Showing posts with label HAUL SHOPEE. Show all posts
Showing posts with label HAUL SHOPEE. Show all posts

Order duku dari kedai oren

Assalamualaikum... Hai Semua...



Last week nampak dalam whatssap yang adik aku pergi kebun dan petik duku.
So, aku mengidam (keinginan wanita yang tak mengandung, hehehe) nak makan duku.
Duku is one of my favourite buah selepas Manggis.

Aku pun terus la buka shoppee dan order duku direct from Terengganu.
3kilo is RM10.
Pos pulak RM2 sahaja lepas dapat diskaun.
Aku taip aje "DUKU" terus keluar banyak2 seller jual duku.

Ini kali ke-2 aku order duku dari shoppee.
Sebelum ni, masa PKP aku ada order jugak.
Alhamdulillah duku tak buruk/lebam pun masa sampai time PKP tu.
Membuatkan aku percaya dan nak order lagi sekarang.

Katanya pre-order 7 days.
Tapi bila aku order, eh sekejap je dah sampai, macam takde pun nk pre-order bagai
Kita as customer harusla happpyyyyy..

Balik rumah, tengok2 ada bungkusan kotak di dalam pagar.
Thanks dekat delivery guy yang hantarkan. 



Mahu nya kita tak tergoda kan???
Dengan lambakan buah ni..


Buah yang dapat dari shoppee


Di kotak memang seller tulis siap2 pasal "urgentnya" buah ni kena cepat sampai kat aku.
Hehehe


Alhamdulillah. Buah takde lebam.
Buahnya manis...
Pejal2. Bila kopekkan kulit dia, terasa buah ni fresh sangat. Takde la lemau dan lembik aje kulitnya



Amik masa 3 hari je. 
Order pada 1hb.
Shipped out pada 2hb
Item sampai pada customer pada 3hb.


LINK Di sini : Clik Sini


So, malam yang indah tu aku makan duku di atas katil sampai tengok Netflix.
Suami outstation tak balik lagi.
Rindu!
Sunyinya hidup aku rasa.



Ok. Bye
XoXo

Ganti mangkuk pecah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Baru-baru ni, family abang ipar aku datang rumah aku jenguk mak mentua. Time tu kami keluar dan takde kat rumah. Balik rumah tu, dorang cakap mangkuk kaca aku pecah sebab biras aku panaskan lauk atas dapur guna mangkuk kaca tu. Aku masak sup ikan hari tu dan masukkan dalam mangkuk hidangan. Biras aku ingatkan mangkuk tu boleh panaskan atas api dapur masa nak bagi mak mentua kami makan. Aku hargai biras aku nak bantu bagi mak mentua makan masa tu. Terima kasih.

Biras memang nak ganti mangkuk baru. Serba salah dia. Aku cakap tak payah. No hal la sebab bukan isu besar pun. Mangkuk pun murah aje harganya. Aku cakap xpayah ganti. Tapi mak mentua cepat2 suruh beli lain untuk gantikan mangkuk yang rosak tu. Hari2 suruh order. Sampai satu saat, dia keluar dari bilik dia dengan bertongkat bagi aku duit suruh terus order kat online.  Makanya aku order la sebab taknak mak mentua tanya2 lagi. Dia tahu aku beli kat dalam internet (shoppee). Dia sebut tempat kita order barang tu as "internet". 

"order dalam internet" katanya. 

Dah namanya perempuan, kalau buka shoppee, takkan nak order satu aje kan. Duk ralit scroll cari mangkuk asal, tiba2 nampak mangkuk petak dan berkenang. Memang kalau ikutkan, aku lebih berminat mangkuk petak, sebab nampak cantek dan tersusun kalau kita letak atas meja makan.




