Kesah Pinjaman Yayasan Bank Rakyat dan PTPTN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Adik perempuan aku (yang kedua bongsu) sekarang tengah sambung Degree di UMT..
Masa diploma dia amik PTPTN sebanyak RM 11800..
Masa diploma dia try hard nak cari biasiswa dan loan lain selain PTPTN..
Tapi takde jumpa banyak iklan biasiswa dan pinjaman lain...

So, semester 1 degree dia try lagi untuk apply any biasiswa dan pinjaman lain..
Dia tak amik PTPTN sepanjang semester 1..
Dia survive guna duit yayasan dan duit saving selain sikit2 mak ayah hulur..

Aku pun sama-sama tolong cari dalam internet any biasiswa atau pinjaman lain..
Satu hari tu, dia whatssap bagitahu dia berjaya dapat satu pinjaman belajar dari Bank Rakyat...
Lepas tengok syarat-syarat tu, aku dan sorang lagi abang setuju kalau dia terima pinjaman ni..

Pinjaman ni agak berbaloi berbanding PTPTN yang takde potongan diskaun. 
Untuk Pinjaman Bank Rakyat, student yang dapat CGPA bermula daripada 2.50 layak menerima potongan diskaun berbanding PTPTN yang memberi pembiayaan percuma hanya kepada mereka yang tamat pengajian ijazah sarjana muda (degree) dengan kelas pertama sahaja. 

FAEDAH akan dikenakan berdasarkan konsep"Qardhul Hassan", iaitu program penajaan yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan dalam pembayaran balik pinjaman. Berbeza dengan PTPTN yang mempunyai faedah. 

https://afterschool.my/bm/berita/kenapa-pinjaman-pemboleh-ubah-bank-rakyat-ppbu-lebih-baik-berbanding-ptptn-




So lepas lulus dan berjaya dapat pinjaman Yayasan Bank Rakyat ni, aku syorkan kat adik aku suruh settlekan semua PTPTN diploma dia sementara masih valid rebat 20% kalau menyelesaikan pinjaman penuh (sebelum end of December 2018)

Pinjaman penuh diploma dia RM 11800 (tanpa bunga sebab dia baru je habis diploma less than a year)
RM 9440 jumlah perlu dibayar selepas diskaun...
Means balance RM 2360 (diskaun) tu umpama dapat guna free je la selama ni.. huhuhu...

Ayah aku keluarkn RM4000, Aku keluarkan RM6000 untuk settlekan hutang ni..
Kasi settle awal2.. Sebab kalau nak bayar lepas dia habis belajar, mesti bunga pinjaman dah naik melambung...
Settle awal-awal, so lepas habis belajar tinggal settlekan hutang yayasan Bank Rakyat ni je..


Semoga adik aku dapat la pointer sekurangnya 3.75, so free la pinjam tak payah bayar..
Iye dokkkk?

Ok. Bye

12 comments:

Azhafizah MN said...

ALhamdulillah dapat pinjaman yang lebih bagus

admin said...

Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

Tahukan anda bayaran hutang ptptn kini boleh di bayar secara online menggunakan jompay. Jom tengok entry ni :
Cara Bayar Hutang PTPTN secara online

Adik amran said...

salam,boleh tahu brapa jmlah smua biasiswa bank rakyat tu?

Unknown said...

Jumlah biasiswa tu bergantung kepada course ke macam mana

Unknown said...

Kita kne maintain berapa pointer untuk setiap sem supaya pinjaman kita x terbatal yer?

Unknown said...

Bayaran balik diberi selama berapa tahun yer? Dan bayaran balik dibuat selepas kita dpt kerja atau selepas kita dh graduate

Mimss said...

Hello. saya nak tanya , bolehkah saya apply ppbu jika saya telah apply ptptn untuk sem 1 degree? Status ptptn saya masih dalam status 'sedang diproses'.

Han Hanni said...

updated kps soalan2:
28K kos sains kimia
xboleh bawah 2.8 pointer rsnya. tak bape pasti, nk kena tgk syarat2 dia.
bayar balik lps habis belajar
boleh apply, cuma kalau nasib baik mmg mudah dapat, ptptn boleh tamatkan kalau dapat pun

Nurul said...

salam, ujian saringan bank rakyat susah tak? kena lulus ujian dulu baru dapaf pinjaman ke macam mana terima kasih..

Han Hanni said...

Nurul : Susah jugak soalan dia. Soalan berkaitan bank dia, soalan matematik, soalan berpikir dan soalan am. Adik lelaki saya fail masa nak apply loan ni. adik pempuan je lps. so adik lelaki sy amik loan mara instead of PTPTN

Unknown said...

Salam, saya nak tanya. Saya ada mohon untuk ppbu. Kalau kita habis degree awal daripada tempoh pengajian yang kita isi semasa memohon, macam mana ye?

Pudina Coklat said...

Saya nak bertanya jika saya sudah berada di sem 2 Dan memegang pelajar Yang ambil PTPTN masih layak ka saya mohon PPBU ni?