nuffnang

JANA DUIT

Progress Luka & Discuss dengan doktor untuk dapatkan ubat cuci kaki di rumah.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Progress cuci luka kencing manis.

So far, cuci kaki selang sehari ke klinik Walia di Puchong.
Tapi ada je kadang2 pergi seminggu 2x jer kalau takleh cuti kerap.
Last week suami tak boleh nak kerap cuti. makanya kami bincang dengan doktor nak beli ubat dia dan cuci kat rumah sendiri.

Boleh je kalau tak pegi klinik selang sehari.
Tapi MIL memang berharap la dapat cuci kaki selang sehari di klinik.
Sebab MIL nak cepat sembuh.

Kenapa tak cuci klinik area rumah sedangkan dulu cuci malam2 kat klinik area rumah je??
Jawapannya : MIL puas hati nak cuci luka dia di Klinik Walia, Puchong sebab doktor sendiri yang cucikan. Di Klinik Kapar (area rumah), pembantu klinik yang buatkan kerja dressing luka kaki ni.
Walaupun dulu luka tunjukkan perkembangan bagus masa kat Kliinik Kapar, tapi bila jumpa Klinik Walia Puchong, MIL berpuas hati kat klinik ni pulak.
Kalau sakit demam dan sakit biasa, barulah MIL nak g klinik dekat area rumah je.


Sabtu 11 Sept kami ke Klinik Walia, Puchong untuk bincang dengan doktor.
Masalah tak boleh kerap cuti half day selang sehari.
Masalah kerja yang tak mungkin majikan/officemate selamanya nak back up kerja kita yang tertangguh.
Kalau weekend memang takde masalah kalau nak bawak MIL ke klinik sebab tak kerja.

Doktor faham.
Kami mintak doktor bekalkan ubat.
Guna ubat yang sama dia guna.
Kami akan cuci sendiri time kerja (weekday)
Weekend/ Public Holiday kami akan jumpa doktor untuk doktor cuci luka/potong kulit2 yang dia rasa patut potong/ korek itu ini kalau perlu kat luka.

Ada yang tanya kenapa tak cuci luka sendiri kat rumah?
JAWAPAN : Sebelum ni cuci kat rumah jugak, cuma bila dah ke Klinik Walia, MIL nak cuci kat klinik aje. Cuci kat rumah time hanya bilamana tak boleh cuti untuk bawak MIL ke klinik.

3 tahun jaga kaki MIL ni kan. Cuci sendiri kat rumah pun lebih kurang 1tahun jugak.
Dan faktor utama kenapa ke klinik sekarang adalah sebab MIL yang nak ke klinik.
Dia memang berharapppppp sangat kaki dia cepat sembuh.
Kalau cuci kat rumah, MIL takut lambat sembuh.

So, doktor bekalkan 2 jenis ubat.

1. Air pencuci - hidrogen peroxide.
2. Krim Pencuci - Kami tak tahu nama (Sebab ianya macam gabungan beberapa krim yang doktor gunakan, mungkin ramuan dia sendiri)

Kali ni boleh beli ubat ni dengan doktor, so cuci sendiri kat rumah je la selang sehari time hari bekerja.
Dan kebetulan, luka pun tak tak besar cuma tak tutup-tutup dari dulu..hehehe)
Weekend, akan ke klinik untuk doktor cucikan luka dan tengok progress luka.



28 Ogos 2021



22 September 2021
Dah 3 tahun, susahnya untuk tutup sehingga tahap sekecil ini
Dan sebarang kemungkinan boleh berlaku untuk luka sekecil ni jadi besar kembali
Sebagai contoh, nanah. Dan kena korek semula
Walaupun dah jaga makan, kencing manis pun terkawal.
Luka ni takleh jangka.


Sejak jumpa Klinik Walia, MIL memang nak ke sini aje.
Mungkin sebab doktor yang buat sendiri dressing tu, dan MIL percaya dia akan cepat sembuh.


Sekarang MIL tengah try kapsul sembuhkan luka (beli dengan sedara MIL di Kapar ni jugak)
Kapsul ni MIL tak makan setiap hari, maybe selang 4 hari baru makan.
Katanya ubat ni buat panas badan, tak tahu la...

Psst : Sape2 yang setiap hari/kerap ke hospital/klinik kerana urusan kesihatan/bawak ahli keluarga sakit seperti dialisis, cuci luka, check up... Aku doakan korang dipermudahkan, murah rezeki, diberi kesihatan yg baik, di kelilingi orang2 yang baik dan sentiasa membantu.


Ok Bye
XoX0

5 comments:

mummy_ayu said...

semoga semua urusan dipermudahkan..in sya Allah.

Sha Mohamed said...

MIL yakin dengan doktor tu lah.. Mesti doktor tu layan MIL best, tu yang dia selesa..
Sha doakan semoga semua urusan awak berkaitan dengan MIL dipermudahkan.. Aamiin.. semoga MIL awak diberikan kesembuhan.. Aamiin..

Tengku Sofia said...

Moga dipermudahkan segala urusan

Azhafizah MN said...


Mak saya selepas potong beberapa jari kaki sebab kencing manis, hari hari cuci luka sampai kering. Tapi setiap kali cuci, doktor balut sekali dengan aquacel dressing. Cepat juga luka kering selepas beberapa bulan. Sekarang luka dah kering dan kulit dah bercantum. Alhamdulillah...

Saya doakan semoga segera sembuh luka kaki MIL Hani. Aaminnn...

Farhana Jafri said...

dulu masa kaki ayah kena kencing manis pun memang rajin bersihkan. Sekejap je luka kecil boleh jadi besar. Semoga MIL cepat sembuh ye