Ni mangkuk bulat yang pecah tu.
Masa ni beli 1 set bawah RM100 je pun. Sekitar RM70 macam tu rasanya.
Mangkuk paling besar - Pecah kali ni.
Mangkuk sederhana - Masih ada
Mangkuk paling kecik - pecah dah lama dulu.
(Aku beli mangkuk bulat ni sebab masa tu ni paling murah dan tak jumpa yang mangkuk petak berharga murah (mampu milik)


Tadaa.. Set petak aku beli 5biji sekitar RM 150.
Yang bulat tu RM2.10 je beli kedai Eco

Antara yang aku beli :
  • 0.8L - 1 set (Sesuai letak sayur)
  • 1.3L - 2 sets (Sesuai letak kuah)
  • 3.2L - 1 set (Biasa aku letak hidangan utama macam siakap stim, boleh jugak bubuh nasi sini)
  • 2.2L - 1 set (Bubuh nasi, kadang2 aku bubuh buah potong macam tembikai)
Macam dalam gambar dalam bekas square tu aku sayur goreng, sambal bilis petai & masak lemak. Pastu dalam bekas besar 2.2L aku letak nasi & 3.2L (kosong - belum masukkan tembikai yang aku potong)

Ni memang set yang aku pakai harian mahupun hari2 penting untuk hidang. Tak payah guna tudung saji. Dan set ni nampak la lawa sikit bila nak hidang. Memang berat sikit masa nak membasuh tapi senang nak hilang minyak & takde bau2 tertinggal berbanding kalau guna bekas plastik. Tu yang aku suka. Lagi pulak rumah aku takde budak2. So boleh la pakai yang kaca. 

Yeay.. Aku suka diningware yang clear macam ni. Senang nak nampak lauk apa dalam tu. 


Ok. Bye
XoXO

Shoppee Haul : Beli barang untuk rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Perempuan ni, dapat beli barang rumah memang senyumnya melebar.
Tido pun dalam senyuman.. Hehehe


Dah lama duk usha2, akhirnya beli: 



Set mangkuk hidangan.
Ni bukan untuk tetamu pun, tetapi untuk kegunaan harian aku
Sebab takde mangkuk macam ni,
Senang nak isi lauk, ada penutup.
Pesyen aku, masak lunch untuk dinner sekali, atau untuk ulang2 makan lagi.
So senang, letak dalam ni, ada penutup terus tak payah guna tudung saji.
RM70 macam tu.

Oleh kerana kedai banyak tak buka, aku order hot glue gam stick dan pistol dia sekali.
Amik mask extention sekali.
Ni untuk project Alas kaki DIY aku yang tergendala sebab gam ni dah habis.


Beli sarung kusyen kerusi kayu.
Pilih je warna yang available.


Beli kusyen untuk kerusi kayu.
Sarung ni dijual dalam Set terus (untuk 6-7 kerusi)
Sedangkan kerusi kami cuma 3 sahaja.



Aku beli sekali alas kaki depan bilik air.
Lama dah cari saiz yang aku nak, bila jumpa memang terus beli la walaupun harga dia bagi aku agak sedikit mahal/lebih bajet
Saiznya : 60 X 200 cm
Harga dalam RM46
Muat2 cover depan dua bilik air ni so puas hati sangat.




Seagrass hari tu beli masa sale 7.7 


Tiba2 Encik Suami senyap takde membeli barang, rupanya duit dah surut dalam bank dia. hehe

Ok. Bye
XoXO

Shoppee Haul : Beli apa je sepanjang 7.7 tahun 2021 ni??

Assalamualaikum... Hai Semuanya..


Kalau sebelum - sebelum ni tak bape peduli soal 7.7 Shoppee Sales.
Tahun ni aku beli beberapa barang.

Oleh kerana WFH, so senang barang sampai rumah terus.
Kalau dulu nak beli pos ke opis, agak leceh nak kena angkut bawak balik rumah plak.

1. Belikan TERMOS untuk Mak Mentua aku.
Sebelum ni Termos agak besar dan berat dia nak angkat lately.
So kami beli yang kecil aje. Pilih punat yang kena tekan, instead of kena pusing (MIL dah tak larat nak pusing2 kalau penutupnya ketat/kedap.

Updated Review : Tak tahan panas sangat. Tak macam termos asal yang MIL guna.


2. Aku beli TIKAR GETAH. hehehe.
Meja aku ni diperbuat daripada pintu bilik. Pintu bilik aku amik, jadikan papan untuk meja makan.
So ni aku balut tikar getah corak kayu. 

Elok dia gulung. 

