Raya 2020 Versi 2.0

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila PM umumkan boleh rentas negeri, masa tu aku kat luar (dalam kereta balik dari beli TV baru) dan takde tengok Live pasal ucapan tu. Masa dalam kereta dapat Video Call (VC) dari adik beradik dan mak, rupanya dorang dah riuh pasal nak rentas negeri balik kampung. Aku baru tahu.

Abang aku offer untuk tumpang dia balik sekali kalau suami aku tak boleh balik. Oleh kerana suami aku kena outstation minggu tu dan minggu seterusnya kena jaga MIL FIL semula selepas suami balik outstation, makanya aku terus setuju la nak balik kampung tumpang abang aku. 8 dari 9 beradik akan berkumpul. Abang sulung tak dapat cuti, so dia akan balik Raya Haji. InsyaAllah.

Khamis 11 JUNE 2020 

Lepas kerja, suami hantar aku ke rumah abang aku kemudian dia terus gerak g Kedah outstation.



Bini apa lagi. Terus la laju-laju mengemas baju dia sampaikan lupa nak kemas baju suami nak outstation. hehehehe.. melampau bukan??


Last photo before suami ke kedah & aku balik Terengganu keesokannya


Jumaat 12 JUNE 2020

Aku tumpang kereta family abang aku gerak balik ke Terengganu 10.00pagi sampai sekitar jam 5.00 petang.. Malam tu ada aktiviti bakar ayam tin oleh adik beradik lelaki dan ipar duai lelaki. Kami geng perempuan tolong mak kat dapur buat mee hoon dan bakar kambing..

Menu Malam Raya 2.0

Malam tu aku sponsor Ice Cream HomeMade dari member aku di Serating, Marang. Sedap Ice Cream dorang niaga. Sampai aku pergi order lagi sekali hari berikutnya.

Ice Cream aku beli 6. Aku ambik perasa Oreo, Coklat, Mint, Mangga, Pisang & Durian.
Aku bagi 9/10. Kenapa tak bagi 10/10? Sebab mana ada yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan tu milik Allah. Haaa.. Hehehe!

9/10 Sebabnya ada kacang dalam ice cream durian & ais krim kacang tapi family aku kurang gemar kacang dalam ais krim. So bila makan kena asingkan kacang. Itu aja.
So far memang ok dan buleh repeat walaupun jauh dari rumah aku kedai ni.





Cucu mak dengan sorang anak jiran makan eskrim sama2.
Aku siap beli bekas letak aiskrim yang comel dari kedai ECO semata-mata nak cucu mak seronok makan aiskrim dalam bekas yang comey nak mateyyyy ni..

SABTU 13 JUNE 2020

Pagi tu juadah nasi dagang. Balas dendam nampaknya raya hari tu takde yang balik, so tunda nasi dagang buat pagi ni. As usual memang trademark family aku kelam kabut. So pagi tu kelam kabut/ tunggang terbalik semua duk kumpul ahli keluarga nak bergambar. Ada anak yang tak bangun lagi, ada yang melalak, ada yang takutkan pakcik makcik mereka yang jarang mereka jumpa. Porak peranda pun dekat pukul 12 tengahari baru bergambar. Nasib baik tak panas terik masa tu.


Gambar atas tangga sekali dengan ayah
Photo taken by Si Bongsu


Pastu terus la turun bergambar ramai-ramai kat bawah
Photo taken by Si "Abang Ngah"


Team Single. Join team ni sebab suami i tak balik kampung

Tak melepaskan peluang bergambar di Taman Mak


The Cucu(s). 6/8 cucu
Next year jadi 10 cucu.



Ahad 14 JUNE 2020

Daripada siang plan nak buat Oden la, nak buat Vietnamese Roll la, nak buat Tauhu Berdegil la.. Tapi malam tu kami just buat Oden & Tauhu Bergedil.


ISNIN 15 JUNE 2020

Kami balik KL jam 10 pagi. Breakfast buat nasi lemak, meehoon, nasi goreng, mee, goreng ketupat dan  panaskan daging masak merah. Buat banyak sebab untuk bekalan kami balik KL sekali (aku dan family abang aku)

The best ever ketupat
Lembut sangat walaupun lepas goreng
Ketupat ni mak kawan adik aku yang buat sebab adik aku nak makan sangat, so kira macam tempah dia buat la


Sampai rumah aku pukul 4.30 petang. Singgah solat rumah aku sebelum family abang aku balik rumahnya.

So dapat la habuan dari kampung.
Beli kambing perap, keropok RM10 dan pisang dari rumah besan mak

Maka berakhirla Raya 2.0 kami dan pergi kerja semula jalani kehidupan hakiki.
Weekend ni amik MIL dan FIL semula kembali ke rumah kami. Akhirnya tak sempat jugak kami nak cat bilik mereka. Tula... kalau last2 minit baru terhegeh-hegeh kami nak cat, masa PKP takde pulak nak cat. Eh, tak jugak.. Masa PKP hardware tutup. Ok. Alasan sangat!

Ok. Bye

7 comments:

Nur Asyiqin said...

Meriah ny.. ramai2 blik kg...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Meriahnya balik kg ramai2..
Byk aktiviti boleh buat..
Pastu boleh lama2 kat kg..

Lyaa Suriany said...

meriahnya raya. kita tak sabar nak tunggu balik kampung jugak ni

ezy.fia said...

weyyyy meriahnya raya 2.0 muuuu!
sporting je blake..
adik badik aku 2org je kan xblh rentas negeri..
jd meriah dh ms raya 1.0 aritu..
mggu lps a,rin balik..
mggu dpn adik plop balik.. hihi

norhidana said...

bestnya dia dapat jugak balik kampung... akak tak sempat balik lagi, suami akak dah book raya haji nnti balik kerteh, eleh bukan tiap tahun memang raya haji kampung dia ke huhuhu

seronok layan juadah raya

iam.umifuzy said...

meriah tuu...seronok dpt berkumpul ramai2 kan dan anak cucu lepas bebas dgn kawasan rumah yang lapang...ahh rindu kampung tok..

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Yang paling seronok bila dapat kumpul beramai-ramai macam ni.. bahagia rasanya kan..