Lesen Memandu Digital

Hai.. Assalamualaikum geng.


Baru - baru ni, kami pergi ke sebuah event di bangunan terkemuka di KL ni. Bangunan glemer la boleh dikatakan. Nak masuk bukan main susah lagi, kena cop itu ini. Kena print itu ini daripada opis dan nasib baik kami tak lupa benda tu semua.

Sampai di sana dorang mintak tinggalkan lesen memandu di Pos Security.

Alamak.. Rupanya lesen memandu masih di perlukan ye.
Aku dah tak bawak lesen memandu ke mana-mana selepas dah guna lesen memandu digital di phone tu.

Nasib baik la Security itu izinkan aku tinggalkan kad pekerja.

Rupanya memang kita masih memerlukan lesen memandu la.
Sebab security tak boleh pegang IC kita.

So, cepat-cepat la aku balik rumah cari semula mana lesen yang aku dah letak merata tu.


Ok. Bye
XoXO

Kuali baru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mudah nak membahagiakan isteri.
Belikan peralatan rumah.

Pergi beraya di rumah teman.
Kelihatan beberapa kotak kuali di pinggir pintu masuk rumah.

"Aku jual kuali, tolong member clearkan stock kuali yang tersalah kirim ke Malaysia"

Suami suruh keluarkan note RM100 beli 1 kuali. Guna duit yang suami bagi beberapa sebelum tu.
Jadi rezeki kawan ni.
Niat nak bantu dia.
Dan benda ni aku boleh guna.

Kalau dia jual Ultraman depan pintu rumah dia.
Aku tak beli.
Sebab aku tak guna Ultraman.






Jangan ditanya nak masak apa dalam kuali.
Chef hebat rumah ni biasa goreng telur je.


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan - 'Crowded'kan bilik depan dengan meja kerja

Assalamualaikum... Hai Semua...


Zaman sekarang semua kena berjimat. So as langkah berjimat, kami kena alihkan lokasi meja kerja suami.  Sebelum ni suami guna meja makan di ruang tamu dan ON aircond 2.0HP.
Biasanya suami stayback malam-malam siapkan kerja dia di ruang tamu 2.0HP aircond, while aku di bilik dengan aircond 1.0HP terpasang. So 2 aircond terpasang semalaman.

So, timbul idea nak pasang meja di bilik tetamu yang ada aircond 1.0HP tu. Aku tengok TV, while suami boleh buat kerja sekali di bilik tu.

Kami guna meja menjahit/meja kerja kami di bilik belakang dulu. Kami set untuk jadikan bilik kerja dan bilik menjahit aku. Tapi bila bawak mentua duduk sekali. Bilik tu dijadikan bilik mentua dan kami unpack semua meja2 simpan dalam bilik kami. Sekarang Kami set semula meja untuk suami walaupun bilik tetamu dah sempit, tapi terpaksa la untuk keselesaan suami buat kerja dia. 
(Eh... Keje sikit, selebihnya sibuk dengan games dan online cartoon dia) 😃😄😄😄


Jadi la selit-selit sana sini.
Guna meja dan kerusi sedia ada. 
Tema tangkap muat aje. Janji ada.


Bekas alat tulis aku hadiahkan untuk suami.
Guna yang sedia ada jugak. Hehe
Buruk dah pun.


Zaman sekarang bil melambung. Rasa tercungap-cungap nak bayar bil.


Ok. Bye
XoXO

Trip ke Bernam Nature Hut

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan Feb 2024 sebelum puasa, kami join trip 2H 1M ke Bernam Nature Hut di Perak. Dekat aje dengan UPSI rupanya. Perjalanan sejam lebih aje dari Klang. 
Kami bukan bercamping bukak khemah pun. Kami sewa chalet. 
Setakat ni, itu yang aku rasa lebih mudah sewa chalet daripada pasang khemah.
Trip kali ni ada 5 keluarga kecil yang join.

Fasiliti : 
1. Tempat parking berbayar RM5 sehari.
2. Kemudahan angkut barang guna motor berbayar. (RM6 untuk masa pergi & masa balik nanti)
3. Beberapa bijik chalet kecik (katil queen) - dengan bilik air di dalam bilik
4. Chalet besar - dengan bilik air di dalam bilik
5. Dorm
6. Bilik mandi & tandas juga ada untuk geng2 camper.
7. Kawasan terbuka untuk buka khemah. Kebanyakannya memang berdekatan gigi air.
8. Ada dapur utama & sink di ruang makan tempat ini
9. Dekat aje dengan pekan untuk membeli arang, ais & sebagainya.
10. Ada sangkar burung. Sesuatu untuk bersiar-siar dengan anak-anak. Ada suasana kampung, sebab ada ayam-ayam berkeliaran. Sana macam suasana kebun.

