Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Rumah Kesayangan : Kerusi di balkoni

Assalamualaikum... Hai Semua...



Kerusi-kerusi ni dulu duduk dalam rumah. Tapi sekarang aku letak kat beranda untuk orang melepak.
Ada ke orang melepak?
Hehehehe..





Ada la kalau sekerat dua sedara suami datang melawat ibu mentua aku, pastu geng lelaki suka melepak kat luar kalau nak merokok.
Aku duduk2 sini time tengok2 pokok bunga or pakai kasut je..
Jarang melepak sini.. 
Sebab bau anjing jiran sebelah tidak menyenangkan.

Sebelum ni aku tak letak kerusi kat  luar.
Kenapa?
Sebab isu nya kucing.
Isu nya kucinggggggggggg....
Kucing suka duduk2 kat sini.. (Tak tahu kucing sape, selalu masuk dalam ni)
Bulu kucing aku tak kesah sangat.. 
Aku risau kena kencing berak muntah kucing. 
Nak membasuh kerusi berspan ni leceh jugak. Nak kering lambat.


Solutionnya : Aku balut plastik kat span kerusi ni, pastu baru la masukkan sarung kerusi nya.
Hari tu, aku balik keje elok aje setompok muntah dia kat sini.
So, aku bukakan sarung basuh. Pastu basuh plastik yang membalut span kerusi tu.
Jadi span tak basah.
Yeayyyy.. Settle satu isu.
Awal2 aku dah balutkan plastik sebab taknak bergaduh dengan kucing.





Selesa ke duduk ada plastik kat dalam?
So far ok je.
Bunyi plastik masa duduk tak ketara pun. Ok je.



Ok. Bye
XoXO

DIY : Besi katil as rak gantung pasu pokok bunga

Assalamualaikum... Hai Semua...


Haaa.. Finally..
Aku siap jugak gantung katil arwah FIL yang dah kami tak gunakan.
Sape yg follow blog ni mungkin tahu aku dah re-arrange bilik MIL.
So, katil arwah FIL di keluarkan. 

Sebelum ni, ada jugak katil macam ni satu lagi (katil MIL sebelum dapat katil baru yang lain)
Katil MIL yang dulu kami buat tempat gantung bunga.
Kali ni katil arwah FIL pun kami buat tempat gantung bunga.
(Tamakkkkk kan perempuan ni, semua nak jadikan tempat pokok bunga dia.. hahaha)


Kalau dulu, aku letak kat side sebelah luar beranda (dekat tempat motor)
Kali ni akku letak di side sebelah dalam pulak, dekat tempat melepak di beranda.


Besi katil aku letak kali ni di side sebelah dalam pulak, dekat tempat melepak di beranda.


Ni pulak besi katil lama MIL yang aku gantung dulu. Sekarang MIL ada katil lain.
Nanti nak beli banyak2 pasu putih macam ni.


Port melepak di beranda.
Biasa ada tetamu duk merokok di sini
(Sebelum ni kerusi ni ada dalam rumah dalam bilik, tapi aku keluarkan semua dan letak sini)


Aku DIY sendiri aje, sambil berdehem2 kat suami biar suami notice isteri tengah bertungkus lumus kat beranda ni tengah DIY. So dia akan bangun dari tengok TV dan tolong hehehe.



Kesian moto suami takde tempat nak menumpang duduk.


Kesayangan
Sekarang tengah gilerkan kaktus ni.. Hehehe


So, jadi la port pokok kaktus aku.
Semua guna barang2 yang ada kat rumah.
Kebetulan, ada kayu2 shelf dari kabinet lama, so aku guna as papan untuk letak pokok kaktus.

Nanti nak letak pasu putih kat besi katil dan letak banyak-banyak pokok lidah jin.
Untuk hias & gantung kat besi katil ni..
Ada orang panggil pokok lidah mentua.
Aku panggil pokok lidah jin.
(Senang, jaga pokok ni payah mati)
Senang jugak membiak.

Ni la aktiviti aku kalau free.
Duk membelai pokok.


Ok. Bye
XoXO

DIY : Modified kipas jadi Lampu tidur

Assalamualaikum... Hai Semua...


