nuffnang

JANA DUIT

Dressing & Rawatan MIL kencing manis luka di kaki

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL start luka di tapak kaki kanan pada JUNE 2018 which is one day before raya Aidilfitri and warded kat Hospital Teluk Intan. Lepas 10 hari baru discharge dan kami terus bawak ke rumah kami di Selangor. Start daripada tarikh tu sehingga sekarang kami jaga (kecuali 4 bulan masa PKP abang ipar jaga kemudian kami jaga semula) dan buat cuci kaki hampir setiap hari.

Aku akan share apa yang kami guna/rawatan sepanjang luka besar sehingga kecik:


FASA CUCI KAKI KLINIK KESIHATAN - KERAJAAN (JUNE - NOV 2018)
*semua ubatan kena bawak sendiri, nurse tolong cuci sahaja, kalau lupa bawak, nurse akan guna air garam klinik & ubat klinik je, tapi nurse akan keep remind us to bring our own item)

1. DERMACYN

Dari mula luka sehingga sekarang, DERMACYN memang digunakan setiap hari ketika cuci luka. Ianya macam air garam la yang berfungsi untuk cuci luka, bersihkan luka gitu. Kami guna ni masa cuci kaki di klinik kerajaan mahupun ketika cuci sendiri di rumah.





2. INTRASITE GEL

Kami guna ni as rawatan pertama untuk tumbuhkan isi. Lepas MIL keluar wad, kami gunakan intrasite dan dermacyn je masa cuci kaki di Klinik Kerajaan. Intrasite ni kami beli di Farmasi. Tapi tak boleh over use it, sebab nanti daging tumbuh berlebihan. Ni kami guna dalam 3-4 bulan kalau tak silap.


3. SOLCOSERYL JELLY

Then nurse klinik kesihatan syorkan kami pakai benda ni. Untuk cantumkan kulit/daging tapi tak boleh la berlebihan kang nanti overgrowth plak daging dan kulit kat luka tu. Kami pakai ni sekejap je lebih kurang 2 minggu macam tu.



4. ACETIC ACID

Ada satu masa tu, nurse di Hospital suruh guna Acetic Acid selama seminggu. Kami mintak sample tapi tak dapat sebab kebetulan dorang takde stok. So dia mintak kami cari di farmasi. Masa kami cari kat pharmacy sekitar rumah takde jumpa. So, masa cuci kami di klinik kerajaan, kami tak bawak acetic acid ni. Mujur masa tu mereka ada acid ni. Ini digunakan as a losyen antiseptic.




5. AQUACEL AG/AQUALCEL FOAM

Aquacel Ag ini digunakan agar bakteria tidak boleh tumbuh pada luka dan kita boleh ganti dressing jadi setiap 2 hari sekali berbanding tiap-tiap hari.
Aquacel Foam  pulak dipakai sebagai lapisan luar, jadi setelah luka ditampal dengan Aquacel Ag kita tutup dengan Aquacel Foam. Biasa luka keluarkan cairan, so ada foam ni elak cairan keluar kena kat luar.

Kami pakai ni sekejap je sekitar 2 minggu (paling lama, or maybe less). Sebab nurse tak syorkan teruskan pakai sebab kaki MIL seeloknya kena setiap hari cuci instead of setiap 2 hari.



FASA CUCI KAKI DI KLINIK SWASTA KAPAR (DEC 2018 - JAN 2020)

Klinik Kapar ni terletak di deretan kedai tepi jalan sebelah Balai Polis Kapar. Patient tak perlu bawak ubat sendiri sebab klinik ni guna semua ubat mereka. So kami tak tahu rupa bentuk ubat tu dan nama ubat tu kami pun tak berapa pasti. Samada MetroGel dan Fragile Gel (Tak tahu eja macamana). Itu antara sebutan doktor. So far kat Klinik ni memang nampak perkembangan positif.