Kami book 5 chalet kecil. Dan in between chalet tu kami pasang flysheet dan jadikan situ dapur dan tempat melepak. Di dapur kami takde sink. So keje2 membasuh kami lakukan di dapur umum yang telah disediakan oleh pihak chalet. Masing-masing bawak keperluan alatan sendiri. 
Walaupun kawasan sungai dan banyak pokok, cuaca agak panas. Dan sungai kat kawasan kami duduk, airnya cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Yang pasti takde batu-batu besar kat situ. Cuma kawasan kami duduk bukan di tepi gigi air yang landai. Tempat dia agak curam tiap kali nak turun ke sungai. Kalau budak2, memang kena kena pimpin dan perhatikan semasa hendak menuruni ke sungai.


SABTU
11.30 am - Sampai dan setup tempat. Geng anak-anak berendam dulu dalam air. Hehe
2.00 pm - Masak
3.00 pm - Baru dapat lunch. Menu kami sayur lemak, ikan bakar & tembikai.
                Kemudian beraktiviti bebas & mandi sungai
7.00 pm - Masak dinner. Steamboat & BBQ. 
8.00 pm - Dinner & Melepak
11.00 pm - Geng2 bini & anak2 balik chalet. Manakala geng2 suami masih duk melepak.



AHAD
7.00 am - Masak Nasi Lemak
8.00 am - Breakfast dan kemudian melepak dan mandi sungai.
10.00 am - Kemas ruang masak & clearkan tempat lepak.
11.30 am - Sempat terjun mandi sungai lagi selepas panas mengemas. Bersiap untuk pulang
12.00 am - Check out & bergambar


Ilmu yang kami dapat untuk trip kami akan datang :

1. Untuk team kami, agak tak sesuai buat steamboat & BBQ sekaligus. Tak habis walaupun buat sikit. Orang akan serbu ayam bakar & lokcing bakar je malam tu. Lepas pekena ayam bakar ramai dah kenyang. Mungkin next time buat je macam trip kami sebelum ni. Iaitu Nasi goreng & Ayam bakar saja. Settled. 

2. Bila nak buat steamboat, terlalu banyak bahan sejuk beku & seafood yang diperlukan. So makan ruang untuk cooler box. Dan bila tak habis, kena simpan dalam cooler box semula sedangkan ice dah takde keesokkannya.

3. Kena jugak bawak plastik untuk bungkus makanan yang tak habis. Aku ada bawak tipuware, tapi plastik jugak boleh disediakan untuk standby.

4. Kami kena lebih kerap bercamping, sebab nak buka flysheet pun masih terkial-kial bila cuma setahun sekali je buka.. hahahaha 😁😄 Berejam weh nak siapkan setup tempat dan menyebabkan lunch kami lewat. Dah la lunch tu menu berat dan perlu dimasak di sana. Berbanding dulu masa di Teratak Malaya, Janda Baik kami bawak makanan lunch dari rumah. So takde buang masa memasak setibanya di camp site (setelah lelah setup flysheet dan setting barang....hahahahaha)

5. InshaAllah akan datang kami akan cuba setting dengan lebih baik. Harap "camp planner" kami ni ade next plan untuk aktiviti healing macam ni lagi dan lagi dan lagi.....hahahaha

Mohla jalan photo :

Sarapan sebelum bergerak. Port rahsia taknak bertambah jammed kat sana.. 😆


Tempat parking & kedai di kawasan parking

Chalet RM 150-180 sehari. Bilik air di dalam chalet tetapi kena turun tangga.
Depan chalet menuruni cerun sikit kalau nak ke sungai. Kawasan landai semua dah dipenuhi dengan geng berkhemah

Lunch Menu


Suasana malam

BBQ & Steamboat time

Suasana malam


Sarapan nasi lemak 

Kawasan sungai di depan chalet kami & jambatan pintu masuk ada 2 bendera (sempadan Perak & Selangor)

Fasiliti yang disediakan & persekitaran 

Fasiliti yang disediakan & persekitaran 


Menyambut kedatangan pelancong

Bergambar sebelum pulang. Panas lit lit



Trip yang sangat santai & best..