Hehe.. Nampak la macam meja kayu elok kan. Hehe

3. Aku beli POKOK FIDDLE artificial.
Aku pilih size 120cm je sebab agak murah.
Tengah tunggu seagrass basket yang tak sampai lagi



4. Beli Vaccum Bag dan Vaccum Pump. 
Belikan jugak soket untuk plug china ni.

Vacuum Bag pelbagai size :
40 X 50 com 
60 X 80 cm
70 X 100 cm
80 X 100 cm
80 X 120 cm 


Soket dan vacuum pump
Suka sangat sebab boleh jimat space.
beli semata mata sebab nak kemas almari cadar, selimut, toto bagai tu


5. Suami beli Push Bag dan Wallet.



6. Belikan ubat nyamuk jenis lidi.



8. Beli sarung bantal. Dalam photo nampak warna agak terang. Dapat2 sarungnya berlainan warna sikit. Sebab effect kamera seller kot. Takpe. Aku ok je.


9. Gedik2 kat laki suruh dia beli baju tidur aku.. Ala 2 pasang je. Tak pernah beli baju tido sebelum ni.



10. Suami beli barangan kelengkapan diri untuk moto dia.
Sarung tangan la, kain kepala la. sarung muka la.
Aku tengok dah macam orang nak mesin rumput.
Apa apa je la..




Pssst : Ada duit kita belanja, takde duit kita diam-diam

Ok. Bye
XoXO

Shoppee sepanjang PKP bulan June

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ni bukan Sale 6.6 di Shoppee mahupun Lazada.
Kalau nak je, terus beli jer.
Aku rasa laki aku lebih sakan kalau bab membeli di Shoppee ni..

Ni semua belian di Shoppee tapi bukan masa sale 6.6.

Ko tengok apa yg Encik Suami aku beli :

Benda alah ni dia beli
Swepper and Mop Robotic
Murah je la.
Dua ni tak sampai RM200 pun.  Mungkin seketul ni dalam RM50-RM70 kot.
Updated Review : Tak bagus pun. Elok ko beli yang mahal terus puas hati guna. Aku dah buang dua-dua ni sebab buat semak aje.


Dia beli phone baru di Shoppee
Sebab phone dia rosak.
Kedai phone tak buka masa PKP
Memang dia risau jugak beli phone kat shoppee.
Yang bestnya dapat banyak hadiah.
(Tripod, Selfie Stick, Air Humifier, Headphone, PowerBank)

Lama dia review setiap kedai. Risau dia!



Dia belikan aku jugak cover phone untuk aku.
Note 4 Samsung.
Seller bg free 1 casing.
Ingatkan dapat la warna lain. Ni sama plak dua-dua color

Padankan dengan headphone yang suami dapat masa beli phone di Shoppe.
Jadi satu set plak dengan cover phone aku.
Phone pakai masa tahun 2015.
Alhamdulillah. Phone masih elok.


Ni apa plak aku beli :

4 ketul box untuk mak mentua aku.
Dia nak simpan barang dia.
Barang arwah bapak mentua masih ada dia nak simpan



Aku beli popcorn 2 tabung.
Kat Seller lain aku beli pemanggang ikan dan pinggan plastik.
Pinggan plastik nak buat alas pokok bunga. hehehe

Pop corn dia sedap. Rangup dan manis.
Bersalut rata.
So, no wonder berat aku sekarang 55kg (paling berat setakat ni)

Aku beli roti paung terengganu kat shoppee wei.
gebu molek. 
Tak sangka ada yang jual.
Rupanya tengok review, ramai je yang order

Beli 3 set (ori, butter dan kaya)
Habis kat aku sorang je. Hahaha

Sale 7.7 tak sabar nak tunggu, sebab ada order pokok..
Hehehe..


Ok. Bye
XoXO

HAUL SHOPEE : Bulan ni I giler shopping baju.

Assalamualaikum... Hai Semua...


"♩ ♪ ♫ ♬ Entah apa yang merasuki ku.. Hingga ku tegar berbelanja banyakkk ♩ ♪ ♫ ♬ ♭"
Nyanyi ala -ala ikut rentak melodi TikTok budak-budak muda tu.. Hehehe!

Awal bulan July duk follow IG baju-baju cantek yang orang jual baju bawah RM100 untuk sepasang.
Pastu haaa ngkoooo terberkenang nak..
So beli la 1.
Pastu eh.. Terberkenang lagi satu..
Beli lagi 1..