Kami tukar dari klinik kerajaan kepada klinik swasta adalah kerana faktor masa untuk dressing. Klinik kerajaan & Klinik 1 Malaysia hanya boleh dressing setiap pagi, sedangkan kami kerja. So selepas 5 bulan ulang alik klinik kerajaan, kami amik keputusan untuk dressing waktu malam lepas balik kerja di Klinik Swasta. 5 bulan setiap hari masuk kerja sekitar 10-10.30am, ko rasa bos tak bising ????

Pada asalnya masa tu, kaki MIL bengkak merah di jari kaki, bila g Klinik Kerajaan dorang suruh g Hospital Shah Alam. Bila ke sana, dorang cuma scan nak bagi ubat je. So, jiran kami syorkan kami g Klinik Swasta ni. So kami pergi dan doktor bagi penerangan selebarnya. Doktor memang syorkan kami ke klinik dia setiap hari, kami siap bincang kos lagi. Doktor bantu sedaya dia. So kami teruskan rawatan kat klinik swasta ni sampai kaki betul-betul nampak OK (90%-95%).
Mula-mula cuci kos sekitar RM 70 sebab ada amik antibiotik, lepas dah reda kos sekitar RM30-20. Last kami pegi kos sekitar RM20 sekali cuci bila luka makin kecik. RM20 berbaloi???
Yea sangat berbaloi sebab tak perlu bawak ubat sendiri. Kalau korang terlibat dengan dressing, korang boleh amik tahu kos bandage dah berapa, kos kapas, kos tape, kos ubat. So RM 20 berbaloi sebab luka cepat sembuh masa rawatan kat klinik ni.

Sekitar AUG 2019 kot, doktor perkenalkan satu mesin yang team lain pernah guna (ada kenalan mereka yang lain pernah guna produk ni dan berkesan). Mesin ni ciptaan student Universiti untuk tujuan  membantu pengaliran darah kat kaki. Kami pakai mesin ni NOV 2019 - FEB 2020 (on kan mesin menghala ke luka selama beberapa jam, pastu cuci luka macam biasa).
Patutnya ada charge di kenakan, tapi oleh kerana doktor nak try kat kami, dia mintak jasa baik team student tu untuk guna FOC untuk kami as trial. Kami pulangkan mesin ni lepas 4 bulan digunakan.




FASA CUCI KAKI SENDIRI DI RUMAH (DEC 2019 - Recent)

1. DR WOUND

Masa ni kaki nampak dah ok, cuma luka di tumit sahaja yang tak tertutup. Tapi isi nampak ok, tiada nanah dan saraf ok. Mula-mula kami just cuci sendiri kat rumah guna dermacyn sahaja. Kemudian barulah kami start guna produk DR WOUND kerana luka hampir 95% sembuh cuma masih tak tertutup (size lebih kurang 20sen). Setahun pun luka sebesar 50sen kat tumit still tak bertutup. Pesakit kencing manis memang kalau dah sembuh pun, still cepat naik luka semula.



Selain tu, item lain (benda-benda basic) yang digunakan untuk sepanjang dressing kaki :

1. GAUZE

Guna untuk cuci luka, cover luka sebelum tutup





2. KAPAS

Guna untuk cuci luka guna dermacyn tu. Dan lap- lap darah, nap kekotoran kat luka.



3. PEMBALUT

Aku beli yang murah je untuk jimatkan kos. Kalau luka besar, aku beli yang besar. Bila luka makin mengecil, aku start beli yang kecil je.





4. TAPE PEMBALUT LUKA

Tape untuk securekan balutan. Kami beli yang saiz sederhana.




Dulu kami masa start jaga kami pun ZERO knowledge, tapi kami keep asking doktor & nurse masa MIL warded, masa dressing di Klinik Kerajaan, mahupun Klinik Swasta. Aku jugak keep asking kawan-kawan/kenalan IG yang kerja nurse/doctor jika ada pertanyaan. Kami jugak ringankan mulut sambil-sambil menunggu turn dressing di mana-mana atau time jumpa di farmasi sekali pun , kami tanya penjaga/patient lain mengenai rawatan dorang dah buat. Sebab kita akan jumpa macam-macam pesakit dan pengalaman dorang.

