nuffnang

JANA DUIT

PTPTN Encik Suami..

Assalamualaikum... Hai Semua...



PTPTN Part 1
PTPTN Part 2

PTPTN Part 3

Kami suami isteri start bayar PTPTN pada tahun 2015 lepas suami dapat kerja..
Suami punya PTPTN ada RM 28,500 pada tahun 2015.
So bayaran sebanyak RM260 direct debit dari gaji suami setiap bulan selama 10 tahun..

Baki pada September 2019 ada lagi RM 16,632.73


Alahai banyak lagi..
Tapi nampak la penurunan baki..
Seronok sikit hati... ye dok???
Lagi 6 tahun baru habis..
Tua baru habis hutang PTPTN..
Ilmu kat U pun dah tumpul.. hehe

Tapi, hutang kena bayor ye kawan-kawan!
Kalau tak kerja, kena la kerja..

Ok. Bye

Shooting kat kampung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni mak aku ada cakap orang nak berlakon tepi rumah aku ni..
Katanya memang nak cari rumah buruk, terbengkalai..
Ada orang datang tanyakan mak aku pasal rumah ni..

So hari ni datang la si pelakon tu berlakon kat sini..
No wonderla cari rumah buruk..
Memang scene penagih dadah

Untuk Drama lafaz TV2.
Memang berlakon kat Tganu katanya.
Di tepi pantai, sekitar bandar & kampung


View dari atas rumah
Ni rumah sebelah yang terbakar tahun 2007 dulu.


Kebetulan anak buah ada kat rumah
Terus pakat duk intai semua orang


Pelakon plak  Syazwan.
Adik aku tanya Syazwan mana.
Ada yang jawab "Syazwan yang berlakon gila jaga surau tu"
Betul2 meletup cerita "Insan Terpilih" tu,.



Ok. Bye

24 September every year

Assalamualaikum... Hai Semua...

24 Sept
Ulang tahun mak.
Sweet Muda sokmo sebab jiwanya selalu muda.
Sokmo feeling muda.

Selamat Ulang Tahun Mak.
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
Diberi sentiasa kecukupan dalam hidup.
Dipermudahkan segalanya.
Diterima segala ibadatnya.
Diampunkan segala dosanya.






Abang no 2 ada kat kampaung dengan anak2 dia..
So ada la sambutan ulang tahun kat luar.
Kalau tak, depan TV je la..
Sape yang ada kat kg je la boleh join.
Mana yg keje KL mereput je tgk whattsap photo.
Mana yang kat kolej, malas nak balik haaa merenung je la whatssap phoo tu..

Selamat ulang tahun 2019.


Ok. Bye

HIGH KICK 2 - 2009

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sekarang aku tengah giler tengok satu drama kelakar - family
Drama episod korea
Aku takde la ikut sangat drama2 korea selain drama "My Girl" masa zaman kolej dulu..
Penangan roomates duk cerita pasal drama ni.
Penangan roomate duk download drama ni..

Sekarang tengah layan drama High Kick 2.
Drama tahun 2009 kot..
Macamana boleh terjebak?

Sebab tengok orang share sudutan drama ni dalam FB..
Babak pasal budak 10 tahun (anak tuan rumah)
Budak pempuan ni anak manja, berlagak, asyik nak menang..
Eh, macam best pulak tengok, terus aku cari drama subtitle english dalam website drama cool


Refer link ni : https://www4.dramacool.video/high-kick-2-episode-11.html

Sinopsis:
Two sisters, 22 year old Shin Se-kyeong (played by Shin Se-Kyeong) & 9 year old Seo Shin-Ae (played by Seo Shin-Ae), move from their remote country village home to the big city of Seoul. They are amazed with all the trappings of modern city life. The sisters then move into the home of 72 year old Lee Sun-Jae (played by Lee Sun-Jae) and work as maids for his family.





Bila dah terjebak tengok payah nak stop sebab kelakar.
Setiap orang dalam rumah tu ada kesah tersendiri..
Ada masalah tersendiri.

Tak tahan si Kwang Soo pun ada berlakon.
Tengok muka pun dah lawak.

How i wish dapat rumah kemas dan teratur macam drama korea ni..

Psst : Ending cite ni sedih la plak.. huhuhu.. Bukan main happy lagi masa start tu,, hahaha

Ok. Bye

Scammer

Assalamualaikum... Hai Semua...



Beberapa hari lepas, masa tengah lepak kat ruang tamu dengan suami lepas dinner, terdengar jiran India aku panggil-panggil nama kami..
Mesti ada sesuatu ni..
Memang kejiranan kat sini jenis tutup pagar semua, takde yang pagar terbuka luas..
Cepat-cepat kami keluar..


