Bilik MotherFatherInLaw (MIL FIL) di rumah kami.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami ambik semula MotherinLaw, FatherinLaw (MIL FIL) tinggal di rumah kami sekarang. Sebelum ni kami jaga dah hampir 2 tahun. Cuma masa PKP di jaga oleh orang lain. Sepanjang 4 bulan MIL FIL di rumah lain, so kami sempat tambah baik bilik MIL FIL ni untuk keselesaan penghuni nanti. Sebelum ni kan dah jaga, so tahu mana part yang nak kena tambahbaik untuk keselesaan mereka.


Antaranya :

1. Gantung Penyangkut baju Ikea kat seluruh dinding. Sebelum ni baju letak bilik lain, so jauh sikit nak amik baju, so agak payah la. Ni yang kami alih semua baju masuk bilik ni. Tak boleh nak letak almari, so kami gantung semua baju kat dinding.



2 Penyangkut baju untuk di tepi tingkap

3 Penyangkut baju di dinding area katil
Tilam lama nanti kami buang sebab dah kotor


2. Tutup lubang angin sebab kadang-kadang tikus boleh masuk ikut sini. Tapi dekat tingkap kami letak jaring so tingkap boleh buka tanpa nak risau tikus masuk kalau terlupa tutup tingkap ni. Kami memang kena buka tingkap setiap masa sebab nak hilangkan bau hancing, bau ubat (jaga orang sakit, benda ni biasa ye).

Cabinet tepi dinding ni memang sedia ada kat situ. Letak untuk MIL letak barang2
Katil sebenarnya ada dua. Satu katil masa ni ada kat rumah oranglain. Katil kedua akan dirapatkan ke cabinet ni so MIL senang nak capai apa2 atas kabinet ni.
Bilik ni agak crowded sebab katil dua.


3. Tambah shelf untuk TV

Sebelum ni letak TV atas kabinet TV. Kalau sedara mara datang nak melawat, memang sempit nak duduk sebab ada ruang tu ada TV cabinet yang makan space. So aku suruh suami letak shelf dan gantung TV ke dinding. Cuba nak minimize kan ruang. Kabinet TV keluarkan letak kat ruang tamu.
Oleh kerana FIL dah terlantar so tetamu akan duduk berborak dalam bilik kalau setakat 2-3 orang. Kalau ramai, memang anak2 tetamu kena duduk kat ruang TV la.

Shelf yang penuh dengan barang-barang yang tak dikemas lagi.
Muat untuk TV 32 inci dan box astro.

Bilik ni keluasan 9kaki X 11 kaki je. Pilih bilik ni sebab pengudaraan ok (ada tingkap) dan sebelah bilik air. Cuma kami tak sempat nak cat bilik je. Next time je la cat bilik tu pun kalau mampu. Hehehe.. Itu aje la selain kemas buang sawang dan cuci tingkap. Tingkap nako pesyen zaman sekolah dulu je haa.

Sekarang MIL FIL dah kat rumah kami semula sejak 21 June 2020. Btw mana yang tak tahu lagi, MIL aku kencing manis, kaki luka dah 2 tahun tak tertutup lagi, tapi penyembuhan boleh dikatakan dah 95% cuma luka kat tapak kanan memang taknak tertutup langsung. FIL pulak memang terlantar sebab masalah saraf/faktor tua je la senang cerita kan. Masing2 70an usianya.
Selain keselesaan MIL FIL kat bilik ni, aku jugak amik kira keselesaan anak lain yang datang melawat ataupun tetamu lain..
Semoga dipermudahkan, diberi semangat yang kuat dan kesabaran.


Nampak tak perkataan Kapar di almari plastik biru??
Ada kesahnya.. 
FIL dah start nyanyuk kadang-kadang dan mengarut cakapnya, especially pasal balik kampung rumahnya sendiri di Perak. Kadang-kadang dia terasa dia di Sitiawan. 
So bila dia bising-bising tanya "kenapa aku kat sini", MIL dah tak larat nak melayan.
So, suami aku tampalkan perkataan "KAPAR" so bila dia tengok dia tahu yang mereka sekarang di Kapar, bukan Sitiawan, bukan di kebun. Suami memujuk bapaknya!