Baca...
Tanya..
Tanya..
Cari info..
Share rawatan...

Ada apa-apa nak tanya boleh email aku (email ada di page blog ini) atau komen je.

Cabaran menjaga? Ada..
Alhamdulillah.. Suami memang menjaga mak dan bapaknya dengan baik. Aku as isteri hanya membantu. Mandikan FIL, Cuci kaki luka MIL & insulin MIL semua suami buatkan. Aku jadi isteri yang menguruskan aktiviti memasak, basuh pakaian, kemas pakaian, kemas rumah, cari idea untuk menu, remind pasal appointment, bantu tukar cadar setiap hari, sapu mop  dan kemas bilik. Bila suami kekurangan duit, isteri bantu. Bantu beli ubat-ubatan dressing. Dan kita perempuan ni kuat daya ingatan dan fokus, sedangkan lelaki tak. Ubat mak dia pun dia lupa kat mana, so isteri tukang remind, tukang simpan. Saling membantu. InsyaAllah mudah!

Pstt: Since June 2018, baru sekarang nak update, so ada sikit2 info yang maybe tertinggal/tak lengkap/lupa.. Maafkan.. Dulu aku selalu baca blog orang cari info, so aku rasa gambar luka sangat berguna untuk aku refer. Nanti la aku up entry lain tunjukkan progress luka di kaki tu, as reference untuk oranglain jugak kelak.

Ok. Bye
XoXO

Bilik MotherFatherInLaw (MIL FIL) di rumah kami.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami ambik semula MotherinLaw, FatherinLaw (MIL FIL) tinggal di rumah kami sekarang. Sebelum ni kami jaga dah hampir 2 tahun. Cuma masa PKP di jaga oleh orang lain. Sepanjang 4 bulan MIL FIL di rumah lain, so kami sempat tambah baik bilik MIL FIL ni untuk keselesaan penghuni nanti. Sebelum ni kan dah jaga, so tahu mana part yang nak kena tambahbaik untuk keselesaan mereka.


Antaranya :

1. Gantung Penyangkut baju Ikea kat seluruh dinding. Sebelum ni baju letak bilik lain, so jauh sikit nak amik baju, so agak payah la. Ni yang kami alih semua baju masuk bilik ni. Tak boleh nak letak almari, so kami gantung semua baju kat dinding.



2 Penyangkut baju untuk di tepi tingkap

3 Penyangkut baju di dinding area katil
Tilam lama nanti kami buang sebab dah kotor


2. Tutup lubang angin sebab kadang-kadang tikus boleh masuk ikut sini. Tapi dekat tingkap kami letak jaring so tingkap boleh buka tanpa nak risau tikus masuk kalau terlupa tutup tingkap ni. Kami memang kena buka tingkap setiap masa sebab nak hilangkan bau hancing, bau ubat (jaga orang sakit, benda ni biasa ye).

Cabinet tepi dinding ni memang sedia ada kat situ. Letak untuk MIL letak barang2
Katil sebenarnya ada dua. Satu katil masa ni ada kat rumah oranglain. Katil kedua akan dirapatkan ke cabinet ni so MIL senang nak capai apa2 atas kabinet ni.
Bilik ni agak crowded sebab katil dua.


3. Tambah shelf untuk TV

Sebelum ni letak TV atas kabinet TV. Kalau sedara mara datang nak melawat, memang sempit nak duduk sebab ada ruang tu ada TV cabinet yang makan space. So aku suruh suami letak shelf dan gantung TV ke dinding. Cuba nak minimize kan ruang. Kabinet TV keluarkan letak kat ruang tamu.
Oleh kerana FIL dah terlantar so tetamu akan duduk berborak dalam bilik kalau setakat 2-3 orang. Kalau ramai, memang anak2 tetamu kena duduk kat ruang TV la.

