Showing posts with label RUMAH KESAYANGAN. Show all posts
Showing posts with label RUMAH KESAYANGAN. Show all posts

Tutup lubang dinding pagar daripada anjing

Assalamualaikum... Hai Semua...


Berjiran dengan komuniti bukan islam membuatkan kita warga minoriti kena usaha sendiri untuk keselesaan, kebersihan dan keselamatan. Jiran aku ada bela anjing, walaupun sekarang dah jarang diikat di tepi pagar rumah aku, tapi bila anjing tu nampak kami dia akan datang dan menyalak tepi pagar kami. So air liur dia terpercik ke dalam pagar kami. Dan jugak bunyi menyalaknya bising dan menganggu kejiranan.

Sebab sudah 2x kena kertu samak sebab kena air liur anjing, makanya kami decide untuk tutup lubang pada dinding pagar batu sebelah rumah jiran ni. Tapi mereka sudah sedia maklum yang one day kami akan letak papan, cumanya kami tak free sebelum ni untuk tutup lubang pada pagar ni.

So hari ni ada kelapangan, so suami amik masa sekitar 2jam untuk potong papan dan skrukan ke dinding tu. Alhamdulillah, hasil kerja kemas. Selagi jiran ada anjing, rasanya ini adalah jalan yg terbaik. Jika kelak dah takde anjing, kami akan buka semula.

Bukan suka-suka je nak tutup lubang tu. Tapi untuk kebersihan kita orang islam, untuk keselamatan kita jugak dan keselesaan dari bunyi bising yang boleh menganggu kejiranan sini. Bila bertutup macam ni, agak susah sikit la nak bersembang dengan dorang. Nak kena melalui depan pagar utama la jawabnya.. hehehe.. Kalau nak berbagi buah tangan pun, kena melalui pagar depan jugak la... Takde dah la adegan hulur2 je di sebalik lubang2 pagar sebelah ni..


Ok. Bye
XoXO

Lilin & Touch Light kecemasan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami ada install emergency torchlight pada dinding belakang/sebelah TV di ruang tamu.
So kalau blackout, terus tangan capai torchlight ini. Torchligh ini senang sebab bila kita cabut/tarik je dari sarung dia akan terus menyala. Ianya akan menyala selagi tak dimasukkan ke sarung dia yang dilekatkan kat dinding tu. So lepas guna, memang takkan letak merata. Takde risiko hilang/susah nak cari bila kecemasan.

Lilin pulak aku letak belakang TV. Lepas capai torchlight terus nyalakan lilin. Memang mancis/pemetik api pun ada kat situ. Dalam masa terdekat ni dah 2x blackout. Kalau siang, takpe. Hari tu kena pukul 4 pagi sedar2 dah panas. Terus la keluar dan capai torchlight emergency. Nyalakan lilin untuk bilik MIL.



Emergency Torchight kami pakukan ke dinding


Letak belakang TV senang nak capai dan selalu nampak


Lilin kami guna lilin besar dan letak dalam cawan lilin ikea 


So far letak aje lilin belakang TV tu. Biar mudah Encik suami nampak.
Takde lagi adegan terjerit-jerit tanya "Yanggggg,, mana lilin?"
"Yanngggggg.. Rumah ada lilin tak?"

Walaupun zaman sekarang, orang guna lampu solar la, lampu rechargeable la, itu ini la. Tapi kami yang old school masih guna lilin. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Kerja repair rumah sebelum menyambut Ramadan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya kali ni serba serbi bertangguh. Natijahnya last minit semuanya nak pulun sebelum puasa. Sebab nanti puasa dah tak larat. Sehari sebelum puasa, baru kami terhegeh-hegeh nak buat itu ini untuk rumah.

Keutamaan kali ini ialah baiki bumbung bocor.. Dah lama sangat bertangguh. Duduk la tadah besen biru di tengah-tengah ruang tamu tu. Kalau semayang berjemaah, ada la besen biru depan imam tu. Macam duk tunggu rezeki dari langit jatuh masuk besen tu. Kehkehkeh 😂



Tangga kami dah rosak dan kami pinjam tangga kawan suami 


Water mark akibat bocor. Memang nampak lubang bercahaya direct masuk rumah bila kita intai dari bawah. Memang dah pecah kepingan atapnya. 


