Baru-baru ni, family abang ipar aku datang rumah aku jenguk mak mentua. Time tu kami keluar dan takde kat rumah. Balik rumah tu, dorang cakap mangkuk kaca aku pecah sebab biras aku panaskan lauk atas dapur guna mangkuk kaca tu. Aku masak sup ikan hari tu dan masukkan dalam mangkuk hidangan. Biras aku ingatkan mangkuk tu boleh panaskan atas api dapur masa nak bagi mak mentua kami makan. Aku hargai biras aku nak bantu bagi mak mentua makan masa tu. Terima kasih.
Biras memang nak ganti mangkuk baru. Serba salah dia. Aku cakap tak payah. No hal la sebab bukan isu besar pun. Mangkuk pun murah aje harganya. Aku cakap xpayah ganti. Tapi mak mentua cepat2 suruh beli lain untuk gantikan mangkuk yang rosak tu. Hari2 suruh order. Sampai satu saat, dia keluar dari bilik dia dengan bertongkat bagi aku duit suruh terus order kat online. Makanya aku order la sebab taknak mak mentua tanya2 lagi. Dia tahu aku beli kat dalam internet (shoppee). Dia sebut tempat kita order barang tu as "internet".
"order dalam internet" katanya.
Dah namanya perempuan, kalau buka shoppee, takkan nak order satu aje kan. Duk ralit scroll cari mangkuk asal, tiba2 nampak mangkuk petak dan berkenang. Memang kalau ikutkan, aku lebih berminat mangkuk petak, sebab nampak cantek dan tersusun kalau kita letak atas meja makan.
Ni mangkuk bulat yang pecah tu.
Masa ni beli 1 set bawah RM100 je pun. Sekitar RM70 macam tu rasanya.
Mangkuk paling besar - Pecah kali ni.
Mangkuk sederhana - Masih ada
Mangkuk paling kecik - pecah dah lama dulu.
(Aku beli mangkuk bulat ni sebab masa tu ni paling murah dan tak jumpa yang mangkuk petak berharga murah (mampu milik)
Tadaa.. Set petak aku beli 5biji sekitar RM 150.
Yang bulat tu RM2.10 je beli kedai Eco
Antara yang aku beli :
- 0.8L - 1 set (Sesuai letak sayur)
- 1.3L - 2 sets (Sesuai letak kuah)
- 3.2L - 1 set (Biasa aku letak hidangan utama macam siakap stim, boleh jugak bubuh nasi sini)
- 2.2L - 1 set (Bubuh nasi, kadang2 aku bubuh buah potong macam tembikai)
Macam dalam gambar dalam bekas square tu aku sayur goreng, sambal bilis petai & masak lemak. Pastu dalam bekas besar 2.2L aku letak nasi & 3.2L (kosong - belum masukkan tembikai yang aku potong)
Yeay.. Aku suka diningware yang clear macam ni. Senang nak nampak lauk apa dalam tu.
Ok. Bye
XoXO
8 comments:
Dah beli, senang hati mak mentua tu kan..
Hikmah mangkuk pecah, terus dapat beli set baru ya. Hehe
Saya pun fikir lebih elok susunan guna mangkuk petak berbanding bulat.
suka bekas2 yg mcm ni....ada tutup siap2....senang nak guna kan
comel jer ;)
cantik.. sy jarang beli kaca walaupun tiada budak2 kat rumah.. sbb sy jenis yg cuai haha
Comel your MIL, order dalam internet hehehe
Berkenan pula akak tengok set mangkuk empat segi yang dibeli tu.
Cantik..ehh..tetiba rasa berkenan pulaknye ðŸ¤
ammi pun suka yg clear..dan betul senang bila pakai yang macam ni sbb kemas je duduk atas meje dengan penutup
ade alasan utk beli baru sbb yg lama pecah.. hihi..
cantik kemain mangkuk petak..
baru la astetik bdk2 tiktok kata.. haha
Post a Comment