Shelf yang penuh dengan barang-barang yang tak dikemas lagi.
Muat untuk TV 32 inci dan box astro.

Bilik ni keluasan 9kaki X 11 kaki je. Pilih bilik ni sebab pengudaraan ok (ada tingkap) dan sebelah bilik air. Cuma kami tak sempat nak cat bilik je. Next time je la cat bilik tu pun kalau mampu. Hehehe.. Itu aje la selain kemas buang sawang dan cuci tingkap. Tingkap nako pesyen zaman sekolah dulu je haa.

Sekarang MIL FIL dah kat rumah kami semula sejak 21 June 2020. Btw mana yang tak tahu lagi, MIL aku kencing manis, kaki luka dah 2 tahun tak tertutup lagi, tapi penyembuhan boleh dikatakan dah 95% cuma luka kat tapak kanan memang taknak tertutup langsung. FIL pulak memang terlantar sebab masalah saraf/faktor tua je la senang cerita kan. Masing2 70an usianya.
Selain keselesaan MIL FIL kat bilik ni, aku jugak amik kira keselesaan anak lain yang datang melawat ataupun tetamu lain..
Semoga dipermudahkan, diberi semangat yang kuat dan kesabaran.


Nampak tak perkataan Kapar di almari plastik biru??
Ada kesahnya.. 
FIL dah start nyanyuk kadang-kadang dan mengarut cakapnya, especially pasal balik kampung rumahnya sendiri di Perak. Kadang-kadang dia terasa dia di Sitiawan. 
So bila dia bising-bising tanya "kenapa aku kat sini", MIL dah tak larat nak melayan.
So, suami aku tampalkan perkataan "KAPAR" so bila dia tengok dia tahu yang mereka sekarang di Kapar, bukan Sitiawan, bukan di kebun. Suami memujuk bapaknya!

Psst : Bukan terlalu baik, cuma kadang-kadang menjadi insan terpilih.

Ok. Bye

Clear barang di hostel

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jumaat lepas (19 June) adik lelaki aku datang. UiTM Dengkil keluarkan memo yang semua dah boleh datang clearkan barang, tapi secara berperingkat ikut negeri. Student dari negeri Terengganu kena datang dan clearkan barang pada 20 June 2020 (Sabtu). Nasib baik Sabtu, dah tentu aku tak kerja dan boleh hantar dia ke sana. Nama student pun dia tetapkan setiap jam seramai beberapa orang je. SOP ketat dan staff & polis UiTM handle sangat teliti dan setiap check point ada je orang jaga. Bagus betul.

Malam lepas makan, baru gerak ke PutraJaya rumah abang sulung aku. Tido sana malam tu, esoknya boleh g hostel pagi untuk clearkan barang.

Turn adik aku kena g clearkan barang pukul 9.00 - 9.45 pagi sahaja. Mereka memang mengehadkan kemasukan student.

Sampai di Guard House di Gate Utama, kena check suhu dan check online documentation yang dorang suruh isi siap-siap sebelum sampai sana. Lepas kereta masuk hantar student, kereta kena keluar. Hanya student je dibenarkan keluar dari kereta. Kereta kena tunggu luar dari pagar utama. Lepas settle clear barang, student akan call parent untuk masuk semula untuk amik student termasuk barang sekali.

Nasib baik adik aku dan kemas siap-siap sebelum PKP. So tinggal amik barang dan terus hantar kunci hostel kat kakitangan yang bertugas.





Sambil menunggu adik aku siap clear barang. tak boleh keluar kereta sebab hujan. So duk layan anak sedara nak selfselfie guna kamera. Tapi makcik pakciknya yang over. Ramai parents yang tunggu anak masa ni. Tapi tak crowded.



Terima kasih kat staff yang membantu mengangkat barang, mereka cepat-cepat agar kawasan ni tak crowded. Walaupun time tu cuma kereta aku sebijik je kat situ.