Opis aku buang kipas ni sebab rosak.
Aku berkenang betul dengan design dia.
So aku kutip.
Konon2 nak baiki semula kipas ni, nak beli enjin kipas semula.. 
Tanya kat kedai, dorang takde enjin kipas ni. 
So aku plan nk modified jadi lampu
Husband modified buatkan lampu tidur aje.
Modal RM 6 untuk bulb dan RM 3 untuk tapak bulb.
Wire pulak guna yang sedia ada.


BEFORE
-Photo from google-


AFTER
Dah jadi lampu






Lampu ni tak terang pun sebab aku pilih bulb yang rendah kecerahan dia.
Tanya orang kedai, dia boleh suggestkan kat kita.

So, jimat dan yang penting comeyyyyy nak mateeeeeyyy lampu tidur ni..


Ok. Bye
XoXO

DIY : Round Rug daripada kain seluar jeans

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nak share aktiviti DIY aku bulan lepas.
Aku ada banyak seluar jeans suami aku yang tak guna.
Ada dekat 9-10 helai.
Ala.. semua bundle je pun beli sebelum ni.
Kalau ada yang beli baru pun just 1-2pasang je, selebihnya semua seluar bundle.
Ada yang dah ketat.
Ada yang terkena klorok.
Ada yang kotor kena cat.
Ada yang koyak.
Dulu aku plan nak jadikan alas kaki je depan bilik air, atau jadikan kain buruk.

Pastu plan nak buat rug.
Lama plan.
Tak buat-buat.

Seminggu jugak wei nak siapkan benda alah ni.
Sakit tangan wei, duk potong kain seluar jeans (gunting kami tumpul)
Ni hasil keje 70% aku, 30% suami.
Aku kerah jugak dia tolong sikit2. hehe


Bahan :
1. Aku guna sekitar 9 helai jeans suami (saiz 36-38)
2. Kain hitam untuk lapik bawah rug.
3. Gam pistol untuk lekatkan rug/cantumkan rug.
4. Benang & jarum untuk jahit kain hitam bawah rug tu.


Dapat rug round diameter sekitar 43 inci / 110cm
Besar jugak





Benda alah ni kalau kotor, memang kena basuh guna tangan je.
Tak leh masukkan dalam mesin basuh sebab nanti dia berbulu.

Cara buat :
1. Potong jeans jadikan potongan kain panjang.
2. Jalin 3helai potongan kain buat mcm ikatan rambut (boleh tgk youtube)
3. Sambung kain guna jahitan.
4. Lepas siap jalin kain semua, boleh la gamkan atas kain.
5. Gamkan jadikan bulatan.
5. Lepas settle semua, potong kain bawah tu jadikan bulatan.

Tak sangka plak menjadi jugak plan nak buat rug ni.
Sebab kalau ikutkan malas, memang jeans tu aku jadikan kain buruk lap kaki je. Huhuhu.

Buat bentuk bulat lagi mudah ye,
Sebab try nak buat bentuk petak, tapi tak menjadi.

Banyak je DIY gini dalam youtube/pinterest.
Aku pun tengok2 idea kat sana jugak.

P/s : Buat akak2, adik2 yang tanya mana aku beli alas kaki ni... 
Maaf.. Saya DIY sndiri je.
Bukan beli kat kedai..
Jual? Memang takde nak buat kot, sebab kalau letak dengan harga kudrat, takut jadi mahal plak. Better cari kat shoppee je. InsyaAllah lagi berkualiti..

Ok. Bye
XoXO

Kerusi lama di beri nafas baru.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kata orang benda sendu di beri nafas baru.
Itulah boleh diumpamakan dengan kerusi ni.
Kerusi ni kami ambik dari kampung suami.
Mak mentua nak buang sebab kena banjir tahun 2014 dulu, pastu dah buruk.
Kerusi pun ada yang dah goyang.

So, suami cadangkan bawak la kerusi ni ke rumah kami.
As kenang-kenangan.
Sebab ni kerusi parents dia guna masa kat kampung dulu.
Arwah bapak selalu duk melepak kat luar beranda duduk atas kerusi ni dulu.

So, bermula la:

-SEBELUM-
Kerusi ni banyak lumpur kat bahagian bawah sebab bekas ditenggelami banjir


-SELEPAS-
Tadaa..

Aku cuci dulu kerusi ni.
Pastu lepas kering, aku varnis 2x (varnis-keringkan-varnis)
Beli sarung kusyen kat shoppee.
Kusyen dia ada 2 saiz.
Nak amik yang besar - tak muat
Amik yang kecik - agak kecik sedikit (tak suit-tapi ok je)
Kalau nak elok. kena tempah saiz yang tepat kat kedai kusyen.

