nuffnang

JANA DUIT

Scammer

Assalamualaikum... Hai Semua...



Beberapa hari lepas, masa tengah lepak kat ruang tamu dengan suami lepas dinner, terdengar jiran India aku panggil-panggil nama kami..
Mesti ada sesuatu ni..
Memang kejiranan kat sini jenis tutup pagar semua, takde yang pagar terbuka luas..
Cepat-cepat kami keluar..


Jiran India ni perempuan - berumur sekitar 40an.
Katanya dari siang tadi ada lelaki call dia cakap english.
Dia tak berapa paham (walaupun akak India ni boleh speaking english).
Katanya lelaki tu nak bagi duit.
Dia mintak suami aku tolong pahamkan bila lelaki tu call lagi lepas ni..
Lepas lelaki tu call, suami aku jawab kononnya suami aku ni jadi adik kepada akak India ni.

Aku dah agak ni scammer.

Lepas beberapa minit suami aku on call dengan lelaki tu, suami aku cakap "ni scammer kak, jangan layan lepas ni".

Lelaki yang call tu suara macam negro.
Katanya nak bagi duit kat Kak India ni 7500 (tak sure dolar/RM).
Tetapi sebelum tu, akak tu kena bank in 500 untuk aktifkan akaun bank sosial sebelum duit 7500 tu boleh dibank in kan..

Nampak sangat scammer.
Banyak kes macam ni..

Kesian plak kalau orang-orang yang naif..
Percaya benda ni bulat-bulat..
Macamana kalau scammer call mak -mak kita, pasti mereka percaya..
Mana ada orang mudah-mudah nak bagi kita duit kan..

Psst : Boleh tahan laki aku ber"kecek" english slang matsaleh.


Ok. Bye
XoXO

3 comments:

Suria Amanda said...

Kesian kan...nak plak bukan semua yang ada hp ni celik IT, kalau mak abah kita kena macam mana...x ke haru

ezy.xixii said...

kalo macik2 pacik2 kat kg tu rs nye mmg kena dh ngn scammer..
kesian dorg xtau pape jd mngsa..

Sheila Arshad said...

senangnya nak buat duit. Ammi pun sekarang ni selalu cakap ngan mama ammi..kalau org call or dtg rumah cakap je tak berminat.