Selamat Tinggal Hostel Tualang 2. Selamat Tinggal tempat setahun adik aku tinggal ni. Beberapa kali jugak la aku g jenguk dia kat sini. Kemudian balik semula ke rumah abang sulung di PutraJaya tu. Mereka baru lepas pindah rumah semula lepas renovate rumah ni siap. So kami bantu-bantu la kerja drill rel langsir, frame, cermin & rak perhiasan kat dinding.




Siap semua lepas zohor terus kak ipar ajak g Nilai 3 nak survey langsir, pokok hiasan & karpet. Ni kali pertama aku g Nilai 3. Hehehe..  Best rupanya survey2 cuci mata kat Nilai 3 ye. Aku dah aim satu barang. Cer teka?

Balik rumah sendiri, ahad tu tunggu suami g jemput MIL FIL plak datang stay dengan kami.

Ok. Bye

Mask Extention Versi Tak Mudah Hilang

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni bila pakai mask aku guna kerongsang je. Pastu tukar pakai klip kertas. Rembat sebijik sebijik klip kertas kat opis sebab asyik hilang je.Hehehek! Pastu merata-rata jumpa semula kerongsang & klip kertas kat dalam beg la, dalam kereta la, tepi TV la...

So aku buat sendiri la Mask Extention ni. Ingatkan aku ada getah cadar/jahit tu, rupanya nan hadoooo.. Yang ada hanyalah getah bulat yang kecik tu. Aku guna je la then jahit je la butang yang sedia ada dalam bekas jahitan kat rumah ni. Memang dah malas nak tunggu kalau order kat orang.

Mask Extention Versi Jimat

Sepatutnya nak guna getah jahit ni tapi takde kat rumah
Sources : Google

Maka jadilah seketul Mask Extention. Dan rupanya mask extention ni lagi ok untuk aku guna. Lepas dah taknak guna mask, aku masukkan mask extention ni kat pergelangan tangan, ala2 mcm gelang tangan/getah rambut. So takde la hilang merata mask extention ni. Nak pakai tak perlu terkebil-kebil cari dalam beg/dashboard kereta, ambik je kat tangan.

Aku sejenis manusia pakai mask kat luar tudung. Ada orang pakai siap2 selit kat telinga sebelum pakai tudung. Nak beli mask yang tali ikat tu, kadang2 tak jumpa. So ambik je la mask biasa tu.

Ampa semua macamana?

Ok. Bye

Menyelam dalam bundle : Kasut Bundle Suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa aku balik kampung time Raya 2.0 aku tu, suami aku ni tiba-tiba Video Call tunjuk kasut kat bundle. Aku ni iyakan aje. Sebab tak nampak clear. So dapatla habuan 3 pasang kasut kat Suami. RM180 untuk 3 pasang. Kasutnya masih nampak baru dan bagi aku berbaloi la. Sebab sebelum ni pernah aku tengok kasut buruk tak padan dengan harga.



Suami tanya boleh tanggal ke hitam-hitam depan kasut tu. Aku kata try guna Magic Sponge yang beli dari kedai ECO RM2 sebelum ni. Gosok dengan air sikit/dengan sabun sikit. (Mujur suami aku jumpa Magic Sponge yang aku simpan kat rumah, sebab lelaki ni kadang2 dia cari barang guna hidung, bukan mata bak kata mak aku) hehehehe...

Sebelum

Selepas

Alhamdulillah.. Hilang kekotoran hitam-hitam tu. Nah, sape yang hati hitam tu boleh la gosok sekali guna magis span ni. Mana tahu hati jadi suci kan. Tanggalkan semua kekotoran, agaknya kesedihan hati pun buleh tanggal sekali. Teheeee!

Ok. Bye
XoXO

Update : Permohonan Anak Pelihara JKM

Assalamualaikum... Hai Semua...



