Showing posts with label MR DIY HAUL. Show all posts
Showing posts with label MR DIY HAUL. Show all posts

Kemas Peti Ais

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korang bila kemas peti ais yang secara besar besaran?
Hehehe..
Aku last kemas bulan Mac 2020, masa PKP1.0.
Masa baru-baru kena kurung dalam rumah, so cari la aktiviti kat rumah.
Pastu dah takde kemas2 sangat, setakat lap mana2 yang tumpah, menitik2.

So, kali ni kemas peti ais dan tukar alas tray yang baru.
Kan beli alas tray baru, so aku amik kesempatan la kemas peti.
Kebetulan stock dalam peti pun dah banyak habis..
So, mudah la nak kemas.


Alas tray (warna putih) tu beli kat Mr.DIY (RM 0.80)



-SEBELUM-
Ni alas tray yang aku guna dulu,
Sekitar 7tahun dah guna.
Beli kat Mr.DIY jugak. Harga still sama. RM 0.80
Beli yang berwarna macam ni, kalau dah pudar buruk benor nampoknya..



-SELEPAS-


Tingkat bawah


Aku pakai alas untuk tray, walaupun tak besar dan tak menutupi semua tray, tapi atleast kalau comot apa2, aku xperlu keluarkan tray. Just ambik alas dan basuh.
Tapi kalau kalau kena tray jugak, kena la lap jugak kan.

Time rajin ni...
Kalau malas, main sumbat2 je janji pintu boleh tutup.

Sekarang viral peti ais ketuk2 untuk tengok isi dalam tanpa buka pintu.
Harga sampai 8k, eh takpe la.. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Haul Mr DIY versi ruang dapur

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lama tak jejak Mr DIY.
Kali ni 2kali redah gi Mr DIY.
Semata2 nak cari rak bawang/kentang.


Hari Pertama :
Terjah Giant Klang Sentral, tapi Mr DIY sini tak de rak yang aku nak.
Tapi aku beli jugak barang lain.
Perempuan mana boleh keluar tangan kosong kan.
Pantang tau...

1. Alas kaki RM2
2. Pelapik rak dalam peti ais RM0.80
3. Selak pintu bilik air RM2,50 (2 sets)
4. S Hook untuk menggantung RM1.80

Letak alas kaki depan bilik air


Hari Kedua :
Aku masuk office sebab nak kena sia kerja sikit, pastu aku singgah Mr DIY kat Starling Mall.
Aku jalan kaki sanggup wei, Puas hati banyak barang dan ada benda2 yang aku nak.
Gigih menshopping 2 plastik besar.
Barang sikit je tapi saiznya besar2, so nampak la macam shopping sakan. Hihihi.

Encik Suami : "Kalau dah hajat kan, jalan kaki pun sanggup ye"

Tadaaaa...

1. Botol kaca RM5.50/pc
2. Rak putih RM8.90/pc
3. Bakul putih 3 tingkat tu RM15.50 (satu). aku beli 3 jadi RM46.50
4. Bakul Hitam RM23.90/pc.

Bakul hitam ada 1 je. Aku nak 2 atau 3. maybe aku kena cari lagi kar Mr. DIY lain.
Or maybe order shoppee je.


Siapla rak bawang / kentang.
Kentang biasa beli banyak.
Kadang breakfast kami gorengkan kentang untuk MotherInLaw (MIL).
Pastu kadang makan petang aku gorengkan kentang untuk MIL, kalau pagi tu tak makan kentang.
MIL jenis tak makan roti, tepung2 pun dia kurang makan,
Tapi kentang dia makan bila aku goreng macam fries tu.
Dulu masa duk berdua dengan suami je, kentang 5bijik pun seminggu tak habis. Hahahaha

-SEBELUM-
Kentang letak dalam guni dia pastu masuk dalam bakul.

Yeay.. Rak kentang & bawang.