Selepas adjust2 kepingan atap tu, suami apply jugak PU foam ni kat beberapa bahagian bumbung yang berpotensi bocor.


Tampal semula dan settle lepas cat ala kadar
Bila dah buat segala benda ni, terusla buang sawang dan lap kipas semua


Pasang lampu kalimantang yang baru di dapur. 
Nahhh terang macam syurga.. Heheheee 😁
Sebelum ni malap aje.
Tukar awal biar tak kalut aihhh..



Apply water proofing kat atas bumbung bilik air.
Sumpah  bilik ini banyak betul problemnya. 
Air hujan meleleh ke dinding walaupun dah repair window sini sebab water proofing failed.
So re-apply water proofing.
Hope all issues can be settle lepas ni.

Seharian duduk settlekan defects rumah, elok petang yang hening tu suami bersantai depan TV lepaskan penat jadi tukang rumah seharian, MIL ajak gi makan di kedai sepupu. Kalau ikutkan penat, memang penat. Lepas bergadang seharian repair rumahDan aku pulak time tu tengah cuci peti ais. Tapi kami bawak jugak MIL ke kedai sepupu. Kerja mencuci peti ais aku tangguhkan, aku selesaikan selepas balik dari kedai makan. Tu pun ada kadar je siapkan. Janji siap je la.



Boleh la buat2 clear. Ada la ruang nak letak barang/left over lauk nanti


Sebelum ni rasa tak sempat nak keluar membeli belah. Tapi oleh sebab dah keluar gi makan, kami terus singgah ke econsave di kawasan perumahan kami untuk beli barang sahur. Lauk pauk, buah timbang. sayur aku takde beli. Sebab ramai sangat beratur untuk kaunter timbang. Meriah econsave nak musim puasa. Padahal selama ni econsave ni tak ramai orang. Kali ni sampai penuh parking. Terkejut makkkk ... Nak cepat balik je sebab dah kepenatan. Dan nak settlekan cuci peti yang terbengkalai tadi sebelum keluar makan. 





Beli stok kentang untuk sahur MIL.
Aku makan simple macam roti, susu, kurma & nestum sesekali.



Siapkan stok sahur untuk sang isteri yang malas nak makan nasi.

Salam Ramadan semua. Selamat berpuasa.


Ok. Bye
Xoxo

RUMAH KESAYANGAN : Kemas stok tudung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila nak cari tudung, main tarik aje. Bila tak muat, paksa sumbat aje. Hujungnya berantakan loker tudung aku. Sblm ni tudung aku gantungkan di hanger kecik. So takde masalah. Sekarang tudung dilipat, so agak mudah berterabur. Tudung tak boleh digantung sebab kekangan ruang dlm wardrobe. 

Dari sebulan ke sebulan, duk tangguh. Aku berlawan dengan kemalasan. Pung pang pung pang berkungfu, so kemalasan kalah. Maka kerajinan yang menang. 


Bergaya la aku masuk bilik memulai aktiviti melipat. Tu pun sebelum melipat, ada gangguan wei. Encik suami suruh mengurut leher dia. Katanya sakit nk pusing. Lelaki sakit sikit pun, dah macam separuh nyawa. 


Sebelum

Selepas

Bolehla sekadar tidy up kan aje. Bagi mudah nak pilih dan grab tudung. 
Takde lagi la adegan, tak muat ruang aku paksa sumbat-sumbat lagi. Hahaha

Dapatla 2 ketul kerongsang masa melipat. Jumpa ia terklip kat tudung. Patutla kerongsang asyik menyusut aje bilangannya kan. 

Sambil melipat tadi aku duk plan nak beli kerongsang baru untuk raya nanti. See.. Perempuan kan.. Hahaha.. 


Psst : Tudung banyak bukannya aku beli. Semuanya tudung lama zaman bujang. Dan tudung recycle yg orang taknak bagi kt family aku. Dan jugak tudung yang kawan2 bagi. 

Ok. Bye
XoXO

Malam - malam pasang pam air.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami tak bernasib baik kalau bab pam air. 
Dah 2,3 kali beli asyik hang. Asyik rosak. 
Asyik out aje. 
End up kami tak guna pam. 
Air takdela laju bila xde pam. 
Tapi still ada air dan tak mengganggu kegiatan harian. 
Sehinggala this week air problem.
Bila magrib je takde dapat air kat sink. 
Lama berlarutan, kadang2 jam 11 malam air masih belum naik di paip sink. 
Pagi esok baru ada air, baru kami boleh basuh pinggan yang malam tu tak berbasuh. 
Padahal rumah oranglain ok je. 

