Repair atap bocor

Assalamualaikum... Hai Semua...
 

KWSP 10 ribu aku sememangnya guna untuk tambah baik rumah.
Bukan untuk mendeko sangat.
Tetapi untuk tambahbaik/repair benda yang rosak dan memudaratkan rumah aku dan penghuni dia.

Rumah second hand aku duduk dah 7 tahun lebih.
Owner lama duduk dah lama.
Penyewa sebelum ini pun duduk dah lama.
Aku rasa rumah ni dah 15tahun-20 tahun dah kot.

Tapi Duit 10ribu KWSP tu bukan la aku guna semua.
Buat bumbung ni habis sekitar RM 4ribu je.
Agak mahal, tapi aku panggil specialist buat.
Tak jumpa tukang2 biasa, atau orang indonesia/bangladesh yang buat repair bumbung.
Takut tak jumpa yang berkualiti dan takut takde warranty.
Yang ni warranty setahun.
Kalau jadi apa2 pun, senang dan tahu nak g cari kat mana.

Kami buat dengan specialist :

https://www.facebook.com/RoofPaintSpecialists


Dah lama sabar. bumbung kat dapur bocor teruk.
Pastu airnya menitis laju dan meleleh betul2 atas mentol lampu kalimantang kat dapur tu.
Bahaya wei.
Takut aku ada lintas pintas.
Tiap kali hujan lebat, memang tiris/ bocor.
Aku susun 3 besen kat lantai sebab dia meleleh pergi kat 2,3 tempat sekitar ceiling dapur.
Kat ruang tamu ada 2,3 tempat yang ada water stain.
Tu semua sebab bocor cuma air tak meleleh, just water stain je.
Dulu ingatkan air kencing binatang dalam bumbung, tapi bila check takde bau dan najis kat dalam ceiling.
Dalam bilik tengah pun ada water stain.

Ni dapat duit KWSP, aku buat la.
Kang makin lama, makin memudaratkan plak.
Takut lantai laminate floor dan almari rosak.
Tu pun ada laminate yang dah kembang sedikit, sebab kalau hujan masa aku kerja, memang balik keja baru aku lap.

Tadaaaa...










Nampak macam baru kan?
Padahal dia cuci, Bukak perabung... Lapik water proofing
Tampal genting bocor... Tukar genting yg pecah (kalau sedikit, kalau banyak akan ada additional cost), ... Cat water proofing... Cat bumbung... Tukar papan manis...Dan susun semula genting bagi selari.

Aku buat untuk atap genting rumah binaan asal sahaja.
Awning bocor aku tak buat. Tapi alhamdulillah, pekerja dia tolong repair bocor dengan apply silicon free of charge kat atap awning aku. Ada 2,3 tempat bocor, dia tolong letak silikon.

Semoga tak bocor lagi.


Kami pilih warna 'Peacock Pride"
Ada banyak kumpulan warna.
Biru-merah-hijau-oren2


Ni gambar sebelum.
Gambar rumah masa diiklankan dulu.

Dengan duit KWSP aku gunakan untuk :

1. Tukar tingkap baru di bilik tengah
2. Repair atap keseluruhan rumah asal kecuali awning (awning bocor, dorang tolong silikon kn aje)

Tingkap dan atap ni semua aku repair sebab masuk air hujan.


Ok. Bye
XoXO

5 comments:

ezy.fia said...

alhamdulillah..
dpt repair umh guna duit kwsp..
sekurang2nya nmpk dpn mata duit guna utk sekian2..

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Ada duit KWSP
Napak baru dan cantik bumbung rumahnya

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah dapat perbaiki mana yang perlu. Bahaya juga tu kalau atap bocor kena wiring. Cantik nampak baru. Pilihan warna pun sesuai.

Mama Zharfan said...

nampak cantik lps repair
i pun guna duit epf isinar ari tu utk repair apa2 yg rosak kat rumah, dan utk extend kitchen (major reno) jugaklah, wpun byk abih tp rasa puas hati sbb dpt apa yg kita nak kan..dan memang guna laaa kitchen dan dining hall tu hari2 lepak2 duduk2 situ :)

aswadz said...

nampak baru terus rumah.