Plan nak sarung warna coklat, warna2 earth/natural gitu.
Tapi takde, so aku amik warna cream.
Eh, termatching plak dengan sarung throw pillow aku dari kedai Eco RM2.10 tu.





Modal hanyalah kos cat varnis, kusyen & sarung kusyen.

Psst : Aku suka kerusi macam ni, Lawa ala-ala scandinavian style/nordic style.
Btw, rumah aku takde tema pun. Tema tangkap muat je.


Ok. Bye
XoXO

Tutorial untuk boutonniere / corsage / bunga penanggah melayu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Saje cari kelainan untuk bunga penanggah kali ni untuk majlis adik aku Feb 2020.
Sebelum ni aku selalu buat bunga dari fabrik.
Yang tu senang dan tak cerewet.

Tiba-tiba kali ni tengok kat IG bukan main cantek lagi..
So nak la buat sendiri la kononnya. Hahaha..

So, kali ni aku nak share tutorial cara buat dia :

1. Beli bunga kat kedai NT RM2 di Meru. Beli 5 jenis.
Aku pilih bunga kecik2 je & sedikit daun2 floral yang comel.
RM 10.50 (5 sets)


2. Aku beli jugak tali jute ni. Ni dah lama. Last time guna untuk gantung gambar di frame.
RM 2.50 kot (dah lupa sebab dah lama)


3. Aku guna jugak daun plastik yang sedia ada kat rumah aku.. Aku petik je kat sini... Senang bukan?? Ala-ala macam petik stoberi kat CH.
(Satu bunga penanggah guna sehelai daun sahaja)


4. Ni semua barang yang digunakan untuk satu bunga penanggah / boutonniere. 


Gam pistol ada guna jugak 


5. Ni daun-daun & bunga-bunga yang digunakan untuk satu bunga penanggah. Aku letak jugak manik yang aku lilit dekat floral wire (dawai bunga)


6. Cantum semua bunga-bungaan, manik & daun-daunan. Kalau nak secure, securekan guna gam pistol


7. Lilitkan guna floral tape (saletep bunga). 


8. Kalau ada lebihan2 tangkai, dawai manik tadi, boleh potongkan.. Pastu aku letakan jugak riben yang telah dicantumkan dengan dawai, dan balut sekali lagi guna floraltape.




10. Last sekali, lilitkan dengan tali jute. Aku securekan guna gam pistol. 
Comot sikit la sebab aku spesis janggal guna gam pistol



Boleh letak tag kalau nak. 
Tag tu aku buat lubang masukkan tali dan ikat.


Oh ye.. aku letak 2 pin kat belakang bunga penanggah ni.
Aku lekatkan pin guna gam pistol.
Pin guna yang sedia ada masa kawen aku 6-7 tahun lepas.
Ada lagi barang DIY lama-lama dulu yang tak habis.

Mula-mula letak pin satu kat batang jer, bila pakai kat dada, bunga tu jadi tunduk/tak terletak elok.
So aku letak pin satu lagi kat belakang daun, baru ok.
(Kalau boutonniere, mat salleh biasa pinkan kat baju kot guna jarum peniti jer)


Ni antara bunga yang aku hasilkan.. Tak cukup nak buat lebih dari 20pcs guna bunga kedai eco ni, so aku campur2 dengan mana2 yang ada.


Ni gambar bunga penanggah masa wedding aku dulu.. Entry di sini

Psst : Stress aku buat benda alah ni masa baru start buat sebab first time try & aku pulak sejenis xreti guna gam pistol jadi comot, then suami aku tolong gamkan.. Hehe

Ok. Bye

Wedding Adik Aku : DIY Guest Book Jimat Cermat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik aku mintak tolong aku buatkan GuestBook untuk kawen dia bulan Feb 2020 nanti.
Amboiiii.. Dah sponsor bunga telur, mintak plak GuestBook..
Tetapi oleh kerana "air dicincang, takkan putus" maka aku dengan relahati DIY kan GuestBook untuk adik aku ni..
Benda senang gini, haruslah cepat2 aku setuju nak buatkan..
Aku guna Microsoft Power Point je..
Sambil-sambil OT tunggu suami pick up dari opis, seminggu jugak aku edit benda alah ni..
Duk search gambar2 comey yang berkenang dengan selera "gadis 25tahun" yang nak kawen ni kan..
Aku sediakan dalam 3-4 design, pastu wassap adik aku bagi dia pilih / komen.
Last sekali terhasil la...


