nuffnang

JANA DUIT

Tanaman dalam pasu di rumah aku

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari ni aku nak share pasal tanaman aku ni.
Dulu aku rasa aku hangat-hangat tahi ayam je menanam.
Tapi sejak PKP, setiap hari jenguk pokok, jadi aku seronok plak layan pokok.
Lepas tengok pokok keluarkan anak, pokok tak mati, eh seronok plak menanam.
So, aku pindah2 kan anak pokok ke pasu biasa (pasu DIY dari mana2 botol terpakai/pasu2 lama).

Bila mak mentua (MIL) g rumah anak sedara nya lepas balik klinik dressing kaki, MIL macam seronok plak tengok pokok dorang banyak. So. MIL suruh beli pasu.
Siap bagi duit lagi you. So, ada pasu beli duit sendiri dan ada pasu yang beli guna duit MIL.
Tanah kami kirim kat sepupu suami belikan/tukang urut MIL belikan.

Beberapa minggu lepas, MIL upah suami tukang urut dia untuk buatkan rak bunga yang viral sekarang.
Macamana MIL tahu pasal rak viral ni?
Dia nampak kat rumah anak sedara dia & umah tukang urut dia,,,
So, dia upah suami tukang urut tu buatkan:

1. Rak 2 tingkat - panjang
2. Rak 3 tingkat - pendek
Aku takde kat rumah masa dorang pasang rak ni (aku keje + balik kampung).

Pokok banyak sebab ada yang orang bagi, ada yang beli, ada yang mak aku bagi & ada yang aku pernah tanam dulu.
Tapi yang banyaknya pokok yang mak aku bagi. hehehehe.
Kenapa takde tanam sayur?
Sebab asyik mati je/kadang balik kampung takde yang siram so mati.
So, aku tanam pokok yang mana mudah hidup/boleh survive jurrrrrr.

Weekday memang tak sempat nak urus pokok sebab balik dah malam.
Just siram2 ala kadar je.
Bulan 10 dah start kerja full.
So, sabtu dan ahad je la ada masa nak belai pokok (tu pun kalau takde keluar berjalan ke mana2, hehehe). Ada la masa nak trim pokok, nak baja ke...

Pokok di laman parking motor :





Aku guna frame katil as penyangkut untuk rak pasu bunga


Antara pokok gantung.
1 aku beli
2 mak bagi
Selebihnya aku tanam sendiri
(Pasu2 tak tukar baru lagi sebab takde jumpa masa g kedai RM2)


Pegaga yang tumbuh sendiri


Pokok kari, pokok cili , pokok daun belalai gajah, pandan.
Selebihnya pokok hiasan

Tanaman kat balkoni :



Semuanya yang mak kasi anak pokok dari Tganu.
Ada yang MIL beli dari tukang urut dia.


Hiasan aku create masa PKP.
Add on kerusi as tempat rehat
(Tempat MIL duduk bila tengok aku duk siram pokok)
(Tempat tetamu lelaki kalau nak melepak kat luar)
Cat semula rak kasut 



Ada guna barang terpakai
Cth : bekas choco car as pasu bunga
Cth : Seluar jeans aku gunting, aku buat tempat gantung bunga
Cth : Jug air lama aku catkan hitam jadikan jug untuk siram pokok
Cth : Penutup bekas kuih raya aku jadikan alas pasu taknak air tanah kena lantai


Bata lebihan masa repair tingkap, aku susun as kotak untuk cover untuk pump air
Mula asalnya tak tahu nak letak mana bata lebihan ni. 
Dapat idea ni kat FB


Notes : Photo lepas siap pindahkan anak pokok, so lantai tak sempat dibersihkan lagi. hehehe


Selingan : 
Ni antara view gambar pokok2 hiasan mak aku kat Tganu.
Mok aku start menanam dengan 1-2 pasu je masa tahun 2003.
Masa tu aku baru masuk asrama.. Zaman tengah lap lap hingus sobb sobsss kalau homesick.. hehehe
Masa tu mok aku ada geng tanam pokok. So sering tukar2 pokok, sering kirim2 beli tanah & pasu.
Sekarang masing2 ada yang uzur, ada yang sibuk tatang cucu.. Hehehe


Tahun 2020


Tahun 2021

Tahun 2021

Tahun 2021

Antara pokok gantung kat beranda rumah di kampung

Tahun 2021
Pokok di deretan rumah sebelah (bekas tapak rumah jiran)

Tahun 2021
Latest kawasan tanaman kat beranda & tangga rumah
Belum lagi tanaman depan rumah, belakang rumah & tanaman di laluan pejalan kaki


Ok. Bye
XoXO 

6 comments:

norhidana said...

wahhh meriahnya pokok hani... seronok rumah ada laman ni memacam boleh tanam, mil pun seronok kot tengok memacam tanaman ada itu dia pun suruh tambah lagi pasu dan upah buat rak lagi

Azhafizah MN said...

Banyak jugak tu pokok bunga kat rumah. Samalah kita, kadang tanam sayur ke apa tak menjadi. Pokok kari tanam banyak kali pun mati. Tak tahu lah kenapa. Dalam orang bagi bunga tahu tahu dah banyak pokoknya kan. Bagus gak banyak DIY guna apa yang ada je :)

NaSa said...

Betul. sejak PKP dijalankan sampai sekarang ni memang meriah orang bercucuk tanam di rumah ya. tumpang seronok tengok kehijauan pokok masing-masing tapi nak tanam sendiri takut tak reti nak jaga ahaha

notie said...

Aruah mak akak pun suka tanam pokok. Siap buat tempat bunga orkid lagi. Bila dia meninggal kami terpaksa robohkan rumah tersebut sebab tiada siapa yang jaga. Bunga yang ada semua agihkan pada kakak2. Tapi teringat pokok fern dia kalau layu habis semuanya di marah sebab tak tolong siramkan air. Al fatihah buat Aruah mak.

Ammi said...

Best lah ada minat yg sama dgn MIL

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
meriah dan menjadi tanamannya