Aku ada dapat Surat dari JKM (March 2020), ia sebenarnya adalah surat yang dihantar ke pengarah JKM Klang dan diCC kan kepada aku untuk makluman aku bahawa mereka telah proses permohonan aku dan di hantar ke pihak pengarah JKM

Sekitar 5 March 2020, aku dapat surat balasan dari JKM yang menyatakan permohanan kami telah diproses dan kami suami isteri telah diletakkan dalam short listed untuk permohonan anak angkat. Surat jugak menyatakan agar kami suami isteri tidak menukar no telepon, email dan alamat surat menyurat. Andai ada pertukaran, kami kena maklumkan kepada pihak JKM.

Kalau korang baca kat website JKM pun , memang keutamaan di berikan kepada pasangan yang lebih 5 tahun tanpa anak. Kalau ada masalah kesihatan menyebabkan payah hamil, tu kira satu alasan kukuh jugak untuk dorang letakkan nama kita di dalam senarai menunggu.


http://anak.jkm.gov.my/paponline/index.php?menu=info


Update Kronologi :

06.08.2019 - Isi borang online. Tapi masih ada dokumen yang kami tak sertakan.

05.12.2019 - Dapat surat dari JKM mintak kami ke JKM untuk serah dokumen tambahan.

18.12.2019 - Pergi JKM untuk serah dokumen yang tak lengkap & jalani interview.

05.03.2020 - Dapat surat yang dihantar ke pengarah JKM Klang dan diCC kan kepada aku untuk makluman aku bahawa mereka telah proses permohonan aku.

Psstt : Doakan yang indah-indah ye!


Ok. Bye
XoXO

Rezeki Phone Baru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Phone suami pecah minggu lepas masa tengah cangkul tanah depan rumah ni. Entah apa la petani ni, bawak phone sampai ke depan rumah masa mencangkul. Nak buat Video Live ke hape? Ke tunggu whatssap boss.. Hehehe.. Sape suami kerja bidang Telco paham la kot, yang phone memang 24/7 kat tangan. 

So masa cangkul buang rumput, clearkan semua rumput, alihkan anak pokok pandan, lepas daripada tu suami cari phone dia dalam rumah tak jumpa. Call tak dapat. Rupanya phone dia dah masuk longkang. Phone dia memang dah pecah skrin jatuh kat site sebelum ni. Ambikla dia telepon tu keringkan sebab nak data/maklumat/ gambar kerja dalam whatssap. Ruponyoooo takleh on. Sedih!


Suami pakai phone kedua aku iaitu Samsung J7 Pro (Phone company dia jugak yang bagi sebelum ni), aku guna phone kedua untuk data internet je. Layan youtube, FB,IG, cari maklumat, & layan drama. Tapi ko tahu la phone perempuan macamane kan..
Macam ni..

Cantek bukan?? Siap dengan casing Unicorn laki aku kena pakai sementara beli casing baru

16 June hari tu, company suami bagi phone baru. Samsung A20s baru. Tapi oleh kerana suami dah pakai phone kedua aku, makanya phone ni dia baru kat aku as phone kedua untuk data internet sahaja. Dia taknak pakai phone baru sebab dia malas nak update data semua, data kerja, maklumat, info kerja semua dia dah save/update dalam phone kedua aku tu (J7Pro).

Samsung A20s

Balik kerja semalam singgah kedai aksesori telefon. Plan nak beli kat shoppee tak jadi sebab taknak tunggu barang sampai lambat kalau beli online. So beli je la casing yang ada kat  kedai walaupun tak comey-comey secomey nya...
Amik 2 casing untuk phone baru A20s, dan 1 casing untuk J7Pro suami. 3 casing sebab beli 2 percuma 1. Harus la yahoooooo aku kat dalam kedai tu.

Beli Casing 3bijik, wayar charger 2ketui dan seketul clip wayar charger



So suami tukar casing unicorn ke casing merah untuk phone Samsung J7 Pro.
Phone ni dah jadi phone suami sekarang


Casing untuk phone baru Samsung A20s
Jadi phone kedua aku guna penggunaan internet. Yeayyy..


