nuffnang

JANA DUIT

Kasut Suami & Makan Ikan Bakar di Jeram

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila MIL 2hari pergi umah yang lain, kami amik peluang keluar jalan-jalan.
Kebiasaan masa MIL ada di rumah, kami keluar tak lama / kena balik makan kat rumah temankan MIL. Tak makan kat kedai sebab payah nak cari kedai mesra pengguna OKU (berkerusi roda) dan kesusahan MIL nak menggunakan kemudahan tandas kat tempat orang ramai. So, memang tapau je la..

So, semalam pukul 3 hingga 6 petang, kami jalan-jalan ke One Utama cari kasut kerja dan kasut kasual/sukan suami. Sayangnya kasut Clark pilihan dia takde size.. Huhuhu je la..
Pastu berkenang kasut Nike. Beli la sepasang. So rezeki suami dapat sepasang je la kasut dia.




Size 10 UK - NIKE-


Pastu balik rumah untuk solat asar dan magrib. Settle solat magrib terus lancar ke Jeram, Selangor. Dari rumah sekitar 20minit aje.
Sampai sana sekitar jam 8malam, senang parking. Eh,rupanya dalam kedai ikan bakar, orang penuh.
Bila start boleh rentas negeri dan semua orang dah bebas keluar, so banyak tempat, banyak kedai crowded dengan pelanggan/orang ramai.

Yang tinggal cuma meja kat luar tanpa bumbung. Aku dah agak mesti hujan malam tu.
Adatla.. Bila orang ramai semua benda akan lambat.




Tengah tunggu order sampai, eh hujan rintik2. Cepat2 aku pindah cari meja kosong kat dalam. Ada dapat 1 meja. Tu pun still kena tempias hujan, pastu kedai bising dengan lagu, orang plak ramai, keadaan meja basah, ada plak sup tumpah,itu ini.. macam2 hal. Aku sangat tak selesa.

Mungkin kesilapan pergi dine in Ahad malam isnin. Walaupun esoknya hari kerja tapi orang tetap penuh kat kedai.
Masakan ok je. Cuma suasana/mood dah swing so ada yang tak habis/kami paksa makan sebab kami nak cepat balik.
Nak suruh dorang bungkus pun susah sebab staff tak cukup.
Dan kami pun tak paham pembahagian tugas staff dorang macam mane. Bila panggil dorang cakap "sekejap..sekejap.. pastu hilang". 
Tak salahkan dorang. Mungkin orang ramai. So, kami faham je..
Tu yang kami cepat makan dan balik rumah terus.


Pindah masuk dalam kedai.



Suami je snap photo tu pun lepas makan. Aku dah memang pikir nak balik aje


Oh ye.. Aku share harga menu incase ada yang nak tahu :
Pepahat goreng cili (RM25)
Retak seribu goreng cili (RM25)
Udang bakar 6 ekor (RM33)
Sotong bakar sekor (RM31)
Ketam bakar sekor (RM19)
According to waiter dia la kami tanya masa order: Sini tak banyak pilihan jenis jenis masakan. Ada goreng cili & bakar sahaja. Harga plak masa dorang hantar makanan baru kita tahu price dia.


Balik rumah terus mandi.
Sebelum jam 10 dah settledown depan TV tengok Neftlix.
Oh ye.. Aku tak familiar kedai2 kat sini. Ikut je mana suami bawak. hahaha.
Next time, better pergi tengah2 weekday orang tak ramai.
Walaupun tak jauh dari rumah, tapi jarang kami ke sana. Orang je duk viral2 kedai itu ini kat sini.
Suami kata "maybe kedai2 yang kita tgk sendu,sunyi...tapi food dia lagi sedap kan"


Ok. Bye
XoXO

7 comments:

Suria Amanda said...

Lamanya tak masuk One Utama...dulu ada bopren selalu la pergi shopping situ...ni takde dah...takat mana yang dekat ngan opis je la..Jeram tu lama x makan kat situ...lepas2 PKP ni agaknya x banyak pilihan jenis masakan...

Farrah MF said...

Tak enjoy makan kalau mood lari kan... tak apa. Nanti ada rezeki boleh cuba kedai lain pula.

norhidana said...

Sesekali dating berdua ya...
Spoil mood betul kalau nak makan banyak benda tak best, kedai makan area jeram kalu hujung minggu sangatla ramai, akak pernah terkena sebab tu tahu

ezy.fia said...

jarang2 dpt peluang gni kan.. berjalan sakan jwbnya..
mmg xbest la nk mkn kalo keadaan xselesa..
rs nk je blk mkn kat umh.. lg sng.. hehe

Warisan Petani said...

Selamat menjamu selera
Nampak meriah hidangannya

Amie said...

Tak sabar nak balik kampung. Boleh singgah sini makan-makan seafood.

Ammi said...

Retak seribu tu apa? Seafood ke?