Jiran India ni perempuan - berumur sekitar 40an.
Katanya dari siang tadi ada lelaki call dia cakap english.
Dia tak berapa paham (walaupun akak India ni boleh speaking english).
Katanya lelaki tu nak bagi duit.
Dia mintak suami aku tolong pahamkan bila lelaki tu call lagi lepas ni..
Lepas lelaki tu call, suami aku jawab kononnya suami aku ni jadi adik kepada akak India ni.

Aku dah agak ni scammer.

Lepas beberapa minit suami aku on call dengan lelaki tu, suami aku cakap "ni scammer kak, jangan layan lepas ni".

Lelaki yang call tu suara macam negro.
Katanya nak bagi duit kat Kak India ni 7500 (tak sure dolar/RM).
Tetapi sebelum tu, akak tu kena bank in 500 untuk aktifkan akaun bank sosial sebelum duit 7500 tu boleh dibank in kan..

Nampak sangat scammer.
Banyak kes macam ni..

Kesian plak kalau orang-orang yang naif..
Percaya benda ni bulat-bulat..
Macamana kalau scammer call mak -mak kita, pasti mereka percaya..
Mana ada orang mudah-mudah nak bagi kita duit kan..

Psst : Boleh tahan laki aku ber"kecek" english slang matsaleh.


Ok. Bye
XoXO

2019 Besday dengan Family Mart

Assalamualaikum... Hai Semua...


Celebrated besday dengan family mart jer tahun ni..
Tak sempat nak dinner kat luar kali ni sebab balik kerja dah malam..
Dah jemu nak makan nasi..
Kali ni beli Oden kat Family Mart.
Favourite Crab stick dia.
Makan panas-panas..
Nak amik ramen sekali tapi dah habis..
So, singgah speedmart beli meggi sebungkus.
Meggi yang dijual tanpa perasa tu..

Celur jap pastu humban dalam Oden..
Makan depan TV tengok Neflix
Heaven..
Lama tak makan mee meggi macam ni..





Sources : Google

Amik Sakura Cheese Cake seketui as konon2 kek besday ler..
Selain tu amik Onigiri seketul untuk simpan dalam peti ais..
Buat breakfast esoknya..


Sources : Google


Musim jerebu teruk sekarang..
Aku demam dah nak okey..
Suami plak  start sakit tekak..
Jangan la berjangkit kat mak mertua...
Nanti ada infection kat luka kaki sebab luka sekarang masih tak sembuh lagi walaupun dah hampir setahun setengah.

Selingan : Bekal hari ini. 
Dah 2 hari tak bangun masak, suami take over dapur.
So pagi ni kena bangun pulak..
Gilir-gilir sampai tua..

Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Meja makan daripada Pintu Biik

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu ada tukar frame pintu dan pintu bilik yang baru...
So, pintu lama tu aku dah buang 2 ketul
Seketul pintu lagi aku DIY jadikan katil baring depan TV.

Lepas pindahkan sofa ke depan TV, aku tak guna lagi katil tu.
So frame pintu yang dijadikan katil tu aku ubah jadi meja makan



Pintu bilik yang asal



Meja makan dari pintu


Meja ni aku add on kaki meja yang aku beli dari ikea..
RM10 untuk sebatang.




Modal RM40 je untuk 4ketul kaki meja ni..
Cuma meja ni ringan dan bergoyang..
Tapi boleh la untuk kegunaan sendiri..
Guna pintu makanya meja ni agak besar la..
Boleh muat 6-8 orang..


Ok. Bye

Majlis akikah hari merdeka

Assalamualaikum... Hai Semua...



Last two week masa hari merdeka sempat ke kenduri akikah anak kawan opismate suami aku..
Kononnya nak g sambut merdeka kat PutraJaya, tinggal angan-angan je la..
Malam tu meriah jiran pasang mercun, bunga api..
Tido lewat la kami duk intai bunga api..

Sebelum ke majlis akikah, kami singgah gi kenduri kawen jiran..
Gigih naik moto dengan suami sebab senang nak parking..
Sempoi betul majlis dorang..
Pengantin lelaki pakai baju melayu dengan samping kain pelikat..
Pengantin perempuan pakai baju kurung biasa, takde mekap..
Pengantin muda baru lepas habis belajar..
Tak sempat amik gambar..
Makan kenduri sedap weii..
Daging dorang lembut, sedap betul menu dia..

Pastu balik rumah tukar kereta nak gerak ke Kajang plak..
Untuk kenduri akikah opismate suami..
Kat sini brownies sedap..


Dengan geng opis suami..




Ok. Bye

Kesah Pinjaman Yayasan Bank Rakyat dan PTPTN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik perempuan aku (yang kedua bongsu) sekarang tengah sambung Degree di UMT..
Masa diploma dia amik PTPTN sebanyak RM 11800..
Masa diploma dia try hard nak cari biasiswa dan loan lain selain PTPTN..
Tapi takde jumpa banyak iklan biasiswa dan pinjaman lain...

