nuffnang

JANA DUIT

Dah start derita pindah opis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami geng2 office shoplot ni kena pindah masuk HQ.
Tenancy agreement tamat Mac 2022.
So, slow2 nak kena kemas barang pindah HQ
HQ depan shoplot ni aje (ajeeeee.. tapi penat jugak menapak).
Tapi tetap kira beruntung sebab HQ depan office sekarang aje, so environment persekitaran opis tetap sama.
Kat sini ada banyak kedai, bank, kedai2 serbaneka, faciliti, mall, kedai2 penting, ada hawker, ada farmasi, dan banyak lagi.
Aku seronok kerja area sini, sebab nak mana2 cuma menapak jalan kaki tak perlu start kereta dan cari parking.
Kalau suami jemput balik dari opis pun, aku boleh lepak mana2 kedai dulu tunggu dia.

Nasibbbbbbb baik aku bkn jenis simpan banyak barang kat opis, so nak pindah ni tak banyak barang peribadi aku.
Yang banyaknya file project yang aku kena take care.
Nak demam rasa bila kena check mana file yang nak, mana yang taknak. stresssss




Workstation tahun 2020, tak banyak berbeza dengan yang sekarang

Ok. Bye
XoXO

10 comments:

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan urusan pindah opis tu

Syu Deris said...

Paling tak suka pindah2 ni. Apa-apa pun selamat berpindah office 😂.

Amie said...

Kena amalkan 5S ni.
Tapi saya pun begitu juga, nak simpan rasa semak, dan buang takkut ada gunanya pula.

Mama Zharfan said...

selamat berpindah

ezy.fia said...

mane2 pon brng mu tetap xbyk.. sng nk kemas..
beza ngn aku.. mane2 pon brng bykkkk je.. haha

semoga dipermudahkan segala urusan!

norhidana said...

penatnya mengemas.... teringat masa opis akak dibuat renovation pindahkan barang akak dekat bilik sebelah je tapi seksa oiiii udahla kita banyak barang dalam bilik tu, bila kene pindah kejap dah macam apa... mujurla tak lama kene jadi gelandangan tu.. huhuhu

Ammi said...

Pindah ofis mmg meletihkan. Pernah sekali kami dr ofis yg sewa nak pindah ke ofis yg dibeli. Ofis beli tu kami jadikan store je asal ya. Boleh byg tak nak kene clearkan store tu dulu... Then renovate, pindah dr ofis sewa ke ofis baru. Ya Allah... 4 bulan penatnya

Gladwin said...

INTERACTIVE LED FLAT PANEL

Ujie Othman said...

Selamat pindah ke ofis baru. Mujur juga masih di lokasi kawasan sama, mudah.

notie said...

Paling bercinta kalau nak kena pindah opis. Teringat dulu masa opis pindah dari Perkim Jalan Ipoh masuk ke Putrajaya. Jenuh nak mengemas.