Kena buat SWAB Test Screening Covid 19 untuk masuk site

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sepatutnya aku kena masuk site bulan 4 untuk new project ID works. Tu rancangan awalnya. Tapi oleh kerana PKP, so bila start kerja bulan 5 baru la start semula mana-mana yang stop kat site.
Oleh kerana site ni dekat dengan office aku, so bos-bos sepakat la setuju aku pun kena masuk site untuk verify works done untuk submit claim/ verify claim kontraktor nanti. Sebelum ni site jauh aku tak perlu pergi sangat. Kali ni tak terlepas. 

So, HQ arahkan semua frontliner staff (penyambut tetamu/secretary/penjaga kaunter/jaga parking/tea lady/yang berkaitan), Staff Warga Emas & staff yang akan masuk site (project team/ID Team/QS bagai) untuk buat SWAB Test Screening Covid 19.

Masa nama aku naik, aku bengang la jugak awalnya. Sebab ingatkan terlepas kali ni.. Hehehe..
So redha je la bila kena. Semalam 19 May kena buat test tu. Beberapa hari sebelum tu dah duk mikir aje, sakit ke buat test tu? 

Pagi2 semalam tenangkan diri je la.. Buat-buat Cool.
Bytheway, kalau nak tahu aku ni sejenis manusia yang agak GEMURUH kalau bab sesuatu yang akan menyakitkan kita. Macam kena suntik. cabut gigi, tampal gigi. Dah tahu sakit,pastilah kita serun/takut kan. Mindset kita tu pikir2 pasal sakit.


Beratur Time. Dup Dap Dup Dap

Saringan dibuat kat atas tu.

2 staff je from Sunway HealthCare datang handle ni..


SOP macam biasa la, kena pakai mask & hand sanitiser, cek dokumen bagai.. Staff HR bagi support cakap " Rileksss, Jangan keraskan badan, Just Rilekss.."

Aku tak tengok sepanjang proses SWAB Test tu masa staff2 yang beratur depan aku buat test tu.. Takut berdebar.. Hehehe..

Sampai giliran aku, Nurse suruh buka mask.

Cucuk Hidung - 

Cucuk Dalam Mulut -

Settle. Kejap je

Macamana rasa?

Tak la sakit sangat pun. Penakut je lebih aku ni.
Mula-mula rasa geli kat hidung, pastu sakit sikit. Mata kanan start keluarkan air mata (tindakan refleks bila hidung dimasukkan benda alah tu). Budak opis aku kata mata Kiri dia kuarkan air mata. 
Tang mulut, takde rasa sakit pun. Geli-geli sikit, tapi takde la tahap nak muntah.

Kalau kena ulang buat lagi nak tak? TAKKKKKK NAKKKKKK dah eh!

Psst : Result kalau negetif pun memang takde makna nya aku nak berjalan raya sewenang-wenangnya. 

Ok. Bye
XoXO

6 comments:

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. tu la kan, usah la merewang rata-rata keluar bawak anak-anak kecik macam dok viral dalam fb tu. kesian ke anak2 T_T

nohas said...

company ada bg notis yg free test by Perkeso, semua takut nk pi..

Azhafizah MN said...

seram bila tengok orang buat swab test ni macam hidung kita pulak terasa dicucuk. apepun semoga result dia -ve dan semoga dipermudahkan segala urusan. aaminn

mrhanafi said...

tidak semua dapat peluang dan pengalaman begini..

ikutkan saya pun tidak mahu hahaha

mamapp said...

Huhuu kalaunmama lagi la sp species penakit

mummy_ayu said...

x sakit ek? org ckp sakit. but ngeri kot, kannn?