So, semester 1 degree dia try lagi untuk apply any biasiswa dan pinjaman lain..
Dia tak amik PTPTN sepanjang semester 1..
Dia survive guna duit yayasan dan duit saving selain sikit2 mak ayah hulur..

Aku pun sama-sama tolong cari dalam internet any biasiswa atau pinjaman lain..
Satu hari tu, dia whatssap bagitahu dia berjaya dapat satu pinjaman belajar dari Bank Rakyat...
Lepas tengok syarat-syarat tu, aku dan sorang lagi abang setuju kalau dia terima pinjaman ni..

Pinjaman ni agak berbaloi berbanding PTPTN yang takde potongan diskaun. 
Untuk Pinjaman Bank Rakyat, student yang dapat CGPA bermula daripada 2.50 layak menerima potongan diskaun berbanding PTPTN yang memberi pembiayaan percuma hanya kepada mereka yang tamat pengajian ijazah sarjana muda (degree) dengan kelas pertama sahaja. 

FAEDAH akan dikenakan berdasarkan konsep"Qardhul Hassan", iaitu program penajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan dalam pembayaran balik pinjaman. Berbeza dengan PTPTN yang mempunyai faedah. 

https://afterschool.my/bm/berita/kenapa-pinjaman-pemboleh-ubah-bank-rakyat-ppbu-lebih-baik-berbanding-ptptn-




So lepas lulus dan berjaya dapat pinjaman Yayasan Bank Rakyat ni, aku syorkan kat adik aku suruh settlekan semua PTPTN diploma dia sementara masih valid rebat 20% kalau menyelesaikan pinjaman penuh (sebelum end of December 2018)

Pinjaman penuh diploma dia RM 11800 (tanpa bunga sebab dia baru je habis diploma less than a year)
RM 9440 jumlah perlu dibayar selepas diskaun...
Means balance RM 2360 (diskaun) tu umpama dapat guna free je la selama ni.. huhuhu...

Ayah aku keluarkn RM4000, Aku keluarkan RM6000 untuk settlekan hutang ni..
Kasi settle awal2.. Sebab kalau nak bayar lepas dia habis belajar, mesti bunga pinjaman dah naik melambung...
Settle awal-awal, so lepas habis belajar tinggal settlekan hutang yayasan Bank Rakyat ni je..


Semoga adik aku dapat la pointer sekurangnya 3.75, so free la pinjam tak payah bayar..
Iye dokkkk?

Ok. Bye

Cara nak tukar pakaian di AEON jika tersalah beli

Assalamualaikum... Hai Semua...



Aku beli pakaian di AEON Bukit Raja, Klang.
Dah sampai rumah baru perasan tersalah amik size.
Ukur tak padan sebab besar,
(Masa kat kedai taknak ukur ni padahnya)

Aku tengok kat resit ada tulis pertukaran kena buat dalam masa 14 hari.
Seminggu lepas beli baru aku ada masa nak g tukar.
Aku bawak pakaian tu g section pakaian yang aku amik tu, g bawak jumpa sales person yang jaga bahagian tu.
Bagitahu nak tukar pakaian tu sebab size salah.

Sales person suruh aku amik pakaian baru (yang betul size) dan pakaian lama (yang salah size) bawak naik tingkat atas g ke Kuanter Customer Service.

Masa naik tingkat atas, kalau korang beli barangan yang ada automatic detect tag (Magnetic tag) tu, mesin keselamatan aku bunyi. Ko buat biasa je, andai guard datang bagitahu nak ke Kaunter Customer Service.

Image result for magnetic tag pakaian
Example : Magnetic Tag pada pakaian
Sumber Google

Lepas amik no giliran, tunggu la dengan sabar ye..
Sampai turn, duduk dengan sopan dan ceritakan masalahnya.
Aku amik pakaian sama harga size jer berlainan.
Kalau korang tukar dengan pakaian lain harga kena topup duit la..
Pakaian yang salah size just tinggalkan kat customer service.
Bawak balik pakaian yang betul okay..

PASTIkan label/tag pakaian & tag harga tak ditanggalkan.
Kalau pakaian dalam, pastikan size tag tak di tanggalkan.
BAWAK bersama resit pembelian as bukti.
Berjaya tukar.
Dan pulanglah dengan happy
Hipp.. Hipp.. Horey..

Sebelum balik singgahla AEON beli roti dan sushi.
Harga mampu milik kan..

Ok. Bye
XOXO

Selepas setahun jalani pembedahan laparoscopy

Assalamualaikum... Hai Semua...



