dan makan sejuk2 masa berbuka. Barulah Heavennnn...
Baru la start buat kerja rumah (kalau rajin, hahaha). Untuk masak aku keluarkan bahan beku pukul 3. Start Masak Pukul 5. Melainkan kalau nak rebus daging bagi empuk ke, aku start awal sikit.
By 6.30 boleh dikatakan semua settle. Tinggal nak ketuk ais je pukul 7.00pm. So puasa di musim PKP ni memang tak kelam kabut dan sangat rilex sebab boleh masak awal.. Takde kelam kabut. Teringat kenangan masa kecik. Family aku memang mak aku suri rumah, so kami boleh bersiap awal masak. Takde kelam kabut. Sebab tu aku seronok kalau time puasa tak perlu kerja.
Stail kami laki bini kalau masak mesti satu sayur dan satu lauk (protein). Kuih kalau terasa nak makan, baru buat. Time xkerja aku buat kuih. Time kerja, memang takde nak buat kuih sebab tak sempat. Oleh kerana kami sahur tak makan nasi, makanya kami masak untuk berbuka memang cukup-cukup untuk berbuka. Habiskan semua lauk masa berbuka. 

Sahur kalau rajin bangun buatkan milo makan dengan roti/biskut. Kalau malas, bangun just untuk minum air masak. Then baring semula tunggu subuh. 

Pasal bazar, aku takde terkesan sangat. Sebab kami berdua sejenis yang jarangggg sangat jejak bazar. Sampai pukul 7 pun memang masak walaupun simple-simple. Walau kadang pukul 8.30 boleh makan, takpe. Melainkan kalau flat sangat tubuh/kesihatan tak mengizinkan memang kami tapau di restoran/kedai makan. Pengalaman beberapa kali beli lauk di Bazar, lauknya basi, tak sedap.. So aku kurang beli di Bazar.
Pasal terawih di masjid, aku anggap tahun ni memang Tuhan nak kami laki bini berterawih di rumah. 
Pasal tak dapat berbuka dengan keluarga aku rasa takpe, aku boleh tunggu. Lepas settle isu Covid, aku masih boleh berkumpul dengan adik beradik jika umur panjang. Video Call boleh dikatakan kerap dengan family kat kampung. 


Susu Legend..


First trial buat Laksam. Eh, dah jadi Laksam nak jugak Nasi. Gigih jugak buat Kembung 3rasa 

Bila start kena bekerja, alhamdulillah jalan tak jem teruk macam kebiasaan tu. Kami sempat sampai rumah pukul6 kalau keluar opis pukul 5. Kadang2 je suami sibuk dan lewat pick up aku, so sampai rumah dalam 6.30-7.00petang. 

Korang masih work from home ke????

OK. Bye
XoXO

Appointment Doktor ketika di musim PKP & PKPB

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sepatutnya 19.03.2020 & 13.05.2020 kami ada appointment untuk MIL di Klinik Kesihatan Kapar.
So pada 18.03.2020 (Hari pertama PKP), aku call K.K.Kapar tanyakan appointment doktor.
Aku : Saya ada appointment ambik darah esok iaitu 19.03.2020, boleh datang ke esok?
Nurse : Untuk amik darah, kita hold dulu. Sebab nak kurangkan risiko terdedah dengan Covid. Tapi kalau untuk amik ubat memang kena g amik ubat.
Aku : Ok. Sebab next appointment jumpa doktor ialah 13.05.2020.
Nurse : Kalau macam tu, next appointment masa jumpa doktor baru g amik darah.
Aku : Ok. Terima kasih.

So hari ni 13.05.2020, kami g KK Kapar. 
Aku dengan MIL beratur dulu sementara suami g cari parking. 
Beratur kat luar kaunter saringan demam dulu. Lepas cek suhu dan sejarah berjalanan/ada contact dengan pesakit Covid ke tak.
Aku : Datang sini nak buat 2 benda hari ni, jumpa doktor dan ambik darah.
Nurse : Ni first appointment atau sebelum ni ada appointment ditunda sebab PKP Covid?
Aku : Untuk jumpa doktor ni first appointment lepas PKP. Untuk amik darah sepatutnya 19.03.2020 tapi kena tunda.
Nurse : Patient ada demam,sakit, selsema, contact dengan pesakit covid atau serumah dengan orang kuarantion covid?
Aku : Takde.
Nurse : Appointment doktor hari ni kena tunda ke 17.06.2020 lepas Covid. So hari ni kena sambung ubat dan amik darah saja.
Aku : Kertas slip ubat memang dah takde sebab sepatutnya jumpa doktor dulu dan baru sambung ubat baru, takpe ke?
Nurse : Takpe. Sambung ubat je tanpa jumpa doktor kali ni. Slip sambung ubat tak perlu sebab kami ada rekod. Pergi kaunter ubat ye & g amik darah (Bagi no giliran untuk amik darah)
Aku : Ok. Terima Kasih

Suami datang, aku ceritakan semua. So kami seperate, suami bawak MIL tunggu giliran amik darah.
Aku g kaunter ubat.
Kat sini cek suhu, kemudian diberi no giliran lepas aku pass kad nama MIL. Kena tunggu di luar.

