Dulu ingatkan PKP hanya 2 minggu sehingga 31 March, masa tu dah terpikir kalau puasa musim bukan PKP, kena kerja, so kena ulang rutin kelam kabut setiap kali puasa la macam sebelum-sebelum ni.
Oleh kerana adik aku ada sekali stay dengan kami, makanya aku masak la best2 sikit sebab kesian kan dia, dia mesti winduuuuuuuuuuuu masakan mak aku kan??? Eh, bukan kata kalau dengan laki, aku masak xbestttttttttt.. Best jugak.. Tapi Best nya tahap maximummmm dah untuk geng2 bini bekerja macam aku, yang janji ada satu lauk dan satu sayur. enough.
Rupanya PKP dilanjutkan sampai 12 May, tapi company aku dah start beroperasi 4 Mei. Tak sabar company kan?? Hehehe..
So sepanjang 24 April hingga 04 Mei sempat la berpuasa tanpa perlu datang kerja. Walaupun puasa dalam keadaan PKP tak boleh ke masjid, takde bazar, takde peluang buka puasa dengan family tapi aku bersyukur sebab boleh puasa tanpa perlu pergi kerja. Sebab kalau g kerja biasanya pukul 7malam baru sampai rumah sebab jem. Kelam kabut setiap hari samada pergi kerja ataupun balik kerja. Sebab kena drive jauh dan lama. Ye la rumah dekat 45km dari opis. Tambah jem dekat 2jam drive baru sampai opis kalau tinggal di lembah klang ni mesti faham dan hadammmmm sangat.
Rutin Puasa di musim PKP
So lepas sahur tunggu solat subuh pastu sampai tidur sampai lebam. On ekon nyaman weiii melengkor sampai cerah. Hehehe.. Kalau nak masak kuih yang memerlukan tempoh beku contohnya jeli & agar2, aku akan masak awal la. Macam pukul 10 pagi sebab nak sejukkan dalam peti sejuk dan makan sejuk2 masa berbuka. Barulah Heavennnn...
Baru la start buat kerja rumah (kalau rajin, hahaha). Untuk masak aku keluarkan bahan beku pukul 3. Start Masak Pukul 5. Melainkan kalau nak rebus daging bagi empuk ke, aku start awal sikit.
By 6.30pm boleh dikatakan semua settle. Tinggal nak ketuk ais je pukul 7.00pm. So puasa di musim PKP ni memang tak kelam kabut dan sangat rilex sebab boleh masak awal.. Takde kelam kabut. Teringat kenangan masa kecik. Mak aku suri rumah, so kami boleh bersiap awal masak. Takde kelam kabut. Sebab tu aku seronok kalau time puasa tak perlu kerja.
Stail kami laki bini kalau masak mesti satu sayur dan satu lauk (protein). Kuih kalau terasa nak makan, baru buat. Time xkerja aku buat kuih. Time kerja, memang takde nak buat kuih sebab tak sempat. Oleh kerana kami sahur tak makan nasi, makanya kami masak untuk berbuka memang cukup-cukup untuk berbuka. Habiskan semua lauk masa berbuka.
Sahur kalau rajin bangun buatkan milo makan dengan roti/biskut. Kalau malas, bangun just untuk minum air masak. Then baring semula tunggu subuh.
Pasal bazar, aku takde terkesan sangat. Sebab kami berdua sejenis yang jarangggg sangat jejak bazar. Sampai pukul 7 pun memang masak walaupun simple-simple. Walau kadang pukul 8.30 boleh makan, takpe. Melainkan kalau flat sangat tubuh/kesihatan tak mengizinkan memang kami tapau di restoran/kedai makan. Pengalaman beberapa kali beli lauk di Bazar, lauknya basi, tak sedap.. So aku kurang beli di Bazar.
Pasal tak dapat berbuka dengan keluarga aku rasa takpe, aku boleh tunggu. Lepas settle isu Covid, aku masih boleh berkumpul dengan adik beradik jika umur panjang. Video Call boleh dikatakan kerap dengan family kat kampung.
Susu Legend..
First trial buat Laksam. Eh, dah jadi Laksam nak jugak Nasi. Gigih jugak buat Kembung 3rasa
Bila start kena bekerja, alhamdulillah jalan tak jem teruk macam kebiasaan tu. Kami sempat sampai rumah pukul6 kalau keluar opis pukul 5. Kadang2 je suami sibuk dan lewat pick up aku, so sampai rumah dalam 6.30-7.00petang.
Korang masih work from home ke????
OK. Bye
XoXO
3 comments:
tahun ni akak rajin la sikit buat kuih sekali dengan makanan berat sejenis... bazar takde kan jadinya kene la rajinkan diri masak kuih untuk seharian...
Kira bnyk itu lauk.. Sila lah dtg ke blog saya https://akuman85.blogspot.com
sama kita. bila berdua simple simple je masaknya. dan memang kurang atau erti kata lain tak ke bazaar bila bulan ramadhan.
Post a Comment