nuffnang

JANA DUIT

Kesah Pinjaman Yayasan Bank Rakyat dan PTPTN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik perempuan aku (yang kedua bongsu) sekarang tengah sambung Degree di UMT..
Masa diploma dia amik PTPTN sebanyak RM 11800..
Masa diploma dia try hard nak cari biasiswa dan loan lain selain PTPTN..
Tapi takde jumpa banyak iklan biasiswa dan pinjaman lain...

So, semester 1 degree dia try lagi untuk apply any biasiswa dan pinjaman lain..
Dia tak amik PTPTN sepanjang semester 1..
Dia survive guna duit yayasan dan duit saving selain sikit2 mak ayah hulur..

Aku pun sama-sama tolong cari dalam internet any biasiswa atau pinjaman lain..
Satu hari tu, dia whatssap bagitahu dia berjaya dapat satu pinjaman belajar dari Bank Rakyat...
Lepas tengok syarat-syarat tu, aku dan sorang lagi abang setuju kalau dia terima pinjaman ni..

Pinjaman ni agak berbaloi berbanding PTPTN yang takde potongan diskaun. 
Untuk Pinjaman Bank Rakyat, student yang dapat CGPA bermula daripada 2.50 layak menerima potongan diskaun berbanding PTPTN yang memberi pembiayaan percuma hanya kepada mereka yang tamat pengajian ijazah sarjana muda (degree) dengan kelas pertama sahaja. 

FAEDAH akan dikenakan berdasarkan konsep"Qardhul Hassan", iaitu program penajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan dalam pembayaran balik pinjaman. Berbeza dengan PTPTN yang mempunyai faedah. 

https://afterschool.my/bm/berita/kenapa-pinjaman-pemboleh-ubah-bank-rakyat-ppbu-lebih-baik-berbanding-ptptn-




So lepas lulus dan berjaya dapat pinjaman Yayasan Bank Rakyat ni, aku syorkan kat adik aku suruh settlekan semua PTPTN diploma dia sementara masih valid rebat 20% kalau menyelesaikan pinjaman penuh (sebelum end of December 2018)

Pinjaman penuh diploma dia RM 11800 (tanpa bunga sebab dia baru je habis diploma less than a year)
RM 9440 jumlah perlu dibayar selepas diskaun...
Means balance RM 2360 (diskaun) tu umpama dapat guna free je la selama ni.. huhuhu...

Ayah aku keluarkn RM4000, Aku keluarkan RM6000 untuk settlekan hutang ni..
Kasi settle awal2.. Sebab kalau nak bayar lepas dia habis belajar, mesti bunga pinjaman dah naik melambung...
Settle awal-awal, so lepas habis belajar tinggal settlekan hutang yayasan Bank Rakyat ni je..


Semoga adik aku dapat la pointer sekurangnya 3.75, so free la pinjam tak payah bayar..
Iye dokkkk?

Ok. Bye

1 comment:

Azhafizah MN said...

ALhamdulillah dapat pinjaman yang lebih bagus