Bila giliran ubat dipanggil, kami kena cek suhu sekali lagi, kemudian diberi hand sanitiser then kami masuk dalam bilik ruang menunggu ubat. (3-5 orang dipanggil setiap kali)
Dalam bilik tu, baru giliran ubat di panggil.


Slip Ujian Darah untuk hari ini


Next Appointment 19.06.2020



Alhamdulillah. Semua smooth.
Bagus orang-orang sini, semua pakai mask, semua  buat penjarakan sosial. Yang muda pakat berdiri jauh-jauh, kerusi biarkan kosong untuk warga tua/perempuan mengandung.
Nampak semua alert je isu ni.
Alhamdulillah, Pagi tadi cuaca pun redup takde la panas menunggu kat luar bawah-bawah pokok.

Siap bawak pen insulin untuk tunjuk kat Kaunter Ubat supaya ubat insulin yang dorang bagi suit dengan pen ni. Sebab ada macam2 pen kat pasaran kan.

Musim-musim virus ni, memang kakitangan klinik pun kena ramai. Banyak yang nak kena buat saringan suhu, mana yang kena bagi ubat agar takde limpahan orang menunggu. Alhamdulillah. Settle dalam masa 1 jam. 

Record sambung ubat tanpa jumpa doktor as record. Next visit doctor buleh tengok record

Untuk appointment bulan 6, better call dulu incase kalau appointment kena tunda lagi. So tak perlu la bawak warga emas ke tempat berisiko tu. Just anak je la g sambung ubat.


Ok. XOXO

Si Bongsu pulang ke kampung ketika PKPB

Assalamualaikum... Hai Semua...

Adik aku duduk dengan aku sepanjang PKP. Patutnya asasi dia tamat pada 24.04.2020 iaitu 4 hari sebelum puasa.
So memang dia pasang angan-angan nak berpuasa sebulan dan raya kat kampung la kan.
Maklumla sebelum ni dia duk asrama since 13years, so jarang dapat puasa lama di rumah mak.
Tapi. perancangan Allah tahun ni sebab PKP dia puasa kat rumah aku sebab terkandas tak boleh balik kampung.
Namun...
Puasa kat rumah aku pun tip top la..  Hahaha..
Cuma tak meriah sebab kami bertiga sahaja. Hehehe...

Masa ada kebenaran merentas negeri dari 07-10hb Mei 2020, terus la aku cari tiket. Masa tu takde tiket online. Kosong.
08hb aku online lagi sekali masuk FB Sani Express, baca latest info.
Ada kebenaran untuk kenderaan awam rentas negeri, terus la aku call Sani Express di Klang Sentral.
Sembang hal tiket & syarat2 balik naik bas untuk musim PKP ni serta pasal kebenaran balik kampung.
Aku beli tiket pada 08 Mei. Dan suruh adik aku install apps rentas negeri.
Pastu ada la baca di FB page rentas negeri, tanya member2 pasal QR barcode.
10hb Mei masa sahur, aku suruh adik aku isi details & request QR barcode sebab bas gerak mlm nanti. QR Barcode valid selama 24jam sahaja.
Aku pun screenshot jugak QR barcode tu incase kalau system hang nanti.

Syarat naik bas musim PKPB:
1. Kena screen suhu badan. Tak boleh lebih dari 37.5
2. Kena pamerkan QR Barcode kelulusan gerak rentas desa dari apps ATAU kebenaran surat dari Balai Polis kalau takde phone canggih apps bagai tu.
3. Kena pakai masak
4. Pakai hand sanitizer yang disediakan.
5. Berpakaian bersih
6. Jarak penjarakan sosial.


Bersiap untuk balik ke pangkuan keluarga tercinta

10 Mei berbuka buat nasi ayam hari tu.
Aku siapkan bekal kek pisang & susu coklat dutch lady incase kalau tak sempat bersahur di kampung esok pagi bila sampai.
Hantar si bongsu ke hentian bas.

11 Mei dah mula rindu si bongsu. Huwarghhh..
Takpe, adik aku lagi rindu kat family kat kampung ye.

Sendu... Dah takde sorang kat kerusi ni. 


Aku takde la sedih sangat tak dapat balik kampung raya tahun ni.
Sebab adik beradik lain pun xdapat balik. hahaha
Kalau semua berkumpul, aku je yang tak dapat balik, mungkin la sedih..sikit je la..

Janji kalau ada cuti panjang lepas ni, covid pun dah settle. aku nak balik Terengganu. Tu je

OK. Bye
XoXo

Julung kali nya - Pengalaman PKP Kuarantin

Assalamualaikum... Hai Semua...

Dalam sejarah kan, ni kali pertama negara menghadapi wabak besar macam ni sepanjang aku hidup di muka bumi ni...

Covid 19
PKP

Besar perkataan tu..

Semua orang duk sebut.

16.03.2020 = Malam masa tengok berita, dapat tahu PKP bakal dilaksanakan. Suami cakap dia tetap kena kerja sebab di bidang "Telekomunikasi". Aku mungkin boleh kerja dari rumah. Dalam group whatsap dah riuh bos-bos ajak meeting esok untuk bincangkan hal ni.