Esoknya gatal tangan duk cek eh mana parcel ni, check online, buka phone eh nampak IG lain dah update dia restock baju yang aku nak dulu.
So, beli 1.
Eh, nampak set lain pun dia restock jugak.
So, beli 1 lagi.

So semalam 2 baju
Hari ni 2 baju.
Lepas baju pertama sampai, aku rasa puas hati, aku order lagi 1. Hahaha..

So total 5 pasang baju la kan..
Eh. Dah RM450-480 la bulan ni beli baju/seluar.
Pastu eh baru teringat aku jugak ada beli baju di Pasar Malam bundle RM 30 untuk 6 pasang seluar.

Hahaha.. Perempuan dalam dia duk EH.. EH.. EH..
Tiba2 sampai baju 5 pasang ni... Hahaha
Kira baju raya haji dan baju kerja la ni.. Kihkihkih!!!

Bytheway, aku refer IG, tapi aku beli kat seller yang menjual pakaian ni kat Shoppee, sebab senang nak baca review/nak tengok baju2 yang buyer beli.
Lama aku review, sebab aku cerewet betul bab membeli, lebih-lebih lagi online (sebab tak boleh nak belek kain, tak boleh nak try).
Sebelum ni aku ingat nak g shopping kat kedai je, tapi bila tahu kedai tak boleh fitting (due to SOP), so aku beli online je la lepas lama kaji review rating dari customer,hehehe!
Ada set yang aku beli combo, so harga lagi murah dari harga sepasang baju.



 DEROSESHOP MAIA SET SKIRT for RM89.00. 

Review : Kain cotton best, tebal, selesa. Kain skirt dia ada poket kanan kiri. Baju ada poket 1 (kanan), Kain skirt dia ada lining kat dalam, so tak jarang.

Alter : Aku kena alter labuh kain je nanti. Lengan dia sedikit besar kat bawah, maybe aku kecikkan sikit incase kalau tak suka lengan besar2


DEROSESHOP😍DYANAA COTTON SET RM79

Review : Kain cotton best, tebal, selesa. Seluar dia ada poket kanan kiri. Baju takde poket. Walaupun putih, tapi material kain dia tak jarang. Ni baju jenis drop shoulder.

Alter : Aku alter labuh seluar je  


LAILA SET by gayekinisha RM89.00.

Review : Kain cotton best, tak setebal kain baju hitam atas, selesa. Kain skirt tiada poket kanan kiri. Baju ada poket kanan kiri. Kain skirt dia ada lining dalam dia.

Alter : Aku kena alter labuh kain je nanti. 


MEERA SET by gayekinisha  RM89.00.

Review : Kain cotton best, tebal, selesa. Seluar dia ada poket kanan kiri (cuma poket tak besar sangat). Baju takde poket.  Ni baju jenis drop shoulder. Leher dia luas sikit berbanding yg baju lain.

Alter : Aku alter labuh seluar je.  Seluar dia lagi besar berbanding set seluar putih dan seluar birunavy aku. Aku jugak alter jahit pendekkan lengan baju.


DEROSESHOP😍DYANAA COTTON SET RM79

Review : Sama macam baju set putih tu, cuma ni aku beli kali kedua warna bluenavy.

Photo semua hide muka sebab aku share dalam review rating item ni kat shopee. Semoga jadi panduan orang lain jugak.hehehe (hasut oranglain suruh beli jugak)


Dalam kereta suami kata " bahaya jugak media sosial kat phone ni, tiba2 bini bawak balik 5 pasang baju.
Saya beli 4 pasang je baju - seloroh isteri.
Suami : Eh, 5 pasang ye, putih,hitam,maroon, cream almond & last birunavy awak tu..
Nampak sangat isteri setiap malam duk mencuba baju sampai suami ingat setiap baju yang aku beli.

Eh, tak. Sebenarnya aku setiap malam duk jahit/alter baju aku ni.
Sebab aku rendah (145cm jerrrr) , so banyak seluar/kain yang aku kena lipat dan jahit.
Ada lengan baju aku kena lipat dan jahit.
Sebab tu suami perasan kot!

Suami pun pelik dengan aku tapi dia tak terkejut bila aku beli banyak baju. Selama kawen, aku jarang shopping selain di bundle, jarang sekali shopping pakaian, apetah lagi shopping online. Dia beranggapan aku berbelanja as reward kat diri sendiri. Dia pulak siap suruh aku cepat2 proceed beli, takut sold out, agaknya dia skodeng "Add to Cart" aku..