Minyak minyak baru letak kat atas
Minyak tong besar ada je, aku letak bawah table top


Rak penggantung letak dalam kabinet.
Nak letak pinggan plastik/tipuware plastik atau senduk2 yang hadiah masa beli ekon dulu

Sekarang musim aku tengah gila nak organise barang kat dapur.


Ok. Bye
XoXO

Haul Kedai RM2 & Kedai JiMart & Mr.Diy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week singgah kedai Mr.DIY kat Starling Mall masa lunch. So membeli terus la apa item yang diperlukan untuk rumah. Kebetulan hari tu naik kereta, senangla nak membeli barang besar.

Beli 4 ketul item dari Mr. DIY sebab bajet RM30 je ada lepas lunch


Nak letak kat bilik air sebenarnya, nak gantikan yang lama (jenis sama cuma warna putih) dah berkarat. Rupanya tak, aku letak dalam bilik depan cermin. hehe!

RM8.00 lebih

Letak kat almari pakaian suami.



Kat Kedai RM2 aku beli pasu bunga , cermin kecik nak letak kat opis & penyangkut baju untuk letak kat bilik air (nak gantung penyapu lantai untuk bilik air & mop)

Dah alihkan anak pokok



Kedai JiMart, aku beli tong sampah untuk letak kat beranda.


Ok.Bye

Beli alatan baking di Mr.DIY

Assalamualaikum... Hai Semua...


Weekend hari tu, ke Shah Alam nak cari maxis center.
Dah alang- alang kat sana, singgah la ke Mr.Diy.
Niatnya hanyalah nak beli bekas letak susu.
Tup-tup satu plastik dibeli.






Sejak join group masakan kat fb, teringin rasanya nak belajar buat kek. 
Walaupun aku sangat tak pandai buat kek. 
Berbanding masak lauk, aku banyak mencoba menu lauk pauk.

Tak menahan beli sudu penyukat, loyang kek &cawan kertas. 
Nak buat cupcake kekdahnya.
Pastu bila tengok resepi, kecut perut....
Eh, aku takde ni, eh aku takde tu. 

Suami dah tanya bila masa nya nak buat kek, jangam tersadai je benda alah ni dalam kabinet. 
Aku pun risau kot2 la hanya hangat-hangat tahi ayam.. hahaha. 
Oh, btw kek humban ke longkang tu dah biasa huhuhu.



Selingan: Bekal semalam nasi goreng ikan masin air tangan suami.


Ok.bye

Rumah Kesayangan : Pasang Alas untuk Tray Peti Ais.

Assalamualaikum...
Hai semua...


Hasil rembatan kat Mr. DIY, sempat aku sambar alas tray.
Kenapa aku beli hanyalah sebab ianya murah. RM 0.80 sen sahaja..
Suka tak barang murah? Sukaaaaaa kannnn awak semua....



Yang striped aku nak letak peti ais bawah (cold storage)
Yang bunga-bunga nak letak kat atas (Freezer).

Sebenarnya nak amik semua yang striped tapi tak cukup.
Tu amik yang striped berbunga tu.


Memang 80 sen sahaja.
Ianya plastik dan keras nipis.


The hasil...



Suami buka peti cakap :

"Wahhhhhhhhh..comelnya peti ais kita.."


Ni tingkat atas..



Ok. Bye.

DIY : Pasang clear pelekat pada lenovo tab

Assalamualaikum...
Haiii..


Belakang Lenovo Tab ni aku dah pernah pasang pelekat untuk elakkan bercalar.
Tapi dah tercabut


So aku beli pelekat baru kat Mr. DIY
Murah jer..

Nah.. bila pelekat banyak, mulalah tamak nak pasang banyak.
Aku pasang belakang.


Aku pasang tepi, so tak calar kalau dirikan

Kat kaki klip pun aku pasang.



Ni satu-satunya pengganti lepas laptop aku hilang kena curi dulu.
Hampir dua tahun baru boleh ganti laptop yang hilang tu.
Beli dulu RM1200-1500 macam tu la including accessories.