Tadaaaa..

Front Page

Second Page 

Isi Guest Book



Penutup

Dalam Guest Book ni aku jugak sediakan satu ruangan page "kosong".
Untuk Pengantin Perempuan & Pengantin lelaki coretkan ucapan mereka nanti..

Ni link Entry GuestBook masa aku kawen dulu.
Time aku kawen dulu, kami guna instant photo.
Bajet banyak lari kat foto instant ni sebab kertas photo dia agak mahal la.
Sekitar RM35 untuk 10 keping masa tu..

Adik aku taknak ada photo untuk guestbook dia.
Just state nama tetamu dan ucapan..

Oleh kerana cover guestbook adik aku nanti dah full with gambar/tulisan, so aku rasa dah xperlu nak deco front page guestbook ni..

KOS :
1. Print B&W - RM0.04 X 100 = RM 4.00
2. Print Warna - RM 0.50 X 3 = RM 1.50
3. Binding - free sebab guna yang sedia ada, upah bind free
4. Plastik Jernih Hard Cover = RM 1.00

Nak Jimat kos, kami print B&W untuk isi guestbook.


OK. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Meja makan daripada Pintu Biik

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu ada tukar frame pintu dan pintu bilik yang baru...
So, pintu lama tu aku dah buang 2 ketul
Seketul pintu lagi aku DIY jadikan katil baring depan TV.

Lepas pindahkan sofa ke depan TV, aku tak guna lagi katil tu.
So frame pintu yang dijadikan katil tu aku ubah jadi meja makan



Pintu bilik yang asal



Meja makan dari pintu


Meja ni aku add on kaki meja yang aku beli dari ikea..
RM10 untuk sebatang.




Modal RM40 je untuk 4ketul kaki meja ni..
Cuma meja ni ringan dan bergoyang..
Tapi boleh la untuk kegunaan sendiri..
Guna pintu makanya meja ni agak besar la..
Boleh muat 6-8 orang..


Ok. Bye

DIY : Cover/Alas Oven & Microwave

Assalamualaikum... Hai Semua...


Siap jugak akhirnya jahit alas oven dan microwave ni.
Ala kadar dan jahit pun bodo-bodo je..ehee..
Cincai-cincai je janji siap dan beralas.

Takde la berdebu sangat atas oven &microwave ni.
Microwave ni kalau baking pun seminggu sekali tu pun kalau tak gi merayap ke mana-mana.
Kalau microwave selalu la guna untuk defrost dan panaskan lauk.






Guna kain perca sedia ada. Mana yang tak muat cantum2 je la. Janji boleh pakai.
Dalam kain tu aku letak foam lebihan masa pasang laminate hari tu.
So takde la nampak nipis je..

Aku tutup atas dan sisi jer.
Depan tak tutup sebab pintu kan.
Belakang pulak tempat heat keluar kan..

Untuk keselamatan, time on kan oven dan microwave, aku tanggalkan alas kain ni.
Dah off, baru letakkan balik.
Letak pun sebab taknak berdebu sangat.
Kalau alas ni berdebu,senang sebab boleh basuh je.

Takde la nk upah orang sebab senang je nak buatnya,
Senang pun makan "minggu" jugak la bercinta nak cari kain perca dalam stor tu, nak ukur appliances ni, nak potong kain, nak jahit bagai tu..

Pokok pangkalnya kena paksa untuk rajinkan diri.


Ok. Bye
XoXO

DIY : Face Mask

Assalamualaikum...


Orang cakap jerebu, kena pakai mask 95 tu, baru elok untuk protect dari bahaya jerebu.
Tapi aku pulak dah terbuat/ TerDIY face mask untuk aku sendiri.
So, aku share je la kat sini.
Boleh guna untuk keperluan lain jugak face mask ni.


Oleh kerana perempuan bertudung, dan susah nak guna getah untuk sangkut kat telinga, 
makanya aku guna tali.
senang nak ikat.


Guna lebihan kain yang ada


Ada 2 side.


Ada yang nak tutorial ke?
Senang saja nak buatnya.

Ok. Bye