Shoppee Haul : Beli apa je sepanjang 7.7 tahun 2021 ni??

Assalamualaikum... Hai Semuanya..


Kalau sebelum - sebelum ni tak bape peduli soal 7.7 Shoppee Sales.
Tahun ni aku beli beberapa barang.

Oleh kerana WFH, so senang barang sampai rumah terus.
Kalau dulu nak beli pos ke opis, agak leceh nak kena angkut bawak balik rumah plak.

1. Belikan TERMOS untuk Mak Mentua aku.
Sebelum ni Termos agak besar dan berat dia nak angkat lately.
So kami beli yang kecil aje. Pilih punat yang kena tekan, instead of kena pusing (MIL dah tak larat nak pusing2 kalau penutupnya ketat/kedap.

Updated Review : Tak tahan panas sangat. Tak macam termos asal yang MIL guna.


2. Aku beli TIKAR GETAH. hehehe.
Meja aku ni diperbuat daripada pintu bilik. Pintu bilik aku amik, jadikan papan untuk meja makan.
So ni aku balut tikar getah corak kayu. 

Elok dia gulung. 

Hehe.. Nampak la macam meja kayu elok kan. Hehe

3. Aku beli POKOK FIDDLE artificial.
Aku pilih size 120cm je sebab agak murah.
Tengah tunggu seagrass basket yang tak sampai lagi



4. Beli Vaccum Bag dan Vaccum Pump. 
Belikan jugak soket untuk plug china ni.

Vacuum Bag pelbagai size :
40 X 50 com 
60 X 80 cm
70 X 100 cm
80 X 100 cm
80 X 120 cm 


Soket dan vacuum pump
Suka sangat sebab boleh jimat space.
beli semata mata sebab nak kemas almari cadar, selimut, toto bagai tu


5. Suami beli Push Bag dan Wallet.



6. Belikan ubat nyamuk jenis lidi.



8. Beli sarung bantal. Dalam photo nampak warna agak terang. Dapat2 sarungnya berlainan warna sikit. Sebab effect kamera seller kot. Takpe. Aku ok je.


9. Gedik2 kat laki suruh dia beli baju tidur aku.. Ala 2 pasang je. Tak pernah beli baju tido sebelum ni.



10. Suami beli barangan kelengkapan diri untuk moto dia.
Sarung tangan la, kain kepala la. sarung muka la.
Aku tengok dah macam orang nak mesin rumput.
Apa apa je la..




Pssst : Ada duit kita belanja, takde duit kita diam-diam

Ok. Bye
XoXO

7 comments:

aienienka said...

Lawa jugak tikar getah beli kat shopee ni. Baju tido pun lawa.


ps: lain kali share link sekali. boleh terjebak sama. Haha

AzianKhalil said...

menarik pokok fiddle plastik tu

Azhafizah MN said...

Bagus kreatif, nampak meja baru dah. First time tengok ubat nyamuk jenis stick. Cantik pulak nampak fiddle fig tu, letak dalam seagrass basket lagi cantik tu nanti. Sesekali shopping masa sale. berbaloi kan. Betul, ada duit kita belanja. tak ada kita diam diam je :)

Mama Zharfan said...

heheh seronok kan shopping online via shopee ni..i pun beli mcm2 hahahah terasa gatal jer tgn nak beli mcm2 :p

ezy.fia said...

mcm2 mu beli..
hihi..
baju tido tu comel!
plastic vacum tu sgt berguna..

Fiza Aizzawa said...

byk betul beli.. mmg time ada sales la kita beli kan.. baru jimat

Syu Deris said...

Lawa pulak meja tu lepas dah kena balut😁