Hari ni, masa aku ke tandas alamak air tangki takde.
Buka paip xde air. 
Nasib baik la ada air aku tadah sebelum tu sikit aku simpan incase xde air. Dirimu begitu berharga wahai air.

Bila air tangki takde, berdebar-debar wei.. 
Membayangkan macamana mak mentua aku yang uzur tu nak mandi, buang air. 

So..




So.. Malam ni start moto g beli pam baru. 
Memang kena ada pam. 
Air xnaik langsung ke tangki wei.. 
Stress aku. Wpun kat paip di beranda rumah ada air, tapi air setitik pun xnaik ke sink dan tangki. 
Dalam duit xde, korek la sana sini utk seketul pam.. Airmata.. 

Malam-malam Jam 10 malam pun masih duk tung tang tung tang duk menukang pasang pam. 
Suami gigih letak pam dalam kabinet, biar tak serabut dek mata melihat. 

Settle. 
Esok boleh la gegedis purba dalam rumah ni mandi dengan bergaya. 
Air yang mencurah2 umpama air terjun kelak. 
Air wuduk umpama empangan yang mengalir laju. Hehehe. 

Btw perumahan sini, boleh dikatakan semua pakai pam. So rumah kami yang takde pam ni, ketinggalan la dalam bab merebut air masuk paip rumah. Huhuhu je la tepi sinki tu. 

Malam malam pasang pam air. Mengalahkan projek rumah agung. Kemain urgent wei.. Haahaha. 

Psstt : Bini membetulkan urat belikat macam dia plak keje kuat pasang pam. 

Ok. Bye
XoXo

Tadah air lerrr

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dapat je berita Klang akan mengalami isu bekalan air terputus akibat kerja-kerja pembaikan, so cepat-cepat la aku plan tadah air.
Tong hitam yang terselit tepi mesin basuh, menghalang aku untuk keluarkan tong tu untuk kerja tadah air.

Malam tadi, aku whatsap suami : Nanti balik, tolong tadah air.


Pagi ni bangun Jam 6.30 am selepas beberapa kali off alarm dari jam 5.30am. 😁😁😁
Tengok-tengok elok aje tong hitam duk di tempat asal tak dikeluarkan.

So pagi ni sebelum gi kerja kelam kabut dulu uruskan kerja tadah air.
Siapkan sarapan MIL. Dan bersiap ke opis.


Yang Penting tadah air di dapur. Senang nak mencuci alatan.
Air untuk mandi dah ada tangki
Kadang-kadang kalau takde air, kedai makan pun tutup.
Nak taknak kena masak sendiri jugak kalau kedai banyak tutup.


Pagi ni MIL ada urusan check up. Last week urusan amik darah ditemani aku. Kali ni, suami pergi sendiri sebab aku takde cuti dah. Bila pergi sorang lambat la sikit urusan sebab kena parking dulu baru start urusan klinik MIL. Kalau aku join, masa suami cari parking yang super duper payah tu, aku dah boleh start urus MIL di dalam klinik. Malu nak kerap lewat ke opis, sebab sedar semua orang lain pun ada urusan peribadi sendiri. So, kalau last week aku dah amik half day cuti, kali ni aku kena kerja.

Sorry ye kali ni takleh teman. 😞


Semoga dipermudah semua urusan.

Pagi tadi salam MIL untuk ke opis, MIL dah tanya "jambu batu aku ko dah kupas ke?".
Oh.. Alamak. Terlupa.


Selingan : Malam tadi otw nak tidur terdengar benda "pangggggg" macam benda jatuh bersepai. Macam kaca, macam benda pecah dan bersepai ke lantai.
Dalam hati "eh, jiran terpecahkan pinggan ke"
"Eh, jiran terjatuh kan barang ke?"
"Ehhhhhh.. Ke kucing liar jatuhkan barang aku????" Teringat aku pada kucing-kucing liar yang selalu duduk kat rak storan aku di kawasan parking.

