nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan - Kabinet Dapur

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah.
Akhirnya.. Lepas 8tahun duduk rumah sendiri dapat jugak buat kabinet dapur.
Suami berkenang warna biru salah sorang customer ni buat.
So, aku pun setuju je la. 
Sebab memang aku pun tak tahu nak pilih warna apa untuk match dengan kitchen table top sedia ada yang owner lama buatkan ni.

Handle plak aku beli kat Shoppee.


Material - Melamine
Kos : RM 2400
Contractor : Konsep Aish (Encik Syahmi - +60 19-238 1669)
Kami deal dengan dia sebab memang dia ada buat projek kabinet masa suami kerja setahun dalam bidang renovation. Tengok hasil kerja ok, so kami try kay rumah kami sendiri. So far, puas hati je dengan hasil kabinet kami.


Final Look



Final Look


Contractor tu datang masa kami berdua kerja.
Just ada Mak Mentua kat rumah kami.
Balik kerja, suami sampai rumah dan tunjukkan hasil kabinet melalui whattsap.
Eksaited aku drive nak balik rumah, tak sabar nak tengok kabinet baru. Hehehe


Gambar dalam kabinet 

Gambar dalam kabinet 

Gambar dalam kabinet 

Gambar dalam kabinet 

Gambar dalam kabinet 

Gambar dalam kabinet 

Opis aku ada sebijik tray sampel untuk projek hotel dulu.
Oleh kerana opis nak pindah dah semua barang let go, aku mintak nak tray ni.
So, dapat la sebijik tray. hehehe.

Btw, tray kena potong sikit untuk muatkan ianya slot in ke dalam drawer.





Alhamdulillah.

Komen : Aku puas hati sebab hasil kerja teliti. Pintu yang pasang selari, tak senget, takde gap yang menyakitkan mata. Cumanya aku tunggu sekitar 2bulan lebih sebab dorang banyak pelanggan tengah menunggu.

Tiada lagi sakit mata barang barang kat bawah kabinet ni.



Kabinet lama owner rumah ni dulu
Pintu ok, cuma papan dalam banyak yang kembang dan rosak sebab kena air leaking dulu.
So. kami buka dan buang semua pintu dulu masa pindah masuk rumah ini.


-SEBELUM-
Barang berselerakkan kat bawah dan mencacatkan pemandangan.
Dahla direct nampak sampai ke ruang tamu kalau tak tutup dengan langsir.


-SELEPAS-
So, nampak la kemas sikit nak sumbat apa kat dalam kabinet ni.
Cumaaaaaa.. Dah tak boleh nak letak tong hitam yang besar bawah kabinet ni. 
Dulu letak tong hitam bawah kabinet.
Tong besar untuk tadah air kalau ada krisis air di Selangor ni.

Ok. Bye
XoXO


Ok. Bye
XoXO

Progress Luka lepas 3tahun lebih dressing

Assalamualaikum... Hai Semua...


(Maaf: Post entry ni gambar luka, boleh skip kalau takleh tengok luka)


Dah lama tak tunjuk progress luka MIL sebab kencing manis.
Sekadar untuk rujukan diri sendiri/suami kelak.
Sebab memang kami berdua je yang urus kaki MIL sebab memang tinggal sekali di rumah kami.
Luka since June 2018.

Luka tak membaik.
Dan luka agak jadi besar semula.
2x kaki menanah semula.
2x jugak MIL sakit2 kaki.

Kencing manis terkawal.
Makan memang pantang.
Tapi memang luka payah nak sembuh.




19 January 2022

19 January 2022

Sedangkan progress luka sebelum ni agak ok.


28 Ogos 2021




22 September 2021


Kekerapan cuci sekarang hanyalah seminggu sekali g Klinik Walia di Puchong.
Manakala cuci di rumah memang setiap hari/selang sehari atas nasihat doktor.
Sebenarnya memang doktor syorkan g setiap 2hari.
Tapi Suami dah takleh nak cuti selang sehari.
Sebelum ni cuci selang sehari (half day setiap kali g cuci kaki), so mana ada company nak allow staff cuti kerap. huhuhu je la.
Kami g klinik pada sabtu ahad & pada public holiday sahaja.


Harapnya di permudahkan dan cepat sembuh lukanya.
Orang yang sakit pun dah tak sabar nak tunggu kakinya ok.

Ok. Bye
XoXO

Selamat Tahun Baru 2022.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selamat Tahun Baru 2022.

Lambat bersiaran.
Bizi je memanjang.

Tahun 2021 meninggalkan seribu kemanisan dan ada jugak berita kedukaan.

January - FIL meninggal. Kesihatan ayoh di Terengganu turun naik. Namun dah tak perlu pakai wayar kencing.
February - Adik perempuan yang kawen last year dapat anak sulung. Yeayyy.. Aku celebrate 8 years anniversary 
March - Balik kampung seminggu habiskan cuti. Berbaloi dengan turun naik balai polis katanya.
April - Lepas 2 tahun tak balik kampung MIL. balik jenguk rumah
May - Raya 2021 PKP di Selangor
Jun - Vaksin mak ayoh & MIL
July - Takde apa. Padan duk shopping Sales 7.7 jer. hehehe
Ogos - Banyak aktiviti DIY di rumah & repair apa yang patut. Aku settle vaskin
Sept - My besday & aktiviti di rumah abang
Okt - Balik kampung
Nov - Suami menjalani pembedahan di Columbia Asia & mak dan abang di kampung kena covid. Alhamdulillah semua selamat. Besday hubby ala kadar.
Dec - Banjir besar di beberapa negeri.

Selamat Tinggal 2021.
Selamat Datang 2022