Bulan February 2018 aku jalani pembedahan laparoscopy..
Doktor bagi 1 cycle untuk makan pil clomid.
Dan doktor suruh try secara natural selama setahun incase kalau nak tunggu naturally pregnant..
Oleh kerana start June 2018, kami suami isteri busy uruskan rawatan cuci kaki kencing manis/appointment pakar/appointment kencing manis untuk MotherInLaw (MIL), maka aku  hold rawatan TTC aku dan try secara natural.

Sehinggalah Ogos 2019, baru aku start g jumpa doktor Hamid semula..
Ogos/September amik 1 cycle clomid..
Andai tak berjaya conceive, aku dah setuju nak buat first IUI
Cost IUI dengan doktor hamid sekitar RM700/siap semua.
Cuma kalau ada jumpa doktor untuk susulan maybe kos lain la..

Incase fail walaupun lepas amik clomid..
Aku mungkin buat IUI bulan 11 atau bulan 12 tahun 2019 ni (paling awal)..
Sebab bulan 10 ada banyak appointment doktor untuk kencing manis MIL..
Dah tak mampu nak amik cuti lagi...
Paling lewat awal tahun 2020 la kami plan nak buat IUI..

Kalau IVF plak kos sekitar RM12 ribu kata doktor.

Wish us luck!

Semoga dipermudahkan..
Nanti mintak suami g cangkul gunung duit belakang rumah..


Psst : Teringin coolblog.. Gigih google mana lokasi paling dekat dengan rumah


Ok. Bye
XoXO

Debit Card PayWave selamat ke tak?? Debit Card hilang!

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni aku jarang guna kad ATM as a debit card.
Guna cash jer. Takde duit duk diam-diam..
Tapi sejak-sejak reti guna debit kad, asyik la aku guna sebab malas nak keluarkan duit..

Bila tahu kad boleh paywave, aku rasa benda tu tak selamat (incase kad hilang), tapi aku takde plak usaha nak g bank untuk tukar limit paywave kepada nilai "0", ataupun cancel/block paywave kat kad ATM aku..

PayWave pada dasarnya adalah tindak balas Visa kepada sistem PayPass MasterCard. Perbezaan yang paling menonjol di sini adalah bahawa kedua-dua sistem membolehkan pelanggan membuat sebarang pembelian dengan lancar.

Apa yang perlu anda lakukan ialah sentuh kad anda di atas terminal yang menerima ciri tanpa sentuh dan transaksi anda akan diproses. Tanda tangan atau nombor PIN anda tidak diperlukan lagi. Mudah, bukan?

Tapi, paywave adalah TAK SELAMAT jika kad ATM kita hilang.
Sesiapa saja boleh guna selagi kad tak diblock


Nah cerita aku :

2 September aku g AEON Bukit Raja shopping, dan bayar guna debit kad.
Nasib aku malang, kad debit hilang dan aku tak perasan sehingga 5hb.
6hb entah kenapa pagi tu masa kat office, aku teringin nak check online Public Bank aku.
Nahhhhh... terkejut aku bila tengok ada banyak transaction pada 4-6hb September.
Terus cari kad bank dalam purse - TAKDE-

Terus call suami kalau dia ada guna debit kad aku.
Dia kata TAKDE.
Ha.. SAHIH la kad aku hilang..

Terus call Public Bank Customer Service - line busy.
Terus aku jalan kaki ke Public Bank dari office.
Nasib baik la Office dekat dengan bank.

Aku g repot kehilangan kad, dan bank block kad lama dan berikan kad baru..
Melayang RM12 untuk kad baru.

So sepanjang 4hb - 6hb aku nampak la listing bape si penyangak tu guna kad aku..
Dia paywave kad pada 4hb, tapi ada settlement  di buat oleh pekedai pada 5hb dan 6hb..
Bukan main wei,, dia g makan MCD, KFC, g SPEEDMART guna kad aku..

Apa yang kita kena buat:
1. Pindahkan duit dari kad yang hilang ke akaun lain (guna online)
2. Call bank/ atau g bank repot kehilangan kad.
Aku suruh pindahkan duit dulu sebab kalau nak call customer service lambat sangat pick up.
3. Jangan cuai lagi.. huwarghh

Total lost RM300 lebih.
Tapi apa yang berlaku ni memberi hikmah kepada aku.
Aku lebih alert dan berhati-hati..
Sebab aku tak pasti macamana aku boleh hilang kad tu,
Purse tak zip ke, beg tak zip ke?
Jatuh sebab lupa nak simpan kad kelam kabut time bayar parking ke.
Betul-betul aku tak ingat.

Aku dah call public bank, dorang tolong cancelkan paywave aku.
Untuk bank BSN, customer service dorang kata pengguna kena g cawangan BSN, kaunter akan buatkan limit "O" untuk paywave.
Untuk CIMB - takde customer service sambut call dari dulu kini dan selamanya. So better aku jalan kaki la pulak ke kaunter CIMB.

Psst : Semoga jadi peringatan kepada semua.


Ok. Bye