Menyelam dalam bundle : Kasut Bundle Suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa aku balik kampung time Raya 2.0 aku tu, suami aku ni tiba-tiba Video Call tunjuk kasut kat bundle. Aku ni iyakan aje. Sebab tak nampak clear. So dapatla habuan 3 pasang kasut kat Suami. RM180 untuk 3 pasang. Kasutnya masih nampak baru dan bagi aku berbaloi la. Sebab sebelum ni pernah aku tengok kasut buruk tak padan dengan harga.



Suami tanya boleh tanggal ke hitam-hitam depan kasut tu. Aku kata try guna Magic Sponge yang beli dari kedai ECO RM2 sebelum ni. Gosok dengan air sikit/dengan sabun sikit. (Mujur suami aku jumpa Magic Sponge yang aku simpan kat rumah, sebab lelaki ni kadang2 dia cari barang guna hidung, bukan mata bak kata mak aku) hehehehe...

Sebelum

Selepas

Alhamdulillah.. Hilang kekotoran hitam-hitam tu. Nah, sape yang hati hitam tu boleh la gosok sekali guna magis span ni. Mana tahu hati jadi suci kan. Tanggalkan semua kekotoran, agaknya kesedihan hati pun buleh tanggal sekali. Teheeee!

Ok. Bye
XoXO

9 comments:

Warisan Petani said...

Boleh geng wak lah ni
Kasut cari bundle
Baju dan seluar pun cari bundle
underware aje beli baru.

norhidana said...

terus nampak macam baru bila dah putih melepak tu kan

Mas FVOME said...

waah jimat pun jimat bleh la cari magic span tu

dear anies said...

assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

Lyaa Suriany said...

kita suka kasut bundle. hobi memang shopping bundle manjang. haha. then sekarang pun dah dkt 5 tahun start jual bundle. dr suka suka jadi passion pulak.

ShirVen said...

aahh magic span tu mmg betul2 magic, if cuci periuk dgn nya, seronok tgk berkilat. worth beli kasuk 3 pasang rm180, masih cam baru

ezy.fia said...

kat sklh aku ni ade manusia hati itam..
nt aku try gosok ati dia guna magic span.. hahaha

Sha Mohamed said...

Memang best bila beli tu berbaloi dengan harga..
Wah.. memang betul-betul magic, sponge tu..

A m m i said...

Ammi pun memang nak cari kasut sport bundle je untuk anak-anak ni. Kalau beli yang baru rasa macam pakai sekejap je dah tak muat. Dah le jogging pun setahun sekali je huhu