Ok. Bye
XoXO

Photo Family Raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Wahhh.. Dah nak hampir Penghujung Syawal.
Sekejap aje kan.

9 beradik berhari raya.
Kesayangan semua.
Semoga berkekalan berkasih sayang hingga ke syurga Allah.
Semoga semua menjadi kebanggaan mak ayah melalui kelebihan masing-masing.
Dan kekurangan yang ada, membuatkan kita saling membantu sama lain.

Sebesar-besar penghargaan kat ipar-ipar.
Pasangan masing-masing yang baik semuanya.
Dan menerima adik beradik aku yang sudah tentu ada sedikit sikit kekurangannya.
Pasangan & anak2 yang sudah tentu banyak berkorban itu ini.
Semoga silaturahim berpanjangan hingga ke Syurga.


Semoga diberikan kesihatan yang baik. dimurahkan rezeki.
Rumahtangga dan family yang bahagia.
Penutup raya.
Terima kasih semua.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin


Ok. Bye
XoXO

Spek Raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya, beberapa hari sebelum raya spek aku rosak. Lepas siap mandi, elok aku lap muka dengan tuala pastu tersalah sangka, spek rapuh dan patah tengah dia. Walaupun ada spek spare, both dah tak ok dan ada yg dah patah jugak.

Cukup la dulu pengalaman aku, musim raya spek rosak. Kedai cina pulak tutup lama. Takde spek umpama buta. Dan aku rasa susah betul bila spek takde. Sejak tu memang aku spare kan spek extra satu (yang murah-murah je)

Takde rezeki kedai spek kegemaran Eye Trend kali ni. Aku whatssap Kate (owner), dimaklumkan kedai tutup seminggu. Aku takleh tunggu. So aku urgently buat spek kat kedai lain sebab spek spare yang aku ada pun dah tak ok.

Kedai Spek Factory QQ kat Seksyen 7 jugak. Kat area Jakel tu.
Sini jual frame dan cermin yang murah bagi aku.
Sesuai kalau student/anak2 nak buat spek kat sini.
Sebab bawah RM200 pun dah boleh dapat.



Spek baru.
2 spek lama dah rosak. Frame patah.




Spek aku RM199. Siap dalam masa 30 minit. Sangat berbaloi. Masa tu puasa dan dekat nak raya. Sempat la round2 seksyen 7 tu cuci mata tengok jualan raya dan halwa telinga dengar lagu raya.


Ok. Bye
XoXO

Coway

Assalamualaikum... Hai Semua...


Orang kata rugi amik coway.
Bagi kita yang masih larat nak memasak air, ok la.

Bagi orang tua yang dah tak larat nak masak air.
Memang membantu.

Kenapa tak amik midea macam rumah aku? Kang sekali bayaran aje. Takde bulanan.
Sebab senang, Coway kalau problem akan ada teknisen yang akan settlekan.
Mudah kalau orang tua yang jenis tak reti nak urus tengok mesin kalau jadi apa-apa.
Sedangkan kalau mesin lain, kalau problem apa-apa kita nak kena settlekan sendiri. Susah sebab anak-anak jauh, orang tua kena setelkan sendiri. So kita letak mesin air, sebagai pemudahcara je la.


So ini la mesin baru coway untuk rumah famili aku di kampung


Walaupun coway lama dah habis contract, aku amik mesin baru, sambung lagi contract baru.
Mesin lama kalau guna, susah kalau ada problem.
Nak kena urus baiki lagi dan dah tentu sparepart barang Coway dah tak tanggung lagi.

Mak aku taknak susah. Sebab katanya dia tak reti bab mesin-mesin air gini.
Ayah aku pun tak reti. So, dorang nak mesin dan ada orang datang servis macam biasa setiap 2 bulan tu.
Kalau rosak pun, orang coway yang repair. Mak ayah aku xpayah pikir apa-apa.

Mak pikir kalau anak cucu datang, sedang dorang nak buat air.
Senang nak buat susu anak-anak dorang.
Senang nak buat air panas kalau tetamu datang.
Dan alasan paling sesuai, "Dah terbiasa pakai selama 5 tahun ni" 😂

Teringat dulu masa kecik, family kami besar. Adik beradik 9 orang. Mak akan masak stok bekalan air masak seharian suntuk. Masak guna dapur kayu dari pagi sampai magrib sebab nak jimat gas. Simpan stok air masak bertong-tong. Dannnnnnn mak aku cukup pantang kalau anak-anak minum air, tak habiskan air, buang air ke tanah. Sebab air tu dimasak dengan kudrat dia dengan peluh dia, dengan penat dia, dia sedih.. Lama sehingga tahun 2006 macam tu duk masak air guna dapur kayu. Lepas anak-anak besar, baru masak guna cerek elektrik. Sebelum tukar kepada coway pada tahun 2019 macam tu. 