Nak pergi kerja pagi ni..
Nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Betul tekaan aku. Barang rumah ni yang tersepah jatuh kat tempat kucing selalu memanjat.

Suami : Nanti saya kemas, memang plan nak kemas sini pun

Nanti tu bila?? Hehehehe.
Kita tengok la bila nanti dia tu. 
2025 ke?? Hahaha..

Aku jawab : OK
Lalu berlalu pergi kerja dihantar suami kelam kabut. Sebab nanti kereta nak digunakan untuk hantar MIL ke klinik pulak. 

Ok. Bye
XoXO

Kuali baru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mudah nak membahagiakan isteri.
Belikan peralatan rumah.

Pergi beraya di rumah teman.
Kelihatan beberapa kotak kuali di pinggir pintu masuk rumah.

"Aku jual kuali, tolong member clearkan stock kuali yang tersalah kirim ke Malaysia"

Suami suruh keluarkan note RM100 beli 1 kuali. Guna duit yang suami bagi beberapa sebelum tu.
Jadi rezeki kawan ni.
Niat nak bantu dia.
Dan benda ni aku boleh guna.

Kalau dia jual Ultraman depan pintu rumah dia.
Aku tak beli.
Sebab aku tak guna Ultraman.






Jangan ditanya nak masak apa dalam kuali.
Chef hebat rumah ni biasa goreng telur je.


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan - 'Crowded'kan bilik depan dengan meja kerja

Assalamualaikum... Hai Semua...


Zaman sekarang semua kena berjimat. So as langkah berjimat, kami kena alihkan lokasi meja kerja suami.  Sebelum ni suami guna meja makan di ruang tamu dan ON aircond 2.0HP.
Biasanya suami stayback malam-malam siapkan kerja dia di ruang tamu 2.0HP aircond, while aku di bilik dengan aircond 1.0HP terpasang. So 2 bijik aircond terpasang semalaman.

So, timbul idea nak pasang meja di bilik tetamu yang ada aircond 1.0HP tu. Aku tengok TV, while suami boleh buat kerja sekali di bilik tu. Sekaligus.

Dulu meja kerja suami berada di bilik belakang (as bilik menjahit & bilik kerja). Tapi sekarang bilik belakang dah jadi bilik mak mentua. Sekarang kami pasang semula meja untuk suami dalam bilik tetamu walaupun bilik ini dah sempit. Dengan harapan selesa sikit la suami nak buat kerja bila ada proper meja. (Eh... Keje sikit, selebihnya sibuk dengan games dan online cartoon dia) 😃😄😄😄


Jadi la selit-selit sana sini.
Guna meja dan kerusi sedia ada. 
Tema tangkap muat aje. Janji ada. ihiks


Bekas alat tulis pun guna yang sedia ada jugak. Hehe
Buruk dah pun.


Zaman sekarang bil melambung. Rasa tercungap-cungap nak bayar bil. Siang malam laki bini kerja untuk bayar bil. Takpe la.. Janji tidur dalam aircond.. Haha..


Ok. Bye
XoXO

Semua dibekukan untuk masa depan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semua benda aku bekukan. Nak guna sikit je, selebihnya akan rosak dan membazir.
So aku bekukan je biarpun hasilnya tak bape cantek/ bau tak sefresh yg baru. Tapi atleast ada bila nak digunakan.

Antara nya :

Susu kambing.
Susu cair.
Barli.
Daun Sup.
Petai.

Ada jugak dedaun sepert daun kari, limau purut, kesum & daun pisang.
Senang kalau nak bakar ikan, aku amik saja daun pisang walaupun beku, janji ada bau-bau daun pisang bila bakar ikan.. Best oooo..


Aku guna bekas kecik2 nak guna, mudah untuk dicairkan.
Barli aku rebus banyak, bila mak mentua nak air barli aku just defrost dan tambah air panas.



Santan aku pekkan siap2 dalam plastik gini.
Agak tak mesra alam sekitar ye. Hehehe..
Pes sup pun aku bekukan. 

Pssst : Kita wanita moden. Nak kerja mudah. Sedap ke tak sedap masak, tu belakang kira. 


Ok. Bye
XoXO

Kaktus


Assalamualaikum... Hai Semua...


Member suami aku bagi pokok kaktus. Kesahnyaa gini, suami aku bawak balik keratan kaktus yang member dia buang untuk aku. Suami aku pun dah sedia maklum aku suka benor pokok kaktus. Aku tanam dalam pasu. 

