Cerita Raya 2020 - Zaman PKPB Covid19

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah..
Raya tetap menjelma meriah cara kita di zaman PKPB, zaman Covid ni..

1 day before Raya - Sabtu 30 Ramadan 23May2020

Tengahari tu, gigih la aku buat pes rendang.
Jangan tanya mana pagi aku?
Pagi aku masih bermalasan di dalam bilik, ni rumah sendiri kan.
Sambil buat pes rendang sambil kemas dapur sikit-sikit.


Rendang in the making


Pukul 3.30 petang keluar kononnya nak g Cheras amik lemang yang suami tempah dari kawan dia.
Tup tup, masa dalam kereta kawan dia whatssap bagitahu tiada lemang untuk kami sebab ada masalah tak dapat dielakkan. TITIK. (Emo kalau sembang lama hal ni)
So, takpe. Aku balik nanti aku rebus nasi impit je la ye.
Aku singgah beli kacang, kerepek raya kat Kedai Borong Meru.
Biskut raya aku beli sejenis je di SpeedMart.
Saja memeriahkan acara makan jajan di depan TV nanti. Hahaha


Jajan Raya Zaman 2020 Kuarantin Diri


So petang tu, just g kedai beli Jajan raya, then singgah Tesco cari telekung sembahyang untuk raya.
Then g tapau makanan berbuka kemudian balik.
Balik rumah, aku rebus Nasi Impit 30pek kecik & buat kek gula hangus versi rice cooker.

Nasib baik menjadi jugak sarangnya.. Hehe!

Biasanya kalau family aku kat Terengganu, dorang buat nasi dagang masak pagi raya.
Tapi side mertua aku Perak, dorang buat rendang, nasi impit & ayam masak kicap one day before raya, so kadang-kadang berbuka hari last dah start makan nasi impit dan rendang.
Tapi kali ni berbuka last day ni aku pilih untuk tapau nasi arab kambing di Meru Klang.
RM15 untuk lauk kambing. Murah ye!..
Suami tapau jugak peha ayam seketul.
Kat Tesco beli jugak seketul roti John di kedai roti ye..
Diulangi Kedai Roti.
Tapi Roti John dia maha keras roti nya.
Maha Keras..Diulangi..Maha Keras.
Kerasnya roti dia. Waluapun inti dia ok, tapi tak habis kami makan.

Menu Berbuka. Nasi Arab Kambing, Peha ayam bakar, kek gula hangus untuk raya. Roti John

Malamnya g Seksyen 7 Shah Alam. beli baju raya last minit kat Butik kawan suami aku ni..
Sebelum ni hanya baju suami je beli kat sana sebab baju aku memang adik aku kat kampung jahitkan, ataupun dah beli siap-siap sebelum puasa.
So tahun 2020 ni cipta sejarah la beli baju raya last minit.
Padahal aku pikir nak guna baju lama je. Suami cakap tahun ni beli la baju raya, buat meriahkan raya dahla x dapat balik raya Terengganu kata nya.
So, swap la kad kredit dia malam tu untuk baju raya. Hahaha!
Raya harusla sakan..

Balik shopping, masak Rendang Ayam & Rendang kerang.
Just tinggal letak ayam & santan je. Guna pes yang aku dah siapkan awal-awal tu.

Shopping malam raya di Seksyen 7 Shah Alam

Baju Kurta suami & Baju kurung poket depan untuk isteri
Telekung Solat beli di kedai dalam bangunan Tesco Setia Alam

1 Syawal - Ahad 24 May 2020

Selamat Hari Raya korang.
Bangun pagi, panaskan rendang.
Mandi, bersiap kelam kabut.
Solat Raya berdua dengan suami with no khutbah.
Suami sempat makan, aku sibuk pek kan rendang untuk jiran


View meja makan pagi raya dengan suami masih buat kerja buka laptop dia tu.
Pek kan rendang dan nasi impit untuk jiran kanan kiri
Pek kan jugak untuk kak ipar (mertua) & abang aku di Puncak Alam.
Lawaknya, lepas pek kan semua untuk bagi jiran tinggal 3ketui je rendang balance untuk kami. Hahaha!

Jemaah solat Raya 



Pukul 10 g umah abang suami (abang ipar + biras), melawat dan beraya dengan mereka.
Lepak makan sana sampai Jam 1 tengahari.

Lepas kami jaga 2 tahun, start Feb 2020 abang kepada suami aku plak jaga MIL FIL.
Updated : Dorang jaga sampai June 2020 je (4months). Kemudian kami jaga semula. Plan nak gilir2 tak kesampaian.

Then 1.00pm gerak ke rumah kedua.
Abang Kedua aku di Puncak Alam.
Tak sempat nak berfoto bagai kalau tengah sedap makan pizza yang dihidangkan.


Bergambar sebelum gerak g Rumah abang sulung

4.00 petang gerak g rumah abang sulung di PutraJaya.
Berkumpul kat sini la 3 beradik.
(Abang sulung, abang kedua & aku)
Lepak makan nasi dagang.