Psst : Bukan terlalu baik, cuma kadang-kadang menjadi insan terpilih.

Ok. Bye

14 comments:

OKje said...

Alhamdulillah.... besar ganjaran jaga org tua ni Han, rezeki yg besar akan menanti Han.
Memang kena sabar jaga org tua ni, lagi lagi kalau kita yg kena jaga direct mereka tapi itulah ujiannya nak dapat syurga kan...
Akak doakan moga urusan Han dipermudahkan dan mereka pun senang dijaga. Semoga Han terus ikhlas dan sabar ye

hasliynda umairah beauty said...

Boleh dtg berjumpa Dr Norman
merawat luka kencing manis tu,
ada kaedahnya

in sya allah

Cik Bunga said...

Alhamdulillah sis, besar ganjarannye sis bila kita jaga orang tua ni. Saya doakan sis di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan. Salam kenal done follow.

Warisan Petani said...

Tahniah jadi insan terpilih menjaga orang tua.

Syazni Rahim said...

Besar ganjaran yang menanti awak, insyaallah :)

Follow awak!

Unknown said...

besar ganjaran nya bila kita jaga orang tua kita ..kan??Alhamdulillah..

Semoga keluarga ni dilimpahkan rezeki atas kebaikan mereka pada orang tua mereka. Amiin.

Kalau nak cat dinding boleh join group deko kat Fb. selalu tengok diaorang share cat dinding lawa2.

Group deko sebelum dan selepas
Group Kami suka Deko deko
Group Jom Share deco rumah anda semua.

saya selalu baca yang dari 3 group ni je la.

nona sani said...

Whoaaa... moga dipermudahkan segala urusan.

AMIN... Banyak pahala dikumpul menjaga orang tua... Selagi mereka masih bernyawa, kita jaga kebaikan mereka sebaiknya. Kan

Nur Asyiqin said...

Alhamdulillaj.. sy doa kan sis sentiasa di murahkn rezeki ,bahgia dan dpt ganjaran besar dr Allah sb menjaga mak ayah mertua.. 👍

ezy.fia said...

alhamdulillah..
semoga rezeki awk suami isteri melimpah ruah berkat jaga org tua yg xberupaya..
=')

genuine1224 said...

tak mudah sebenarnya jaga org tua yg sakit, nak2 bukan mak bapak sendiri. yg dah lalui saja yg faham. tapi kalau kita mampu dan sabar, besar ganjarannya.
like u said, insan terpilih.. moga Allah terus permudahkan urusan awak suami isteri...

nohas said...

kalau anak2, saudara mara, ramai dtg ziarah, mesti FIL MIL gembira..Alhamdulillah, tempat selesa..

dear anies said...

ada sekali tu sy tertgk video ustaz ebit. dia sggh 1 rumah. ustaz pun tanya, awk tggl dgn mak ayah ya? bdk tu jwb ya. ms tu kalau x silap kedua org tua dia dah lanjut usia. seorg ddk atas wheelshair. then ustaz ckp, awk anak yg baik. tlg jaga mak ayah sbb nanti Tuhan akan beri byk rezeki. jgn mak ayah baik2 ya....
mudah2an kalian berdua jg beroleh rezeki atas kebaikan ini....

SalbiahM said...

Insan yang terpilih untuk diuji-Nya. Semoga kebaikan sis dan suami dapat ganjaran setimpal di akhirat. Insha allah

nurul syuhadaini said...

Subhanallah Allahuakbar,,,kagum nya saya dengan kesabaran dan kekuatan sis dan suami,,,percayalah ada rezeki yang lebih baik utk sis dan suami kerana berbuat baik pd orang tua...sy doa awak dan suami mndapt berkat dan redha dr Nya...aamiin.