Psst : Semoga semakin murah rezeki kita semua.


Ok. Bye
XoXO

Kisah sehelai baju

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila ramai-ramai balik kampung, akan ada la orang tu tertinggal baju.
Orang ni tertinggal seluar.
Anak orang ni tertinggal charger.
Anak orang tu tertinggal botol susu.

Dalam group whatssap family, sejam dua lepas masing-masing gerak balik rumah masing-masing, akan ada la whatssap masuk bagitahu :

"Mok, kami tertinggal seluar kat ampaian, tolong simpan"
"Mok, anok orang tertinggal selipar merah dia, tolong simpan"
"Mok, botol susu anok kita xdok ni, rasa macam tertinggal kat bilik depan tu"



Baru-baru ni lepas raya, mak aku whatsap tanya sape tertinggal baju ni kat ampaian.
Tanya semua orang, semua kata bukan baju dia.

Hujung-hujung kami tahu la sape pemilik baju ni..

Rupanya baju Kak Teh.. Hahaha.
Laki dia tak kenal baju dia, dan konfident jawab tu bukan baju bini dia.

Rupanya abang aku (Abang Teh) nampak baju  ni luar bilik dia. Dia ingat baju oranglain termasuk kat baju-baju wife ni, so dia ambik dan bawak naik baju  ni letak kat ampaian luar (dengan alasan, ni mungkin baju ipar perempuan yang lain yang mungkin tergantung kat ampaian, tapi orang salah angkat dan letak kat depan bilik dia sebab ingat baju bini dia iaitu KakTeh)

Bila tanya KakTeh, Kak Teh terkejut dan kata kenapa baju dia dari tingkat bawah ada duduk di ampaian.
Macam-macam hal.
Hal baju selai pun kecoh whatsap tanya pemilik.


Ok. Bye
XoXO

Raya rumah abang ngah kita

Assalamualaikum... Hai Semua...


Semalam gi beraya rumah abang kedua aku.
Nak g time weekend takut masing-masing busy jadualnya.
Ko dengan anak isteri nak kemana2 rumah terbuka.
Aku pulak dengan encik suami nak kemana2 rumah terbuka.

Sudahnya aku set masa dengan abang aku nak g rumah dia masa cuti 1 May Hari Pekerja.
Nak g sarapan sambil beraya di rumah nya.

Aku beli sarapan gi makan kat rumah abang.
Settle.
Tak perlu susah2 dorang nak masak.
Budak2 bukan nak makan pun kalau pagi-pagi.
Eh, rupanya kak ipar aku masak jugak spegheti untuk bebudak ni. 2x makan la aku. hehehe.. Lagi mau tanya kenapa membesar dengan jayanya aku ni.. 😆😆
Mana dengan roti canai aku pilih gearbox. Hahaha.. Pastu makan spagheti pulak.
Aku yang nak makan sedap, tu yang pilih nak gearbox. Haha. Makan taknak kalah you








Di sudahi dengan aktiviti mewarna dengan anak buah si Ereen ni.
Dulu dia taknak pun dengan aku ni.
Maklum la anak lahir musim covid.
Nak mommy dia aje.
Sekarang dah kenal kita dan boleh diajak bermain bersama.
Gigih la mewarna lukisan aiskrim dia tu.







Sebelum pulang haruslah bergambar kenang-kenangan dulu. 2 orang abang saja yang aku ada duduk di Selangor ini. Aku susah, ko tolong. Ko susah, aku tolong. Harap biarla hubungan adik beradik berkekalan mesra dan baik hingga akhir hayat. Terima kasih kat pasangan masing-masing yang selalu menolong/bagi & create peluang untuk berhimpun, berjumpa.





So weekend ni mana eh ada rumah terbuka.
Tahun ni tak banyak rumah terbuka kami dapat masa weekend. Kalau tahun lepas, sampai ada rumah yang tak sempat kami singgah. Tahun ni agak perit bagi family2 lain. Dengan anak sekolah lagi sebulan sebelum raya. Kami yang takde anak pun terasa perit tahun ni, sebab dah kering dengan urusan IVF. 💆😔


Ok. Bye
XoXO