Psst : Jom menabung lagi. Kita keja dan kita shopping lagi. Ni aku simpan sikit2 duit makan aku sebab ada masa aku bawak bekal g keje. Eh. almari senget laaaa...

Ok. Bye

Happy Birthday Mr. Husband

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tanggal 26 November setiap tahun

Tahun ni jatuh hari selasa - hari bekerja.
So haruslah sambutan hanya di rumah sahaja
Sekarang dah tak boleh nak luangkan masa kat luar lepas kerja.
Sebab ada mertua di rumah.
Balik kerja kena cucuk insulin dan sediakan makan untuk mereka.
So, plan nak celebrate kat Secret Recipe tinggal angan-angan je la ye..
Jangan terbawa-bawa dalam mimpi sudahla..
Kang ada yang meleleh ailio

25hb malam (Isnin) aku cuba la create moment best.
Incase kalau 26hb besday aku tak sempat buat apa2..
Masa singgah beli sate, aku beli Brownies sekali.


Brownies kat kedai Sate ni cuma RM4 sahaja.


Aku tapau sekali pad kra pao daging
Suami yang perkenalkan menu ni kat aku.
Sekarang aku plak duk gilerkan menu ni.. Sedap..



#KamiTakRamai

26 November 2019 (Selasa)

Pagi tu bangun tido wish la besday kat husband.
Kat office memang busy, petang baru sempat DIY Card besday.
Konon nak g beli kat kedai je kad sebab takut tak sempat nak DIY.
Rupanya hujan lebat diknon wei..
So aku DIY je kad sambil2 siapkan document untuk bagi boss sign.


DIY Besday card 

Oleh kerana tak jadi keluar malam tadi..
Makanya kami order 4 set regular pizza..
2 set bagi jiran India sebelah rumah..
2 set untuk kami..

Jiran tanya "kenapa bagi? birthday ke?"hahaha
"Takdela kak, memang dah niat nak bagi, sengaja beli lebih"

Ye. memang niat nak bagi jiran sebelah lepas ni kalau order delivery.
Membalas jasa jiran yang selalu tolong tengok2 kan mertua aku bila kami kerja.
Bagi makan, belikan makanan, belikan ubat.

Tuna Sensation & Chicken Sensation kot namanya.


Tadaa.. selepas beberapa tahun takde kasi suami hadiah..
Tahun ni beli pouch bag untuk suami..
Gigih aku order online kat shoppee lepas tahu suami asyik survey benda ni je time tu.


Psst : Happy Besday you! Semoga semua impian kamu tercapai. 

Ok. Bye

Home Organizing : Organise Tudung Bawal dengan hanger comey

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lama tak muncul dengan entry organise barang rumah.
Sebelum ni ada beli hanger tudung bawal di GM Klang.
Time tu beli sikit je sebab tudung tak banyak.
Sejak  balik kampung beberapa kali hari tu, banyak plak tudung bawal yang adik dan mak aku kasi free...
Dorang buat spring cleaning tudung.
Banyak kasi orang especially shawl.
Tudung bawal je aku amik.

So lambakan tudung banyak-banyak ni kena la aku tambah hanger tudung.
Nak g GM asyik tak sempat.
So aku shopping kat Shopee je.
Dapat harga RM0.35 sen sekeping (RM3.50 untuk 10pcs)
Cuma kena add on RM5.00 untuk postage.
Ni yang paling murah aku dapat untuk size yang aku nak.


Gigih benor beli sampai 50pcs.
Rupanya guna dalam 10pcs je (as tambahan untuk tudung baru yang adik aku bagi)
Lagi 40pcs bagi kat adik aku kelak.







Ya Allah.. Banyak betul tudung aku.
Semua yang lama-lama termasuk yang adik aku bagi.
Aku takde beli tudung baru dah..
Tudung zaman diploma pun ada lagi.
Pasni nak kena buat spring cleaning lagi untuk buang tudung-tudung yang jarang pakai dan tudung yang tak terbentuk elok kat auwning dia..
Paham kan? tudung bawal yang selebek tak cantek terbentuk bila pakai..
Memang ke tong sampah la jawabnya.

Ok. Bye