Eh.. 

Beberapa hari lepas tu dorang offer nak bagi pokok kaktus. Yak yak yeaaa la aku pun. 


Kaktus dari hasil buangan. Aku cucuk tanam dalam pasu. 




Ada 4 pasu yang dia bagi. 



Jenis ni 1 pasu

Jenis ala ala gini 3 pasu. 

Dan pokok ni sekali. 

Alhamdulillah. Dapat free. Hip hip horrey la makcik ni melompat keseronokan. 

OK. Bye
XoX0


Install CCTV di rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mana yang follow cite aku, mesti tahu aku duduk serumah dengan mentua.
Sekarang tinggal MIL sorang. Masih boleh berjalan urus diri, cumanya terhad.
Sekadar ke bilik air & dapur seharian.
MIL & FIL (dulu ketika masih hidup) akan tinggal sendirian di rumah ketika kami bekerja.
Berbanding kalau duduk dengan ipar duai lain, rumah mereka masih ada anak2 di rumah kalau hari bekerja. 

Makanya sekarang baru berkesempatan nak install CCTV.
Sekadar untuk monitor keadaan MIL ketika kami tidak di rumah.

So, sesekali bila teringat macamana keadaan MIL di rumah, boleh la monitor.





Kalau nampak di CCTV, MIL masih tak jamah makanan yang disediakan, suami terus call aje maknya untuk suruh maknya makan. 

Boleh la.. CCTV murah2 aje beli kat Tiktok. Hehe

Psst : Korang pakai CCTV jenama apa? Clear tak gambar video nya?


Ok. Bye
XoXO

Kisah Bilik Air Second Hand

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku rasa dah 3tahun lebih bilik air ni menggelupas cat dinding.
Zaman2 aku duk tukar tingkap bilik no 2 tu lagi..
Tapi malasnya nauzubillah wei kalau bab cat mengecat ni..
Sehinggalah sekarang baru rajin selepas disuntik mood rajin? Takla..
Selepas disuntik mood ugutan. Kalau laki malas nak cat, aku nak upah orang aje..
Hahaha..
Makanya siap la bercatnya.
Tapi macam biasa la..
STYLE kami. Cat separuh2.
Bilik air cat. Tandas kami tak cat. MALAS.
Tunggu la zaman PM baru bertukar, baru kami cat lagi.. Hahahaha...


Akibat dulu bumbung ada leaking & tempias hujan.
Menggelupas dan kami kikis sebelum bertahun terbiar macam ni. Hehehek..


Tanggalkan semua rak sabun & penyangkut tuala



Suami catkan warna hitam & nak tambah elok penyangkut/rak besi yang dah berkarat.



Elok la sikit.

Mana yang tak bape elok tu, lain zaman kami touch up sebab cat dah habisssss...
Boleh la nak menyedapkan mata sikit..


Ok. Bye
XoXO

Midea Water Dispenser untuk rumah kami..

Assalamualaikum... Hai Semua...


Finally.. Ada jugak water dispenser untuk rumah kami ni.
Aku takde masuk coway untuk rumah kami, tapi aku ada masukkan coway untuk rumah mak ayah aku di kampung sana nung..

Malas nk ada komitmen sampai 2 coway.

Oh ye. Sebelum ni, elok aje kami jerang air untuk dijadikan air masak. Tapi lately, semut selalu ada dalam jug air masak.
Makanya ambik je la mesin ni yang tak perlu bayar bulan-bulan. Hehehe.. 


Beli kat Shoppee.
Suami aku boleh la diharapkan untuk pasang benda alah ni.
Takde aku panggil orang pasangkan.
TAPIIIIIIIIIIIIIII..
Pastikan baca manual betul2. Laki aku buat palatoa aje masa pasang ni. 
Mujur mesin tak K.O Hahaha



Instead of pasang tepi sink. kami pasang sebelah kabinet.
3m jarak dari sink. Tapi wayar airnya muat aje



Berbakti la dengan baik ye. 
Kalau tak, ke dalam paya la kelak ko duduk..


Ok. Bye
XoXO

Projek Diy Encik suami dah siap

Assalamualaikum... Hai Semua...


