Cari Pasu kedai RM2

Assalamualaikum... Hai Semua...


Oleh kerana aku ada menanam satu dua jenis pokok kat laman rumah. so MIL suruh belikan pasu bunga untuk pindahkan anak pokok.

Sebelum ni ada dah beli 6 bijik pasu (kecil & besar), eh MIL cakap tak cukup. hehehe

Kat rumah ni aku ada la sekangkang kebun moden.
Kebun moden tanam pokok dalam pasu je pun. hehehe.
Tanam pokok yang mudah hidup je pun.

So, aku pergi la lagi ke kedai RM2 di sekitar rumah aku ni;
Niat nak cari pasu gantung dan pasu biasa.
Tapi pasu gantung takde walaupun lepas pergi 3 kedai RM2 (bukan kedai Eco).


So, beli je apa yang ada.


Jom..

Beli pasu dan 2beg sabut kelapa


Amik lagi 15 biji pasu
Kali ni ambik pasu petak plak.


Kedai NT RM2.10 kat Meru, aku tak keluar dengan tangan kosong bila pasu gantung takde.hehe
Tetap menjala hasil lain

Akhirnya jumpa jugak penyembur untuk lap minyak kat dapur masak.
Elok untuk lap minyak. Terus aku ambik 3 botol untuk buat stock.
Senduk penapis tu tahan lasak/kuat. Takde la lentok je kalau angkat ayam goreng.
Benda bulat hitam nak gantikan yang lama dah berminyak dan takleh cuci.
So buang, dan ganti lain je. Senang keje.



Bakul putih ni nak letak stok barang pantry.
Bakul boleh laras nak letak kat sink.

Notes : Ni pun MIL kirim pasu lagi kat anak sedaranya.. Huhuhu. 

Tengok hasil kebun nanti lepas-lepas ni aku ingat nak share kat blog.. Tungguuuuuu..

Ok. Bye
XoXO

6 comments:

Azhafizah MN said...

Banyak memborong pasu tu. Siap dapat menjala barang lain lagi. Hihi..Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

mummy_ayu said...

wah..meriah hasilnya....

norhidana said...

bagusla mil pun suka menanam juga... takdelah dia bosan di rumah bila sendirian

ezy.fia said...

wahhh meriah hasil borongan!
aku ni pon rs nk menanam jgk kat makmal..
hajatnya nk tanam keladi..
sbb musim keladi..
tp kalo blh mkn sedap gop keladi.. haha

Han Hanni said...

Azhafizah MN : Meriah kan...
mummy_ayu : memang meriah ye..
norhidana : MIL buat seronok2 tgk sy menanam. lagi pulak anak sedara dia ramai duk giler pokok. so ada modal la bercerita hal pokok.hahah
ezy.fia : jom menanam. aku tanam pokok keladi hiasan je. takde makan hasil.hahaha

Farhana Jafri said...

puas hati dapat beli banyak pasu cenggitu hahaha selamat menanam!