nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan : Akhirnya tukar jugak tingkap baru di Bilik Tengah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah 7 tahun duduk rumah ni..
7 tahun la duduk dalam keadaan berjejel air hujan kalau tempias.
Dengan frame dah reput.
Pastu kalau hujan kuat hentam atap bilik air, pastu tempias kena bilik tidur aku.
Sebab tingkap rendah dan dekat dengan atap bilik air.

Alhamdulillah, dapat duit KWSP, aku buat tingkap baru.

Kos cuma sekitar RM1400 (dapat tingkap dgn frame, grill, ekzos fan, wet work material & labour)
Kerja cuma 2hari saje.
PKP ni ramai takde keje. 
So, suami panggil kawan dia buat keje ni.
Dapat la upah 600 untuk 2 orang.
(Walaupun PKP, oleh kerana kerja agak urgent sebab air meleleh je bila hujan, so kami proceed buat jugak)

Kos :

1. Tingkap RM220. 
2. Ekzos Fan 12 inci RM80
3. Wet work material : RM165
4. Upah gaji pekerja : RM600
(bermasuk wiring baru untuk ekzos fan, alih plug ekon, tambah plug baru)
5. Grill : RM300
Total : RM1365(tak termasuk cat)
Terlebih bajet.
Sebab bajet dalam RM1000. Tapi takpe sebab boleh add on ekzos fan, buat wiring jugak & grill tingkap pun dah ubahsuai sikit.

Cat kami guna cat sedia ada sikit. Pastu beli cat tong besar untuk cat area lain jugak.


Alhamdulillah. 
Siap jugak 
Photo : sebelum siap touch up cat

Tingkap lama.
Besar dan luas.
Sebab tempias air meleleh jatuh ke dalam bilik air, makanya aku tutup dengan plastik sampah.
Huhuhu

Idea sebelum add on ekzos fan


Kerja - kerja yang berjalan :

Kami guna bata merah sebab cuma mahal seposen dari bata biasa.
Amik je la..

Lepas skim

Sessi cat oleh suami sendiri

Alhamdulillah. Siap jugak


Grill ni guna grill lama dan ada add on sikit besi baru.
Sebab adjust buat grill yang boleh buka.
Boleh naik atas ni untuk kerja service compressor aircond, kerja2 tangki air.
Upah kawan suami yang buatkan.

"Grill ko berat dan kuat la besinya, grill lama memang berkualiti, grill sekarang xsekuat dan tebal gini"

Diakui banyak benda sekarang dah tak bape berkualiti.
Orang tengah service aircond time tu pun bersetuju.
Wayar2 dulu tahan lama, kuat plastik dia.
Wayar sekarang kurang berkualiti sangat bang.


Lega sangat bila siap.

Oh ye, bytheway.. ni bilik tengah, so ni je la tingkap yang ada sebab diapit oleh bilik utama dan bilik air. Berhampiran dapur.
So, agak panas, tu yang kami install ekzos fan.
Alhamdullillah, kurang bahang. Kami on ekzos fan dulu sebelum on ekon.
Boleh jugak kurangkan bau kepam, bau masakan yang masuk dari dapur..

Sebenarnya dulu kami pernah nak upah orang buat, tapi lepas tu kena tipu.
Dah siap bayar, pastu PKP (lama dah), pastu dia ada projek lain, cakap bizi.  whattsap mula2 balas, pastu dah tak balas. Call tak berjawab.
Padahal orang tu kami pernah berurusan dengan dia 2x.
Takpe la.. Semoga Allah gantikan dengan rezeki lain.

Rupanya Allah rezekikan buat dengan kawan suami,
Hasil kerja ok, teliti.. 
Pastu senang kita nak mintak dia buat itu ini (kerja2 kecil)


Ok. Bye
XoXO

5 comments:

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, mesti lega kan bila dh setel dan selesai masalah :)
ari tu masa weolls reno kitchen sblm raya pun, memang stress jer selagi tak siap hahhah syukur sempat gak siap sblm raya puasa

Syu Deris said...

Penting ekzos fan tu.Rumah yang akak duduk ni pun akak pasang.Kalau tak memang berkuap rumah.Dengan bau masak, bau kepam segala­čśé

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Tentunya bertambah selesa

ezy.fia said...

alhamdulillah.. dpt repair tingkap..

jahat betol la org yg tipu tu..
xpela.. ade rezeki lain menanti..
rezeki kwn mat jgk.. =)

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..dapat juga perbaiki tingkap tu. Dapat pula berurusan dengan mereka yang betul betul buat kerja elok. Kejamnya yang menipu tu dah dapat duit tapi kerja tak jalan. Setuju gak, barang sekarang kurang kualiti tapi harga mahal.