Telefon sebenar aku.
Samsung Note 4 guna dari zaman 2015 masa start kerja company sekarang

Kami bukan la peminat gila-gila kat Samsung. Cuma kami jarang beli phone baru, so pakai la Samsung dari 2015 tu. Dapat phone dari company pun Samsung jugak. Kalau ikut hati, nak beli  Realme 6.

Korang jenis tukar phone jugak ke walaupun phone tak rosak?
Mudah bosan dengan phone sedia ada dan mintak tukar baru ke?
Aku tak.
Aku tukar bila phone dah takleh guna sangat. Selagi boleh tukar bateri, aku tukar!

Ok. Bye
XoXO

Haul Kedai RM2 : Haul Lagi??

Assalamualaikum... Hai Semua...


Beberapa hari lepas, balik kerja order sate. Rindu sate kat Simpang Masjid Meru (Simpang nak masuk Jalan Kopi). Bagi aku sate sini sedap. Last makan bulan Feb 2020. So lepas booking sate, kena tunggu 30 minit dia kata sebab banyak tempahan. So aku ajak suami g kedai RM2 NT. Sini takde kedai ECO.

Niat utama nak beli Pasu Bunga comey-comey, nak letak pokok kecik2. Tapi takde. So pusing je la cari benda yang berkenang.



Item berjaya mengikut aku pulang ke rumah!

Suami amik 2 pek hanger sebab nanti kan MIL FIL aku nak stay semula kat rumah aku. Barang MIL FIL memang banyak kat sini, hanger dah cukup untuk baju mereka sedia ada, ni beli tambahan hanger untuk baju-baju mereka yang akan mereka bawak nanti. Jelly semua makanan suami aku.

Span brand Crocodile tu memang span kesukaan aku untuk basuh pinggan. Ianya lembut tapi tak mudah hancur/kemek/jadi leper. Memang span ni je aku cari. Kadang beli jenis yang pukat bulat untuk basuh pinggan.

Tong sampah dalam kereta!

Aku beli tong sampah untuk letak dalam kereta. Laki aku guna kereta ni azab betul keadaan dalam kereta. Bersepah-sepah. Sejenis yang taknak buang sampah luar dari kereta (tu bagus), tapi dalam kereta pulak bersepah-sepah sebab berterabur tisu, plastik kat lantai kereta.

Ni dah beli, sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan . Okeyyy? 

Getah ikat rambut warna ala-ala unicorn!

Perempuan ni selain kerongsang, pengikat rambut pun senang sangat la hilang. Aku cari ikat rambut yang ada 5-6 ketul satu pek sebelum ni pernah beli. Tapi takde, so beli yang ni 3 dalam 1 pek. Getah dia lembut, kain dia okey. Puas hati

Aku tak setuju betul kalau orang kata "ala barang kedai 2 ringgit, tak payah nak cerewet2 pilih, amik je la, rosak beli la lagi". Bagi aku nilai RM2 tu besar je, pilih je la barangan yang masih berkualiti bagus, belek2 lama depan rak pun takpe. Duit kita, hak kita. Kan....


Ok. Bye

Raya 2020 Versi 2.0

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila PM umumkan boleh rentas negeri, masa tu aku kat luar (dalam kereta balik dari beli TV baru) dan takde tengok Live pasal ucapan tu. Masa dalam kereta dapat Video Call (VC) dari adik beradik dan mak, rupanya dorang dah riuh pasal nak rentas negeri balik kampung. Aku baru tahu.

Abang aku offer untuk tumpang dia balik sekali kalau suami aku tak boleh balik. Oleh kerana suami aku kena outstation minggu tu dan minggu seterusnya kena jaga MIL FIL semula, makanya aku terus setuju la nak balik kampung tumpang abang aku. 8 dari 9 beradik akan berkumpul. Abang sulung tak dapat cuti, so dia akan balik Raya Haji. InsyaAllah.

Khamis 11 JUNE 2020 

Lepas kerja, suami hantar aku ke rumah abang aku, then dia terus gerak g Kedah outstation.



Bini apa lagi. Terus la laju-laju mengemas baju dia sampaikan lupa nak kemas baju suami nak outstation. hehehehe.. melampau bukan??