17.03.2020 = Satu Opis & HQ sibuk masing-masing buat persediaan terakhir dari segi kelengkapan untuk staf mulakan tugas di rumah mulai esok. Laptop & system lengkap disediakan. Mujur aku memang dapat laptop masa start kerja 5 tahun lepas.
Meeting di department aku, nak make sure semua boleh WFH (Work from Home) dengan lengkap. Kemudian, siapkan opis untuk ditinggalkan dalam keadaan elok & selamat. Semua on CCTV kat phone. Pilih orang yang mana dekat dgn opis untuk jadi wakil in case apa-apa jadi di opis sepanjang PKP, dia yang kena datang dulu. IT department start call semua untuk tanyakan hal laptop dan system agar semua boleh WFH dengan selesa.
Bagus company ni sebab mereka betul-betul bersedia sebelum ni untuk sebarang kemungkinan kena PKP dan WFH.

18.03.2020 = Startla WFH aku. Masa tu aku sorang kat rumah. Adik aku di UiTM Dengkil tak dapat balik Terengganu, so aku kena amik dia di Dengkil malam ni lepas suami balik kerja. Dapat arahan student di minta pulang. Aku macam-macam pikir sebab masa tu dah start kes kematian di Malaysia. Masa tu ada satu hari kes kematian lebih dari 5, jadi aku rasa memang kes bertambah teruk. Macam-macam sebab adik aku sorang di UiTM dia. Satu hari tu aku rasa tak tenteram. Jam 8 malam kami ke Dengkil amik adik aku. Tinggal dia je sorang tak sempat balik Terengganu. Yang lain budak bilik dia seramai 5 orang sempat balik kampung masing-masing sebelum managemant buat keputusan kuarantin di Universiti.
Lepas adik aku naik kereta, dapat berita UiTM dah tak benarkan student pulang luar dari Selangor. Tarik balik arahan kosongkan asrama. Student kena kuarantin di Kolej. Ada kenalan dia yang dah beli tiket tapi tak dapat pulang. Mak dan adik beradik lain dah lega sebab adik aku dah tinggal sekali dengan aku. Aku pun dah ringan sedikit kepala sebab dah tak pikirkan adik aku.

Sepanjang PKP = Memang tak keluar langsung. Suami memang kerja setiap hari, kadang sabtu ahad ada jugak dia kena kerja. Suami g beli stok makanan 1 minggu sekali, kalau stok masih ada baru suami keluar 2 minggu sekali. Stok barang masak sini payah nak dapat yang fresh so memang seminggu sekali sesuai untuk topup barangan basah. Aku rasakan masa PKP ni belanja makin bertambah. Hehehe.. Sebab duk rumah, asyik nak masak & cuba menu baru. Kalau dulu masa dan bawak bekal g opis. Jarang buat kuih muih. Alhamdulillah, aku tengok masyarakat kat perumahan aku takde keluar rumah melainkan yang kena kerja (sini banyak kilang, so ada jiran aku yang kerja di kilang minyak). Budak2 sini pun takde yang keluar rumah. Bagus betul.

Aku WFH tapi bukan setiap hari sambung internet buat kerja. Sebab internet slow & data phone limited.

Suami ada la bertukang serba sedikit. Dengan paip sink dapur time PKP ni la nak bocor, nasib baik masa tu Hardware dah start buka. Pergi jugak la hardware sebab paip sink bocor ni aku rasa Urgent Case.
Konon nak rajin kemas & mop lantai setiap hari. Rupanya mula-mula je rajin, selebihnya aku melepek depan TV.
Ada adik aku kat rumah boleh cuba macam-macam menu yang viral kecuali Kopi Dalgona tu sebab aku takde nescafe.

03.05.2020 = Pengumuman kata dah start boleh beroperasi start 04hb. So bincang di whatsap kerja segala langkah-langkah keselamatan dan kebersihan untuk buka semula ofis.

04.05.2020 = Tak jadi masuk bekerja sebab nak office nak buat urusan pembasmi kuman.

05.05.2020 = Start kerja semula. Lain macam rasa keluar tengok keadaan luar lepas lama tak keluar. Time ni naik moto dengan suami sebab nak survey lalulintas jalan samada jem atau tak. Sebab bulan puasa ni kalau jem mesti tak sempat masak kalau jem. Kalau tak jem, esok nak start naik kereta. So far jalan ok, clear. Orang dah start niaga tapi aku tengok area sini masyarakat masih menjaga jarak, semua pakai mask. Nampak la orang start nak mulakan kehidupan harian. Alhamdulillah, office sediakan mask untuk kegunaan ketika dalam opis. Masing-masing jaga jarak dan kerap cuci tangan. Pos barang personal di office di larang agar tak ada kemasukan orang luar yang kerap ke office ni. So far kul 6.00 - 6.15 dah sampai rumah. Sempat la masak.

Korang macamana?
Dah start kerja?

Ok. Bye
TakeCare Semua Ya!!!