nuffnang

JANA DUIT

Persiapan Raya di Musim PKP

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ada persiapan ke raya tahun ni?

Tahun ni tak buat kuih raya sebab oven rosak. Sadisss bukan??
Dari bulan Jan tahun ni rasanya oven rosak.
Eh masa PKP ni la baru sibuk nak cari oven, memang takde la nak jumpa kan.
Nak cari online, tahu pasti sampai lambat sebab lambakan barang kat semua tempat pos laju.


Plannya cuma nak buat mini popia je. 2minggu puasa ada buat hari tu.
800gram aku buat habis kami bertiga makan (masa tu adik aku ada).
So, ingat nak buat popia la lagi (last minit plan kalau jadi la, hehehe)..
Pastu nak beli biskut raya satu dua jenis kat SpeedMart je. Then nak beli biskut timbang kilo.
Biskut timbang kilo aku selalu beli time raya sebab murah la berbanding biskut raya..
Sedap pun sedap wei..
Alaa.. Kan 4 hari cuti. Buleh la buat-buat kudap makan depan TV sambil-sambil Video Call adik beradik yang jauh.

Pagi raya plan nak buat rendang ayam.
Suami aku dah order lemang dari Cheras..
(Bapakkkkkk jauh dari rumah aku, alasan : support member niaga).
Aku ok kan aje la.. Janji dia rajin nak g collect lemang tu.
Jangan la mintak nasi dagang, aku tak reti. Walaupun mak aku selalu buat nasi dagang juadah raya, tapi aku tak reti.
Umpama iman takdapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, macam tu la kepandaian memasak pun tak dapat diwarisi.. Hahahaha.. Sebab aku malas nak mencuba/belajar masak nasi dagang. kohkohkoh!!

Sejarah Lemang: Asal-Usul Hidangan Enak Raya - Butterkicap

Tetiba pagi khamis yang indah tu, suami whatssap tanya pasal juadah raya. Hehe
Adakah aku nak masak???


Walaupun berdua je kat rumah sambut raya, aku masak la jugak. Buat-buat makan sambil tengok TV pakai baju raya, makan lemang & rendang, disulami tegukan air oren mahupun air sarsi. Sambil - sambil kunyah kuih raya. Boleh la tengok TV tengok baju raya pengacara MHI, WHI.. Tengok baju raya si pengalun takbir raya dalam TV.

Psst : Korang yang raya berdua, korang masak banyak ke? Ada masak extra incase ada adik beradik datang ke? Aku conpiussss ni.. Kang masak nanti xde orang makan, membazir. Kang makan sikit, terkial-kial plak nak hidangkan apa..

Incase kalau esok takde entry baru, so aku ucap kat sini dulu la..

CAMATTTTT ARI RAYEEEEEEE korang!

MAAAPPPPP JAHIRRRRR BATINNNNNN ye!

Ok. Bye
XOXo

4 comments:

norhidana said...

akak tahun ni meriah sikit sebab ada paksu sekali, dan adik akak sefamily
plan raya nanti laki akak suh masak nasi impit dengan rendang daging, pastu masak nasi minyak dengan gulai ayam... akak ikut saja permintaan dia

nohas said...

kena bg whatsap kt adik beradik, saudara mara, sapa nak dtg, kena inform dulu..takut teramai pulak, nanti polis pun datang beraya...hehe..

raya tahun ni, kita masak, kita makan sendiri..utk kita-kita je..hihi..

Selamat Hari Raya jg, maaf zahir batin..

Semut Senyum said...

Assalamualaikum, happy nya mood entry ni. hehehe..

Bagi pendapat saya, better tanya awal2 adik bradik mana yang naik mai rumah tu. make sure jaga SOP. So dari situ kita dah tahu boleh masak utk berapa org, hari keberapa.. mcm tu lah.

Saya kalau duk berdua, maybe buat mcm tu. Akan masak juga amik feel raya tu. walau terkebil2 depan tv. hehehe...

Apa pun done follow sini #496

ezy.xixii said...

kwn aku order oven kat shopee..
cepat je dpt.. tp mixer dia yg lmbt..
musim pkp + musim raya mmg slow la.. huhuuu

baru teringat nk update psl persiapan raya.. tp entry hari raya dh publish.. hahahaha