Last photo before suami ke kedah & aku balik Terengganu keesokannya

Jumaat 12 JUNE 2020

Kami gerak balik ke Terengganu 10.00pagi sampai sekitar jam 5.00 petang. Masa masuk Karak jem sekejap, ingatkan jem sebab semua balik kampung, rupanya sebab ada lori rosak.

Malam tu ada aktiviti bakar ayam tin oleh adik beradik lelaki dan ipar duai lelaki. Kami geng perempuan tolong mak kat dapur buat mee hoon dan bakar kambing.

Menu Malam Raya 2.0

Malam tu aku sponsor Ice Cream HomeMade dari member aku di Serating, Marang. Sedap Ice Cream dorang niaga. Sampai aku pergi order lagi sekali hari berikutnya.

Ice Cream aku beli 6. Aku ambik perasa Oreo, Coklat, Mint, Mangga, Pisang & Durian.
Aku bagi 9/10. Kenapa tak bagi 10/10? Sebab mana ada yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan tu milik Allah. Haaa.. Hehehe!

9/10 Sebabnya ada kacang dalam ice cream durian, ais krim coklat untuk hiasan tapi family aku kurang gemar bila makan kena asingkan kacang. Itu aja.
So far memang ok dan buleh repeat walaupun jauh dari rumah aku kedai ni.





Aku siap beli bekas letak aiskrim yang comel dari kedai ECO semata-mata nak cucu mak seronok makan aiskrim dalam bekas yang comey nak mateyyyy ni..

SABTU 13 JUNE 2020

Pagi tu juadah nasi dagang. Balas dendam nampaknya raya hari tu takde yang balik, so tunda nasi dagang buat pagi ni. As usual memang trademark family aku kelam kabut. So pagi tu kelam kabut/ tunggang terbalik semua duk kumpul ahli keluarga nak bergambar. Ada anak yang tak bangun lagi, ada yang melalak, ada yang takutkan pakcik makcik mereka yang jarang mereka jumpa. Porak peranda pun dekat pukul 12 tengahari baru bergambar. Nasib baik tak panas terik masa tu.


Gambar atas tangga sekali dengan ayah
Photo taken by Si Bongsu


Pastu terus la turun bergambar ramai-ramai kat bawah
Photo taken by Si "Abang Ngah"


Team Single. Join team ni sebab suami i tak balik kampung

Tak melepaskan peluang bergambar di Taman Mak

The Cucu. 6/8 cucu
Next year jadi 10 cucu.



Ahad 14 JUNE 2020

Daripada siang plan nak buat Oden la, nak buat Vietnamese Roll la, nak buat Tauhu Berdegil la.. Tapi malam tu kami just buat Oden & Tauhu Bergedil.


ISNIN 15 JUNE 2020

Kami balik KL jam 10 pagi. Breakfast buat nasi lemak, meehoon, nasi goreng, mee, goreng ketupat dan  panaskan daging masak merah. Buat banyak sebab untuk bekalan kami balik KL sekali (aku dan family abang aku)

The best ever ketupat
Lembut sangat walaupun lepas goreng
Ketupat ni mak kawan adik aku yang buat sebab adik aku nak makan sangat, so kira macam tempah dia buat la


Sampai rumah aku pukul 4.30 petang. Singgah solat rumah aku sebelum family abang aku balik rumahnya.

So dapat la habuan dari kampung.
Beli kambing perap, keropok RM10 dan pisang dari rumah besan mak

Maka berakhirla Raya 2.0 kami dan pergi kerja semula jalani kehidupan hakiki.
Weekend ni amik MIL dan FIL semula kembali ke rumah kami. Akhirnya tak sempat jugak kami nak cat bilik mereka. Tula... kalau last2 minit baru terhegeh-hegeh kami nak cat, masa PKP takde pulak nak cat. Eh, tak jugak.. Masa PKP hardware tutup. Ok. Alasan sangat!

Ok. Bye