DIY bulan 12 tahun lepas dah lama siap. Baru sekarang berkesempatan nak share sini wat kenangan. Ada 2benda yang di'DIY'kan :
1. Meja kopi 
2. Meja sink


Meja Kopi
Kami buat dari besi sedia ada kat rumah. Pastu beli kaki meja di Shoppe. Dan guna kayu terbuang. pastu cat la/syelek bagi lawa sikit. 

Meja Sink 
Sebenarnya ni rak kasut lama. Kami cat baru & jadikan sink. Sink tu pulak memang sedia ada kat rumah. Bertahun duk kat stor buat letak barang2 . So sekarang convert jadikan meja sink.


Sink Area untuk beranda

Meja kopi syok sendiri namanya. Hehek..

Boleh la buat buat seronok mengopi kat sini.
Lepas ni senang dah nak basuh tangan lepas berkebun.


Yang hijau tu rak sink sebelum kami ubah suai jadikan rak sink.
Alaaa cat baru je pun. pastu add on sink.

Jangan ditanya pasal kualiti. Jadi la wat2 syok sendiri buat keje pertukangan isi2 masa lapang. Hahaha

Ok. Bye
XoXO





Ok. Bye
XoXO

Tukar plastik kusyen

Assalamualaikum... Hai Semua...



Sejak kucing kencing besar - besaran. 
Eh, besar - besaran tu macamana? 

Hahaha.. 


Kencing yang melampau-lampau. Lepas satu port, ke satu port yang lain. 
Hari ni kusyen ni, esok kusyen lain. 

Suami buka semua sarung kusyen dan basuh. Mujur kusyen dibalut dengan plastik. So, bila kucing kencing xkena la kusyen. Sembur air kat plastik pembalut kusyen, dan basuh aje sarung luar. Sebelum ni pakai plastik sampah murah yang nipis. Kali ni tukar ke plastik tebal. 


Alahai kucing. Kusi mak mentua aku duduk tiap kali nak pakai selipar, ni la ko nak kencingkan sakit. 



Plastik nipis cepat giler koyak kalau berkasar


Tukar ke plastik sampah super tebal


Ni la yang dikatakan ada yang koyak tapi bukan  hati. 
Plastik ni la yg koyak. 
Hehehe




Ok. Bye
XoXO


Beli kipas untuk beranda rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari tu budak opis aku datang rumah. Dia taknak masuk rumah sebab segan. Dia nak duduk kat luar je. Mujur kat luar ada kerusi untuk duduk. Cuma tak kemas sangat la sebab kadang-kadang takde orang duduk sangat. Dan kat sini panas sikit la sebab takde kipas.

Eh, selang beberapa hari lepas tu suami g order kipas kat Titktok masa live. Kipas ni boleh buat 3 version. Boleh nak jadikan kipas berdiri, kipas duduk atau kipas dinding.

Aku nak buat kipas duduk (rendah) dan letak atas kabinet kasut. Tapi suami kata letak rak buat letak helmet aje. So kipas kami jadikan kipas berdiri letak atas lantai. 



So, boleh la duduk2 berkipas kat sini. Sampai feeling2 macam duduk kat beranda di rumah mak kat kampung. 

So far puas hati. 
  
Psst: Dah 10 tahun duduk sini, konon nak berdeko bagai kat beranda ni, hujung2 terbengkalai aje. Haha


Ok. Bye
XoXO




Rumah Kesayangan : Apa lagi projek Encik Suami untuk beranda rumah ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Entah apa lagi projek Encik Suami untuk beranda rumah ni. Aku duduk dalam bilik berehat 2minggu kat rumah, padan duk dengar bunyi mesin gergaji dia berselang seli dengan bunyi anjing jiran menyalak. 






Suami bawak balik papan katil untuk projek dia. Memang untuk dibuang. So, suami ambik. Gigih angkut mesin kayu kami bawak ke tempat keje dia sebab nak potong papan ni masuk dalam kete. 





Kita tengok la jadi apa nanti. 
Serabut mata tengok bersepah kat beranda ni. Ni kalau aku sihat, memang aku kemaskan aje barang kerja dia yang bersepah. Hehehe.. 
Keje sikit, eh baranh xcukup. 
Keje sikit, releks lu. 
Keje sikit, esok sambung.


Kita tengok masuk tahun 2024 agaknya siap. 

Ok. Bye
XoXO