nuffnang

JANA DUIT

Majlis nikah anak sedara suami & hantar sepupu ke Sekinchan.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nikah anak saudara suami & hantar sepupu ke Sekinchan.

Wah. Tajuk bukan main panjang!

Jumaat 7 Oct 2022

Suami dah ambik cuti sebab anak saudaranya nikah di Petaling Jaya. Dan plan nak pergi dengan mak mentua & 2 orang sepupu suami (yang kebetulan datang menginap seminggu di rumah kami). Tapi, kaki mak mentua sedikit bengkak,dan dia taknak pergi ke masjid . So 2 orang sepupu pun taknak pergi sebab nak teman mak mentua kat rumah kami.

So, 2 ketul manusia ni pun pergi la ke Masjid di PJ tu. Dari Kapar, pukul 7.15pagi kami dah gerak. Awal wei.. Mengalahkan awal dari kami pergi kerja. hehehe. Sampai masjid pukul 8.30pagi. Majlis nikah pukul 9.00pagi.








Tahniah Angah & Pasangan.

Lepas nikah, kami lajak ke Puncak Alam. Suami nak makan nasi kandar di Kedai Mamu. Eh, jadi rezeki kami terserempak dengan family abang kedua aku. Hari ni dorang ada majlis amik report card kat sekolah. Tengah syok makan, eh ada budak mana tiba2 tegur kami. Rupanya Si Umaira.

Besar nanti, ko tengok la Umaira wajah ko yang comot ni. Haha.


Balik rumah, lepas zohor kami hantar salah seorang sepupu ke Sekinchan balik rumahnya. Dia ada 3 kenduri esoknya kat kampungnya.
Dah balik sana, macam2 pokok la dia bagi. Dan macam2 la ole-ole dari kampung. 



Cuba teka ini apa?
Buah ape?

LABU?

TAK..

Ini Markisa Gergasi.
Isi dia sama macam markisa biasa
Tapi manisssss dari markisa biasa.
Sumpah tak puas makan.
Hehehe

Sources : From Google
Isi dalam dia macam ni



Pokok markisa gergasi



Sebijik lagi buah markisa yang tengah tunggu untuk ranum di pokok


Cermai yang tak masam langsung.
Cuma kelat sikit kalau yang masih kecik.
Kalau yang besar, tak kelat. Tapi manis
Tak banyak buah besar, banyak kena curi 


Ni baru sebahagian yang dia suruh bawak balik.
Kalau tengok keadaan bonet masa susun barang nak balik, memang terkejut. huhuhu



Suami tanya aku ingat tak bangsal ni?
Aku cakap tak ingat.

"Ni bangsal kita bergambar 9 tahun lepas, masa raya tahun pertama kawen.

So, apa lagi aku snap la photo sekeping as kenangan.
Zaman 58kg


Photo di bangsal yang sama 9 tahun lepas (2013 raya)
Zaman 48kg,hihik


Sampai rumah, aku simpan semua barang yang kak sepupu bagi.
Letak pokok keladi dalam rendaman air dulu sebelum pindah ke tanah.


Ko tengok, pasu bunga orkid pun dia bagi.
Katanya "tak payah ajak laki ke kedai Eco lagi"


Sebahagian pokok yang dia bagi.
Ada pokok daun rama-rama.
Keladi hitam
Pokok bunga
(Sebenarnya aku tengah bingung macamana nak susun pasu banyak2 ni)

Kak sepupu bagi batang pokok ubi.
Aku tak tahu nak cucuk mana.
Bukan ada tanah besar pun kat laman depan. Tapi sibuk kak sepupu suruh aku tanam.Haha


Ayat sepupu aku "Apa yang aku bagi ni, ko bawak balik semua"

Tu aje ayat dia. Hahaha.

Dia nak membalas pemberian pokok bunga ros yang jiran india aku bagi dia. So dia bagi kelapa. Ni nak deepavali. Memang sesuai sangat la..

Gigih aku mengangkut balik.


Ok. Bye
XoXO

2 comments:

norhidana said...

pengantin baru dan pengantin lama, dua2 berseri.

UIh seronoknya banyak betul bekalan nya, kalau dia nk adik sepupu angkat akak pun nak isi borang tau. Macam-macam ada meriah jadinya kebun rumah Hani. Buah markisahnya tu kulitnya kan tebal boleh makan tak ek hahaha... sayang pulak tengok kulit yg gebus itu.
Ubi yg dia bagi tu orang kata daunnya sedap lembut, akak dah lama cari najk tanam

ezy.fia said...

angkut sume brng dia bg.. haha..
org bg kita kena hargai la kan.
menung jgk nk isi dlm bonet kete.. kehkeh