Riuh berbual lepas lama tak berkumpul. 

3 beradik di Selangor.

6.00 petang singgah Rumah BFF suami di Subang.
Lepak lama sini sambil berbual hal kawan-kawan.


Mana BFF suami?
Ada taknak bergambar, tak pakai baju raya katanya

Sekeping OOTD sebelum mandi dan tidur.
Tamatla Episod Raya Pertama di musim PKPB Covid 19 ni


 Selingan

Team Raya Terengganu Solat Jemaah Raya
All Photo : Sumber From Whatsap Family

Family Abang No 1@ PutraJaya

Family Abang No 2@ Puncak Alam

Anak No 4, Kami @ Kapar Klang

Anak No 5, Family Adik Lelaki @ Dungun Terengganu


Anak No 6, Family Adik Lelaki @ Seremban N9

Anak No 7, Adik perempuan aku di rumah mertua @ Marang Terengganu

Mak Ayah, Abang No 3, Adik No 8 & Adik No9 sibongsu.
Nasib baik masih ada geng single dan available kat rumah ni @ Terengganu


Sesi Salam Raya di kampung


9 beradik berhari raya di musim Kuarantin ni



2 Syawal, Isnin 25 May 2020

No jalan-jalan raya.
Stay Safe at Home
Patuhi Arahan
Kita Jaga Kita

Patutnya plan nak masak Mee Kari untuk panggil adik beradik makan.
So cancelkan sebab arahan hanya raya pertama boleh keluar beraya

Mee Kari enak di makan dengan sambal bilis Deli Mas.
Beli di NSK 



3 Syawal, Selasa 26 May 2020

Plan nak masak nasi minyak raya ke3.
Tapi bangun pagi suami mintak Nasi Lemak.
Maka jadilah Nasi Lemak sampai makan petang.

Nasi Lemak Halba with Sambal Bilis & Ayam Goreng

Kuih Raya hidang dan makan sendiri

Raya tetap Raya

Layan la Neflix sampai lebam.
Remaja Purba layan Neflix. Tidonya lagi banyak dari tengok movie kat screen TV.
Habis bulan bayar bil letrik!

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI 

Stay Safe
Jaga Diri
Kita Jaga Kita
Kita Pasti Menang

4 Syawal, Rabu 27 May 2020
Kerja Dah & Ganti Poser la wei...

Psst : Untuk geng generasi akan datang, ketahui la kami di zaman 2020 ni pernah beraya di zaman kena kuarantin, zaman ada virus, zaman kena betul2 jaga diri, zaman tak boleh balik kampung rentas negeri, zaman tak boleh berkumpul lebih 20 orang beraya, zaman ber'Mask' datang beraya, zaman sempadan negeri dipagar, zaman anak lama tak sekolah, zaman kerja lama cuti, zaman banyak orang kematian ahli keluarga, zaman beraya melalui VC, zaman berbeli belah kena penjarakan sosial..Zaman kami tahu semua bersatu, zaman kami ada frontliner yang sangat kuat dan tabah, zaman semua tolong menolong musim PKP.. Zaman PM kami sendiri bacakan doa & ketuai takbir raya. Kami bangga jadi Anak Malaysia!


Ok. Bye
XoXO

11 comments:

ShirVen said...

perjalanan hari raya yang simple tapi bakal dikenang hingga ke tua. selamat hari raya pkpb 😀

ezy.fia said...

selamat hari raya cik ani n suami..
alhamdulillah.. walaupon raya lain mcm tahun ni tp tetap ade meriahnya..

kemain rajin bdk ni buat pes rendang.. aku tau rebus ketupat segera je.. haha

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Meriah juga tu kan.. walau mungkin tak sama dgn tahun2 sebelumnya. Selagi mana kita telah berpuasa di bln Ramadhan.. pasti Allah berikan nikmat Raya walau pun "rare".

The Redza Channelz said...

Salam Aidilfitri.
Tahun ni kita sambut Hari Raya cara sendiri.

Hanachie said...

Selamat hari raya!! ^_^

Ayu Rashid said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Hani dan Family. Kita doakan semoga raya haji nanti kita dapat beraya mcm dulu2... kita balas dendam beraya sakan :)

mamapp said...

Wah sempat shopping baju Raya lagi di mlm Raya.. cantik color tu.. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

mummy_ayu said...

raya yg berbeza dr biasa...
selamat hari raya dear, maaf zahir batin!

Rini Ismail said...

Selamat Hari raya AidilFitri maaf zahir dan batin wak. Btw seronok tengok gambar beraya, semua muka happy je

Azhafizah MN said...

Fuhh banyaknya cerita raya. but still nampak meriah masih boleh beraya di rumah adik beradik yang dekat. hidangan raya pun masih hidangan raya tu. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Beeha Azman said...

Selamat Hari Raya akak. Beeha baru follow sini. ^^