Ok. Bye
XoxO.

DIY RM27 ringgit.

Assalamualaikum...
Hellloo semua...


Malam tadi ke MR.DIY Tesco Setia Alam.
Niatnya cuma satu..
Utamanya nak beli lampu dan L-bar untuk shelf SAHAJA..
Dua item ni saja nak beli..
Tup tup bila ke sana, benda lain pulak yang dibeli.


Jom survey apa yang aku berjaya beli :


Ehemm..
Dari dua item jadi banyak item..


RM0.80
Alas untuk tray peti ais..
Sangat melting dengan coraknya.

Tunggu aku update hasilnya ye..


Clear pelekat
Aku guna untuk lekat kat Lenovo dan handset.


Hook and Loop Fastener.
Ni standby.
Ingat nak guna untuk projek menjahit kelak.


Penutup bucu meja.
Penting sangattttt..


Double Pin
Nak guna kat dapur



PVC gum
Ntah suami beli untuk apa.
Tunggu je la apa aktiviti dia.


L-shape Bar untuk Shelf.
Shelf ada cuma tak pasti nak lekatkan kat area mana.


Tunggukan hasil penggunaan barang2 yang aku beli ni.. 


Ok. Bye

Rumah Kesayangan: Deko bilik air kecik molek

Assalamualaikum...
Helllo hellooo genggg!!!



Untuk bilik air takde pun kerja tambahbaik...
Kesian pulak tengok bilik air rumah ni...
Nak tukar tiles memang aku tak buat la rasanya.
Sebab taknak lagi berdebu bagai hacking works.
Tiles pun mana yang mampu je aku sental ataupun guna asid tiles..

Kisah bilik air ada kat sini.
Kisah 1
Kisah 2

Idea ni dah lama aku nak buat.. Nak buat dekat rumah sewa tak boleh sebab shower pancuran dia percik ke dinding dan boleh effected aku punya deko nanti. Kali ni dapat bilik air yang sesuai nak buat.

Gambar SEBELUM

Pasang L shape shelf

Pasang papan shelf

Letak frame

Ok.done

Gambar SELEPAS


Gambar SELEPAS

Dua-dua ruang bilik air dan tandas aku letak.


Ohhh. bila la nak start touch up dinding dan ceiling depan bilik air ni.


Kos deko kali ni hanyalah RM2.90 SAHAJA.
SILA PERCAYA YE..

Kos: 

1. L shape steel dari Mr.DIY size 6X10'' = RM 2.90
2. Papan Shelf = Free. Ambik yang ada kat rumah.
3. Empat frame =Free. Recycle
4. Bunga hiasan = Free.Recycle
5. Gambar dalam frame = Free. Print sendiri


Psst.. Hasil kerja suami sebelum outstation hari tu..


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Peti Ais Comot Comel

Assalamualaikum...
Hai semua....


Kira-kira 5 bulan lepas, peti ini sangat indah...
Bersih...
Suci...

Masa pindah masuk rumah ni, memang lawa la duk kemas...
Maklumlah siap lap, cuci bagai lagi...

Pastu sempat la beli barang sikit kat Mr. DIY time tu.

Bakul putih

Bakul clear-organizer


Buat letak rempah-rempah jer


Alahai..sonoknya bila barang takde..Clear jer

Masa mula-mula pindah rumah


SEKARANG..

Key chain banyak orang bagi..
Tak tahu nak buat apa. so aku jadikan fridge magnet


Segala benda sumbat sini.
Sebelum ni susun dalam tray




Lebihan makanan pun tak sempat bertutup.
Segala benda main sumbat jer dalam bakul putih.


Nah..Sebeban barang yang kat dapur tak buang lagi.
Drawer storage ni akhirnya tersadai kat dapur.
 hohoho


Ok. Bye
XoXO